Thursday, 10 March 2011

senyum.lebar.

Photobucket rasa hepi sgt arini, setelah dunia beliau kelam kelabu aje sejak dua menjak ni.

arini, seperti biasa missCC pergi sekolah awal gila.
buat2 kerja, edit2 results beliau.

tiba-tiba tengah khusyuk, godzilla masuk ofis tepat pukul 9 pagi.
dia kata ok ke edit2 guna software baru ni?
saya kata, saya belajarlah pelan2 (satu ms siap dalam masa dua jam, sgt beginner missCC ni)

pastu dia suh bangun, dia duk atas kerusi saya dan tunjuk short-cut itu ini.
mulut missCC nganga... uwahhhh - sgt pantas dan cantek dia buat.

pastu lepas godzilla blah, dia terpinga2 - eyh? apa mamat tu klik2 tadi? hahaha!!

(kena buat balik semua results saya sekali lagi - sabar ye missCC?)

ok, pastu missCC pun buat2lah keje dalam lab.
tengah loading samples dalam gel (memerlukan daya konsentrasi yang tinggi ni)

tiba-tiba ada seorang mamat berdiri kat sebelah.

dia berdiri lama gakla, dalam 5 saat gitu, konon nak missCC perasan.
errr... missCC tgh konsentret kot...

pastu baru dia say hye.
tatkala dia say hi tu, missCC terus ilang konsentrasi dan... ter misloading sample beliau.

pastu mamat tu gelak2.

'ok, ok, saya biarkan awak buat kerja tu nanti saya datang balik'

terus missCC siapkan loading cepat2 pastu borak kejap dgn mamat tu.

dia se.ma.kin. comellllllll!

pastu dah wish dia good luck, all the best semua - missCC terasa sengih di muka beliau masih tak hilang2...

angau ok? angau gila!

encik S... tlg jangan manja2 dgn saya bleh? pls... nanti saya rasa nak geget awak... hahahaha!!!

Tuesday, 8 March 2011

i.want.to.see.strangers.now

Photobucket is in stress

dia dalam full-mode nak prepare untuk buat thesis.
concentrate sejam setgh, dia saket kepala. amik rest for 10. (ok dia tipu, dia amik setgh jam), pastu concentrate balik for another hour and half.

pastu dia rasa nak masuk toilet - nak muntah.

muntah!

muntah!!!!!!!

mcm bila2 dia rasa baru lepas keluar dari dewan peperiksaan.
nak muntah pastu nak tidur atas katel untuk 24jam seterusnya.

adoiyaiii... masa ni baru terasa menyesal sbb baru terasa nak rajin.

4 bulan lagi.

mcm mana ni....?

takkan hari2 nak muntah aje kejenya...?

i need a boost, a motivator. a stranger who i can call - a partner...

yang leh temankan saya, masakkan untuk saya.

ada tak org mcm ni untuk saya hire untuk 4 bulan?

4 bulan jeeee.....

syarat2nya:

mestilah lelaki, caucasian, minat cerita2 asian, tinggi gila, reti masak, pandai nyanyi. errr... pandai melawak. dan memahami sbb bila2 saya akan meroyan jerit2 tak tentu pasal sebab kerja terlalu banyak saya rasa separuh otak saya dah hampir melewati takat mendidih.

oh lupa, semua citarasa ni ada kat SR. hahahaha! tak bleh blah.

oh, saya stress!

Tuesday, 1 March 2011

sakit.kepala.

Photobucket baru paham perasaan para-para penyelia sekalian.

tadi masa tgh sibuk2 buat keje kat makmal, si Jen kawan encik S dtg sapa saya.
mata merah. saya tanya dia, 'awak penat ke, tak cukup tido?'

pastu rupa2nya dia menahan sebak nak nanges.

sambil cite, tup tup air mata dia deras aje kuar.

aisehhh... saya dgn pakai labcoat, gloves peluk2 dia. ok ke minah ni?

dia kata dia kena halau dgn godzilla.
dia anta email, godzilla tak mahu jawab.
godzilla suh anta first draft thesis arini.
ok, dia tak cakapla arini tapi dia cakap awal march.

si Jen ni lurus bendul pun berusahalah nak siapkan draft nak bagi kat si godzilla ni.
skali sampai2 dia kata godzilla pandang draft dia pun tanak.
dahla halau kuar kata dia sibuk, pastu suh dtg balik ari jumaat ni.

saya ni dahlah takleh tgk orang nanges. nak nak nanges sbb godzilla. lagi saya kesian.
pastu saya katalah, mehla saya tgk draft dia tu.
mula2 dia kata tanakla susahkan saya. sbb dia tahu saya pun busy dgn labworks dan my thesis juga.
pastu saya kata, nak suh saya cek grammar takleh la kan, check kan context maybe saya leh buat.
last-last dia letak gakla draft tu atas meja saya.

sambil2 buat keje, saya tgkla draft dia.

o
m
g

kalaulah dia bagi godzilla bende alah tu, sah-sahlah kena lempar aje dalam tong sampah.

saya betulkan satu2.
dari contextnya.
grammarnya.
ayatnya.

isi dah ada, tapi kalau suh saya baca, sure saya pening kepala (dah pening dah pun). kalau suh orang lain baca, sure diorang kata, apekebendeni jang oiiiii?

lepas dah conteng penuh 60ms tu, saya bagi email kat dia, suh dtg bawak lappy dgn student lepas2 punya report.

oh padanlah masa saya 1st year PhD dulu godzilla suka marah2 saya. mcm ni la perasaan beliau bila baca 1st year report saya. caca marba. hahaha!

padanlah para-para SV suka condemn students2 mereka. baru saya paham perasaan itu. ni baru Jen, belum lagi encik S nak suakan kat saya. gegegegege... kalau encik S punya report pun mcm ni, saya surrender. nak balik mesia takmo jadi supervisor. saya nak jadi makcik jual nasi lemak depan umah. hehehehe.