Monday, 28 September 2009

perkara.perkara.yang.buat.saya.berkata.AMAZING!

1) pabila orang cina datang umah pada pagi pertama raya dan bertanya "nak siap-siap pergi semayang raya ka?"

2) bila pergi ke kedai cina yang menjual arak tapi letak papan tanda besar-besar "kami tidak akan menjual kepada umur bawah 18 tahun dan MUSLIM"

3) bila orang cina janji mahu datang rumah pukul 8 pagi, dia datang pukul 7.50 pagi. Melayu? kena call 45 kali baru nak kata on the way, kalau tak - "sorrylah mal, aku takleh datang" wtf (ye saya sedang emo)

4) bila saya cakap english dengan kawan cina saya, dia balas cakap melayu. terus lepas-lepas tu saya malas nak cakap english.

5) ke Singapura: semua orang cakap Melayu. pergi kedai Cina, cakap Melayu. Pergi kedai lain dari Melayu, mesti cakap Melayu.

6) ke Singapura: semua orang makan masakan Melayu. Cina India omputih. Bak kut teh? Sangat kurang!

7) ke Singapura: membaca bahasa persuratan Melayu di surat khabar harian bagaikan membaca novel Melayu yang jiwang. Contoh: "saya sudah lama tidak pulang beraya ke kampung. perasaan sedih itu bagaikan menusuk jiwa dan kalbu saya yang merana ini" OMG! ini surat khabar ke cerita khabir bhatia?

8) ke Singapura: semuanya ada. gelarkan sahaja Little NY, Little Sydney, Little China, Little Malaysia. Bandar yang menarik.

9) ke Singapura: orang Melayu beraya memakai baju melayu/kurong tapi method beraya adalah menaiki lori pikap. senario biasa.

10) ke Singapura: semua orang bersopan. kenapa mereka masuk ke Malaysia perangai diorang tak berapa nak bagus? (ke perasaan sahaja?)

11) ke Singapura: ada kereta jenis vampire (seriyes, saya baru tahu) - jenis kereta yang hanya boleh keluar masa off peak. plat merah. kurang cukai, harga kereta murah dsb.

12) ke Singapura: terdapat label minuman anything. untuk perli orang-orang yang bila ditanya nak makan nak minum apa, diorang asyik cakap "ANYTHING" hambik ko, minum puas-puas.

iklan: bodoh-bodoh alang.

Photobucket is planning her 5day-recreational-activities.

missCC: someone told me that Marina Bay Circuit is the most unique in the F1's history! Driving at night with different rotation made the circuit sounds unbelievable!

adik: that's why we're here (ie: Singapore). to see (listen) the excitement!

missCC: i was wondering, it should be hard for the driver to go anti-clockwise. they're right sided driver right?

adik: *is looking at my face whilst deliberating*

after few seconds he replied:

i thought they was one seat in the car. i know because last night i managed to slip at the back of the driver's seat - there were no seats for me!

LOL!

Thursday, 17 September 2009

beberapa.perkara.yang.buat.saya.berkata.ERRRRRRRR....

Photobucket busy busy honey bee.

saya hilang kejap.
jetlag.
projek rumah raya belum abis lagi.
cat rumah, cari baju raya yang saya mahu (saya fussy tentang baju2 raya ni)
perabot lama nak buang, perabot baru nak beli.
kuih raya lagi.

nak surprise nenek lagi.
esok dah nak tengok anak bulan pula.
kalaulah (ni kalau) malaysia raya ari sabtu, rumah tak abih kemas, stok kambing ayam tak beli.

haru biru.

oh ye, ada beberapa perkara yang buat saya mcm blur-blur.
pertama - bab isi minyak. tak biasa bayar duit dulu baru isi.
bila pump attendant dah pandang pelik, saya pun amik dompet nak pergi masuk kedai bayar.
skali mamat bangla tu kata boleh aje bayar kat pam.
saya pun dengan muka blur cari slot isi wang tunai.

TAKDEK pun.

oh rupanya, kena bayar kat mamat bangla tu.
adei.
pastu bila nak isi minyak, tak jumpa cari nozzle.
rupanya style kat mesia main tembak2 aje guna jari telunjuk.

seriyes, saya rasa pelik gila.

ni belum cerita memandu kat kuala lumpur lagi.
kalau di UK, bila beri signal - walaupun kereta di fast lane laju, dia kena beri ruang untuk kereta masuk walaupun dia pandu dengan sangat laju.

di sini? anda bagilah signal 40 minit - orang takkan nak kasi anda masuk jalan beliau.

(rakyat mesia memang B***H dan B**Ga*G kalau bab-bab bawak kereta)

sampai sekarang saya masih bergetar dada kalau nak pandu keluar dari rumah.

keduanya: adeke harga makanan di malaysia mesti lebih seratus? gaji standard kalau 20,000RM sebulan takpelah kalau makan seratus ringgit. ni nak isi minyak 30RM pun naik satu bar setengah aje.

serius. kalau saya tak fikir ini tanah tumpah darah saya, saya memang tak mahu duduk di Malaysia. saya dah banyak kali cakap benda ni kat orang-orang.

ketiga - saya buat rambut raya. kali pertama saya buat style rambut kerinting. kemudian minah cina tu cakap - kenapa u buat rambut cantik-cantik pastu pakai tudung - u nak tunjukkan rambut u kat sapa? saya cakaplah saya nak tengok sendirilah. dia gelak.

apa gelak-gelak? suka hati saya lah!

Sunday, 13 September 2009

it's.(so-not).good.to.be.home.

Photobucket perit-perit tekak.

1) saya jetlag. bangun-tidur-bangun-tidur. tapi masih menguap.

2) ingatkan harini hari Ahad, hujung minggu - saya mahu jumpa best friend saya, Cik Farah. tapi dia tak mahu jumpa saya sebab nak teman laki dia kemas rumah. saya cakap dengan dia, 'siapa suruh kawen awal?' dan dia balas balik 'siapa suh tak kawen lagi?' adeilah.

3) bangun pun dah tengah hari. belakang sakit-sakit sebab angkat beg 7 kilo (nota: angkat, bukan tarik). lepas solat Zohor gi kuar beli baju raya dengan adik.

4) ramai gila manusia di Jusco. baju melayu dahlah tak lawa, mahal pulak tu. nak masuk jusco, cari parking 40 minit. masuk jusco tak sampai setengah jam pun. ingat nak berbuka kat luar tapi hari masih awal.

5) pergi ke mall belakang umah. (nota: memang belakang rumah, bukan nak exaggerate ke ape). rupanya baju-baju kat sana lagi cantik, banyak pilihan dan murah. saya nak cari baju kurung cotton yang corak bunga-bunga kecik tapi orang kedai kata fesyen tu dah lama dan baru je abih. (nota: fesyen lama, tapi dah habis?) dia rekomenkan baju style datuk siti nurhaliza (orang panggil kurong moden?). kalau saya pakai baju kaler kuning design macam tu, mesti huda kata saya macam mak datin. adeilah.

6) pergi cari tudung. terkejut sebab fesyen orang pakai tudung ntah hape-hape. takleh ke pin tudung selempang aje? nak lilit-lilit plak. rimas.

7) saya pergi ke guardian mahu membeli toiletries. saya terkejut kena bayar 99MYR. mahal gila ok barang-barang kat Malaysia! deodorant kat UK pun baru harga 1 pound. sini 11 hengget? WTF!

8) harini saya berbuka popia goreng, nasi dagang, air tebu, air soya, air kelapa. kenyang sangat tak sampai 2 jam saya dah tidur. mimpi macam-macam plak tu. adeilah.

9) masa tengah membeli makanan, ada accident kecik. tapi buat kecoh satu taman. siap orang yang kena langgar tinggal aje keta tengah jalan sebab nak kowtim dengan orang yang melanggar. org malaysia ni pun suka sangat nak amik tahu hal orang lain. pergi beli makanan pastu balik tak boleh ke?!!!

10) masa tengah beratur nak cuba baju kat jusco, ade sorang akak ni selamber aje potong Q pastu buat fitting room tu macam rumah dia sendiri. saya tak puas hati suh dia beratur dia boleh buat tatau? saya pun separuh menjerit cakap 'INI KE PERANGAI ORANG MALAYSIA?'

11) hari ini sahaja saya spend 600MYR untuk beli itu ini. betullah orang kata duduk Malaysia banyak pakai duit. tak sampai 48jam saya kat Malaysia, saya rasa nak balik UK. ;(

12) orang-orang kat malaysia semua kecik-kecik. i mean, petite. saya bila berjalan terasa sangat giant. bayangkan bila fitting baju, orang kedai tu bagi saya pakai saiz XXL?!!! tapi nasib baik yang XXL tu baju cantik. terus tak jadi marah.

13) akak assistant kat kedai jual baju kurung masa baru sapa dah buat saya macam kawan dia. ajak gosip la ape lah. taktik nak lariskan barang kedai agaknya. dia punyalah mesra dengan saya sampai bila balik rumah adik saya tanya kat saya 'perempuan kat kedai tu pernah kenal kaklong ke?' errrrr?

Saturday, 12 September 2009

it's.good.to.be.home.

Photobucket rindu heechul!

1) saya dah sampai rumah. alhamdulillah cuaca tak sepanas macam kat dubai (saya transit kat dubai 3 jam tapi rasa mcm 30 jam sebab panas sgt dan terminal ramaaaaai gila orang. macam pelik pukul 2 pagi terminal meriah macam tengah boxing day. haih)

2) berjaya melantak burger king di dubai walaupu terpaksa berjalan dari satu wing ke wing yang bertentangan semata-mata untuk mencari premis tersebut. hasilnya? saya hanya mampu menggigit satu dua bite dan kaki melecet sebab pakai hi-heels berjalan-jalan. padan muka.

3) di dalam penerbangan saya memilih untuk menonton filem dan drama jepun berbanding cerita mat salleh. saya kongsi tonton cerita korea juga dengan Cik I. oh, saya pulang bersama Cik I. setia betul dia nonton movie tanpa tidur.

4) saya mencari juga entah-entah Arashi atau Super Junior femes di dalam Emirates. Oh tidak, tiada satu lagu mereka pun ada. TAPI, lagu Ohno Satoshi ada. Huda mesti gembira bila dengarkan yang ini. Lagu siapa yang ada? senpai mereka. SMAP. Kinki Kids. V6. Takde Arashi. What a shame.

5) oleh kerana begitu, saya memasang Tijah tanpa henti. sampai dalam penerbangan kedua, tijah serah diri. mati takde bateri.

6) saya berjaya berpuasa dalam penerbangan. mula-mula saya pelik bila pramugari buat-buat (atau tidak) muka pelik bila saya bercakap saya berpuasa. malah satu row dengan saya berpuasa. mamat arab sebelah saya duk baca Quran aje. saya insaf sampai saya tak berani bukak tijah kuat2. tapi saya suh tijah aje nyanyikan Super Junior. hahahaha. senyap-senyapla kan.

7) bila mahu berbuka, saya buat teori denngan Cik I. saya cakap waktu maghrib adalah pabila matahari mencecah horizon langit. ikut kiraan otak tak bape pandai kami, sepatutnya kami dah boleh iftar. saya minta pramugari sediakan meal, baru dia terkedek2 tanya pilot. lama pulak tu. kejam betul. makanan dahla tak panas dah. oleh kerana tak tahan berpuasa atas udara (dehydrated, penat, tak selesa) saya buat keputusan tak mahu puasa keesokan hari pada penerbangan kedua.

7) sampai aje KLIA, saya rasa sedikit teruja. muka melayu. cakap melayu. semuanya melayu. cina pun cakap melayu. saya sangat teruja. perasan juga ada beberapa orang minah yang pandang kami macam budak gedik-gedik baru balik dari oversea. ah! dulik ape kat diorang.

8) on the way balik ke rumah, rasa agak macam jauh. highway pun nampak lagi luas dari di UK. air tebu tepi jalan nampak tempting. hahaha! (sindrom dah lama tak balik malaysia)

9) sampai aje rumah, saya terus tengok-tengok tv. drama melayu macam errrrr? saya pun flick flick channel tengok-tengok apa yang menarik. owh ada channel korea. OMG! OMG! sayangnya heechul takde. tapi saya stick aje tgk channel ni sampai saya tertidur.

10) saya tak perasan dah maghrib. bangun-bangun ada sate kajang, air tebu, air kelapa atas meja. makan-makan. makan separuh nafsu.

11) kemudian, kepala weng sebab kurang tidur dalam perjalanan. saya dah agak mesti akan jetlag ni. tapi saya stay up juga lepak tonton Arashi dan movie Korea kat internet. saya siap suruh adik saya download itunes sebab nak dengar lagu dari tijah. ADEILAHHH....

12) sekarang dah pukul 1.45 pagi, saya dah melantak nasi kerabu, kebab, air kelapa, air tebu etc. saya makan macam esok saya dah takleh makan dah. perut penuh gila.

13) oh, adik saya kata saya dah gemuk. tapi dia ajak saya makan tengah malam. APAKAH?!!!

14) buat kawan-kawan saya di UK, sabar ye? raya kat mana-mana pun sama aje. ehem.

Wednesday, 9 September 2009

ciknunu.so.long.farewell.

Photobucket buat surprise pada cik nunu!
walaupun PIC ajak kuar, dia tetap mahu pandu berpuluh-puluh batu untuk menghantar ciknunu!
berbuka di epot adalah sangat meriah!




saya sedang berblog di kampung saya.
saya tak tidur dah nak dekat 24 jam ni.
saya dahlah nak kena pandu balik ke sekolah ni.
harap-harap saya tak tertidur di tengah jalan.

ah! saya dah takde semangat mahu ke sekolah.
otak saya asyik fikir Malaysia, Malaysia aje.

nak balik!

Sunday, 6 September 2009

enaunsmen.

Photobucket mahu Cik Nunu mendengar lagu mellow pilihan saya kali ini.

Cik Nunu sila dengar lagu kat sebelah tu.
bila saya dengar lagu ni, saya tiba-tiba rasa sedih Cik Nunu nak balik.
walaupun, saya tahu kita akan berjumpa lagi, tapi memikirkan betapa baiknya dia dengan saya (dan kawan-kawan yang lain) buat saya sedih.

bape banyak titis air mata yang keluar,
bape banyak bahak-bahak ketawa yang dihabiskan,
bape banyak perasaan terasa/merasa/dirasakan (macam ayat pelik aje) dah diekspreskan.

saya rapat dengan dia sejak bulan april 2006.
kami rapat lepas main-main di playground belakang rumah kami.
masa tu kononnya nak pergi jogging la.
tapi end up main buai.

Align Centre

haih.
macam-macam jadi selepas itu.
ade yang manis, ada yang pahit nak telan.
tapi alhamdulillah, dia masih di situ menemani.

dia seorang kawan yang baik.
saya pernah quote ayat dia 'aku anggap semua orang kawan baik aku'
gembira-gembira dia, saya tahu bila dia sedih, bila dia suka kat orang tu.
lawak-lawak dia, saya tahu bila malam-malam mesti dia rasa kosong.
walaupun Aberdeen jauh berpuluh-puluh batu dari rumah saya, tapi saya selalu anggap rumah dia macam sebelah rumah saya.

we're gonna miss you dear.
takde Cik Nunu, Aberdeen dah tak happening macam dulu.
sapa nak masakkan saya ayam masak merah lagi?
nasi lemak?

;( kena baca nukilan ni sambil dengar lagu kat sebelah atas kanan tu.
Cik Nunu, hidup baik-baik.
semoga hidup di Malaysia lebih tenang dan bahagia, insha'Allah.

dan semoga anda berjumpa dengan seseorang yang boleh menjaga anda sebaiknya.

kita jumpa lagi, insha'Allah.
jalan baik-baik.

[oh, balik kang pakai baju cantik-cantik, senang nak mengurat pengiran ;)]

Saturday, 5 September 2009

errr....

Photobucket
bangun pagi tadi terasa macam nak kawen! hahahaha!
bila dah bangun, ternampak klip yang ini.
cara-cara Super Junior propose perempuan kesayangan mereka.
anda suka yang mana?

saya suka yang last sekali.
shindong. saya rasa lelaki tak ekspresif.
dan tak perlu jadi ekspresif pun.
tengok macam heechul (minit ke 3:58) suka sangat buat lawak. kalau ada lelaki mcm ni, saya tak jadi nak cakap YA. saya gelak aje memanjang.

aigoooooooo...
(kredit kepada yang sepatutnya) XD

Friday, 4 September 2009

angan.angan.hari.jumaat.III.

keadaan: hujan lebat tak berhenti-henti.
pelakon: saya dan dia.

saya: adoi, hujan ni lebat la pulak. dahla sejuk ni. masuk kedai yakiniku (grilled beef) lah.

waitress: konichiwa. untuk berapa orang ye?
saya: seorang.
waitress: boleh saudari tunggu setengah jam? kedai kami full house.
saya: (dalam hati) pandai pulak minah jepun ni cakap full-u hose.

****
saya: daijoubu. i'll wait.

tiba-tiba... dia ternampak seorang lelaki duduk berseorang memandang pan panas berserta yakiniku. lelaki itu dia kenal. siapa tak kenal dia?

saya: sumimesen, saya rasa saya kenal lelaki yang duduk seorang tu, boleh saya makan bersama dia?

waitress: hait, dozo.

saya: (berdebar-debar) betul ke lelaki ni aku kenal?

****

waitress mengomel apa ntah dengan lelaki tu. lelaki itu memandang kearah perempuan itu lalu senyum.

dia: dozo.
saya: eyh... sumimesen. saya tak bermaksud nak mengganggu awak makan. di luar hujan dan saya nak guna toilet. oh, saya pun nak makan juga. yakiniku sedap ne?

dia: hait.

si lelaki pun panggil waitress. tanya si perempuan mahu minum ape.

saya: Green Tea. sumimesen, saya nak pergi toilet dulu boleh?

****
ok, tak jadi angan-angan dah. sebab takde jalan cerita menarik lepas itu. cuma lelaki itu namanya masaki (dan dia suka makan yakiniku) dan lepas kami borak-borak, saya offer dia datang rumah sebab nak masakkan untuk dia. dia kata nanti dia free dia datanglah. mungkin dia bawak kawan sekali. saya cakap, kalau happen to be ohchan kawanyang dia nak bawak tu, saya nak masakkan rendang daging untuk diorang.

hohohoho... angan-angan tak bleh blah.

Thursday, 3 September 2009

perkara.yang.buat.saya.senyum.

1) bila dengar suara penyanyi yang menusuk kalbu.
2) bila pakai baju baru - nak nak kalau fabrik kapas. sedap!
3) bila lepas berrrr.... :))
4) bila dapat makan makanan yang sedap.
5) bila radio tiba-tiba nyanyikan lagu yang lama sangat tak dengar.
6) bila radio tiba-tiba nyanyikan lagu yang saya suka dengar.
7) bila cerita wayang/drama berkaitan dengan hidup saya.
8) bila teringatkan si dia.
9) bila baukan baju yang baru lepas dibasuh.
10) bila baukan baju yang diambil dari almari. sebelum pakai mesti bau dulu.
11) bila stuck dalam jam, duduk nyanyi-nyanyi dengan penuh perasaan. pastu baru tersedar, orang kat keta sebelah tengah tengok-tengok. *malu*
12) bila berat badan turun (walaupun 0.5kilo)
13) bila dapat result eksperimen yang baik. takyah ulang-ulang dah. penat!
14) bila Mr. Godzilla kata WELL DONE!
15) bila PIC nak balik wiken ni! :))

kenapa.saya.suka.jadi.single.

1) boleh cuci mata tengok lelaki (atau perempuan) kachak dan cantik. nota: mungkin saya bi. LoL.
2) boleh keluar rumah tak ada curfew nak kena balik pukul berapa.
3) tak akan ada text atau call dari seseorang yang bertanya 'dengan siapa tu?'
4) tak payah masakkan untuk seseorang. tak makan sehari pun takpe. siapa kisah?
5) rumah sepah pun xde siapa nak bising (kalau duduk seorang). kalau baju banyak tak berlipat atas katil, malam-malam pelan-pelan masuk dalam duvet. baju-baju tu jadi extra penebat. panas!
6) xde siapa nak conquer katil!
7) bil telefon tak melambung tinggi. jimat belanja.
8) tak perlu keluar dating sana sini. lagi jimat belanja.
9) tak perlu nak cover-cover kalau terkentut. duduk seorang? kentutla kuat-kuat. sapa nak dengar?
10) tak perlu pakai make-up lawa-lawa, pakai tudung berbatu-bata, baju cantik segala. kata tak kuar dating?
11) tak perlu buang masa nak beremosi gaduh segala bagai. takde perasaan cemburu jugak. ah! hidup ini indah.
12) tak akan ada kisah main kayu tiga, empat, lima, enam....
13) duit banyak dilaburkan untuk diri sendiri. dengar macam selfish, tapi saya suka bila saya sayang diri saya.
14) tak perlu nak jaga hati mak ayah dia, adik badik dia.

nanti sambung lagi.

main.taip.taip.

Photobucket soaked in wet!

pagi tadi terjaga awal pagi lebih kurang 7 pagi sebab tersedar vibration atas katil.
oh alarm di telefon rupanya.
pastu tidur balik.
tak sedar semalam lelap pukul berapa.
yang sedar (mungkin) telinga duduk dengar lagu-lagu di iTunes sebelum terlelap.

kemudian terjaga pula pukul 9 pagi.
ah! malas gila nak pergi sekolah.
sebab tahu banyak gila kerja kena buat hari ini, kena jugalah ke sekolah.

sampai aje sekolah, buat kerja tanpa henti sampai waktu makan tengah hari.
penat! kemudian ade gap masa 2 jam setengah sebelum protokol seterusnya berlangsung.
buka website cinema, cari movie apa yang best.
kira-kira timing movie ok tak dgn waktu eksperimen berjalan.

kemudian lakonan bermula.
saya tunggu senpai (= senior, cikgu) saya balik dari lunch.
saya cakap dengan dia, saya nak ke bandar sebentar.
nanti saya balik.
dia kata ok.
saya perlu tinggalkan evidence.
bak kata Kak M, kita perlu ikut rentak diorang.
hahahaha!

kemudian, saya pun pergi menonton cerita G.I.Joe.
dulu masa saya kecik-kecik, saya suka gila cerita ni.
siap beli mainan main dengan adik saya.
hohohoho. saya memang suka kawan dengan budak laki-laki masa kecik-kecik.

anyway.

tak ramai pun yang tonton cerita tu.
saya sorang dengan satu couple kat belakang.
couple tu memang nampak mcm memang nak tgk cerita bukan nak buat projek.
hahahaha!

bulan puasa ni (sila hormat sket)

anyway.

oleh kerana cerita ni ada mamat hot (channing tatum) saya pun nak pergi tengok.
cerita ni boleh saya katakan cerita aksi yang paling best dan lawak dalam tahun ni.
nota: cerita AKSI dan LAWAK!

saya gelak guling-guling kat dalam panggung.
siyes, cerita ni lawak.
selalunya kalau tengok dalam panggung, benda yang tak lawak pun boleh jadi lawak kalau audiens ketawa.
ni takde audiens, saya memang gelak gila-gila.
maknanya? CERITA ni best!
kenapa saya lambat nak tengok cerita ni ye?

dulu saya selalu bagitahu kawan-kawan saya yang saya tak suka London, tak suka Paris.
sesak, ramai orang, overrated.
ada satu scene besar dalam cerita ni ada pasal Paris dan Eiffel Tower.
scene tu la yang saya yang paling lawak.
tiba-tiba saya rasa saya nak pergi Paris balik.

(tiba-tiba?)

ada satu scene tu, ada pemandangan aurora.
sangat cantik.
saya pun berangan nak pergi tengok aurora dengan Sakurai Sho.
pastu ada lagu 'marry u' berkumandang.
pastu Sakurai propose.

adeila kan.

angan-angan tak boleh blah.
(suka kat Masaki, kenapa Sho yang propose?)

ah, kuat angan-angan tak boleh blah.
ni dah balik makmal.
oleh kerana 2 jam dah habis untuk wayang aje, saya kena spend 2 jam untuk ganti balik masa yang hilang tu.

maka?

saya mungkin akan bermalam di makmal.

oh mungkin ke wayang lagi.
yeap yeap. seorang diri. :D

yang.cantik.

Wednesday, 2 September 2009

enaunsmen.


cerita 500daysofsummer SANGAT BEST!
saya tonton cerita ni mesti saya teringat Cik Nunu dengan TAD.
saya tahu diorang mesti suka cerita macam ni.
saya dengar lagu kegemaran Cik Nunu pun ada dalam cerita ni.
saya pernah crush dengan mamat hero dalam cerita ni masa dia muda-muda dulu.

haih.

INILAH BARU CERITA YANG SAYA TAK MENYESAL TONTON!
esok mungkin saya mahu tonton lagi.
jalan cerita 4/5.
sinematografi (cewah) 4.55/5.

oh untuk siapa yang minat JUNO, sila tonton yang ini. LAGI BEST!
xD

saya senyum aje sepanjang movie sampailah taip blog ni.
haih!
Photobucketkenapa missCC suka Heechul:

1) dia lawak.
2) dia hentai.
3) dia over confident.
4) dia entertaining.

****

tapi sebenarnya dia seorang yang pemalu, kawan yang baik dan protective.

Tuesday, 1 September 2009

ye.saya.selenge.

feveret of the day lagu kat sebelah tu.
lelaki feveret saya harini adalah heechul.
saya rasa saya kena cari lelaki yang mata bulat, senyuman pembunuh dan rambut agak-agak panjang (tapi bukan rasta).

saya ada beberapa plan nak buat dalam beberapa minggu ni.
oh ni kira plan musim luruh sayalah.
plan musim bunga tahun depan dah agak-agak dalam persiapan.
cuma sedikit bingung mahu ke mana pada musim sejuk ini.

tapi saya tak eksaited pun untuk looking fwd apa-apa.
beg tak berkemas. hati saya masih di sini.
belum terasa mahu lompat-lompat ke sana ke mari.

tadi kawan Mekah saya tegur saya.
dia baru balik dari kampung dia, sepuluh minit jalan aje dari Masjidil Haram.
saya cakap dengan dia, saya nak ikut dia balik kalau dia balik tahun depan.
saya nak buat umrah.
dia suka. rumah dia besar, dia katalah (saya agak-agak dia ni kaya gila)
tadi dia tunjukkan kat saya cincin tunang dia.
saya terkejut.
sebab dia kata dia takde sesiapa sebelum balik.
baru sebulan balik dah bertunang?

agak-agak kalau saya away tiga minggu boleh tak saya bertunang juga?
uhuk.uhuk.
saya nak MASAKI jugak :))
walaupun dia masak yakisoba (lebih kurang macam mee goreng mamak) tak bape sedap, tapi saya nak gak kawen gak dengan dia.
biarlah dia hentai (means pervert) dan bodoh-bodoh alang tapi hati dia baik.
itulah perempuan, balik-balik itu ajelah - nak cari yang baik.

semalam saya pergi nonton cerita The Ugly Truth sorang-sorang.
tak ramai pun audiens.
ada satu point yang orang tu cakap buat saya fikir-fikir.
eh dua rasanya.

1) perempuan ni suka cari laki yang mesti ada dalam checklist dia. [hensem kacak bergaya etc] sah-sahlah mesti laki orang dan gay. takdenya manusia macam tu dalam dunia ni yang masih single.
2) lelaki ni bukan senang nak confess dia suka kat perempuan tu. bila dah cakap 'saya suka awak' atau 'saya sayang awak' mulalah perempuan tu kata tak puas hati sebab tak belikan cincinlah, bungalah, tak call lah.

saya termasuk dalam kategori yang dedua tu lah.

pastu lelaki kata perempuan zaman sekarang control freak. betullah tu. tu sbb saya nak yang macam masaki. ikut aje cakap org. spontaneous plak tu. kalau suh dia terjun niagara fall, dia terjun kot ]XD

oh ye. semalam juga saya juga telah menghabiskan masa selama 2jam setengah untuk nonton cerita yang DIKATAKAN lawak. omg! kalau orang kata cite time traveller's wife tu membuang masa, saya rasa movie ni sebenarnya patut ditongsampahkan aje.

baik tonton 500daysinsummer.

oh tajuk movie tu? FUNNY PEOPLE. ironi - sebab tak funny langsung. adeke cerita lawak dua jam setengah? buang masa.