Wednesday, 27 October 2010

pelepas.masalah.



i know this is cheesy, tapi saya nak dokyun-dokyun juga!!!

nak laki comel-comel nak mengurat mcm ni. hahaha! fantasi la kan. siyes, TV suka sangat buat benda yang takde dalam kehidupan sebenar!

oh, cite ni pasal sekolah pondok Sungkyunkwan kat Joseon 500-600 tahun dulu. Dulu sebelum Seoul jadi ibu negara Korea, dan sebelum Korea ni jadi sebuah negara, tanah ini di bawah taklukan Joseon. Joseon ni jauh dari Seoul. Even penggambaran ni dibuat kat bangunan lama waktu Joseon dulu-dulu.

sekarang Sungkyunkwan dah jadi Universiti dah. haha! lawak aje ok? saya terjumpa dengan seorang budak yang belajar kat Sungkyunkwan Univ. budak engineering. pastu dia add saya. saya ni dahlah susah nak accept orang yg saya tak kenal. tapi entah kenapa Allah nak buka hati saya terima pelawaan mamat ni. manalah tahu, kalau-kalau saya nak gi korea ade gak orang nak bawak jalan ye tak? hahaha niat tak baik tu.

anyway, nak dijadikan cerita - saya tak letak pun kat FB saya lahir tahun berapa, buat ape bla bla bla. pastu tiba2 ada orang bagitahu mamat ni yang saya buat PhD.

o
m
g

saya rasa macam terus tanak kawan dah dgn mamat ni. rasa segan pun ada. mesti dia ingat saya buat degree jugak sama dengan dia. haha! tengok2 saya tua sangat ne?

last time pun mcm tu gak. ada sorang laki ni tanya saya dah tahun akhir ke? saya pun jawab ... errr.. ye... pastu mulut gatal2 cakap buat PhD. sah! lepas tu mamat tu dah tanak tanya pape dah.

nandate? apa salah saya? uwaaaaaa...

lepas ni saya nak cakap saya budak tahun pertama bidang ekonomi la :P budak diploma :))

Monday, 25 October 2010

bangohan.


Photobucket is having dinner in bed, with arashi.

harini sangat sangat sangat sejuk.
sejuk sampai kalau pakai sarung tangan pun masih rasa sejuk.
sampaikan tanak pergi sekolah sebab mengantuk sangat. tak cukup 8 jam tidur.
sampai mimpi pun yang bukan-bukan.
saya berjumpa gergasi yang sangat besar yang nak makan saya. penat saya lari.

anyway, keje arini tak bape banyak sebab masih dalam optimising mode. so takleh bazirkan tenaga yang ada. dalam fasa ni tak boleh keje dengan kuat tapi kena keje dengan minda. trial and error.
arini saya tak borak sangat dengan adik-adik honours. S pun mcm takut nak borak dengan saya sbb saya sangat serius harini. dan of cos busylah. cuma duduk dengan diorang bila-bila diorang ada masalah kat lab aje.

harini entah kenapa saya nak bukak buku nihongo saya. setelah meminjam nak dekat setahun barulah nak buka-buka sket. kalau pening baca jurnal saya pindah baca buku teks nihongo tu kuat-kuat. takdelah kuat sangat tapi saya rasa S boleh dengar. bila S nak balik rumah dia tanya saya, "uwaaahhh! belajar japanese?" saya jawab saya memang interested dengan orang jepun sejak balik dari sana. dan kalau boleh saya nak buat post-doc kat sana. tu yang belajar sket2. tapi muka dia mcm teruja gak ar. mesti dia pun suka japang gak! hahaha!

harini saya sangat rajen memasak. entah kenapa. selalunya saya bila balik nak mengadap lappy sambil tengok dorama aje. tapi saya bersilat pula di dapur. lauk harini adalah sambal jawa dan telur bistik. huhahuha. saya makan nasi! nasi makan saya! hohoho!

oh suis stress saya naik balik. turun naik turun naik. asyik lupa nak beli lignocaine gel. bila nak beli pun tatau. saya dahlah kuar umah tak nampak matahari balik pun tak nampak matahari. haih...

amarah.

Photobucket not really hormonal.

peringatan: entri kali ni adalah entri mengutuk orang. oh! saya sangatlah tak suka jaga tepi kain orang apatah kali nak mengutuk orang. but this time is exceptional.

ingat tak aritu saya balik kuala lumpur untuk beraya?
selalunya bila saya cecah KLIA, sementara nak tunggu encik abah jemput saya, saya akan callbest friends saya yang tak bape ramai itu. ok, semua best friends saya dah berkahwin dan ada yang dah beranak-pinak. tapi mereka tetap best friends saya. air yang dicincang takkan putus kan?

selalunya dan actually everytime, kalau saya call diorang ataupun nak singgah rumah diorang ataupun nak lepak dengan isteri2 orang ni, laki-laki diorang ok aje. siap offer nak tlg jaga anak lagi bagi bini2 diorang lepak dengan saya. almaklumlah saya kan jarang balik. kang sorang tu nak tunjuk anakla. sorang tu nak update cerita la. sbb kalau saya kat UK, takde masa saya nak amik tau hal-hal diorang.

ok, nak jadikan cerita, dalam banyak2 kawan baik saya itu, ada sorang hamba Allah ni (yakni suami kepada kawan saya yang paling baik) selalu tak kasi saya berjumpa dengan bini dia. i was like wtf beb? kalau 3 minggu saya balik cuti, saya boleh berjumpa dengan bini dia sekali dua dan masa saya dah nak balik UK dah. tu pun jumpa bape minit aje. omg la kan. SEBELUM KO KAWEN DENGAN DIA, AKU KENAL DIA DAH LAMA OK?like and for god sake, aku bukan nak pinjam bini ko 40 hari 40 malam. siyes, dengan dia sorang aku tak berkenan.

tapi each time aku dengar pasal kawan aku ni yang asyik tak dibenarkan berjumpa dengan aku, aku redha ajelah. dah nak buat macam mana? kalau laki dia kurung dia skalipun, takkan aku nak gi ketuk pintu umah? omg la kan!

now, aku baru tahu yang mamat tu jeles dengan aku. ada ke dia kata aku lonely sangat sampai tanak lepaskan semua kawan-kawan aku yang dah kawen itu? nak kata aku loser ke jadi single sbb semua kawan-kawan aku dah kawen? kalau jadi bini kau tapi kalau selalu kena pukul kena herdik, aku pun tak hingin tau tak? adakah kau tahu yang dalam banyak2 laki kawan-kawan aku, ko sorang aje aku paling menyampah, yang aku paling tak suka dan aku paling tak berkenan?

omg, dia suh aku move on. i'm moving on beb. dalam pada semua orang yang 'dikatakan' penuh life dengan berkahwin dan beranak pinak (KALAU ITU KO KATA MOVE ON) - then aku memang takleh nak move on. dan kalau itu label lelaki mesia tentang move on, sila pergi mati! yeap, orang mcm anda tidak diperlukan atas muka bumi ni. kalau bini ko jadi janda pun aku leh jaga dia berganda lagi baik dari ko jaga dia ok? kenal baru bape tahun ada hati nak bising2 dengan aku yang kenal bini dia berpuluh2 tahun. sedangkan dengan mak ayah mertua pun kutuk belakang2, aku apa lagi!

omg, tolonglah lelaki-lelaki mesia. jangan buat saya generalise anda dan benci awak-awak semuanya! laki mcm ni dah jatuhkan level lelaki mesia di mata saya! kasi rejam sampai mati ini orang!

pagi-pagi senin dah buat saya emo. oh-ho. this is so not a great day to start out with!

yume.

Photobucket terjaga pagi-pagi buta.

saya mimpi pelik arini.
jarang gila saya mimpi pelik (yang saya boleh ingat sampai terjaga) dan terjaga awal-awal pagi melainkan kalau saya tak solat isha' lagi.
pastu ada text masuk pagi-pagi buta.
takleh nak bagi orang rest ke?

pastu dan dan bila terjaga ternampak best fren saya bagi msg kat YM!
haha, mcm taw taw aje saya terjaga.
chemistry kata beliau. haih.

oh saya bangun aje tadi saya tetiba nak makan nasi pilau kat masjid edinburgh.
pelik tapi benar. ke nasi pilau kedai kebab mahal berdepan dengan masjid edinburgh?
sbb ada lauk dada ayam.
haih, orang gemuk kalau mimpi pun pasal makan; maknanya kena diet ni.

saya mimpi saya berjalan dan berjalan dengan cik hudie_hud. pastu ganti-ganti dengan best friend saya cik puan farah.
dengan cik hudie_hud saya nampak kemalangan berlaku.
naik bukit yang xbape tinggi pastu nampak ikan bela yang sangat comel. ikan laga ada, ikan emas ade. warna-warni.
tapi masa tu, owner kedai xde - so cik hudie_hud tinggalkan nota yang kami akan datang balik.
pastu saya ajak dia gi makan briyani. (tgk, makan lagi)
oleh kerana tak banyak kedai yang jual lauk ayam goreng untuk briyani, kami gi beli kat kedai hujung skali yang tak ramai customer. masa tu cik hudie_hud bertukar menjadi cik puan farah. hahaha!

lepas cakap2 dan ngurat mamak untuk bagi kitorang diskaun untuk nasi briyani, tiba2 saya terjaga. dan tetiba lapa briyani ;( mana nak cari briyani tgh2 pagi buta ni? kalau saya mengandung confirm saya kejutkan suami dan teman saya masak. [nak ke suami saya teman saya? dia lagi suka tido ne? - eyh jap. sape suami saya? :))]

ah! kena gi sekolah awal arini. tak cukup tido :(

Sunday, 24 October 2010

drama.pagi.ahad.



bangun pagi terus nak tengok si ayu raudhah.
suka kat dia dah lama dah. dia pakai tudung cantik. badan pun cantik. gebu!
haish. cakap mcm perempuan tak straight aje.

basically cite ni pasal perempuan yang mencari cinta.
minah ni novelist.
buat cerita jiwang karat.
pastu dah cipta watak laki jiwang karat segala padahal dia sendiri tak pernah bercinta.

episod 1 laki yang dia suka tu meninggal dunia.
so kira sedih lah sbb laki tu jiwang karat mcm dalam novel dia.
masa tengok cerita ni baru tahu, oh! macam ni rupanya dating kat mesia.
hahahaha! saya orang skema, mana reti dating2 ni (nak muntah)

anyway, i hope towards the end perempuan jumpalah laki yang dia nak cari.
ceh macam tengok cerita 30 mencari cinta aje (tak penah tgk, penah dgr nama aje)

ntah mcm mana jumpa cerita ni semalam kat youtube. lompat punya lompat jumpalah drama ni.
tapi ni kualiti drama tv2 la. takdelah cantik sgt sinematografinya mcm tv swasta. skrip pun mcm skrip buku/novel. tapi kira ok lah, sbb saya suka lakonan ayu raudhah. hahaha! (gila statement bias tak hengat!)

NB: lepas tgk beberapa episod, saya rasa cite ni terlalu cheesy untuk saya. pastu saya tak suka watak ayu raudhah ni. gunakan laki yang suka kat dia untuk tulis novel. wth? ayat2 dalam drama ni mcm tak realistik aje, ke saya aje yg ignorant padahal mmg ini dialog orang mesia? saya cuma suka watak si firas aje. sangat selamber. macam adik saya. haha! laki mcm ni kalau awek tak cukup iman dah tangkap lentok dah. oh lagi satu, ada satu scene diorang makan kat restoren korea kat jalan ampang. bila tengok review kat blog orang lain kata restoren ni hidang pork. i mean, you're using the same plate kan? entahlah. nak cari restoren korea pork-free agak susah kat mana-mana ne?

lawak.orang.melayu.

ni ayat mengurat laki melayu kat dalam tren:

laki: awak nak turun kat stesen mana? ada orang jemput ke?
perempuan: xde. balik naik teksi. awak nak turun stesen yang sama ke?
laki: eyh... kalau tren ni leh turun kat australia, saya dah lama dah turun kat sana.

haih. buat saya gelak malam2 buta ni.

Saturday, 23 October 2010

bumi.itu.bulat.

Photobucket pun bulat juga...

balik dari sekolah tadi hati waku-waku tengok bulan sangat penuh.
sangat besar.
sangat bulat.
macam muka saya.
hahahaha!

malam ni selalunya akan lepak2 umah kawan-kawan ataupun tonton wayang.
mungkin nak berbuat perkara kedua.
tak banyak rumah di dundee saya boleh lepak.
kalau rumah kat aberdeen super comfy sampai tak mau balik-balik dah. hahaha!

oh, pagi tadi saya gi kedai yang jual monitor super besar saya.
pastu ada seorang pakcik cina ni pandang-pandang aje saya.
'indonesia?' pakcik! saya tahulah saya muka jawa. hahaha!
malaysia, jawab saya.

dia pun cerita itu ini.
dia kata dialah pembekal barang2 kat kedai ni (kedai tu kedai komputer)
dia kata barang2 ni dari china, taiwan dan errr... tak ingat satu lagi negara.
dia cerita dia dah 40 tahun kat sini.
saya ingat nak buat lawak "pakcik lari ke?"

hahahaha! dia ingat saya kata dia penjenayah pula.
padahal saya nak kata pakcik patah hati dan merajuk dengan malaysia ke. haih. tak masuk point la pakcik.

pakcik tu ade doctoral in econs kat Leeds.
pastu takde keje, dia buat jual beli barang2 komputer.
ceh segala hidup dia cite kat saya.
saya anggukkan aje.

pastu bila tuan punya kedai tu datang nak entertain pakcik tu, dia kata kat orang kedai...

"u better make sure u attend my friend. this is my country people!"

hahaha! lawak ok. bunyi macam general pun ade. bunyi macam encik abah cakap dengan orang cina pun ada.

oh tadi saya gi majlis perpisahan orang dundee.
uwahhh, saya teringat masa orang buat majlis perpisahan saya masa kat Aberdeen dulu.
so saya paham apa perasaaan kak ika dan abang tarmidi.
saya tataulah budaya orang-orang dundee macam mana.
dulu masa saya nak tinggalkan aberdeen, adelah beberapa rumah buat majlis untuk saya dan ajak makan2 istimewa.

haih. tadi pun rasa nak nanges bila tengok diorang sebak.
tapi takpe, nanti kita jumpa kat mesia ye?
tahun depan je, tak lama dah...

hmmm... rasa mcm malam ni bosan gila ok? saya nak re-decorate rumah la kalau mcm ni.

oh, cik wanis, kenapa bila saya takde kat Aberdeen awak masak sedap2? lakse lakse lakse...

Friday, 22 October 2010

rinda.rinda.rinda.

Photobucket pening-pening lalat.



song of the day. 'salahkan' nino buatkan saya cari lagu ni kat youtube. turn out lagu ni femes gila rupanya. patutlah mcm pernah dengar. hey! hey! hey!

hari ni dari pagi hingga ke malam asyik hujan aje.
walaupun saya berpayung tapi kepala saya asyik pusing-pusing.
badan macam panas, pipi pun merah.

keje banyak. badan makin penat.
godzilla asyik nak marah-marah aje.
itu tak kena ini tak kena.
nak bebel kat saya kol 5 petang hari jumaat.

tadi sket lagi rasa nak meletup.
seb baik dia panggil co-sv sekali dtg lepak opis.
kalau tak, nak aje jerit kat mamat tu "cuba buat eksperimen sekali, aku nak tengok!"

komen punya banyak.
asyik kritik memanjang.
tanya soklan mcm nak interrogate suspek penjenayah.

suh buat eksperimen yang orang dalam dunia ni tak pernah buat.
pastu sekali aku cuba tak dapat results nak marah2 plak.
AKU SEPAK KARANG!
nasib baik weather kat luar hujan.
darah dah mendidih, kepala dah pening.
rasa mcm nak makan orang.

pastu dengan separuh sedar, gi bukak google, cari monitor super besar dengan wireless keyboard.
konon nak cukupkan set komputer untuk menulis tesis kat rumah nanti.
beli punya beli kedai tu janji nak deliver malam nanti.
tengok-tengok saya tunggu tak sampai2 pun.
JANJI MANISMU!

maka, kepala jadi makin pening.
rasa nak nanges ade, rasa nak makan sebesar hidangan lembu pun ada.
now, dah makan banyak gila dah tatau nak buat ape.
nak telan panadol dan tidurlah mcm ni.

sebelum tidur dengar lagu rinda! rinda! rinda!
haih, nino ... nino...

Thursday, 21 October 2010

edisi kamis malam jumaat II

baju sudah siap dilipat.
walaupun rasa tak sehat siang tadi, lepas solat maghrib dan isha' terus rasa segar sket.
sebab ramai kawan-kawan online.
leh layan mana-mana yang patut.

dah masak untuk bento esok, dah makan, dah pekena cafe latte rasa mcm tak boleh tidur pula.
kemas-kemas sket rumah yang dah tak mcm rumah dah ni.
rumah kecik macam ni takleh nak diurus ada hati nak pindah rumah yang lagi besar.
haih.

saya kena kutuk dengan Cik Hudie_hud pasal wardrobe saya.
dia kata ada dalam koleksi baju-baju saya tu ada yang saya tak pernah pakai.
*uhuk-uhuk*
mana ada.
kalau gi sekolah takkan nak pakai baju glitter-glitter? baju seksi2 (haha!)
saya ada beberapa kategori baju-baju dalam lemari saya.

baju nak masuk tidur ada satu compartment (last-last tidur dgn baju yang bawak gi lab)
baju untuk every season: aki, fuyu, haru, natsu. tu dah bape compartment dah.
baju untuk duduk dalam rumah sahaja.
baju untuk majlis formal.
baju untuk majlis sopan-sopan.
baju untuk majlis yang sopan pondan-pondan.
baju untuk bebila saya naik 5 kilo.
baju untuk bebila saya turun 5 kilo.

kalau kira mcm tu, 2 lemari pun tak pernah cukup! *uhuk2*

****

oh tadi masa saya entertain bebudak honours, saya duk khusyuk sangat sampaikan saya terlupa nak solat zohor. bila islamic finder kuar kat PC saya, saya tepuk dahi. S tanya saya kenapa. saya kata saya lupa nak sembahyang. dia pelik. mesti dia kata hati "errr... pray?"

oh! mereka ni nama aje ada kawan Malaysian/Arab/Asian. aku luku kang. dah terang-teranglah saya pakai tudung maknanya saya muslim. dan saya perlu sembahyang. bila saya cakap saya kena sembahyang 5 kali sehari dia buat lagi muka terkejut. pastu dia tanya lagi... "do you have to pray like in specific time?"

YES, my dearr~~!!!

pastu dia tanya lagi... "can't you just make it up the prayer?"

nak cakap NO tapi saya cakap kalau lupa bolehlah ganti. kalau sahaja-sahaja, it's a sin.

seronok gak duk bercerita pasal ISLAM kat orang yang tatau apa2. so bila diorang tanya tu lebih kepada rasa ingin tahu, bukan cynical ke provokasi ke.

ada gak yang tak bape sensitif. ada sekali waktu winter, diorang hidang mulled wine pastu bagi kat saya. saya kata saya tak minum wine. nak tahu orang tu jawab ape... "oh this is just mulled one"

errr... saya TAK minum arak la bongokkkks!

****

oh tiba-tiba saya teringat seseorang. bila time kamis malam jumaat mesti teringat kat dia. rasa nak seypak diri sendiri sebab ingat pada orang yang belum tentu ingatkan diri kita, neee?!

edisi kamis malam jumaat

Photobucket tak centre.

saya pulang ke sekolah agak awal harini.
sebab harini saya temankan bebudak honours sepanjang hari sampai bila nak buat keje saya - saya jadi sangat sangat sangat penat.
saya pun balik dengan xde mood dan kesihatan.

saya call cik wanis, tanya dia buat apa.
dia kata tengah shopping pinggan mangkuk seorang diri.
hehe, nak gak shopping except takde duit cash yang sangat banyak.

pagi tadi saya mimpi jiran belakang rumah saya bake cheesecake.
nampak menyelerakan. saya tak suka sangat cheesecake.
menggemukkan. memuakkan (konon nak rhyme)

so, saya nak pergi carilah cheesecake kat tesco.
ada blueberry cheesecake, chocolate cheesecake, NY cheesecake.
yarabbi! peningnya kepala.

sekali, masa tengok-tengok, ada satu kotak yang saya pernah kenal.

O
M
G

kek ni yang saya makan masa balik mesia aritu. lepas buka puasa dgn sahur mesti makan. siyes, kek ni tak manis. ingatkan kek ni dah mahal kalau jual kat mesia. tengok-tengok, sama aje harga kalau convert pun.

tapi saya apa kisah, kalau kat mesia kena lalu tol RM1.10 semata-mata nak gi IKEA pi beli mende alah tu. bayar parking lagi. minyak lagi.
ni lalu kat tesco on the way balik rumah, belilah bape banyak pun.

saya suka kek ni sebab ia mengingatkan saya pada kek prague yang dibeli oleh kedutaan Malaysia di Vienna. masa tu saya tengah sedih2 semua barang2 saya hilang. pegawai duta kat situ comfortkan saya dengan menyuakan kek ni. sangat sedap sampai ke saat ni saya masih ingat rasanya. natsukashiiii~!!!

anyway, untuk tatapan adik saya yang tengah rindu kat saya tu... nah amik gambar ni. gambar takleh makan. kang ajak miss mummy gi IKEA gi beli eh? ataupun dtglah sini teman saya! :D

aduan.semasa.

Photobucket rasa mcm pening-pening lalat.

simptom-simptom:

1) cepat rasa lapa. kalau lapa tu rasa macam nak makan orang aje.
2) rasa nak terkucil aje selalu. sehari kalau tak cukup masuk tandas 10 kali tak sah!
3) hari ni kemuncaklah. rasa pening-pening. jalan pun dah tak betul. nak konsentret pun payah. kepala kalau boleh sama ada nak letak atas meja, dinding pun boleh. memang tak boleh berdiri lama-lama.
4) cepat haus. rasa nak minum airrrrr aje. selalu tak macam ni pun.

saya salahkan cupcakes sedap + cho amaaai cik hudie_hud. saya rasa kandungan gula dalam badan saya rasa dah meningkat naik. obes! obes! haha!

patutkah saya pergi berjumpa GP?

;(

bangun pagi terasa mcm ada sesuatu yg besar kat bibir belah dalam. masa gosok gigi tengok-tengok suis stress saya makin membesar. hampir sama besar dgn kuku saya.

bonjela tak membantu. air panas tu tak menyurutkan. tidur saya pun dah kurang 8 jam. keje makin bertambah. pastu bila tido mimpi yang bukan-bukan. menakutkan.

yosh, dh kol 8 pagi, kena pergi sekolah!

Wednesday, 20 October 2010

malam-malam kat sekolah

tengah sambil-sambil buat keje di sekolah saya tonton drama korea Dr. Champ.
haih.
haih.
haih.

hati doki-doki lagi.

saya suka tengok muka laki bila-bila dia suka kat seorang perempuan. pastu tak reti-reti nak confess. pastu bagi-bagi hint. pastu perempuan tu buat-buat tak paham.

laki tu setia aje kat sebelah. setia aje pandang muka perempuan tu. perempuan tu duk bebel-bebel masalah hidup dia. laki tu pun ada masalah gak, tapi dia tak kesah asalkan dapat duduk sebelah perempuan tu jadilah.

hati saya lompat2 tengok scene ni - http://www.dramacrazy.net/korean-drama/dr-champ-episode-7/

haih, dahlah badan sasa. lengan tu otot kental2. tinggi macam galah. pastu suka kat perempuan clumsy-clumsy. laki kalau suka jadilah hero ke saviour ke. kalau tak suka, hmmm... layankan je lahhhh....

cuba bayangkan..

bila awak present data dah cantik dah, pastu nak cuba eksperimen baru yang makan masa 3 hari 3 malam, pastu towards the end of the process, semua protein awak hilang...

apa awak rasa?

apa awak nak buat?

nak balik tidur?

nak buat bodoh?

nak nanges?

nak sambung buat keje lain?

nak hentak kepala kat dinding?

ke nak ulang eksperimen?

**siapa nak temankan saya sampai tengah malam nanti?** haih, kalau ada boifren teman kat lab kat best. okla, hasben. adik! jom teman saya kat lab?

Tuesday, 19 October 2010

be.with.you.

Photobucket mellow di malam yang beku.

pulang dari sekolah tadi dah gelap sangat.
nampak bulan hampir mahu penuh sambil ditemani bintang yang bersinar. mungkin itu adalah planet marikh.
malam ni sejuk yang amat.
dalam berita pun kata malam ni memang akan mula ke suhu beku.
minta-mintalah esok cermin kereta tak berkaca-kaca ais.
saya dahlah tak beli de-icer lagi. haih.

harini hari saya sangat bagus.
mungkin sebab saya sempat sarapan sebelum pergi sekolah.
buka mata aje nampak dorama baru diupload.
apa lagi, sambil sarapan sambil tonton dorama.
pemandangan yang sungguh jarang dilihat masa-masa hari sekolah missCC.

pergi-pergi sekolah terasa mcm nama diseru.
bukak email (punyalah payah nak bukak email selalu), tengok2 godzilla kata dia tak sehat.
yeslah! bolehlah tgk FB tanpa risau dijenguk oleh beliau. LoL!

oh tadi saya ditegur oleh seorang Malaysian.
dia singgah lab saya nak jumpa seorang Professor ni.
dia tegur saya sbb dia nak bagi barang kat Prof tersebut.
pastu dia senyum lebar dia tanya saya "malaysia keee?"
haruslaaahh! hahaha! tetiba pagi ni jadi hyper sekejap :))

harini hari saya spend masa dengan adik-adik honours saya.
kagum saya bila2 masuk aje yang si laki (yang saya suka tu) dengan semangatnya cakap apa yang mereka mahu buat tgh hari tu.
selalunya saya akan beritahu mahu berbuat apa dan apa.
harini tanpa disuruh mereka dah tahu nak buat apa.
baguslah, saya pun banyak keje lain nak buat.

sedang saya berbuat sahaja kerja saya, ada aje bebudak ni panggil saya.
itu tak reti ini tak reti.
haih. bila saya tengok diorang buat keje diorang halau pula suh sambung keje saya.
konon tanak susahkanlah.

tapi in the end of the day, satu hape yang diorang buat semua tak jadi.
saya gelak aje lah.
budak laki tu (saya panggil S) buat joke "science hates us today"
saya bantai gelak lagi.
S kata dia risau sebab bila saya suh dia buat keje dalam lab, ada aje dia buat salah.
hahaha! nak suh saya comfortkan ke?
dahlah suka sangat tentang mata saya (tak baik ok?)

ala saya kata, biasalah tu. saya ajar diorang tak masuk pun lagi 3 minggu.
saya buat PhD masa mula-mula dulu 6 bulan pun belum tentu pandai.
kalau nak banding saya dengan dia mmglah saya lagi nampak terer dan rilek aje.
dah mana ada dia pernah tengok saya nanges2, stress dulu bila saya tak dapat results bagus.
tu nasib baik dapat mentor mcm saya.
buatnya dapat si godzilla tu, mesti akan menanges dan mogok takmo datang sekolah!

saya paling suka tentang si S ni bila dia nak tanya soklan kat saya, dia mesti pandang mata saya, pastu pause kejap.
saya tanya kenapa, dia mcm lost kejap. nak kata nak susun ayat dalam english, tu bahasa ibunda dia. nak kata dia blur, nampak mcm mode buat research dia mcm makin bagus. takkanlah budak medic tak pandai nak pick-up kot? (oh, si S ni amik one-year out of medic, nak pengalaman katanya)

selalunya saya akan senyum satu round atau gelak 4 round ataupun cuba teka apa yang dia nak tanya. omg, encik S, awak buat saya nak datang sekolah tiap2 hari! hahaha! Allah makbulkan doa saya juga ye?

oh, harini saya masak dinner! sebab semalam sempat berbuat groceries sket dan ada semangat sket nak masak. sambil masak sambil dengar lagu Arashi. sian jiran saya terpaksa dengar saya melalak bahasa yang dia tak paham. lol! oh bercerita tentang jiran saya, dia seorang india. ni mmg indian, india. gila skema ok? nampak sangat dia bosan sebab saya rasa saya tak dgr ape-ape dari sebelah kecuali bunyi dia berdengkur. takde TV, takde dia melalak atau apa2. lagi satu. tiap kali dia keluar masuk mesti kunci pintu depan yang menghubungkan rumah kami. cane encik posmen nak kem barang kat saya?haih... saya pernah jumpa dia sekali tapi tak sempat nak tegur. dia pun mcm tak peramah aje. kalau kenal2, leh lah nak bagi kari ke, kari ke, kari ke...? (lol! saya pun tak makan kari sgt!)

oh adik, saya rindu pipi kamu lagi. saya tengok gambar awak kat rumah ni. haih, dah besar panjang anak adik saya ni. bagi saya sorang adik yang comel mcm awak boleh? sila kawen skang bagi saya anak sedara!!! lol! (adeke umo 15 tahun dah gatal nak awek, nak kawen muda - seypak kang!) ok, i know you're just kidding!

ok, kenapa saya taip post ni? oh! sebab saya nak post lagu Arashi "BE WITH YOU". kawan-kawan saya, kalau awak-awak dengar lagu ni kat mana-mana, ingatkan saya ye? saya pun nak nanges mcm aiba masaki gak. nak sayang kawan-kawan mcm si jun. nak jadi kakkoi mcm sho-san. nak sore lemak berkrim macam ohno-san. nak jadi cheeky mcm si nino.

YASASHI ARASHI!

ni yang rasa nak gi Rotterdam nak say hi! kat si Masaki ni. Nak jumpa Aiba Masaki!!!! XD

Sunday, 17 October 2010

sabishii.des!

Photobucket uwaaaa! dah pukul 9 malam.

tadaima! saya sudah pulang ke rumah.
masuk-masuk aje umah, sejuk sangat.
dah pasang heater sana-sini, saya duk pk nak kemas rumah ke atau nak buat keje.

badan dah penat.
walaupun namanya berhujung minggu, saya masih tak cukup tidur.
bukan sebab buat keje, tapi bergembira bersama keluarga (kawan-kawan).

aktiviti yang biasa dilakukan adalah masak dan makan.
oh dan tonton DVD/movie online juga.
cerita hantu toksah cakapla. back-to-back.
kalau nak tengok cite antu kena tgk ramai2.
bila jerit2 seronok! lol!

tapi benda yang saya malas sangat bila dah nak abis hari ahad ni adalah:
1) berat badan naik lagi 3 kilo. sila salahkan tuan rumah yang semakin kecik (mungkin saya curik sedikit lemak beliau) 2) nak siapkan kerja yang patut disiapkan pada hari sabtu dan siang ahad. 3) kena kemas rumah yang patut dikemas waktu hujung minggu. 4) bila balik rumah mesti rasa sunyi ;(

tadi buat lawak dengan adik-adik kat sana.
"kenapalah telefon ni tak berbunyi?" muahahahah gedikla tu.
diorang pun cakap, telefon diorang berbunyi pun sebab hsemate yang call, coursemates yang text etc.
saya takde hsemate.
kawan2 PhD saya pun takmo kacau saya (mmg saya warn jgn kaco pun)

balik2, encik abah aje yang text saya memanjang.

takde ke orang nak bagi text mcm ni?
"hai, cik adik tengah buat ape?"

hahahaha! tu romantik ke poyo tu?

tadi tengok cite rom-com kat TV, terjerit sedikit (kyyaaa!!!) bila tengok adegan sweet-nak-mati. pastu tercakap kat bebudak ni, "ala, nak hasben romantik mcm tu"

nak tau apa bebudak ni jawab balik?
"sapa yang tanak hasben mcm tu?" lol! TV ni suka bagitau benda yang dah nak pupus kat dunia ni.

maka, (dedikasi kepada adik saya) - jadilah manusia gentleman dan sweet. mesti ramai awek-awek (cina) nak kat awak.

duk teringat dulu-dulu masa gi jalan2 berdua dengan cik I, bila cakap "kan best kalau bawak boifren jalan2 mcm ni" terus dia respons "biar i la jadi boifren u"

muahahahaha. sian cik I. nanti saya carikan boifren untuk awak ye? ;)

****
oh! nak tengok tak pelanduk dua serupa siti nurhaliza masa zaman muda-muda dulu?
kenal dia masa amik kursus kawen dulu.
masa tu tegur dia sebab tak ramai aje nak kawan dengan dia.
lagipun saya tengok muka dia mcm siti nurhaliza masa dia muda-muda.


skali dah tegur, peramah rupanya dia.
dia pernah tegur saya, kenapa pakai cincin belah jari manis kiri, dah nak kawen dah ke?
hahaha!
pergi kursus kawen dua kali, tapi kawen tak pernah-pernah lagi.
sejak dari kursus tu, dah tak keep in touch dah dengan beliau.

tapi bila dengar2 dia selalu lepak dengan kawan-kawan baik saya, dari situ kami jumpa kembali.
dan sampai skang kalau bila-bila saya datang Aberdeen, mesti akan lepak makan2 dan tgk wayang dengan beliau.

oh, nama dia bukan siti. takde kaitan pun dengan cik siti wan kembang. muahahahaha!
nama beliau? BIARLAH RAHSIA!! :P (itu tajuk lagulahhhh!)

Saturday, 16 October 2010

omedetou.tanjoubi wanisu-chan!






Photobucket is having fun ;)

selamat hari lahir cik wanis!
seb baik seprais party berjalan dengan lancar.
sampai terkejut bday girl dengan tak cukup napas naik tangga lagi.

ada banyak best yang kami buat.
ada pizza gatecrasher 24" yang sampai hari kedua makan 6-10 orang pun still tak habis makan.
dengan cupcakes yang sedap gila (beli home-made punya...)
dengan cokelat cake import dari dundee.

uwiiieee!!! menggemukkan!

hari kedua lepas birthday, bday girl nak sangat main boling dan makan eskrem ;)
lepas tu lepak2 kat umah makan-makan ramai-ramai dan berbuat nothing.
ah! what a great day to spend the weekend :D

oh, saya mcm dah lupa apa masalah dan penat lelah saya sebelum ni.
betullah saya kata kat adik honours saya, kalau hang-out org yg sama umur ni mmg sangat best, bleh hilang masalah dalam kepala.

ah! esok sudah ahad. kenapalah cuti ni sekejap aje? bak kata bday girl, dia nak cuti lagi untuk tidak berbuat apa2! the beauty of doing nothing!

Thursday, 14 October 2010

seteres.

Photobucket masih kat sekolah malam yang sejuk ni ;(

ulcer dalam mulut saya makin membesar. kejap ia ada, kejap xde. kalau ade, saya fikirkan mungkin kurang rehat ataupun kurang minum air. tapi sejak 3/4 bulan ni, kenapa ulcer tu tumbuh kat tempat yang sama?

harini saya dapat surat dari UKM. dengan terkejutnya dalam surat tu menyatakan bahawa saya tak pernah hantar borang prestasi. selama 2.5 tahun? sekarang baru nak bagitau?

stress ok?!!! dah berkali dah dah saya hantar through Godzilla tapi UKM kata tak pernah dapat.

apa yang saya buat? tak guna nak blame org tu blame org ni. saya bagi email kat ketua unit pendaftar. CC kat dekan, kat pegawai unit belajar dan semua2 lah terlibat. saya bagi semua dokumen-dokumen penting. nasib baik saya tak marah. nak marah mcm mana dalam ayat formal. SAYA SANGAT BERDUKACITA? omg la kan?

tiba2 rasa ulcer makin lama makin membesar.

tadi budak honours yang saya kata selalu buat saya doki-doki tu tanya mcm mana hari saya. hahaha! doki-doki lagi. saya cakaplah semalam saya kat sekolah 15 jam ok? dia terkejut gila. bersamaan dengan jam yang perlu dia isi tiap-tiap minggu untuk siapkan honours dia ni. tapi dia comel lah. kalau cakap dengan saya, mcm2 benda budak2 dia buat yangbolehbuat saya ketawa. ade sekali tu dia siap nak balik nak babai saya, pastu bila saya tunjuk ke arah dia, dia terlupa nak tanggalkan kot! hahahaha! takkan nak bawak kot balik tidur kot? :P

harini saya dapat results bagus. saya suka. alhamdulillah. godzilla kata lepas ni buat keje jangan rush2. tenang2 aje. hekeleh. kalau dah tiap2 hari tanya aku 45 kali sehari, nak tenang mcm mana dowh?

masih ada jurnal nak kena siapkan tapi cukup2lah saya stress harini. rasa mcm nak tgk wayang sorang2 tapi....

****
oh, saya suka quote ni kat FB: Why is Monday so far from Friday but Friday is so close to Monday?

Tuesday, 12 October 2010

berita minggu ini

Photobucket in the mood of doing nothing.

1) saya baru tahu blogspot ada tracker. takyah nak letak tracker semata-mata nak tengok sape tgk blog saya. eheh. skang ni dah takde masa dah nak tahu siapa yang baca siapa yang idak. kalau nak baca, bacalah. saya sudah tidak kisah.

2) rasanya macam dah 3 bulan balik ke UK. oh, ayat ini sungguh tidak menyeronokkan. bertambah tak seronok bila adik hari-hari duk cakap dia asyik kuar makan dengan encik abah and miss mummy. saya jeles.

3) saya nak racun adik saya temankan saya waktu winter. skang waktu autumn (in my heart) pun dah mandom, apatah lagi bila2 winter. nak suh dia temankan saya, tgk tv sama2, main game sama2, teman gi lab sama2 (opsss!), teman buat keje bila2 dia baca manga online, main game, dan fb-ing. kang nak suh dia masak kang, rebus megi pun tataw. haha! adik datang kaklong belikan lappy ok? suh encik abah bayar. lol!

4) cerita sungkyunkwan dah makin tak menarik. ke sebab lambat keluar subs saya dah tak sabar?

5) sekarang ni malam2 mesti saya bosan. selalu kalau balik dari sekolah mesti call PIC (dolu-dolu lah) - nak call cik wanis - dia keje petang. nak call Cik I, dia busy 25 jam sehari. hahaha! lagipun dia dah tak pakai o2, takleh call free. sape lagi saya nak gelak ketawa dengan? (tiba2 rindu PIC)

6) saya mcm nak buat regime pergi ke library waktu malam sampai kol 12 tgh malam. agak2 saya larat tak? kalau duk rumah asyik layan dorama aje. keje tak siap2. cane nak submit thesis secepat mungkin?

7) semalam ke dua hari lepas si godzilla tinggikan suara kat budak honours bawah jagaan saya. lepas kejadian itu, saya nak aje cakap kat diorang yang godzilla tu mmg emo sentiasa. agaknya perangai dia mmg mcm tu. emo aje jerit2. dahla org2 kat sini sangat bersopan dan manis mulut. mamat tu mulut laser aje. teringat masa minggu pertama saya start buat PhD, dah nanges. ala, sape aje tak pernah nanges sbb mamat tu? hahaha! kutuk bos tak ingat!

8) minggu ni saya kurang stress berbanding minggu lepas. sbb saya kena siapkan kerja untuk jurnal rather than buat keje untuk thesis. semua skang tgh tunggu saya bagi results dan bagi discussion. tapi letak nama saya no.2 - saya nak demand untuk equal collaborator. orang putih ni kalau tak buli orang asia mmg tak sah!

9) oh, lupa saya nak cakap. budak honours bawah jagaan saya seorang perempuan dan seorang laki. yang laki tu ambidextrous. tapi bila tgk dia buat keje guna tangan kiri hati saya doki2. hahaha. tak bleh blah. dia kata dia main gitar so kalau saya tgk dia main gitar sambil menyanyi saya rasa saya mesti senyum lebar sampai ke telinga. nasib baik ko muda. muahahahha! kalau umo anda 35 saya masuk pinang dulu.

10) skang saya takde mood nak masak dinner. siyes. balik aje rumah nak terus masuk dalam duvet dan tutup mata. dahlah fridge yang sudah dibersihkan itu masih berbau pelik. so saya tak mahu simpan makanan dalam peti ais tu. org tua2 kata letak arang bagi serap bau. entah, mcm mana nak cari arang seketul aje waktu2 winter ni?

adik, saya rindu pipi awak. pipi aje. hehehe.

11) oh aritu saya asyik mimpi yang pelik2. saya mimpi saya dukung seorang bayi. anak sape tatau. dua hari berturut2. pastu cik hud bagi saya link video budak kacukan Jepun-Americano. sebelum tidur saya mesti tgk dia bebel2. ceh, mcm dia anak saya yang duduk kat jepun aje.

tak
boleh
blah!

Tuesday, 5 October 2010

chipsmore.

Photobucket kejap ada, kejap xde.

ni beg-beg masa mahu pulang ke Malaysia. total semua - 60kg! bila balik Dundee, bawak beg merah tu aje. tu pun tak sampai 30 kg. uhuk2.

KLIA: teruja tengok beg-beg sepesen aje :P



sampai2 aje abah bawak gi makan natang ni kat Kuala Selangor. jauh ok?! (encik abah kata tak pungg)

sempat gi lepak Pulau Tioman waktu raya :P lepak makan malamlah yang paling best. pastu lepak2 dengan adik2 sambil tengok tv gurau senda (dan marah adik sbb tak pandai jawab soklan matematik, dah PMR ni!)

lepak makan kopok lekor tepi pantai ;)

lepak dengan cik ainun sambil karaoke dalam bilik gelap. hahaha!

rasa sekejap sangat cuti-cuti saya di Malaysia. makan-makan pun tak abih khatam. rehat pun mcm tak puas (udah2lah tu tidur lepas subuh, bangkit lepas zohor).

setelah berdrama swasta dengan diri semenjak balik ni, saya dah pulang ke alam nyata.

oh btw, kepada adik saya: selamat menyambung perjuangan dalam peperiksaan PMR anda.

saya borak-borak dengan senior saya yang nak bagi talk untuk viva beliau esok. dia tanya saya "ada berapa lama lagi nak habis?" saya jawab - lagi 4 bulan. gila babi 4 bulan nak abihkan labwork. cepat-cepat saya download borang minta panjangkan cuti belajar.

saya borak-borak dengan colleague saya yang akan habiskan zaman sekolahnya pada minggu ni. dia dengan baik hatinya memberi saya beberapa "anak-anak" beliau yang sehat sejahtera. baguslah, saya tak perlu risaukan tentang hal eksperimen!

saya borak-borak dengan Godzilla, dia tanya saya tentang kaki saya yang accident minggu lepas. pastu dia cepat2 bagikan sekeping jurnal yang ada nama saya. ok! saya kena rajen buat keje lagi!

saya fikir2kan mahu berbuat 2 tajuk besar untuk thesis saya. biar sket asalkan conclusive. esok nak korek2 daripada senior saya lepas dia abih viva beliau. mesti beliau kata OK! sbb beliau tak cemas pun bila semalam saya interview beliau. *jeles*

oh! saya dapat dua orang budak untuk diajar di makmal. memandangkan saya aje seorang manusia under supervision Godzilla, sayalah kena ajar diorang. tapi ntah kenapa saya tak nervous. cuma tatau ada ke idak barang2 untuk diorang guna. saya aje dah pulun 1 bench panjang. semua brg2 saya sapu. cane nak optimumkan penggunaan alat kalau kena kongsi 3? dengan senior saya dulu pun saya beralah sbb pk dia nak abih cepat. haih!

hari dah makin sejuk. walaupun hujan, bermatahari terik tetap sejuk. kalau anda sayang dada anda, pakailah baju tebal senantiasa. hehe.

sejak balik ke dundee ni, kuih raya pun saya tak pandang. gedik. saya dah beraya dengan orang-orang kampung. dengan rakyat Dundee aje blom. tengoklah, kalau saya rajen, saya ajak datang rumah. lagipun saya dah habis puasa ganti dan puasa 6. maka, saya boleh raya! :D

saya sangat rindulah adik saya. haha. malam masa saya nak pulang aritu, dia peluk saya pastu cakap "abihla kaklong, sapa lah nak kaco kaklong lagi kat sana, kacau orang gombak, orang KL, orang terengganu..."

eleh, cakaplah awak rindu saya... :D

oh untuk tatapan adik saya, oleh kerana saya rindu awak, saya makankan untuk awak unagi ye? mechaaaa umaaaai!!!