Sunday, 31 January 2010

nota.minda.

Photobucket burp!!!! excuse me.

1) pertama kali banyak makan dalam tahun ni, sampai muntah. tak - saya bukan bulimic.
2) rentetan dari post sebelum ini, terima kasih Cik I kerana banjer saya dinner banyak sangat sampai perut saya dah takleh masuk apa-apa. dahlah dia banjer saya 3-course dinner plak tu. kaya betul budak-budak PhD zaman sekarang.
3) Cik I belanja saya sebab nak meraikan saya cukup 2 tahun di sini. Hari ini ulangtahun saya di Dundee yang ke 2 tahun. Itu juga petanda saya dah masuk tahun ketiga dan terpaksa bekerja dengan lebih kuat!
4) saya sekarang kena belajar untuk TIDAK menghiraukan kata hati saya. kata hati saya malam tadi saya mesti terserempak dengan Mr. N. dan jawapannya IYA, saya terserempak dengan beliau dalam perjalanan menemani Cik I pulang.
5) kata hati saya nyatakan, esok sila pergi sekolah seawal 7 pagi!

oleh kerana saya kena ikut kata hati saya, saya kena tidur sekarang.

Oyasumi-nasai minna! XD

nota: oh! ohchan junior dapat tidur atas sarung duvet baru malam ni! :D
sarung duvet pink yang lama

sarung duvet yang baru!
tumbuh-tumbuhan di rumah saya. tak, rumah saya bukan rumah hijau.

checklist.

kerja hari ahad:

1) basuh pinggan mangkuk di dapur.
2) tukar cadar, 3 sarung duvet, 4 sarung bantal.
3) laundry, 3 round.
4) kemas kereta honda hijau, kalau sempat - cuci.
5) download movie(S)
6) weiii mandi weeiiii!
7) susun bil-bil - katalogkan.
8) asing-asingkan unwanted items > charity
9) asing-asingkan items untuk shipping.
10) pergi lab weiiii!

oh, rehat jap. nak gi jumpa cik I.

oh btw! saya rindu nak lepak dgn Aberdonians lagi! kalaulah kerja PhD itu adalah shopping2 dan lepak2 sahaja.

terima kasih cik wanis sebab banjer saya (kami) makan sushi! uhuk2. betullah cakap saya. orang singles ni best sbb dapat berkhidmat pada masyarakat!

sapa nak banjer saya lagi?!!!

oh, dalam gambar tu saya tembun gila. petanda kena pergi gym. kurangkan tidur dan sila berbuat kerja!

Friday, 29 January 2010

weird.

Photobucket takde semangat.

saya mimpi pelik malam tadi.
saya mimpi nampak dua bulan mengiringi matahari yg cerah bersinar.
saya terkejut kemudian memanggil keluarga saya.

hari nak kiamat agaknya.
kami mahu keluar melarikan diri tapi semua orang pun memikirkan yang sama.
jadi kami pun terpaksa duduk di rumah.
rumah yang saya duduk semasa saya berumur 5-12 tahun.

kemudian dapat surat dari kerajaan yang menyuruh abah saya bekerja.
abah saya dah bersara kot?

dalam mimpi tu kata, dalam masa 24 jam kejadian bulan mengiringi matahari, matahari akan terbit dari barat. dan kemudiannya akan terjadi satu kejadiaan yang tak dapat dibayangkan.

24 jam selepas itu...

saya terjaga.

oh, azan subuh. tak tutup lappy sebelum tido rupanya.

Sunday, 24 January 2010

cer(ita).pen(dek)

Photobucket bulan madu di awan biru...

I

dalam perjalanan pulang ke rumah, dia angankan situasi di rumah, di Malaysia. membuka beg besar lagak Santa Claus mahu agih-agihkan hadiah semua orang yang dia sayang. dia nampak bahagia ketika itu. dikerumuni oleh adik beradik dan keluarga. semua orang gembira. ah makan luar lagi malam ni. suka.

II

sudah pulang ke rumah. rumahnya sejuk dan malap. dia rindukan rumah di Malaysia. buka pintu, beri salam. kelihatan si adik bermain komputer. bunyian TV bersalurkan Astro menusuk ke telinga. si adik mahukan nasi kerabu ataupun nasi lemak ayam sambal lebih untuk makan malam. nanti lepas maghrib keluarlah ye? atau suruh mak belikan sahaja?

III

tekan punat di TV. cerita iRobot berkumandang. ah! sudah tonton 3 kali. takpelah, tontonkan lagi sekali.

"you're the dumbest of smarterst person i have known" marah si hero.
"you're the dumbest of dumbest person i have known" balas si heroin.

ah! sebab ini rupanya dia tontonkan cerita sampai tiga kali.

IV
sambil mendengar lagu Search "Fantasi Bulan Madu", dia mengemas dapur yang ditinggalkan berabad lamanya. dia teringat zaman remajanya. tidaklah seronok tapi tidaklah juga mendukacitakan. sedang-sedang sahaja.

dia mahu pulang.

V
buatkan air milo panas 3 in 1. sebelum itu minumkan air manis cap mirinda. dia buang tebiat. Cik hudie_hud pun kata dia buang tebiat. dia fikir-fikir, mahu matikah dia? untuk saat itu dia tanyakan si roh "takut matikah?" - dengan tenang si roh menjawab "TIDAK walaupun kau punya dosa yang banyak."

sebabnya satu - dia dah bosan dengan hidup ini. penuh masalah. padanlah orang mati selalunya senyum indah.

VI
dia menyenduk beras ke dalam bekas comel berwarna-warni. teringat orang-orang tua berkata dalam rumah tidak boleh putus 3 perkara "beras.gula.garam" betul ye?

tepung? ayam? telur?

oh, padanlah badannya tidak surut-surut.

VII
lagu Fantasi Bulan Madu diulang-ulang. bila mahu jemu? mungkin lima minit lagi.

dia mahu pulang.

dia mahu pulang.

"andai dipisah, laut dan pantai, musnahlah ilham, hilang pedoman"

mana nak cari lagu melayu yang bagus sebegini?
ah! rindu Juara Lagu awal 90-an.

iklan.

Photobucket is currently away.

dia dalam fasa hilang fokus.
dia cuma mahu masa bersendirian.

dia penat.
dia nak rehat.

nanti dia datang balik, ok?

Thursday, 21 January 2010

aigoo.

Photobucket hidup ini penuh panca roba.

saya kurang tidur.
kepala geylong tak boleh fikir.
dada rasa macam sesak-sesak.

nasib baik dapat setel satu perkara.
nasib baik kawan.kawan.kawan.kawan baik saya ada bersama saya.

baru saya tahu dunia ini indah rupanya.

ah, mahu tidur.
perut penuh, kembung.
siapa mahu join saya tido?
ada bantal lagi 4?

ah! another day to go.

Wednesday, 20 January 2010

rambut.perm.sangat.mengusutkan.

Photobucket tak boleh lelap mata.

dia golek kiri dia golek kanan.
tak boleh lelap.
salahkan masa tidurnya yang awal 5 jam.

minggu ini dia berasa sungguh penat.
penat emosi agaknya.
atau penat melayan hiro-kun beliau.

mata beliau asyik bergerak2 aje.
twitching omputih kata.
dia godek2 internet ini mungkin terjadi kerana stress.
mungkin juga, sbb dia makan apa pun dah tak sesedap dulu.

bila fikir2 balik, beliau mempunyai kompleks punyakan teman.
beliau tinggal seorang diri tapi bantal di katil ada 6 biji, shower foam ada 6-8 botol, shampoo 3 botol, pinggan cawan gelas mangkuk tak terkira banyaknya.

tapi bila tanya diri sendiri, dia selesa tinggal seorang-seorang.
belum rasa mahu hidup dengan orang lain.

tapi siapa mahu bebel bangun pagi dan pergi sekolah?
siapa mahu tolong masak makan malam dan gelak sama-sama sambil tonton tv?
siapa yang mahu text kata "i'm on my way home, what's for dinner?"
siapa yang nak saya katakan tadaimaaaa! bila saya pulang ke rumah?

ah! nak perm lagi rambut biar jadi lagi kusut.

Saturday, 16 January 2010

pagi.yang.gelap.

Photobucket hari ni berasa sungguh... errr.. gembira?

saya bangun awal hari ni.
mungkin sebab terdengar azan di laptop (kenapa tima subuh aje dia berbunyi?)
kemudian tengok jam.
oh pukul 6.30 pagi.
kalau kat Malaysia sure dah lambat sebab nak gi tempat keje bukannya dekat.

saya mandi.
saya keringkan rambut.
saya jemur baju.
saya lipat baju.

seusai sahaja perkara-perkara ritual, saya tonton how i met you mother.
oleh kerana tersalah download dan tiba-tiba aje drama tu takde suara, saya pun tertidur.

saya mimpi saya gi pulau.
byk pulau.
airnya biru kehijauan.
pulau yang akhir sekali saya nampak banyak sangat lumpur.
saya mandi dengan lumpur tersebut.
orang kata banyak khasiat sbb tu lumpur dari gunung berapi.

di depan saya ada org-org yg penuh berlumuran lumpur melihat org-org di belakang saya.
satu kumpulan di belakang saya sedang solat dengan lumpur-lumpur itu.
saya pun macam "errr, kenapa dengan diorang ni?"

yang saya peliknya saya disuruh membayar tiket untuk buat treatment kecantikan dengan lumpur tersebut.
borak-borak dengan 2 orang akak yang saya kenal semasa saya hidup di alam realiti.
borak punya borak saya tak dapat-dapat pun pakej kecantikan tu.

****

lompat mimpi lain.
saya mimpi suami saya.
siyes.
saya tak main-main.
dia sedang memandu di satu pulau yang jalannya bengkang-bengkok.
seorang anak sedang tidur di dada beliau.
tangan kanan memegang stereng.
tangan kiri sibuk menukar gear manual.

saya di kiri sedang menjawab panggilan abah.
abah suruh saya singgah di suatu tempat untuk sedekah pisang (kenapa pisang?)
saya kata saya tak lalu tempat tu dan kami sedang menuju ke tempat lain.
kemudian oleh kerana jalan bengkang-bengkok dan si suami membawa laju lagak mcm game bawak kereta, kami hampir-hampir masuk dalam gaung.
nasib baik si suami ni cool, dia berjaya mengelak kemalangan tersebut.

saya terdiam.
dia lagilah diam.
nasib baik si anak tak terjaga.

kemudian seminit selepas itu, saya berkata dengan nada perlahan "janganlah bawak laju-laju"
saya pegang tangan kiri beliau.
dia hanya menjawab "hmmmm..."

siyes, saya tak nampak muka beliau.
nampak tangan kiri dan badan beliau.

****

tok tok tok!

tok tok tok!

tok tok tok!

TING TONGGGGGG!

saya terjaga, saya buka pintu.

"can you sign here please?"

masuk balik duvet dalam keadaan mamai dan gelap.

OH! barang kesayangan saya dah sampai!!!!!!!!!! :D

walaupun duit gaji saya kat Malaysia habis untuk beli benda alah ni, tapi saya puas. lepas ni jangan kata saya gila kalau saya cakap sorang-sorang. sebenarnya saya sedang bercakap dengan...

hiro-kun?
ryu-chan?

ish, indesicive. tatau nak letak nama baru dia apa.

Thursday, 14 January 2010

jalan.yang.tak.sudah.

Photobucket sedang kira-kira jenis-jenis laki-laki di atas muka bumi ini.

hallow. lama saya tidak berblog.
saya ok. cuma sedikit sibuk dengan keadaan sejuk macam ni.
salju dah takde.
cuma hujan-hujan aje.
keadaan pun berkabus mcm kat Cameron Highland.

dalam saya tak menulis blog, saya sebenarnya pulun tidur 12 jam bila-bila masa senggang.
kalau takde masa senggang saya pergi tonton wayang.
kalau saya ada juga masa free sket, saya masuk dalam duvet bukak cerita jepun/korea, sambil makan cokelat.

kalau dua bulan lepas saya minat hwanhee, bulan ini tahun baru ini saya minat si Hiro Mizushima. dia ni dikenali dari drama Gokusen, Hana Kimi. Drama terkini? TOKYO DOGS.
ok. ok. saya tahu dia laki orang. saya bukan nak pergi mengurat dia pun.

saya rasa saya mula jatuh dan jatuh hati pada dia bila saya tahu dia berkahwin dengan isterinya kerana nak selalu berada di sebelah isterinya.
oh isteri beliau mengalami penyakit autoimmune.
jangan tanya saya lebih. lebih. saya pun tatau macam mana nak explain.

bila saya baca punya baca saya baru tahu si Hiro ni membesar di Switzerland.
baru saya tahu kenapa dia ni charming dalam segala hal.

dulu-dulu saya pernah cakap kat seorang/dua kawan yang saya nak orang yang membesar ataupun belajar di luar negara.
sebab dia tahu budaya di luar bagaimana.
kamu-kamu pun tahu kan bagaimana tipikal lelaki Asia?
dengan egonya. dengan stigma perempuan-mesti-duduk-di-dapur?

saya kurang suka.
saya nak kalau boleh lelaki yang nak kawen dengan saya sebab dia rasa dia kena protect saya (saya ni saya duk fikir perkataan mamoru, mamoru)
saya nak dia jaga saya.
bukan untuk bila saya sakit ke apa.
through thick and thin.
through everything.

hiro pada saya tak hensem pun.
kurus keding aje.
langsung bukan type saya.
tapi semangat dan keikhlasannya buat saya terharu.

ok, artist of the month - hiro mizushima.


kya~!!!!!!!!!!

Sunday, 10 January 2010

'miss.he'

Photobucket 1,2,3,4. bubble.bubble.


novel terbaru saya. saya dah mulakan escapism dgn membaca. jgn risau. cite/lagu korea/jepun masih dalam list-to-do. unlimited movies pun masih up-to-date kat wayang.

beli dua novel ni di epot masa menghantar encik abah. kemudian ke ikea jalan-jalan pastu cuma membeli satu gelas besar untuk letak air nescafe 3-in-1 tarik. jumpa cokelat d'aim murah juga. teringat mak suka cokelat ni (selain flakes cadbury) lalu membelinya. makan tak ingat dunia. singgah masjid edinburgh untuk solat dan makan pilau seperti rutin biasa. cik PSH yang makin cun pulak mengidam kek marble. beli barang2 dapur dan buat kek di rumah kak MZL. Makan2 sambil tengok AJL 2009. saya sgt suka errrr... Amy Search sebagai penyanyi undangan. ok.ok. mungkin CT masa majlis pembukaan. ok.ok. mungkin performance aizat yg paham komen saya tentang stage AJL yg tak menarik langsung. padanlah dia menang persembahan terbaik.

dah penat, balik. sampai umh, tgk2 kosong.

encik abah xde.

sapa nak bukak sky news pagi-petang-siang-malam?
sapa nak bebel saya suh buat air epal hijau + celery?
sapa nak bebel saya suh buat itu ini?
sapa nak bebel suh saya bawak gi mkn fish and chips dan aiskrim sedap kat St. Andrews?

rumah kosong.

ok, mungkin saya paham maksud encik abah masa kat epot tadi pagi :

"ada snow la kat mata papa"


haih....

Thursday, 7 January 2010

petanda.

Photobucket macam kurang sedar.

mata terpaku pada meja di depan.
seorang ibu dan dua orang anak yang baru pulang dari sekolah.
kelihatan (bukan kedengaran) abang yang sulung mengadu-ngadu pada si ibu.
ibu tekun mendengar.
adik perempuan tenung juga, tapi renungan kosong.
si abang bercerita seperti mahu menangis.
tapi dia dah besar, mana boleh menangis depan orang ramai.
ibu mengusap-usap belakang si abang.
saya agak mesti si ibu ajak kuar for lunch (maksud lunch di sini adalah makan malam) untuk redakan perasaan gusar si abang.

(saya nak jadi ibu yang sebegitu)


****

satu novel sudah habis.
rasa ketagih pula.
pergi ke WHS.
mahu cari novel murah dan menarik.

ok, buy 1, get 1 half price.
saya amik 1 buku.
WEDLOCK - tajuknya.

saya jalan-jalan lagi.
saya amik lagi satu buku.
WIVES' RINGS - macam menarik.

sekali, Cik I menegur.
"sedar tak tajuk buku-buku yang Amal pegang tu?"

oh! sorry. dua dua buku itu saya letak balik.

alih-alih, saya ambil buku yang berharga 2 pound.

jom balik!


****

dah balik! (tadaima!)

chat dgn Cik Hudie_Hud.
"Hud, nanti kita kat Malaysia kita duk berjiran eh? Bangunan UKM dah nak bina, siap 2 tahun, kita akan kerja satu bangunan!"

Cik Hudie_Hud bagi satu link rumah condo di Cheras.
Saya klik. Saya teruja.
Saya tunjuk kat abah. dia kata cantik.

Saya nak pindah masuk.

sekarang juga.

****

ok, saya tak sabar nak balik, nak kawen nak ade anak!
(ah! perasaan bodoh aje ni)

yang.manis.manis.sahaja.

Photobucket sudah berjaya menghabiskan novel si Cecelia Ahern.

missCC sedang berfikir-fikir sejak dua menjak ni.
pertamanya. betulkah hidup sebagai missCC ni seronok?
semalam dia lihat pakcik cuci kereta dalam sejuk-sejuk membasuh kereta orang.

gembirakah dia? dia senyum bila tanyakan saya mahu pakej ape, tapi dalam hati? gembirakah dia?

pagi tadi saya terdengar makcik cleaner humming lalu menyapu lantai.
setiap kali student lalu depan dia, dia mesti cakap 'hi pal, how are you?' dan masih humming.

gembirakah dia? saya tak pernah nampak dia merungut pun. ke saya yang tak mahu nampak?

oh ye. hari ini saya pergi sekolah.
jumpa kejap dgn Godzilla borak-borak.
dia busy agaknya sampai tanak discuss pasal kerja saya.
tapi saya tunjukkan jugakla apa yg saya buat minggu lepas bila semua orang takde.
dia suruh tunggu minggu depan bila meeting nanti.

senior saya takde, write up kat umah.
baguslah, sekurang-kurangnya saya boleh taip blog di ofis bila dia tiada.

sekarang ni saya masih tiada mood untuk buat kerja.
ada meeting dengan Committee Thesis hujung bulan, maka kena buat report.
jujurnya, saya takde mende pun nak ditunjukkan.
saya rasa nak cakap aje dengan diorang - 6 bulan ni saya pemalas gila. kalau tak malas, saya tak dapat results yang saya nak.

adakah saya sedang menggali kubur sendiri?

cuaca di Dundee bersinar-sinar.
salju pun makin cair di sesetengah tempat.
harap-harap untuk hari yang mendatang takdelah teruk macam ni.
saya dah serik dengan angin-ribut-taufan dari Siberia ni.

bak kata Abah saya.
'Aritu sibuk-sibuk pasal Global Warming kat Copenhagen. Sekarang amik kau, Global Cooling'

ok, tidak lawak di situ ya?

i'm off. nak pi makan aiskrim sejuk-sejuk ni.

Wednesday, 6 January 2010

gossip.girl.

Photobucket is currently in shock.

missCC buang tebiat harini.
dia amik novel dari para atas built in heater dan membaca.
dia membaca sedari pagi bila-bila dia rasa kosong.

apalah sangat rasa kosong pada beliau.
dia rasa dia perlukan escapism, dengan kadar yang cepat.
ubat yang lagi ampuh dari morphine dan racun yang lagi menyengat dari barbiturate.

membaca.

dia sudah tinggalkan hidup membacanya sudah lama.
profesion awal yang mulanya sedari kecil mahu mengkagumkan ibu ayah dan sanak saudara.
hinggakan tak mahu jadi pengawas kerana merasakan buku lagi senang dijaga berbanding pelajar.
lagipun budak-budak tak suka pengawas.
lagipun pengawas perpustakaan lagi cool dengan berbaju hijau dan hanya bekerja selepas waktu persekolahan.
oh mungkin juga sebab abang hensem slash macho suka bawak roller blade pergi sekolah pun memakai baju hijau juga.

sampai ke tahap itu saya sukakan buku.

tapi bila sudah semakin membesar (dan melebar) saya sudah kurang membaca.
saya lebih suka pada pictural reading.
saya lebih suka mendengar dari membaca.
saya sudah tinggalkan zaman novel saya.
bila-bila saya membaca satu muka surat, saya pasti tertidur.
ah! lagak orang tua aje kejenya.

hari ini bila saya kutip sebuah buku yang semua budak melayu suka baca (yang sampai hari ini baru saya faham kenapa orang perempuan melayu sukakan novelis ni), saya rasa saya mampu mengimbas kembali memori semasa saya kecil dahulu.

oh, si Cecilia Ahern, siapa tidak kenal?

hari ini saya membaca ketika menunggu Abah saya diperiksa oleh nurse dan doktor.
saya teruskan membaca bila menunggu Abah membuat kunci.
saya membaca bila saya rasa saya tak mahu fikir tentang kerja sekolah saya.

tapi saya tertidur juga.

tiba-tiba saya terjaga.

sebab bunyi-bunyian dari sebelah rumah.
bukan bunyi yang selalu sangat saya dengar tu.
tapi kali ni bunyi hentakan dan jeritan.

mula-mula saya tak mahu ambil tahu (eavesdropping pada saya sangat rude)
tapi oleh kerana saya dapat sense nada perbualan seperti berada di dalam konfrotasi, saya jadinya tidak boleh menumpukan perhatian pada pembacaan saya.
saya tak boleh ketuk dinding sebab saya tak mahu dia robohkan dinding pula.

jadi apa saya buat?
saya kuatkan suara TV dan mula menaip di blog.

setelah lima minit begitu, keadaan sebelah menjadi reda.

eyh, senyap aje orang sebelah?

saya kira-kira bape bulan mereka berkahwin.
orang kata tempoh honeymoon-segalanya-indah-bagai-di-sorga mungkin dalam masa 6 bulan paling lama.
saya kira-kira mereka berkahwin pada 090909.
maka, ini sudah mahu masuk 4 bulan mereka berkahwin.

sudah gaduh? mcm mana?

benda mcm ni buat kemahuan saya untuk berkahwin mula reda.
bak kata Abah saya, benda best ni kejap aje.
banyak aje mende tak best menyusul lepas-lepas tu.

oh, mereka kembali berkonfrontasi. perlukah saya pasang telinga?

'If You Could See Me Now' sila tolong saya!

Monday, 4 January 2010

telur.masin.

Photobucket terasa sipi-sipi nak jadi gila.

saya percaya qada' dan qadar.
saya percaya kalau kita buat baik, mesti ada orang buat baik pada kita.
saya percaya dunia ini kejam, walaupun dalam masa yang sama saya juga percaya yang dunia ini indah.

saya percaya kepada tulah diraja.
dulu masa kecik-kecik abah saya kata saya ni keturunan raja di kepulauan sumatera.

yang itu saya tak percaya.

saya percaya kita kena buat baik dengan mak ayah kita.
saya percaya kita kena sentiasa berhati baik.
saya percaya untuk menyayangi seseorang itu, haruslah melalui proses perkongsian dan pengalaman, sama ada yang baik atau buruk.

saya tak welcome 2010.
sebab?

saya dah kena berusaha lebih keras untuk tamatkan PhD saya.
saya kena kukuhkan hubungan baik saya dengan Godzilla.
saya dah makin tua, makin rasa nak kawen tu menambah berdikit-dikit.
saya rasa permulaan tahun 2010 tidak menyeronokkan langsung.

di seluruh UK sudahpun bersalju tebal semenjak tiga minggu lepas.
saya tahu saya pernah kata saya sukakan salju, tapi cukup2lah tu.
sejuknya tak tertahan.
kini saya dah mula rindukan musim panas.
saya rindukan lepak-lepak under the sun.

pengakhiran 2009 juga sangat tidak bagus.
siri hidup saya bertimpa-timpa datang.
sudahlah duit saya dicuri semasa berjalan-jalan di ROMA.
sudahlah beg saya kena kebas dalam perjalanan ke VIENNA.
habis semua DLSR, laptop, segala kunci kereta dan rumah kena kebas.
oh tidak lupa. passport, ID card, lesen memandu.
semua habis licin.

saya ingat itu saja takdir buruk hidup saya.
saya mengalami sesi hidup yang stress.

saya percaya juga, Allah berikan semua ni pada saya dengan sedikit ruang untuk saya bernafas.
bila Abah tahu tentang ini, beliau gantikan semuanya dan personally bawa semuanya ke rumah saya.
saya juga punya kawan-kawan yang sangat baik dan memahami untuk membantu meringankan beban saya.

sekurang-kurangnya walaupun saya tak mampu tersenyum, saya masih mampu menghela nafas lega.

saya ingat kes barang hilang tamat di situ.
walaupun Allah berikan peluang untuk saya dapatkan kembali passport yang orang buang di tong sampah kat kampung ceruk di Austria, saya masih rasa dunia ini seperti tidak adil.
walaupun saya dapat mengenali pihak kedutaan Malaysia di Austria, tapi saya masih rasa dunia ini tidak adil.

maka, saya terpaksa muhasabah diri untuk kejadian ini.

  • Abah personally katakan yang dia berkecil hati dengan saya kerana tidak membenarkan beliau ke UK. (nota: dia ke sini hampir setiap 2 bulan sekali)
  • saya tidak memberitahu keluarga pun saya mahu ke Europe Trip.
  • saya tidak memberitahu Godzilla pun saya mahu ke Europe Trip.
  • saya rasa, bila benda mahu jadi - ianya akan jadi juga; tak kiralah saya ke Europe ataupun tidak.
sudahnya, banyak kesan dari kehilangan beg saya. saya tak mahu fikir berapa kerugiaan yang dialami tapi saya lebih pentingkan apa kesan kepada hidup saya selepas itu.
saya terpaksa ke sana ke sini uruskan kad kecemasan saya. kereta saya yang kehilangan kunci. laptop baru perlukan talian internet. kad bank saya dsb.

saya bukan seorang yang multitask, oleh itu saya merasakan hidup begini adalah sukar.

bila sudah jadi perkara begini, idea untuk mencari seseorang yang signifikan itu datang kembali.

alangkah baiknya jika ada seseorang yang berlainan cas berada di sisi. walaupun saya tak suka bercerita tentang maslaha hidup saya, cukuplah kalau sebuah senyuman ataupun sebuah pelukan singgah di hati saya.

nak sentuh hati manusia ni mudah, cuma ramai manusia terlalu ignorant/selfish untuk kesahkan tentang manusia lain.

selain dari itu, sepanjang sesi saya tiada kereta-laptop-handphone-dsb, saya rasa hidup saya sangat ringkas. saya juga rasa saya sudah berubah sedikit. kurang sedikit rasa ego dan sombong.

tapi saya masih sedih manusia-manusia di sekeliling saya masih selfish dan ignorant.

kini, saya tak boleh nak tumpukan perhatian saya pada pelajaran. kepala saya pusing-pusing macam baru habis main merry-go-round. indah dilihat dari luar, tapi hakikatnya? ianya hanya indah khabar dari rupa.

saya harap malang ini berhenti mengejar saya. saya dah tak larat nak berlari. saya tak larat nak buat semua benda sendiri.

betullah kata orang "if it aint hell, they aint happy"

oh! cepatlah 2010 ini habis! saya dah tak sabar nak balik Malaysia - dan mulakan hidup baru!