Tuesday, 31 August 2010

yosh!

Photobucket bangun pagi-pagi duk ingat harini dah 1hb 9 dan esok leh fly balik mesia. Namun.... :(

______________________

TANAK PERGI SEKOLAH DAH ;(
______________________

Sunday, 29 August 2010

hari ahad yang terang

Photobucket busy.busy.bee.

hari ahad.
cerah semacam.
bangun pun sebab matahari silau sangat.

bila saya nak basuh baju (ok, mesin basuhkan) dan jemur baju segala, tiba2 hujan turun.
orang jepun/korea panggil Fox Rain; orang melayu kata gerimis; SLAM kata gerimis mengundang.

haha! tak bleh blah.

hati masih takmo pergi sekolah.
tapi orang kata (adalah org tu kata...) kalau ada 1% rasa nak pergi sekolah, baik pergi aje.
bak kata PIC, yang penting keluar rumah dan sampai sekolah dulu, rajin malas tu belakang cerita.

pandainya mereka2 ni, bila saya sampai aje sekolah saya terkedu dengan beban kerja yang saya kena buat.
saya ada banyakkkkk gila kerja kena sambung dari hari jumaat aritu.
siyes, ni pun saya berblog sbb nak tunggu experiment saya 10 minit. pastu mcm lipas kudung ke sana ke mari.

untuk itu, saya rasa saya mahu cuti awal sehari.
dan minggu depan saya tak mahu berbuat kerja di makmal.
mahu taip2 susun data segala.
dan hari rabu mahu lepak2 dalam duvet sahaja sebelum naik kapal terbang!!!!!

yeay! yeay! aiba masaki yeay!

*geram dengan diri sendiri sbb tak gi carboot harini. hahaha! kang ade org beli sofa terpakai 14 buah! :P

bebel.hari.ni.

Photobucket tsumaranaiii-yo! (out loud!)

sudah hari ahad.
hari sabtu berlalu dengan kekosongan.
kosong luar dalam.

cik wanis mahu makan yakiniku (Daging bakar)
punyalah dia hint baik punya nak pinjam grill saya segala.
dia kata, kalau tergerak hati nak datang Aberdeen, buzz aje pintu rumah dia.

ok.

orang Dundee pula semangat berbuat Bazaar Ramadhan.
kuih muih - makanan sedap-sedap.
tapi saya agak tak teruja.
tak tahu. mungkin sebab tak mahu bersosial agaknya.

akhir sekali, saya hanya terjaga 50 minit sebelum berbuka.
seharian hanya tidur, lepak depan lappy dan tidur kembali.
yang peliknya - saya berbau wangi hari ini (dengan kata lain, saya mandi hari ini! LoL!)
plan mahu ke sekolah pun tidak jadi.

saya cuma mahu berehat sepanjang hari.

saya tak sabar mahu pulang ke Malaysia.
beg sudah berkemas. barang-barang saya aje yang saya belum masukkan.
sudah berbuat list apa lagi yang perlu dibeli dan dimasukkan ke dalam beg.
saya mahu membeli beg baru yang lagi besar dan beroda empat.
senang mengangkut (agaknyalah)

sesudah seharian tidur dan berbuka seorang diri (sabishiii), saya rasa seperti hilang arah.
selalunya sabtu saya sangat meriah.
tidaklah kesunyian seorang diri mendengarkan lagu Fox Rain. hehe.

bila cik wanis tahu saya berbuka seorang diri, dia marah.
sebab mungkin dia makan yakiniku dia teringat kat saya.
haha! saya kalau mahu makan niku, saya beli dan buat sendiri ne?
tapi makan dengan kawan-kawan (dan family) adalah sesuatu yang sangat bahagia.
bahagia sehingga boleh tambah nasi pat kali! (adik saya mesti kata, hahaha! GEMS!)

hari ini sudah ahad. lagi 3 hari untuk ke sekolah.
selepas itu saya boleh pulang ke Malaysia.
saya dah bercita mahu makan itu ini.
dan seperti yang dijangka, saya takkan enjoy semua itu.
manusia ni kalau benda tiada depan mata, semuanya mahu kan?

tahun lepas saya suka berbuat rancangan mahu ke mana dan ke mana.
kali ni saya lebih kepada 'apa nak jadi bila bangun pagi nanti'
lagipun mode thesis saya masih ON.
so saya bercuti dengan separuh hati.
cuma saya mahu melawat siapa2 yang dekat di hati dan di KL la.

oh yang pastinya bila saya pulang nanti, mesti saya rindukan cerita-cerita di internet. hehe.
ke TIDAK? kita tunggu dan lihat ye?
sebab saya dah tak looking forward drama-drama lain sebagaimana hantunya saya pada cerita Bad Guy.

Malaysia, tunggu saya pulang!
*oh! lagu raya saya masih belum dengar2 lagi. jangan bagi saya mula, kang saya nanges karang! (padahal dah nak balik dah ni!)
**o, oh! tahun ni takde salam perantauan. bagilah can adik2 undergrads yang first time tak balik raya tuuuuuu....

Thursday, 19 August 2010

kuiz.

1) antara tidur dengan makan, kamu pilih yang mana dulu?
kalau saya, saya akan makan dulu, seminit lepas tu tidur. LoL.

2) antara laki tua tak hensem tapi matang dengan laki muda yang hensem tapi kurang pengalaman, kamu pilih yang mana?
laki tua (kot). sebab tadi nampak seorang laki jepun tua pegang budak kecik (yang saya ingatkan cucu dia, rupanya anak dia) yang sangat sangat sangat sangat comel. gerammmmm!

hati.

saya tak boleh tidur membacakan/mendengarkan sesuatu sepanjang malam lalu saya titipkan kepada INI

Wednesday, 18 August 2010

fa.ja.

ni saya dapat dari interview seorang artes korea yang sangat pemalu (lelaki) dengan sekumpulan artis perempuan yang sedang melonjak nama.

(IV- interviewer; GG- girl's group, L-artes lelaki)

IV: aku dapat tahu ada seorang perempuan kumpulan ni suka sangat kentut. sapa dia?
GG: tunjuk pada seorang perempuan dalam kumpulan itu.
IV: apa pendapat L tentang ini? (maksudnya perempuan tak boleh kentut di khalayak ramai)
L: *sambil muka merah* tak apa. saya ok aje. manusia kena kentut. saya suka kentut banyak-banyak. (sambil pandang perempuan yang 'suka' kentut itu)

ok, saya suka mamat ni. nak jadikan dia artes of the month tapi saya masih rindukan kim nam gil.

oh, photobook narimiya dah sampai ke pangkuan. tak nak upload lagi gambar buku itu demi menghormati bulan puasa (tak boleh blah). lawak aje bila nak belek2 buku tu kena buka mata separuh takut2 ada gambar2 yang tak sesuai dilihat ketika bulan Ramadhan. tapi so far, takde (lah sangat!) yang mencucuk mata dan jiwa raga. haha!

oh tadi saya mimpi, saya naik lif berkaca dengan leonardo dicaprio. mula-mula saya gayat tapi lama2 saya tengok indahnya pemandangan kat luar. skali dah lama sangat berada dalam lif tu, lif tu jatuh dengan sendirinya. tatau saya survive ke tidak. last time saya mimpi masuk kelas berenang yang terjun dari tinggi. oleh kerana saya gayat dan air cetek saya tak jadi terjun. entah kenapa orang sebelah saya terjun dan mati di tempat kejadian (tiru ayat surat khabar). saya asyik mimpi tempat tinggi aje skang ni. orang kata mungkin sebab something buruk nak datang.

pastu saya mimpi senior lab saya. saya nak ajak dia makan masakan Melayu. pastu entah kenapa lupa nak jemput dia lepas dah siap masak.

kenapa saya banyak sangat mimpi ni? tidur tak basuh kaki ke atau makan banyak sgt sebelum tidur?

Saturday, 14 August 2010

lalala...

Photobucket ohayopppp!

mata terbuka tepat pukul 7.30 pagi.
memang tiap2 pagi akan bangun waktu2 macam ni.
sebab sejak 2 minggu lepas, saya pergi ke sekolah w/o fail ne? *clapclap*

tapi arini saya rasa malas. penat.
bila fikirkan harini lagi 19 hari lagi nak balik, saya rasa macam YOSHHH! kena buat kerja!
motivasi sebegitu ye menggerakkan hidup saya sekarang.

sekarang saya dah gila nak berbuat kek lapis.
sejak aritu lagi bila dengar ada orang nak buat kek lapis - terus rasa nak buat.
walaupun orang asyik kata asyik kena tunggu depan oven aje, tapi takpe. saya mahu cuba.

belek-belek resepi online ada gaklah barang yang ada kat dapur tu.
godek punya godek bakar punya bakar, taddaaaa! berat ok jadinya kek tersebut.
saya pilih warna merah - hijau - natural.
orang kata nak bagi kek lapis nampak spongy dan cantik kena letak ovalette.
sini ada jual ovalette ke? wakarimasen.
pastu batter kalini agak soggy juga sebab saya guna butter + marjerin. nak buat kek kena guna marjerin ne? noted!



seronok sebenarnya buat kek lapis ni.
balik mesia saya nak buat perisa orea ataupun cadbury. uwiiieee~!

dalam hati saya sebenarnya dah malas nak buat kerja, tapi bak kata cik wanis - kita kena cepat2 habiskan benda alah ni, ne?

19 more days to goooooo~!!!

yosh! jom gi sekolah!!! pada hari sabtu

p/s: oh! saya dah tobat tanak sahur dah. bangun2 pagi perut terus rasa senak. lagipun nak tunggu waktu sahur yarabbi lamanya...

Thursday, 12 August 2010

ramadhan.hari.kedua.

Photobucket ngantuk, penat, tak bermaya.

otsukare!!!
harini saya berjaya berpuasa walaupun tidak sahur.
seumur hidup saya boleh bilang dengan jari kaki bape hari tak bersahur.
tapi dalam kes tahun ni, boleh bilang dengan jari kaki kiri dan kanan bape hari aje yang saya bersahur.
sebab, belum aje makanan habis dicerna dah solat subuh.

tadi pagi saya dah cadang nak balik awal, tidur dan bangun dengan segarnya berbuka di masjid.
tapi bila tengok fesbuk, tengok orang upload gambar makanan, terus rasa terliur.
kononnya, nak buat kek lapis sebab banyak gila masa nak tunggu sebelum berbuka.
kononnya, nak gi kedai asia sebab nak beli bahan-bahan.

lain yang dituju, lain yang dibeli.
saya ternampak unagi kegemaran saya.
saya masuk2 aje pasaraya saya dah nampak satu kotak besar air soya YEOS.
seb baik xde air cincau skali. kalau tak, memang menu berbuka saya style mesialah!
tu belum lagi terkinja-kinja sebab tengok kimchi. hehe.

bila balik rumah, mood nak buat kek lapis terus berubah jadi nak buat menu ala-ala jepun.
masak-masak. pastu terjumpa drama yang belum ditonton.
omg~! bila nak join tadarus ni.

seperti yang dijangka, berbuka ke mana, tadarus ke mana, terawikh ke mana.
lepas sahaja berbuka dan solat, saya terjelepok dan mahu tidur.
tapi perut penuh, mahu berbuat ape?
update bloglah!

oh adik, nanti saya seludup unagi untuk awak, kalau stok masih adalah. hehehe.

oh menu hari ni : unagi, sup bonito dashi, dengan telur gulung kimchi. saya rindu kim nam gil ;(

Wednesday, 11 August 2010

puasa.datang.lagi!

Photobucket merasakan penat yang luar biasa.

hari pertama ramadhan.
masih belum biasa dengannya.
mungkin kerana belum berterawikh dan bertadarus lagi.

tapi hari ni cuba-cuba nak merasa puasa juga.
seharian hari sangat dingin.
bagus untuk orang pertama kali berpuasa melebihi 18 jam.
Allah tu Maha Kaya dan Mengetahui.

walaupun harini dapat excuse utk tak berpuasa, kerja harini yarabbi sangatlah memenatkan.
sampai sahaja di sekolah berbuat kerja tanpa melihat2 komputer.
dalam hati (dan dalam perut) berkata cubalah tak makan, prektis utk hari-hari esok kalau-kalau boleh berpuasa.
sampai aje pukul 3 petang, saya tumpas.
rasa nak pengsan.

maka, untuk peringatan sendiri.
sila bersahur untuk meningkatkan tenaga fizikal.
dengan kerja yang sangat banyak, belum tentu saya boleh bertahan sampai ke pukul 6 petang apatah lagi pukul 9 malam.

tapi Allah itu Maha Kaya dan Mengetahui.

jika dalam masa sebulan ni saya selalu merungut cuaca musim panas tahun ni sangat sejuk dan muram, tapi Allah memberikan kemudahan ini untuk saya (dan sahabat-sahabat lain) berpuasa dalam keadaan yang tidak memenatkan.

dan pls make sure makan sahur ye? jangan jadi mcm saya, pengsan nanti.

saya tak sabar nih nak pergi masjid, bertadarus dan berterawikh.

oh, saya terpaksa berpuasa Kim Nam Gil Bad Guy la mcm ni. Insha'Allah jika saya rajin, saya akan penuhkan ringkasan surah-surah di blog yang lain. buat masa ni, berikan saya katel untuk saya rehatkan tulang empat kerat saya!!!!

bye, selamat bersahur/berbuka puasa/berpuasa di mana-mana sahaja anda berada!

(masih belum ada mood lagu raya...)

****

oh, tadi Godzilla cari saya, nak results untuk masukkan dalam presentation dia next week. pastu dia tunjukkan kat saya powerpoint dia. OMG la kan, dia buat sebijik mcm isi-isi slides saya masa third year presentation ok? copycat...! takpe. takpe. nanti saya nak viva saya nak 'pinjam' semua ayat2 dia. muahahahahaha!

Thursday, 5 August 2010

bogoshipo.kim nam gil.sshiii...



saya menangis.
bukan sebab ending BAD GUY mcm hagham sedih.
tapi sebab saya dah rindukan Kim Nam Gil.
mana nak tunggu dia keluar dari service lagi 2 tahun?

walaupun dia dah masuk service dah 2 minggu lebih, baru sekarang saya nak terasa kehilangan beliau. rasa rindu mcm first time nak berpisah dari kekasih. sama sakit mcm break-up.

ok, mcm exaggerate tapi hakikatnya saya dah rindukan lakonan beliau.
kalau anugerah filem tahun ni tak menang kat mamat ni, saya nak baling telur busuk kat akademi perfileman korea selatan. muahahaha!

walaupun ending cerita ni rushing abih; tak banyak sangat drama, stret to the point tapi lakonan KNG tetap tak tergugat. kalau sedih, bab nanges bagilah kat mamat ni. siap ada satu scene tu mata dia merah aje. rasanya back-to-back kena buat scene menanges kot. kalau orang kata laki menanges nampak mcm sissy, dia ni menanges nampak masih kelakian. (komen bias tak bleh blah)

ok, skang kalau tanya saya nak laki mcm mana?

saya nak jawab laki mcm Gun-Wook (nama watak KNG) campur perangai gila-gila KNG. Kalau betul-betul tengok drama ni, tengok mcm mana dia (Gun-Wook) jatuh cinta/sayang pada Moon Jae In walaupun dia ni seorang lelaki yang penuh dendam. haih, bikin hati saya doki-doki.

tadi baru aje saya bermonolog sendiri:

'i will only marry a guy who can see me through uncoolness, the untidiness, the baka-ness, and imperfections of me.... and if only i could show him all that'

doki-doki datang lagi! tee hee!

dorama

cerita bad guy sudah mahu habis.
nak blame kerajaan korea selatan sebab panggil si hero berkhidmat untuk negara.
kalau tak, mesti saya looking fwd hari rabu dan kamis tiap-tiap minggu.
oh, official OST untuk drama ni dah keluar sepenuhnya. habis dah 5 part saya download.
buat-buat kerja mesti buka blog ni sbb senang nak stream auto main dengar aje.
ni lah pertama kali saya dengar lagu OST drama yang sangat banyak dan semuanya sedap-sedap. masuk ke dalam hati gitu....

cerita coffee house pun dah habis.
dah takde sape nak gelak dengan saya bila-bila muram dan murung.
takde sape nak nanges sekali dengan saya bila-bila saya rasa sunyi.

besarnya impak drama dalam hidup saya (ceh macam diari seorang surirumah tangga aje)

sekarang saya looking forward drama-drama jepun pula.
dan mungkin drama korea baru - cite buat2 roti ni. tu pun tengok in the middle sebab lama nak tunggu cerita bad guy nak keluar. skali tersangkut sebab hero comel sangat. eheh. mcm lawak aje si hero seorang pengemis tapi gigi dan kulit dia lagi lawa dari saya. kata 2 hari tak makan tapi gigi mcm gi dentist hari-hari. haha!

drama aje yang boleh buat saya lupa skejap tentang mahu balik malaysia.
skang ni saya bebetul homesick.
wp saya tahu balik mesia taklah happy sgt tapi mesia is the most interesting place that i'd wanna be now.

Tuesday, 3 August 2010

mood.pagi.

sebulan aje lagi nak balik.

tapi tadi sebelum tidur nak nanges dah nak balik skang.
ni baru bangun tidur pun rasa nak balik jugak skang.

NAK
BALIKKKKKKKK!!!!!!!

Monday, 2 August 2010

sudut bercerita

Photobucket penat! penat!

nota: entri kali ni penuh dengan gambar-gambar tak senonoh sila view dengan discretion. lol.

saya diajak untuk buat kerja gila.
pergi hill-walking katanya.

saya pula kalau diajak ON aje.
sape tak kenal saya ni kan gila-gila remaja

ok, setelah seminggu lebih awal merancang-rancang perjalanan semua, kami pun memulakan perjalanan ke Ballater, Aberdeenshire.
kalau dari Dundee perjalanan mengambil masa selama 2 jam. kalau dari Aberdeen, sejam setengah aje kot.

dalam perjalanan, singgah jap di Glenshee. Gambar ni petanda kami sudah memasuki kawasan Cairngorms National Park.

kami bertolak selepas habis waktu kerja hari Jumaat.
maka, sampai di sana pun sudah pukul 10.30 malam.
dalam kegelapan, kami dirikan khemah betul2 di tepi sungai.
terasa khemah kami kecik sgt sbb yang lain semuanya besar gabak boleh muat 6-8 orang. diorang siap ada bahagian untuk masak-masak lagi.

habis aje mendirikan khemah, kami pun supper sambil borak-borak.
alhamdulillah malam tu tak hujan walaupun forecast kata tempat tu akan hujan teruk.
selepas 12.30 malam kami pun lena.
pertama kali tidur bersalutkan sleeping bag dan di dalam khemah sambil dengarkan bunyian2 sungai, kami hanya mampu tidur selama 4 jam.
selepas sahaja subuh, kami sarapan dah bertolak ke Glen Muick yang jauhnya 6-8 batu dari Ballater.

sarapan pagi2. sosej, baked beans. ala-ala Britons. belakang tu sungai, hehehe.

Spittal of Glen Muick. Tu peta besar tempat kami akan mendaki. kalau Queen Elizabeth leh daki, asal kami tak larat nak daki?



selepas membayar parking 3pound utk sepanjang hari, kami pun bertolak dengan peralatan lengkap pada pukul 7 pagi.
berjumpa dengan seorang pakcik yang sudah terlebih awal tidur di situ.
rasanya kami pasukan yang kedua memulakan perjalanan.
pakcik tu yang ketiga.
yang pertama adalah seorang pakcik yang memakai topi koboi. tak sempat borak dengan dia sbb kami lihat dari kejauhan aje.

perjalanan awal adalah tanah rata. kami perlu memasuki hutan balmoral untuk memulakan pendakian.

sungai dari glen muick rasanya.

masih di dalam mood untuk bergambar. tengoklah bila dah sampai atas nanti. belakang tu hutam balmoral.

mula-mula tu agak berpeluh jugaklah badan.
dah pakai seluar untuk ski dan baju fleece, mana tak berpeluh.
terpaksa membuka jaket kerana terlalu panas.
tu belum lagi mendaki.
masa tu cuaca sangat cantik. matahari baru nak naik. belum ada tanda-tanda mahu hujan.

laluan ke gunung lochnagar.
tu.... kami nak pergi gunung yang belakang punya belakang gunung tu. percaya tak?

melalui hutan narnia. siyes, mcm di alam lain. saya bajet team narnia buat shooting kat sini.

selepas sahaja melintas hutan narnia balmoral, kami sudah melihat laluan kecil mendaki. di sini perjalanan sebenar bermula. makin mendaki badan semakin berpeluh. maka, baju harus 'dibuang'

laluan trek yang sudah dilalui. bai bai hutan narnia!

fashion statement pertama: panas! panas! penat! penat!

behind the scene: mokcik dah penat!

singgah di checkpoint yang pertama. sebab ada orang tu tak tahan nak amik nafas dan minum air kononnya (merujuk kepada diri sendiri).

kami teruskan mendaki, singgah lagi beberapa tempat untuk berehat. dalam masa tu, pakcik yang kami jumpa awal pagi tadi sudahpun melalui kami. INI TAK BOLEH JADI! tapi logiklah, dia mmg nampak fit - rasanya mesti dia dh banyak kali daki gunung ni. nampak expert aje.pakcik tu daki sorg2 aje... kagumnya!

laluan sepanjang perjalanan. breath-taking!
checkpoint kedua. buka fleece. tukar baju nipis. masa ni dah panas betul walaupun berangin.

selesai mendaki, kami menurun bukit pula.

checkpoint ketiga. berehat sambil saya menukar seluar yang lebih nipis.
terimas kepada Cik Izzaty yang membawa seluar spare (mujur saya boleh pakai)


selepas berehat mendaki, berehat dan mendaki, akhirnya kami sampai ke bahagian yang paling tricky.
untuk menaiki gunung ini, tiada laluan yang boleh diikuti kerana kesemuanya batu bata.
saya tak boleh nak bayangkan kalau orang datang sini waktu salji penuh. gila apa nak walking waktu semua tempat licin? ni pun dh mcm separuh nafas aje nak daki - tu pun kena panjat batu-batu besar.
bawah tu batuan besar. kalau nak bunuh diri, terjunlah dalam loch tu. errr...ngeri ok?!!

masa ni ingatkan dah sampai aje summit. kemudian, ada sepasang pendaki melintas depan kami tanpa rehat. huh? jauh lagi ke nak sampai? kami dah berjalan 4 jam tahu tak? 4 jam?!!!
nak tanak kena teruskan jugalah. takkan nak terjun ke dalam tasik kot? nasib baik perjalanan lepas tu mendatar aje. jalan pun lajulah sket.

lepak jap lepas mendaki batuan besar.


laluan mendatar pula.

sket lagi nak sampai. kata pakcik tukang amik gambar ni. kat belakang tu aje.
kami sudah sampai ke puncak!!!! lihat aksi perempuan di hadapan skali! muaahahahahah!

selepas berehat sebenatar selama 30 minit, kami pun memulakan perjalanan untuk pulang ke pangkal jalan. masa tu keadaan berkabus sangat. hujan sudah mula jatuh - kadang-kadang renyai kadang lebat. lencun habis! ingatkan perjalanan pulang tidaklah lama mcm mendaki tadi, rupanya lagi jauh. jalan punya jalan tak sampai lagi. turun punya turun ,masih tak sampai. habis dah air terjun tasik kami dah keliling - masih tak sampai.

ari sudah hujannnnnn...


jumpa jambatan kecik, duduk lepak jap 'gantung' kaki.

masa tu dah pasrah gila. kaki pun berjalan mcm robot aje. malas nak fikir apa-apa. dalam kepala tgh bayangkan sedapnya kalau dapat lepak tepi sungai sambil BBQ. hahaha! BBQ! BBQ BBQ!air terjun cantekkkkk ;)

di belakang kami adalah loch muick

pesisir loch muick
yatttta! sudah sampai ke pangkal jalan!

setelah 10 jam berjalan, selesailah perjalanan kami ke Lochnagar. tak sangka dapat pergi dan balik dengan selamat. walaupun peha dan betis terasa sangat sakit tapi perasaan menaiki gunung buat pertama kali tersemat di ingatan kami.

apa lagi, lepas ni kami mahu berBBQ!!!!! yeslah!