Thursday, 26 February 2009

demam.

Photobucket

aku mempunyai suatu addiction terbaru: drama korea.
sejak dulu bila kawan-kawan layan drama-drama tersebut, aku tak pernah nak mengikut.
'buang masa' aku kata.

sekarang ni, untuk mengelakkan kebosanan aku nonton juga.
terkini, aku nonton cerita lama (2007 kira lamalah ye tak?): Putera kedai kopi pertama saya.

heh. bantu aku keluar dari kemelut drama ini!
aku tenggelam! aku tenggelam!

oh ye, buat Cik Hazwani, saya sudah menerima kad Birthday dari anda, terima kasih.
dan Cik Puan Farah, setelah 4 bulan kad anda menempuh laut, saya pun baru dapat kad Hari Raya Aidilfitri itu.
Ye Hari Raya tahun lepas ye, TAHUN LEPAS!

hahahaha! kad tu naik tongkang ke apa?!

aku bosan.
aku tahu banyak kerja tapi aku masih kata aku bosan.
tiap-tiap hari bila aku di sekolah aku selalu meracau sambil berkata:
'tak mahu pergi sekolah!
tak mahu pergi sekolah!'

padahal aku dah kat sekolah pun.

haih, mcm manalah anak-anak aku nanti. mesti ikut perangai maknya.

aku mahu berjalan-jalan.
hari makin lama makin indah.
dah tak sabar-sabar nak tangkap gambar sinaran matahari, nak pakai selipar, nak golek2 atas rumput sambil pakai topi gaya Audrey Hepburn dan berBBQ!

sayangnya aku tiada kawan yang betul-betul passionate nak berjalan.
setakat cakap nak ikut! nak ikut! tu ramailah.

pastu tarik diri last minute.

manusia, macam tulah.

mana ye aku nak cari kawan-kawan yang kepala dia sebesar ikut lilit kepala aku?

takde kut?

aigoo!

Photobucket weng!

haih. abih sudah hari keempat buat minggu ni.
penat!

tiap-tiap pagi aku berazam mahu ke gym pukul 7 pagi.
tapi setiap kali alarm berbunyi, aku buat tak endah.

----

aku ada jiran baru.
aku rasalah.
sebab tak pernah-pernah pintu dikunci bila tiba hari minggu.
dah tak dengar juga orang sebelah humming bila pukul 3 pagi.
aku ingat hantu masa mula-mula masuk dulu.
tapi skang takde dah, maknanya bukan hantulah, ye tak?

kalau betullah jiran sebelah rumah aku jiran baru, dia sangatlah prihatin.
pintu rumahnya tiada peephole, maka dia grill pintu rumahnya segi empat besar siap dengan sliding panel boleh bukak tutup kalau nak tengok orang luar.
terkini, aku baru balik pukul 10.00 malam, dia sudah pasangkan lampu sensor yang boleh kesan orang keluar masuk.

protective owner rumah ni.
tapi bagus jugaklah kan?

----

aku punya sebuah masalah.
masalah ni takdelah besar sangat.
kecik sangat pun tidaklah.

permasalahannya adalah: bila aku terlalu rapat dengan seseorang, aku akan jadi cepat membenci seseorang itu.
benda itu akan berlaku bila orang itu sudah masuk ke comfort zone aku.

benda ni dah jadi banyak kali.
ni semua sebab aku rasa orang tu pijak kepala aku tanpa belas kasihan.
aku tahu, tak semua kawan aku mcm tu.
seorang dua aje.
itu sebab kalau berkawan aku tak mahu rapat sangat.
aku boleh menjadi rapat dengan seseorang dengan satu perbualan (jika aku mahu)
dan aku boleh menjadi terbenci seseorang jikalau setiap detik pun mahu aku, aku, dan aku.

dan aku paling tak suka kalau orang suka-suki nak gunakan aku.
habis madu sepah dibuang.
apa manusia zaman sekarang dan tak pandai common sense ke?
apa air yang kau minum, makanan yang kau telan dah ubah kepala otak kau menjadi otak sekecil lalat?

huh. aku sangat beremosi.
tak aku tidak mempunyai simptom PMS.

jika kau mahu aku tolong, aku boleh tolong kalau aku mampu.
tapi common sense la buat baik dibalas baik.
apa cikgu kat sekolah dulu tak mengajar ke?
atau kau yang suka sangat ponteng kelas?

aku paling pantang kalau orang selalu bercerita tentang diri mereka.
narcissistic.

"aku baik, aku selalu tolong orang"
tapi kau tak pernah belanja aku pun. ketuk aku adalah.

"aku pandai masak, sapa kata orang macam aku tak pandai masak?"
kau tak pernah bagi aku rasa makanan kau pun? kau selalu makan kat umah aku adalah!

kenapa tak cakap kau gila aje? orang gila tak pernah rasa dia gila.

haih. bila cakap-cakap macam ni aku sudah jadi tak ikhlas.
alah, aku bukan baik mana pun.
tak pernah rasa diri sendiri baik pun.

ok. ok . malam ni malam jumaat.
sepatutnya aku jadi tenang-tenang.

sudah mahu weekend pun!
aku nak spend masa dengan orang yang menghargai aku, bukan nak guna-gunakan aku.

itulah yang lebih baik.

Monday, 23 February 2009

godzilla.mengganas.lagi.

Photobucket serabut.

haih. baru bermula minggu dah sakit kepala.
tiba-tiba lagu The Automatic berkumandang di telingaku.
'It is a monster! Is it a monster?!'

Haih! hari ini bukanlah suatu permulaan yang baik.
Supervisor (SV) menjerit-jerit bagaikan orang hilang akal.
Jikalau di Malaysia aku samakan dengan garangnya Dato Khalid Kadir.
Tapi ini United Kingdom, di mana orang-orangnya semua bersopan belaka.

Hari Isnin yang sugul.
Selesai sahaja mesyuarat, bilik kultur dijadikan markas untuk mengumpat.
Aku ditarik bersama untuk mengeluarkan pendapat.
Minggu ini minggu si G, kawan tahun kedua aku.
Giliran dia mendapat sumpah seranah dari SV.

Seorang ahli mesyuarat menanyakan apa perasaan aku bekerja di bawah SV tersebut.
Sebab dia tak tahan tengok aku kena jerit-jerit bagai.
Dia kata aku tak patut dilayan begitu.

Ini bukan masalah racist.
Ini masalah personaliti SV tersebut.
Dia suka sangat beremosi.
Tidak bagus untuk menjadi seorang atasan.

Penyelidik tersebut berdepan terus dengan SV itu.
Dia kata dia tak gembira dengan mesyuarat pagi tadi.
Nak tahu dia jawab apa?
'I'm upset that you're upset'
'They should have an ability to receive such critism. It's all about being a scienctist'

O
M
G
!

Serius, aku tak boleh menerima yang itu. Jikalau aku mengadu di pihak atasan mesti dia dikenakan surat kuning.
Tapi aku tidak mahu sebab aku mahukan ilmu beliau, dengan berkat.

'I'll just live with it' kata aku pada penyelidik tersebut.
Dua tahun lagi dua tahun lagi.

Terkini SV memberikan memo pada aku.
Tak pernah ada angin lintang pukang tiba-tiba nak bagi memo.
Panjang dua muka surat.
'Well done' katanya. Tapi banyak kritikan.

Hey! Aku tak kisah pada kritikan cuma berpada-padalah dalam berbicara.
Sekarang ucapan tersebut tak bermakna bagi aku.

Oh ye, aku kena bertambah rajin lagi. Sebab takut-takut Mr Godzilla akan mengganas kembali.

Sunday, 22 February 2009

resipi.mudah.

banyak sangat manusia minta-minta resipi makanan kat aku (macam aku ni google bergerak aje).
aku akan cuba sikit-sikit taip apa yang termampu.
aku selalunya tak mengikut resipi kat internet pun.
suka tambah atau kurangkan apa-apa yang patut.

itu sebab experiment aku selalu menjadi. tapi banyak lagi yang tak menjadi. heh.

ok, salin ye resipi ini anak-anak. harap kamu suka.

resipi almond brownies.

half tub butter/margerine masuk dalam microwave - panaskan seminit.
masukkan satu cawan serbuk koko/hot chocolate, satu sudu esen vanilla, satu cawan setengah gula caster - gaul rata.
masukkan 3 biji telur, kacau lagi.
ayakkan tepung naik sendiri (self-raising flour) satu cawan setengah - masukkan sedikit demi sedikit - gaul rata.
masukkan almond/walnut segenggam.

masukkan dalam bekas kaca - masukkan dalam microwave - panaskan selama 8 minit full heat.
pastikan bekas tersebut ditutup rapat.

keluarkan bekas dan sejukkan - dalam setengah jam boleh dimakan dengan aiskrim pilihan hati.

selamat mencuba!

Saturday, 21 February 2009

testimoni.

Photobucket baru sahaja selesai nonton cerita 'push'

hari ini saya jaga lambat dari yang biasa.
tak apalah, hari minggu macam tulah.

masuk tengah hari cuaca cantik.
matahari macam betul-betul menyinar.

mahu keluar.
dah lama tak ke bandar.

jalan-jalan di bandar.
ingatkan tidak mahu membeli itu ini.
sekali terbeli yang di sana dan yang di sini.

dapat dua tops dari Dorothy Perkins.
beli juga sehelai seluar, tops kuning labuh dan blazzer stylo dari Zara.
di H&M terbeli seluar yang cantik tapi tak boleh pakai :))
ternampak kimono cantik dan murah, beli ajelah.

sampai sahaja di rumah,
kawan mengajak nonton wayang.

sebelum itu duduk teringat kisah brownies dan aiskrim vanilla di secret recipe.
browse punya browse dapat juga resipi yang paling mudah.
korek-korek dapur, bancuh-bancuh adunan, 30 minit sudah siap brownies depan mata.



baju sudah dijemur.
pergi pula nonton wayang.
yang kelakarnya terduduk di belakang musuh ketat.
siap beralih tempat duduk tak mahu dilihat-lihat.

seronok juga cerita tersebut.
dah balik ni rasa mahu bersosial lagi.
tapi sudah tengah malam, sepatutnya kita berehatlah ye tak?

hari esok ada jadual yang sangat panjang menanti.
nak ke shopping lagi?!

whoopiee!

Photobucket nak gi bowling takmo gi bowling? hmmmm...

who said a man and a woman can be friends?

uhuk-uhuk *batukkejap*
(itu point satu)

aku rasa aku dah bagitahu benda ni berulang kali.
DR TAD kata pastilah boleh!

pada aku, bolehlah berkawan kalau ada mutual interest.
macam kalau A (si lelaki) dan si B (si perempuan) sukakan sesuatu benda yang rare.
kereta lumba (katakanlah) - at least itu dah menjana minat untuk memulakan suatu perhubungan.

ataupun kalau si A ni suka main golf. B pun suka.
bolehlah pergi bermain-main bersama-sama.

tapi bukan berdua-duaan.

kalau mengikut ayat aku di atas, ianya restrict kepada si A dan si B.
bukannya si A berkawan dengan si B, C, D, E yang mana BCDE ni kawan-kawan selepak bersama.
pergi makan kat kedai mamak bersama.

itu pada aku - itu hubungan kawan yang betullah.

(bukannya si A tu lembut atau apa, terkadang ramai aje seorang lelaki berjalan keluar dengan ramai perempuan, apa yang gay sangat tentang itu?)

point dua: siapa kata lelaki dan perempuan tak boleh berkawan?

aku kata: pastilah boleh!
kawan sekerja, kawan sepermainan, kawan selepak.

ala, kawan-kawan. nothing more than that.
ada juga kawan-kawan untuk meluahkan rasa. sebab pada aku, lelaki ini pendapatnya adalah bernas. walaupun mereka ini nampak seperti kompleks seperti perempuan juga, mereka tahu mencari 9 penyelesaian kepada suatu persoalan.

itu sebab mereka pandai menipu, cakap putar belit dan loyar buruk.

antara sebab juga kenapa aku berkawan dengan ramai lelaki adalah kerana mereka tak simpan dendam, berfikiran terbuka dan sporting.

akan tetapi, antara sebab juga aku tak berapa suka perangai diorang: diorang layan kawan perempuan mereka macam girl friend mereka (kalau mereka takde girl friend) dan spare gf (pada siapa yang ada gf)

itu sebab bila diorang clash dengan gf diorang, diorang tak nangis-nangis head-over-heels. diorang dah ada safety net mereka.

dalam erti kata lain - mereka tamak dan selfish.

tapi perempuan ni hatinya lembut. ayat sket hati dah cair. lelaki cakap lembut sket dah kata memberi harapan. mulalah angan-angan mahu naik pelamin sama-sama.

itu sebab aku kata lelaki dan perempuan tak boleh berkawan (sangat!).
kawan bila perlu. buat seformal yang termampu.
tak perlu nak cari bebila kau rasa bosan.
bila dah ada teman lain, dibuang mcm sampah.
bila kena tinggal, datang kutip balik dan buat-buat baik.

atau mungkin betullah lelaki kena berkawan dengan perempuan.
they complement each other.
seorang selfish dan seorang lagi perasan. baguslah tu.

otherwise - kawan itu perlu hanya untuk teruskan hidup.
neah, nothing really special on that.

mind.of.a.champion.

Photobucket mahu tenang-tenang sahaja.

detik satu
pernah tak masa kecik-kecik dulu kau balik kampung dalam keramaian berdiri seorang perempuan yang cukup sofistikated memakai baju kebaya bergaya sakan tetapi tiada sesiapa berdiri sebelahnya?
bila makcik-makcik bertanya bila nak kahwin?
dia jawab - takde siapa yang mahu.
padahal dia baru sahaja pulang dari luar negara.

detik dua
pernah tak kau nampak sepasang couple dalam keramaian tak pegang tangan tak tangkap gambar muncung2 bibir (yang konon nampak lawa tapi sebenarnya nampak macam paruh burung belatuk tak cukup sifat) jalan pun kalau boleh sejengkal jauh apatah lagi mahu meletakkan gambar berdua-dua di laman web?
apa pandangan kau?

eh silap soalan - apa kau rasa pandangan masyarakat?

kawan aje kot?

yang duk pegang tangan tangkap gambar muncung2 bibir (yang konon nampak lawa tapi sebenarnya nampak macam paruh burung belatuk tak cukup sifat) jalan pun kalau boleh peluk sakan dan mahu sahaja meletakkan gambar berdua-dua di laman web sambil berkata "love u forever"

ini orang kata - wahhhh, couple diorang ni.

orang-orang macam ni buat aku mahu muntah.

detik ketiga
pernah tak kau mendengar cerita orang berceritakan perihal kesusahannya berulang kali sambil kata "hidup aku memang dajal" sambil meratapi hidup yang malang.

kemudian kau dalam hati pun berkata "dugaan hidup aku lagi sukar, aku tak pernah bercerita pun"

mungkin kau rasa baik dan dia mengada-ngada.
ataupun mungkin dia manusia pelik dan kau manusia biasa.
ataupun itu semua biasa-biasa sahaja.

aku pening.

detik keempat
pernah tak kau menipu orang tentang hidup kau yang malang tapi sebenarnya tak berapa malang cuma kau sahaja nak simpati orang. kemudian selepas itu hidup kau betul-betul jadi malang. kau terkesima kemudian kau duduk diam sambil berkata "ini mungkin salah aku" tapi in denial kau kata "hidup ini sungguh tidak adil"

detik kelima
orang kata jangan membenci sesuatu yang kita tidak lakukan ataupun atas sedar tidak akan lakukan.
sebab siapa tahu, kita mungkin akan jadi seperti orang itu - yang bezanya orang itu mungkin sudah bertaubat dan kamu masih lagi bergelumang dengan dosa.
bak kata encik kahuna - hidup itu seperti roda, lama-lama guna akan pancit. tapi takkanlah pancit kalau kau asyik lalu kat jalan penuh lubang dan tak pernah isi tiub tayar, bukan?

arghhh! kepala otak asyik ligat berpusing sahaja pagi-pagi buta ni.

Thursday, 19 February 2009

hidup.ini.mudah.

aku telah memberikan buah fikiranku tentang ini kepada seseorang.
aku abadikan di sini kerana aku merasakan ianya perlu dikongsikan bersama.
mungkin tidak semua yang memahami tapi aku cuba memadatkan isi itu dan biarkan ia terpahat di benak jiwa kamu dan kamu.

aku bernukilan pada pukul 4 pagi. tika itu akalku mahu jasadku terjaga. mungkin juga jasadku sudah penat merantau ke benua-benua pelik di sinapsis sarafku.

mungkin juga kerna aku rasa kosong.

hidup ini mudah.
padanlah semua orang pun mahu berkahwin.
bila terjaga tengah malam, ada orang di sebelah boleh dikejutkan.
bila rasa sedih, boleh terus memeluk dan meminjam bahu untuk menangis.
bila rasa gembira, boleh melompat-lompat sambil memeluk mesra.
bila lapar, tidak perlu lagi mencari teman untuk menemani.
bila pening, ada yang tidak jemu-jemu di situ untuk mengurutkan.
bukankah kahwin itu pemudah hidup?
humans just complicate things.

manusia.selfish.nak.mati.

Photobucket sedang menaip daripada sebuah IT Suite. Ala, yang banyak-banyak komputer tu. Jus kelapa aje takde. Heh.

aku dah janji nak cerita pasal ini.
aku rasa aku dah banyak mengomel perihal manusia mcm ni.
aku kadang-kadang hampir mahu juga menjadi manusia yang tak sedar diri mcm ni.

menjadi seorang manusia aku kira mesti punya sebuah perasaan selfish.
perasan yang mana kalau nak buat seseuatu mesti nak yang mudah aja.
kalau ada shortcut, dia mesti amik yang itu.
macam kalau ada jalan jem sejauh 1 kilometer, dia tak mahu beratur, sanggup naik bahu jalan buat aksi-yang-konon-bagus.

macam juga jikalau mahu pergi ke sesuatu tempat.
tahu tiada kereta, tapi mahu berbaik-baik dengan kawan yang ada kereta sebab nak pergi ke tempat itu dengan berkereta.
dahlah naik kereta orang, bayar duit minyak cukup-cukup makan. belanja makan pun tak pernah.

banyak lagi analogi aku.
setakat asam garam nak berkawan ni, mcm-mcm perangai kau boleh tengok.
banyak jugak yang aku pernah rasa.
mungkin manusia-manusia mcm ni yang buat aku rasa lebih sarkastik.

aku cuba mengajar seseorang bagaimana mahu hidup seperti aku.
yang mana kalau orang luar tengok, mesti tak suka.
tapi kalau kau nak hidup aman damai dan tak makan hati asyik kena pijak aje, aku rasa cara hidup aku ni amat perlu.

tu sebab orang tua pernah berkata:

'buat baik berpada-pada'

selalu manusia yang tak pernah berpuas hati dengan kejayaan orang lain sering mengomel pada aku:

'dunia ni tak pernah adil'

kau yakin ke dunia itu tidak adil? kau kata Allah itu Berkuasa, Allah itu Maha Adil tapi kau bangkang setiap benda yang berlaku atas dunia ni.

Selalunya kalau orang cakap mcm tu, aku cuba imagine aku cabut kasut dan hentakkan atas kepalanya berulang kali.

'kau akan dapat habuan dengan setiap usaha yang kau laksanakan' aku perlahan memberi nasihat.

'abih, kalau dah berusaha tapi tak dapat?' balas si provokasi.

'mungkin Allah menyimpan saham itu di masa hadapan ataupun di akhirat kelak, kita tak pernah tahu bukan?' sinis aku membalas.

Tidak pernah satu perkara pun atas dunia ini diberi/diambil kalau bukan kerana Allah itu Adil.

Kau tahu apa makna adil?
bukan yang kaya harus memberikan setiap butir kekayaannya kepada yang miskin.
bukan yang miskin harus meminta-minta.
bukan yang baik itu tak harus mati cepat.
bukan yang jahat itu tak harus dipanjangkan umurnya.

adil itu apabila apabila kau sudah merasakan kemanisan sesuatu dan kau juga merasakan keperitan daripadanya.

or vice versa.

bukankah dunia itu lebih indah dengan berbuat begitu.
kerana manusia tidak boleh berfikir kerana akal mereka sangatlah terhad.
kerana manusia tidak memahami kerana perasaan manusia itu boleh berubah-ubah.
dan kerana manusia itu cepat melatah kerana iman manusia itu ada turun naiknya.

dan kau masih katakan dunia itu tidak adil?

'senanglah kau cakap, tak kena pada batang hidung kau' berbisa juga soalan yang itu.

mana dia tahu sakitnya aku menanggung derita aku?
mana dia tahu setiap senyum yang aku beri, tak tertanggung kesedihan di benak jiwaku.

sebab aku tidak pernah mahu memberitahu.
sebab dia bukan apa-apa bagi aku.

hai manusia-manusia begini! nyah engkau dari hidup aku, boleh?

Wednesday, 18 February 2009

disiplin.

Photobucket mind-numbing. freezing to bits.

sekarang baru aku tahu kenapa hidup seseorang itu perlu berdisiplin.
kenapa seseorang kalau sakit pun masih mahu pergi kerja atau sekolah.

tiada apa-apa pun yang menarik di luar sistem kehidupan harian mereka.
ok, mungkin rasa seronok sebab tak payah pergi sekolah ataupun kerja tapi rasa seronok tu sekejap aje.
macam 1 saat gitu.
yang lain, memerangkap kebosanan.

matahari sangat cerah harini.
cemburu gila.
rasa seperti mahu keluar tapi aku tahu di luar masih sejuk.

hari ini hari kedua aku cuti.
tapi aku dah nak muntah duduk rumah.
bila berada di rumah, masa berjalan dengan sangat perlahan.
sangat sangat sangat perlahan.

bila pergi kerja sekejap aje waktu berlalu.
itu sebab bos aku akan datang kerja walaupun dia sakit.
aku tahu dia lonely kat rumah.
mungkin dia dah penat practice main pinanonya.

haih! aku mahu sebuah life.
life yang membolehkan aku berbuat apa-apa tanpa memikirkan kesan akibat perbuatan tersebut.
seperti pergi terjun gaung ke, daki puncak tertinggi di UK ke,

atau

tak payah pergi sekolah, tapi masih boleh dapat PhD.

cun tak?
haih. itu sebablah hidup itu dikatakan hidup.
Siapa kata dunia ini tidak adil?
Siapa yang berkata begitu orangnya selfish nak mati.
Owh! isu pasal selfish tu aku akan kupas lagi nanti.

Tuesday, 17 February 2009

ngang!

Photobucket tatau tengah rasa mood apa.

tahniah buat diri sendiri.
hari ini aku isytiharkan hari kebersihan rumah.
aku ambil one-day off hari ini.
masa mandi awal pagi tadi terus rasa tidak mahu pergi ke sekolah.
mungkin sebab aku tahu minggu ni kerja aku tak banyak.

aku tonton drama korea dari malam semalam sampai malam ini.
gilalah! aku selalunya kalau baca novel sempat dua tiga muka surat.
kalau nonton wayang, untuk jam pertama aje aku dah mula tengok-tengok jam.

tapi aku setia nonton cerita ni.
sambil selang-seli dengan cerita GG, dan kisah JD.

aku cukup gembira juga hari ini kerana pengambilan diet seimbang aku.
sejak semalam aku asyik makan protein aje.
no more bread, and rice.

menu semalam trout fillet bersama tauhu dan salad.
menu hari ini sup perisa lemon dan cheese-vegie-burger.
oh! dan sausages.

baru sahaja abih supper cornflakes.

esok berkira-kira mahu berbuat kerabu taugeh dan mussels.
wah! aku sudah pandai mengidam ini.

aku sudah cek tiket kapal terbang untuk balik Malaysia.
nak kata mahal taklah juga.
tapi aku mcm biasalah selalu kata tiada duit untuk itu.
kalau aku beli tiket, itu menyamai dengan harga elaun aku sebulan.
kena keluarkan duit gaji pula.
takmolah macam tu.

Huda ajak pula membeli belah lagak makcik-makcik.
Beriya dia bercerita mahukan pinggan cap ayam, mangkuk cap gajah dsb.
maaf, itu bukan masanya untuk aku lagi.
rumah kat malaysia pun tak terbeli lagi.

Cik I mengajak pula aku ke Galway.
Teringat aku pada seorang sahabat di situ.
Aku pun sebenarnya mahu ke situ.
Cantik, kalau tak, kenapa produser-produser Bollywood selalu ke situ?

Semuanya mahukan bajet.
Seriyes ni, kalau aku mahu itu-ini, aku kena bekerja lebihlah.

Tapi itu sangat-sangat tak mungkin.

Tapi fikir-fikir aku mahu pulang ke Malaysia.
Banyak faktor juga yang membuatkan aku malas mahu balik.
Selain harga tiket, aku rasakan cuti 2 minggu amatlah tidak berbaloi.
Lagipun masa tu tengah summer. Summer rugi tak jalan-jalan wo!

Tapi yang pro-list untuk balik banyak juga.
Selain dapat beraya dan berjumpa keluarga dan sahabat handai, aku dapat menggemukkan badan.
Dapat pekena makanan sedap.
Dapat selebret bday adik.
Dapat pergi jalan-jalan (walaupun aku tahu macam tak mungkin aje)

Tapi dah janji dengan diri sendiri, takkan balik sampai habis PhD.
Macam mana ni?

Haih, kenapalah takde sapa nak masuk meminang lagi ni?
Boleh saya balik Malaysia lama sket :))

apple.of.my.eyes.

Hadiah daripada Cik I

Sepupu Encik N

In love

Famili

Monday, 16 February 2009

kepenatan.

Photobucket huargh! makang budok!

dah beberapa hari tak cukup tidur.
dahlah tak cukup tidur, kegiatan fizikal teramatlah banyak pulak tu.
kalau aku kat malaysia, keje aku gi ofis, sign surat, tengok surat, meeting, pastu attend seminar.
takdelah fizikal sangat pun.

itu sebab pada aku, tidur 8 jam aku mesti kena cukup dalam masa sehari.
baru nampak comel macam baby dalam iklan J&J.
pipi gebu, semua-semua pun gebu. haha!

kekadang rasa jeles dengan budak undergrad.

ada masa gi tengok wayang.
ada masa gi main ski.
ada masa gi jalan2 europe.

(APA DIORANG TAKDE KEJE LAIN MELAINKAN JALAN-JALAN KE?)

pada aku life sebagai seorang budak PhD ni memang penat.
nak tahu penat ke idak kena tengok rumah aku bila aku stress.
bila mana aku pergi sekolah awal pagi dan balik malam-malam.
sampai nak buat laundry pun payah nak tekan butang on.
(tapi umah orang lain kemas aje?)

umah aku mana ada maid.
umah aku kat malaysia pun mana ada maid.

suami takde.
anak lagi tak ada kan?

abih siapalah tempat untuk aku bermanja?
sob sob sob.
rasa emo pulak dua tiga menjak ni.

kekadang dah rasa mcm sunyi ni ada juga rasa macam nak duduk dengan orang lain.
at least kalau sunyi leh ketuk pintu orang sebelah.
main masak2 ke, masak lat talilat ke, main kejar-kejar ke?

tapi aku tahu benda tu macam tak mungkin.
sebab semua orang mahu masa dengan diri sendiri setelah penat ke sekolah.
aku pun begitu.

haish. mahu kawenlah.
aku sudah tua ni (acececeh)
mahu ada anak 3 sebelum 30.
tapi mananya nak cari lelaki tall dark handsome dan matang?
gentleman segala bagai.
lelaki sekarang, banyak yang lembut, lembik, gay dan...






laki orang.


mana nak cari ni?

gumtree? small ads? surat khabar UTUSAN MALAYSIA?

Sunday, 15 February 2009

ralat.eh.larat.eh?

Photobucket rasa gundah. gulana. risau. makanan tak hadam dsb. owh lupa! esok isnin!


di sebuah taman di dundee.
pagi sabtu selepas balik dari sekolah.
muka sorang2 macam terencat! :))
thanks Kak M untuk gmbr ni! :D

Thursday, 12 February 2009

rasa.nak.update.lagi.

Photobucket mulakan hari baru dengan senyuman!

  • dari mula aku buka komputer dari awal pagi sampai ke malam masih tiada apa yang sempat ditaip.
  • dundee bersalji tebal hari ini. tapi tak sempat main sledge pun.
  • oleh kerana dundee tak menjangkakan kelebatan salji pada hari ini, garam tidak ditabur di tengah jalan.
  • banyak kereta menggelongsor ke kiri ke kanan.
  • aku pergi sekolah naik bus.
  • bus pun lambat setengah jam.
  • sampai makmal tengok dari tirai kamar salji makin lebat.
  • tapi hari ini aku banyak gila keje mahu buat.
  • sampai sekarang (17:53) aku masih terkandas di makmal.
  • tapi sempat juga berbuat snowman sendiri.
  • aku namakan dia: Zachary.
  • aku sedang berkira-kira mahu balik ke rumah mengambil kereta ataupun tidak.
  • kemudian sambung buat kerja di makmal.
  • semalam rasmikan kek cheese perisa cokelat.
  • tak manis, tak berlemak.
  • oh ye, ramai gila yang balik awal hari ini kerana salji.
  • ingatkan kalau malam ni ada kederat mahu menonton wayang.
  • atau mungkin tidur sahaja.

Wednesday, 11 February 2009

dugaan.datang.lagi.

Photobucket tak berperasaan.

mindaku lesu. badanku penat.
tapi hatiku tetap tak keruan.
nak tidur pun mata terkebil-kebil.

aku gerenti kalau ada budak 6 tahun tanya soalan matematik pun aku tak tahu mahu jawab apa.

hari ini aku terasa sangat fragile.
rasa mahu meraung memberitahu satu dunia masalahku.
"kau kejam", hatiku meronta-ronta mahu jeritkan di depan mukanya.

sudah masuk tahun kedua, aku ingatkan aku sudah tidak mahu menangis.
akan tetapi hari ini air mata itu tumpah jua.
baru aku mengerti perasaan sahabat aku bila dia katakan dia selalu menangis di tandas.
petang tadi aku mengikut jejak langkahnya itu.

selesai mengesat air mata dan membuang hingus, aku keluar dengan lagak tiada apa-apa.
tiba-tiba Miss J ajak berborak.
dan dia mengesan sesuatu.
"Anda menangis ye?" dia tanya tanpa tapis.
Air mata automatis laju saja mengalir.
Dia berikan tisu. Dia peluk aku.

Orang sebelah nampak.
Orang seberang meja pun nampak.

Aku dah tak malu lagi.
Miss J bertanya itu, ini. Aku tetap diam.
Aku tahu kalau aku bercakap pasti aku akan meraung.
Cukuplah aku dah malu takat itu.

Dia peluk aku lagi.
"He's a jerk!" kutuk dia pada orang yg buat aku menangis.
Aku tahu, dia tahu dan semua orang pun tahu yang itu.
Dan aku masih mahu mengambil hati.

Miss J mengajak aku ke kafe.
Berborak-borak tentang masa depan.
Dia memberi tips untuk berdepan dengan si tua bangka itu.

"Aku ingat kau dah pandai control dia" bilang J.
"Lain kali kalau dia marah-marah, balas balik apa yang kau rasa betul" nasihat dia lagi.

Aku angguk-angguk, macam budak berumur 6 tahun.

Mungkin aku tak berapa nak melawan.
Mungkin aku dah terlupa bagaimana caranya mahu melawan orang tua tu.

Aku rasa orang tua tu tahu aku mahu menangis.
Itu sebab dia datang pada aku dan explain betul-betul - lepas dah marah-marah dan jatuhkan air muka aku depan orang ramai.
Sampai aku tak mahu tengok muka dia tanda aku naik menyampah dengan dia.

Aku dah tiada motivasi mahu ke sekolah esok.
Aku mahu sahaja tulis surat pada International Officer kata orang tua ni layan aku macam hape aje.
Tapi untuk survival aku sendiri, mungkin aku kena main-main dengan sistem orang tua ini.

"We have to play the game" aku kata pada diri sendiri.
2 tahun aje lagi. 2 tahun aje lagi. 2 tahun aje lagi. 2 tahun aje lagi. (voices becoming indistinctive)

aku tak tahu aku sanggup ke tidak.

aku mahu nangis lagi tapi aku sudah kering air mata.

terima kasih miss J sebab berada di situ. itulah seorang sahabat yang baik.
terima kasih partner-in-crime kerana meneman juga.

aku tahu orang lain dugaannya lebih teruk dari aku.
sekarang ni aku cuma berniat aku belajar kerana Allah.
Selagi Allah itu ada bersama aku, selagi tu aku akan teruskan berusaha.

Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.
Mungkin Allah sedih sebab aku terlupa bertahajud malam tadi :'(
Mungkin Allah mahu mengingatkan aku supaya belajar lebih tekun lagi.

dan mungkin nanti.

aku si generalis: kalau ada sesiapa tanya aku best tak buat PhD, aku mahu sahaja nasihat, baik jual char kuey teow kat pasar dari buat PhD.

Tuesday, 10 February 2009

numb.

Photobucket hidung tersumbat - jerawat pendam tepi hidung, sakit.

jaga awal. sedari pukul 12 lagi.
tidur awal, jaga pukul 12.
jaga lagi pukul 3.

tidur tak lena.
mimpi malaysia.
mimpi kapal terbang hampir terhempas.

aku stress.
sebab aku tahu, aku tiba-tiba mengalami intermenstrual bleeding.
dan tetiba keluar jerawat.
dan rasa senak kat perut.

kepala otak aku dah fikirkan hari jumaat dah ni.
tapi tak mahu jumpa hari isnin.
aku nak jumpa huda, lepak tengok will and grace, tidur sekatil dengan dia.
apa kami buat, jangan tanya. haha!

aku bukanlah seorang yang suka bangun pagi awal.
ni mesti gene aku dapat dari mak aku.
maka, bila aku terjaga awal aku tatau nak buat apa.

aku tanaklah ubah sistem aku semata-mata tak boleh tidur balik.
seperti: membaca jurnal. memasak di pagi hari?

kalau di malaysia boleh juga berjogging di taman dan lepak sekejap dengan pakcik-pakcik yang baru balik dari surau sambil pekena teh tarik.

haih! aku kena book tiket balik malaysia nih.
tak ape, aku mahu cuba untuk tidur kembali.
malasnya mahu pergi sekolah!
(ok,baru sahaja mendapat email dari Cik I mengatakan 'Berhijrahlah!')

heh. tengoklah 2012 nanti.

Monday, 9 February 2009

nagger.

Photobucket tengah main masak-masak

1001 benda aku fikirkan hari ini (ok, tak sampai seratus pun):

1) bangun awal pagi: stress tak mahu pergi sekolah. tengah mandi pun boleh reka alasan supaya tidak mahu ke meeting. tapi aku pergi juga.
2) sampai aje sekolah, aku pergi tengok-tengok anak aku. mereka tidak mahu membiak. setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian. aku amik anak baru. senang cerita.
3) aku berfikir-fikir mahu reka sebuah abstrak boombastik untuk ke conference. tapi pening, buat sekerat jalan aje.
4) buat homework untuk makmal aku esok (atau lusa). kepala dah penat, perut pula minta briyani kambing.
5) sambil berjalan ke kereta sambil kunyah biskut beras sampai terjatuhkan sarung tangan pun tak perasan. kena pergi beli baru. hmppph.
6) sampai aje rumah, mata terpandang left-over mee udang. nak makan!
7) walaupun kenyang, perut tetap nak briyani kambing.
8) sambil tengok Dr. JD sambil masak briyani.
9) fikiran menerawang jauh sampaikan briyani jadi terlebih masin. haishh!
10) sambil makan briyani (cuba-try-test) 2 mangkuk sambil membaca enaunsmen Dr. TAD:

"Of Course Men and Women can be FRIENDS"

Ok, saya macam tak berapa nak setuju. Tapi tak mengapa. nanti aku kupas lagi.
11) aku tengok-tengok tanaman cekur aku macam segan mati hidup tak mahu. macam perli aku aje. aku pergi ke stor tengok-tengok tanah kompos yang ada. aku gembur-gembur tanah, siram air kemudian aku pindah masuk dalam tandas. mungkin hidupnya mahu di situ.
12) karpet rumah mcm penuh habuk dan sampah. nak hover dah malam. bunyi bising.
13) baju tak bersidai.
14) banyak lagi baju yang tak berbasuh. ye aku memang malas.
15) cadang nak bersihkan peti ais tapi itu akan ditangguhkan.
16) mahu membeli gym membership tapi tak de kawan nak teman.
17) mahu membeli bola squash.
18) mahu membeli long-swimsuit.
19) oh! insurans kereta perlu diperbaharui. kerja rumah lagi. duit melayang lagi.
20) nak basuh kasut squash. mungkin kena beli baru. haih!
21) cadang nak balik kampung minggu ini. tapi keadaan kerja tidak mengizinkan.
22) nak masak sambal sotong kegemaran kesayangan saya. nak pos ke tak nak?
23) oh! kena pergi ke pejabat pos esok pagi sebab kena buat postal cheque!
24) perut penuh. mata berat.
25) partner-in-crime kata aku emo hari ini. sebab dia ajak aku gi lunch aku tak mau.
26) dia ajak aku pi tesco, aku tak mahu juga.
27) tetiba terfikir alangkah bagusnya kalau sahabat-sahabat baik saya di Malaysia datang melawat saya ketika musim panas nanti.

aku si generalis: manusia ni bila selalu rasa senang tak pernah nak terfikir untuk bersyukur.

Saturday, 7 February 2009

baik.untung.sikit.dari.tak.untung.langsung.

Photobucket senak wooo!

rasa tense di anterior sacroiliac ligament. ada apa-apa prognosis kawan-kawan?

aku si generalis: harga makanan makin mahal. credit crunch makin terasa. perlukah aku berpuasa? perlukah aku berdiam diri sahaja? ataupun perlukah aku menjadi seorang pencuci tandas?

aku nak kawen dengan orang kaya. *smirk*

kini.baru.aku.tahu.

Photobucket burppp! kenyangnya sarapan baked beans!

beberapa hari lepas ada seorang sahabat beremosi dengan aku.
tiba-tiba melepaskan kemarahan di saat aku stress.
dia tak tahu ke aku stress juga?

aku diam.
aku senyum.
aku tenang.
walaupun masa tu aku stress juga.
api toksah dibalas dengan api.

aku ingatkan pembawakan budak.
mungkin pre-menstrual syndrome.

eh? bukan rupanya.

kini baru aku tahu bila berada di tempat aku sekarang, aku rasa just couldn't be bothered.

----

aku text dia. tidak berjawab.
aku diam. malas mahu terasa.
dia text aku balik, aku malas nak menjawab.

kena ke?

kini baru aku tahu, aku just couldn't be bothered.

----

aku banyak gila kawan sekarang. alhamdulillah.
aku sangat bersyukur tidak berkahwin sekarang.
sebab aku rasa muak kalau selalu mengadap orang yang sama tiap kali.
betullah orang kata 'kalau sayang tinggal-tinggalkan'

betullah tu agaknya.

----

kawan aku mahukan seorang gf.
boleh aje nak jadi gf dia.
dia tinggi kacak bergaya.
kaya pulak tu.
kaya bukan sebab keluarga. sebab dia berusaha untuk jadi kaya.
yang paling penting, tidak merokok.

tapi aku tak mahu.
sebab dia muda setahun dari aku.
aku mahukan seseorang yang kriterianya seperti di atas tapi tua dari aku at least 5 tahun.

mana mahu cari ye?

aku si generalis: si lily allen ni dulu dah tak femes nak naik balik, kena ke ade muka dia di mana-mana? saya sudah tidak suka anda tahu?

Friday, 6 February 2009

11:11

Photobucket breakfast menu di malam hari.

dia kata aku ego.
semua perkara mahu dibuat sendiri.

dia kata aku keras kepala.
jika kata tak mahu, tak mahulah.

dia kata aku pendendam.
mahukan aku maafkan orang lain kalau mahu gembira.

dia kata aku garang.
kalau boleh suka-suki aje nak jerkah orang.

dah dia kata itu-ini.
perlu tak kalau aku jerkah dia?

heh.

aku si generalis: lelaki ni semua sama aje. ego aje lebih. perasan diri sendiri baguslah tu.

streptikaliti.

Photobucket bosan gila duduk di ofis pada hari jumaat.

A mahu aku jadi seorang analytical chemist.
B suruh aku jadi seorang research officer cum lecturer cum researcher.
C suruh aku jadi physiologist.
D suruh aku jadi geneticist.

aku nak duduk rumah, buat home-schooling.
bercucuk tanam belakang rumah. buat landscaping.
pastu nak jadi macam si Nigella Lawson.
masak. amik anak. shopping. masak. tulis buku.

ha! aku nak wat macam tu lah.
cuma aku takmolah keluar tv.

SIAPA YANG PANDAI-PANDAI SURUH AKU BUAT PhD niiiiiiii?!

aku si generalis: ah! aku kerja bagus ke pendidikan bagus ke bukan laki nak pun.

morning.today.dr.voit.will.be.serving.you.

Photobucket sakit sana sini

selamat pagi.
hari ini sudah mahu masuk penghujung minggu.
sudah dua minggu penuh saya ke sekolah dengan penuh iltizam yang tinggi.

dan minggu ini saya menjadi dr voit.

minggu ini walaupun sangat penat tetapi keadaan sosial saya amatlah berada di luar cakera kuasa pemikiran saya.
walaupun badan memberi signal kepada otak saya bahawa dia penat, namun otak pun mahu bersosial juga.

10 jam bekerja dan 6 jam bersosial.
yang lain, kamu fikirlah sendiri.

saya mempunyai sebuah kisah menarik.
tetamu-tetamu tetap saya bolehlah pergi ke blog berhabuk-(hachooom!)-sawang untuk mengetahui maklumat lanjut.

----

hari ini hari jumaat.
sudah bercadang selepas sahaja buat 2 kerja penting hari ini, aku mahu bersuka ria.
aku mahu bersosial selama 15 jam hari ini, boleh?

oh ye, sudah aku katakan badanku bekerja seperti robot untuk sepanjang dua minggu yang lepas?
aku tahu badan aku penat.
sebab aku dah mula rasa sakit sana-sini.

semalam berpesta makan ciken-wings di rumah kawan.
borak-borak orang muda, dari mata mengantuk pun boleh jadi bulat.

hari ini hari jumaat.
semua kawan-kawan di ofis pun mcm sudah bergaya, nampak seperti berehat-rehat.
gelak-gelak sana sini.
suka! suka!

aku si generalis: harap2 bos aku tak kacau hidup aku hari ini.

Thursday, 5 February 2009

menantikan.saat.termampu.

Photobucket baru selesai mengemas rumah. di kala masih tidak boleh ketiduran.

sudah tiga hari tidak bersiaran.
bukan komputer rosak ataupun tiada masa.
aku selalu katakan pada tetamu tetapku;
"jika aku tiada di sini, maknanya aku telah berjaya mempunyai kehidupan"
tolong gembirakan untuk aku.
dan jangan lupa sedihkan untuk aku.

akhirnya aku punya kehidupan yang tetap.
rutin harian yang sama, ragam yang sama, tekanan yang sama.
selepas subuh terus ke sekolah hinggakan masuknya waktu maghrib.
ye, maghrib sudah semakin lewat.
sampai sahaja di rumah, berkawan dengan F.R.I.E.N.D.S. dan doktor kegemaran aku - JD.

kemudian tidur.

komputer hanya digunakan untuk analisa data dan mencari bahan rujukan.

tiada life aku rupanya.

*sayastress*

seseorang telah berkata - buatlah sesuatu yang menyeronokkan. apa sahaja yang aku buat jadi tidak seronok?

ada juga selepas sekolah ke rumah kawan berborak-borak. terbaru - baru sahaja balik dari melawat Cik I nun jauh di seberang jambatan.

siap buat sesi hati-ke-hati dengan partner-in-crime lagi.

aku enjoy tapi badan aku penat. sekarang aku fizikalnya penat dan menjerumuskan otak aku yang sedang kelesuan ke lembah stress.

sudah beberapa hari aku biarkan baju tidak berbasuh di dalam bakul. baju yang sudah kering tidak dilipat. pinggan mangkuk masih merata tempat. selimut tak pernah berada di tempat yang sebetulnya.

sebetulnya bukan aku tak sempat kemas, cuma aku malas.
bila balik rumah, aku cuma mahu rehat.
sudah cukuplah tekanan di sekolah. aku cuma mahu rehat.

senior tahun akhir sudah habis sesi PhDnya. kagum aku.
tapi sekagum-kagum aku, dia hanya dapat menghabiskan tesisnya dalam masa 3 tahun setengah.
kalau dia haibat jadi begitu, aku?
*sigh*

betullah kata orang, sesekali kita harus keluar dari sistem yang menyesakkan minda.
selepas habis sesi hati-ke-hati, baru semangat mahu mengemas rumah segala bagai.
dan kini fizikalku lesu kembali.

oh ye, hari ini turun agak lebat juga salji dari england.
tapi masih tidak tebal untuk bermain sledging.
tengah tak sabar mahu keluarkan segala peralatan sukan air batu.
heh.

mahu tidur. esok mahu ke sekolah.
kalau tak, cikgu marah... ='(

Sunday, 1 February 2009

retail.therapy.

Photobucket status: rumah masih tidak berkemas.

baru balik dari bandar.
bagus pencapaian aku hari ini.
bangun awal pagi, ke makmal, ke bandar, dan belum lagi mahu tidur.
ya, sekarang baru pukul 3pm.

di bandar memang banyak sale yang menarik.
walaupun sudah sebulan lebih boxing sale.
dengan adanya baju saiz aku, kasut saiz aku dan murah-murah belaka memang betul-betul menguji keimanan aku.
mentang-mentanglah duit elaun dah masuk.

dari hanya mahu mencari dvd kosong aku membeli mug pooh.
dari hanya mahu membeli roti aku membeli piza dan biskut cokelat.
dari hanya mahu mencuci mata di zara, aku terbeli... toksah ceritalah kan?

tapi bila balik aku rasa macam depress lagi.
rasa nak mengadu dengan orang mesti aku jadi orang yang mendengar dan bukan bercerita.
sebab aku tak pernah suka bercerita.

mahu saja aku buka mulut sepatah, 10 patah orang mengadu pada aku.
mahu saja aku cerita tentang kesedihan aku, tengok-tengok orang lain lagi sedih dari aku.

terus tak jadi sedih.

masa aku membeli-belah tadi, aku tetiba terasa macam mahu menyelami perasaan orang yang tak pernah ada cukup duit untuk membeli barangan kesukaannya.
kalau aku, baju 50p pun aku pakai juga.
yang dibeli di pasar malam/pasar pagi/pasar tani pun pernah beli juga.

dulu masa kecik-kecik semua baju-bajuku di beli di pasar pagi setiap hari ahad.
hari itu memang aku tunggu-tunggu sebab aku akan cari t-shirt yg cantik-cantik yang dijual bersebelahan pasar basah yang jual ayam.
kemudian mesti bertenggek di gerai yang jual majalah dan surat khabar sambil-sambil minta mak belikan majalah kuntum.
suka benar.
kemudian teman mak beli ayam atau ikan.
sambil-sambil itu berhenti sekejap membeli cakoi panas.

ah! kenangan lalu.

itu yang membuatkan aku lagi suka membeli-belah.
bila sudah besar sket sudah belajar mahu membeli di kamdar, mahupun di globe silk store.
bila sudah bergaul dengan remaja-remaja yang lain, mulalah kenal Sogo, Jalan TAR dsb.

kemudian bila masuk universiti, belajar pula membeli belah di Jusco, Midvalley.
bila ada duit lebih sket, ke KLCC.

Sekarang, bila dah kerja aku beli sahaja baju-baju yang murah-murah yang ada dekat rumah aku.
takpela, orang tak tengok jenama baju apa yang kau pakai.
diorang tengok cara pemakaian kau.

bila di UK, aku sudah mula mampu untuk membeli baju yang berjenama dan mahal di Malaysia.
Terutamanya jika ianya murah.
tersangat murah bila mana convert ke duit Malaysia pun masih murah.
Selalunya kasut-kasutku berharga 1pound hingga ke 15pound.
Baju-bajuku semurah 50p sehinggalah (errrr...)

Aku membeli sebab aku rasa mampu.
Bukannya kerana jenama sangat pun dan di mana ianya dibeli.

Apa gunanya kalau membeli kasut NineWest tapi dibuat di China?
Ah! aku tahu perbandingan itu macam tidak benar, tapi aku bukannya tahu pasal jenama-jenama ni.
Tapi aku tak pernah rasa aku loser pun.

Ah! bercakap pasal retail therapy ni pun dah membuatkan aku distress.
Rasa seronoknya sekejap aje. Bila balik rumah tiada apa yang best pun.

heh.

blessed.

Photobucket kekenyangan menikmati nasi briyani seafood.

tiada hari yang lebih menenangkan selain hari Ahad pagi.
time bila kau keluar rumah selepas subuh, perasaan itu sangat tenang, tidak seperti malam semalamnya.
kereta tak banyak.
orang tua pun malas nak keluar waktu ni.

aku ke sekolah pagi tadi.
menyiapkan kerja yang memang patut disiapkan.
tengok-tengok anak aku mati lagi.
aku memang bukan ibu yang bagus ya?
kena berusaha lagi nampaknya.

tapi aku juga gembira hari ini kerana menjadi eksperimen aku minggu lalu.
tak sia-sia Cik I memberi sokongan pada aku suh aku berusaha lagi dan lagi.
"Pergi sekolah bukannya nak pergi perang" pujuk dia.
heh. iyolar mak(cik).

alhamdulillah, at least aku ada sesuatu untuk present esok pagi.
taklah nampak seperti loser sangat.

haiii... mcm mana aku nak tanggung derita untuk 2 tahun lagi ni?
doakan aku ye?