Wednesday, 28 April 2010

enaunsmen.

Photobucket sudah mulakan blog pendek di SINI. minna san, check-it-out-yo!

ala.ala.tweet.

Photobucket merasakan langit scotland adalah yang paling cantik di seluruh alam semesta beliau.

aitai.ai-kunai.







arghhhh! rindu kak een!
rindu tokyo!
rindu kame

bila.bila.mahu.hujan.

bila-bila saya rasa malas nak pergi sekolah, saya mesti terus pergi ke toilet gosok gigi cuci muka dan tak mandi supaya bila dah siap segar bugar takdelah malas pergi sekolah. dalam tanak pergi sekolah tu saya pk-pk kerja sekolah yang perlu dilakukan (supaya nampak sangat saya kena pergi sekolah dengan jayanya) dan menambah-nambah kerja supaya nampak macam 'banyaknya kerja kena buat harini'

dah sampai sekolah semua perkara tu kebanyakan saya tak buatlah. sapalah nak baca jurnal taip thesis bila-bila sibuk ke hulu hilir buat kerja makmal? (taip blog boleh pulak).

bila-bila saya rasa mcm blog saya takde cerita menarik, saya selalu tengok-tengok blog kawan-kawan. bila rasa entri kawan tu best sket, mulalah tetiba aje semangat nak menulis. hangat-hangat tahi ayam.

bercakap pasal hangat-hangat tahi ayam ni, saya nak beli beskal. bukan jenis mountain bike yang ada 6 gear tu. saya nak beli dutch bike. atau saya panggil beskal jepun. yang besar, xde gear, ada carrier kat belakang, ada bakul rotan kat depan. bawak gi pasar best ni. oleh kerana perjalanan ke sekolah saya tak de bukit bukau maka saya sukalah basikal macam ni. masalahnya harga basikal ni lagi mahal dari harga mountain bike dan melebihi dari elaun makan sebulan saya. tapi... tapi... saya dah suka...

kerja gila saya bulan nam memang tak jadi. ada aje benda nak kena buat. presentasi la, meeting lah. ni yang saya tak suka kalau belajar. exam la, present2 la, conference la. i tak suka.

saya tatau sama ada saya penat atau stress atau banyak fikir, sejak kebelakangan ni saya asyik mimpi aje. pastu lepas mimpi terjaga mcm kena kejar hantu. sib baik sini sejuk, takdelah peluh2 sangat lepas kena kejar hantu. saya tak suka mimpi-mimpi ni, sbb roh saya penat aje nak lari-lari. kang kalau dia lari-lari sesat tak jumpa jasad saya macam mana?

haih, ari-ari asyik cakap pasal mati aje.

Monday, 26 April 2010

psycho-somatic.therapy.

lepak hujung minggu di Aberdeen dengan Cik Wanis.
Asyik tengok cite psycho-thriller aje sampai kadang-kadang pk kitorang ni ok ke idak? haha!

Cik Wanis lapa laksa penang.
dia 'paksa' saya masak laksa.
entah apa jadi, laksa jadi laksa tapi saya rasa tak bape kaw.
so tak amik gambar laksa pun. tee hee.
masak kek pisang jadi lepat pisang. double tee hee.

ari ahad plak saya lapa tenpura.
sanggup gi kedai pak mat cari beras jepun, panko segala.
dah masak-masak, makan pun sampai dua mangkuk penuh!


pastu dada pun sakit.

pastu adik saya tiba-tiba aje kata "long kena jaga makan, dada sakit sebab banyak kolesterol"

saya rasa bukan adik saya yang cakap tu. mungkin encik abah yang tolong pesan.

saya rasa saya sakit dada sebab saya stress.
sebab kalau pergi tokyo kenapa saya tak sakit dada?
kalau away from dundee asal tak sakit dada?
aritu balik malaysia pun asal tak sakit dada?

skang ni saya nak pergi jumpa GP pun dah malas.
sebab tahu GP takleh nak buat apa pun.
cuma saya kena rajen2 pergi gym atau kelas senamlah sbb nak elakkan stress.
tapi itu yang saya malas.
hari-hari kalau kat lab saya akan looking fwd nak balik nak sambung tengok drama/movie.
tu aje de-stress saya.
tapi dada tetap sakit bila-bila saya kat dundee ni.

haih. kena tunggu lagi 10 bulan nak hentikan rasa sakit ni.
yosh! gambaremasu minna!

*oh ye! ingat tak saya ada bagitahu saya rasa tak sedap hati ada benda buruk akan berlaku dalam hidup saya? mimpi buruk segala? tiba-tiba adik saya bagi text dan kata dia mimpi buruk pasal saya. saya kata saya ok, cuma baru baik dari sakit. petang tadi saya terlupa nak tutup api kat dapur, saya terus tertidur lalu mimpi kebakaran. sedar tak sedar bau asap terbakar tu mcm betul-betul. took me 30 minutes untuk figure out asap dah penuh dalam rumah saya. saya rasa kalau saya ingat bau asap terbakar itu hanyalah mimpi, mesti saya dah masuk paper esok pagi.

haih.

Saturday, 24 April 2010

tanoshi.desu.

Photobucket is currently enjoying THIS and THIS.

dah xde drama yang menarik mcm ni lagi ke?
haih. rabu-rabu.

Friday, 23 April 2010

kesah.benar.

salam semua.

gembira betul kerana dapat bangun tidur hari ni. bangun-bangun saya ucapkan 'alhamdulillah, hidup lagi aku ni.'

dada masih sakit.

saya mimpi buruk pagi tadi. roh saya bawa saya ke rumah nenek. bawa ke rumah lama, bawa saya zaman kecil-kecil lepak di pasar isnin yang tiada apa sangat pun dijual, sambil jumpa kawan sekolah rendah.

bawa saya ke zaman saya hanya hang-out dengan mak dulu. ala zaman kecik-kecik. takde kawan perempuan, lepak dengan mak ajelah.

dan setiap mimpi tu, ada seorang yang saya tak kenal berkain kafan mesti ada di mana-mana. saya rasa itu saya. sebab saya tak takut sangat bila nampakkan ia. dia macam mengikut aje saya.

saya rasa kadang-kadang ajal saya dah nak dekat aje. lepas perasan muka saya pucat semacam, perasan hujung kaki saya sejuk-sejuk especially bila balik dari sekolah, saya rasa macam pelik.

semalam sebelum tidur, saya kemas rumah, lipat-lipat kain semua then mandi kasi sental semua. dalam hati terdetik, "kalau aku mati malam ni, takdelah susah orang nak mandikan aku"

habis ketip kuku, sikat rambut kemas-kemas. pakai baju feveret sebelum tidur. jarang gila amik baju jalan untuk dibuat tidur.

sebab takut sangat tak dapat tengok hari esok, saya makan ubat yang mengantukkan. sambil makan saya cakap dalam hati "aku pasrah ya Allah"

lepas dah lalui mimpi yang tak sedap, terjaga untuk subuh dan lelap balik. saya tahu Allah tak akan ambil nyawa saya ketika saya tidur. saya juga yakin saya akan mati bila-bila saat yang saya tak duga. subhanAllah.

bukankah ada orang tahu bila dianya akan pergi?
cuma untuk saat ini, saya masih belum bersedia lagi.
panjangnya senarai nama yang saya mahu jumpa, peluk cium dan minta maaf.

terutama pada encik abah dan mak yang selalu saya buat derk aje.
anak orang lain selalu manja2lah kan dengan mak ayah diorang.
saya selalu tunjukkan the cold side of me bila dengan family.
defense mechanism mungkin?

kepada adik-badik saya dan keluarga saya (especially nenek) sebab tak selalu keep in touch.
maaf tak dapat jadi kaklong yang baik, cucu yang baik.

kepada kawan-kawan baik dan teman-teman rapat,
maaf kalau ada terkasar bahasa, terbuat salah, tersilap bahasa.
saya harap anda semua hidup bahagia hendaknya.

semalam, semua kenangan manis dalam kembali ke akal.
si ipod saya pun hanya mainkan lagu-lagu lama zaman sekolah menengah.
mcm terasa ada wayang bermain dalam minda saya.

sekarang ni saya duk fikir berapa hari lagi saya akan hidup atas dunia ni.
sempat habis buat PhD ke?
sempat nak enjoy life ke?
sempat nak gi tengok kaabah ke?

yang saya agak2 pasti, saya macam tak sempat kawen aje.
takpe, qada' qadar tu ketentuan Allah.

oh masa saya sedar tadi, saya baru perasan semalam khamis malam jumaat.
hari ni hari jumaat.
pagi ni pun mcm redup2 aje.

apa-apapun alhamdulillah saya masih lagi bernafas atas muka bumi ni.

Thursday, 22 April 2010

feveret.scenes.

bosan tunggu drama baru nak disub,
saya tengok balik the best of nakatsu.
mamat ni yang buat saya suka tengok hana kimi.
mamat ni kalau jadi kawan baik saya, saya mesti tak boring nak jalani hari-hari saya.










nota: sejak dua menjak ni, dada belah kiri saya asyik sakit aje. mimpi masa tidur pun mimpi keluarga saya dan kawan2 rapat saya kat Malaysia. saya asyik tengok muka saya kat cermin macam pucat aje. kat sekolah tadi rasa macam nak rebah. jalan pun huyung-hayang. baru jap tadi saya perasan muka saya mcm dah tak lama lagi nak...

Tuesday, 20 April 2010

demam.

sejak nontonkan drama terbaru Jejung DBSK/Tohishinki/TVXQ saya rasa macam nak up satu gambar setiap hari dan tweet gambar tersebut. rasa macam nak pergi konsert Jejung/Yuchun/Junsu kat Osaka Jun nanti. tapi tiket yarabbi mahal. kadang-kadang 3/6 kali ganda lagi mahal dari harga tiket biasa. biasalah konsert kat Jepun semuanya bagi kat fan club aje. tu sebab banyak lintah darat.

anyway, ada dengar cerita tentang volcanic eruption kat Iceland? Oleh kerana Scotland antara negara yang dekat dengan Iceland , saya terkena tempias sisa-sisanya jugalah. Sehari kalau tak mendung memang tak sah. matahari pun macam malu-malu nak curi pandang. Hari ahad saya terkena hujan dan terus menggigil malamnya itu. terus rasa lemah nak pergi sekolah.

walaupun saya sakit, selera makan saya tak pernah nak berubah. dulu masa kecik-kecik saya fikir nak cepat baik mesti makan banyak2 walaupun takde selera bila-bila waktu sakit. sampai sekarang pun macam tu. selalunya kalau sakit makan bubur nasi ajelah. being single dan duduk sorang-sorang memang terpaksalah masak bubur sendiri. manalah nak harapkan manja orang. duk teringat kalau kat Aberdeen dulu, Cik Nunu sanggup datang rumah masakkan bubur dan suap saya makan. adeilah, orang sakit memang mengada-ngada lebih sikit.



ok, saya dah singgah sekolah dah tengok anak-anak saya dan cadangnya nak marathon drama-drama jepun nak baca thesis dalam duvet.

cho samui!

Sunday, 18 April 2010

aktiviti.hari.minggu.

baca thesis di library sambil tonton video kat ipod bila-bila bosan.

ebiyaki in the making


ebiyaki


ebiyaki topping serunding daging


ebiyaki dengan matcha vanilla latte

makan ebiyaki dengan air sirap sambil tonton adnan sempit.

Wednesday, 14 April 2010

momiji.means.japanese.maple.leaves.

tengah dengar-dengar lagu momiji back-to-back saya duduk terfikir satu soalan (ok mungkin lebih):

  • macam mana dua orang boleh berjumpa dan jatuh cinta? tolong ingatkan saya sebab saya dah lupa macam mana perasaan jatuh cinta. kalau dulu orang tanya pada saya, macam mana ko boleh suka si dia? saya tak tahu nak jawab apa. selalunya saya jawab 'entah, tiba-tiba aje tersuka'


  • macam mana dua orang yang bercinta boleh pula jadi saling membenci? bukankah beberapa detik lamanya anda bercinta, kenapa boleh datang perasaan benci? sebab takung cinta sayang dah kering? ataupun takde spark dalam hubungan? ataupun baru tahu... 'entah, kenapa aku pernah suka dia dulu?'


  • macam mana dua orang yang baru jumpa boleh rasa macam dah kenal lama? sebab sama minat? sebab perangai serupa? ataupun masa beratur kat luh mahfuz dulu kamu duduk belakang si dia sambil borak-borak tunggu masa untuk turun ke bumi?


  • macam mana 2 orang kawan baik yang pernah impikan satu impian yang sama tiba-tiba berpecah arah? kalau dulu kata kita tak akan gaduh sampai bercucu piat, kenapa kerana sedikit panca roba hidup hati sudah mula mengagah?


sesungguhnya iman manusia itu ada pasang surutnya ye?

iklan.

tadi masa tengah sibuk-sibuk buat kerja, seorang post-doc makmal sebelah yang saya tak pernah cakap tiba-tiba panggil nama saya...

saya dengan terkejut menjawab 'hait!!' sambil membongkok lebih kurang 35 darjah.

post-doc tu mcm terkejut tapi buat-buat macam tak kesah.

missCC, anda sedang berada di jepun kah?

Monday, 12 April 2010

mak-nu-siya

orang selalu kata manusia ini hidup atas sebab orang lain.
sang ibu meneruskan hari-hari beliau sbb mahu melihat anak-anaknya membesar.
si ayah bangkit awal-awal pagi untuk mencari sesuap nasi untuk keluarganya.

si anak ke sekolah kerana mahu berjumpa dengan kawan-kawan.
si gf-bf mahu celik mata cepat-cepat sebab mahu melihat text/menjawab telefon dari pasangannya.

si kawan-kawan mahu terus hidup dengan gembira kerana adanya nasihat dari seseorang.
bila-bila putus harapan, mesti ada yang datang membantu.

tu sebab SELALUNYA yang bunuh diri tu sama ada takde keluarga ataupun kawan-kawan yang boleh buat perkara-perkara di atas.
tu sebab orang kata kalau duduk seorang boleh jadi gila.

****

saya pernah tanyakan benda ini pada seseorang (seseorang tu tahu-tahu la siapa ye?)

kenapa kita senantiasa looking fwd pada sesuatu yang pada angan-angan kita nampak mcm indah?

tatoeba (for example) - sekarang ni hidup kat UK rasa mcm kosong aje. hari-hari rasa nak balik Malaysia (atau Jepun, dalam kes saya) - dapat bersama-sama dengan keluarga dan kawan-kawan rapat.

tapi bila dah balik, perasaan tu tak sama dengan apa yang kita bayangkan masa kat UK. macam ada aje tak kena.

contoh kedua: hidup single selalunya akan berangan kan best kalau hidup berdua bertiga. tapi kalau dah hidup berdua bertiga rasa mcm nak hidup single balik.

rasa mcm hidup ada aje tak lengkap.
sebab tak cukup amalan ke?
ke mmg fitrah hidup manusia tu sukakan sesuatu yang fantasi?

benda mcm ni buat saya fikir fikir dan terus fikir.
betulkah saya mahu ke jepun itu sbb fantasi ataupun itu mmg takdir saya?
betulkah saya tak mahu berkahwin dalam masa terdekat adalah pilihan ataupun keperluan?

saya tak tahu.
siyes, saya tak tahu.

Sunday, 11 April 2010

perasaan.saya.kini.

perasaan saya hanya boleh ditafsirkan melalui melodi ini.
oh, ini antara penyanyi Jepun yang saya terus suka bila dengar hanya satu saat.

terima kasih kerana memahami perasaan saya kini.

Saturday, 10 April 2010

arigato-gozaimashita

terima kasih pada PIC yang berjaya meracun saya ke Jepun dalam kerisauan saya makan hati dan segalanya, dan memperkenalkan kak een pada saya.
terima kasih pada kak een sebab banyak membantu saya membuat keputusan yang gila ini, dan menjadi hos yang sangat baik dan teman travel dan fotografi yang sangat membantu.
terima kasih kepada cik wanis yang menolong saya bila-bila perlu walaupun dia tatau apa kesah nak jadi sebenarnya.

saya jatuh cinta pada Jepun.
pada orang-orangnya.
pada makanannya.
pada artis-artisnya.
pada tempat menariknya.
pada CM yang menariknya.

salah satu aim saya dalam hidup saya seterusnya adalah nak hidup di Jepun dan terus hidup di Jepun. takpe Kak Me, Jepun dengan Malaysia takdelah jauh sangat pun ;)
Cik Lam kata saya mesti dapat jejaka Jepun sebagai seorang bf/suami. haha! doakan saya ye?
saya kini mahu lebih berusaha mempelajari bahasa Jepun.
at least hiragana dan katakana mesti dalam genggaman untuk persediaan keje gila seterusnya.
at least kalau orang tanyakan iru? saya leh jawab iranai balik ;)

oh, ni hasil outing fotografi dengan cik een masa peak hanami di Tokyo ;)










Friday, 9 April 2010

errrk.saya.rindu.jepun.

saya pergi kedai pak mat tadi (supermarket jual barang2 asia)
nampak mochi,
nampak sos takoyaki,
nampak beras sushi,
nampak unagi.

tiba-tiba air mata mengalir.

balik aje ke sekolah saya google internship nak sambung training kat Jepun.

nak tunggu adik saya belajar ke jepun lambat lagi.
maka, sayalah kena pergi belajar dulu.

walaupun mood saya sekarang lagging dan malas buat kerja sekolah, saya doakan cepatlah saya abih buat PhD dan boleh sambung buat intership di Tokyo.

doakan saya ye?

Wednesday, 7 April 2010

perkara.yang.saya.belajar.di.jepun.

1) tokyoites adalah orang-orang yang sangat reserved. MYOB'd (mind your own business). mereka tak kesah pada orang. make-up diorang 14 inci. hi-heels mesti tinggi 2 inci paling kurang. tu pasal bila artis jalan-jalan kat bandar, diorang akan kata "ieee, daijoubu des" sebab tokyoites tak kisah pada orang lain. entah-entah, kalau yamapi berdiri sebelah saya sambil tunggu lampu hijau pun saya tak perasan.

2) orang di bahagian kansai (osaka, nagoya, kobe, kyoto etc) sangatlah peramah. overtly peramah. saya nak cakap Jepun diorang nak cakap English. saya nak bagi tempat duduk kat obachan pun obachan kata "takpelah, ko dudukla - terima kasih banyak-banyak" - orang-orangnya biasa-biasa saja. poster artis pun takde. pendek kata - simple aje life diorang. padanlah orang kanto selalu label orang kansai ni 'orang kampung'.

3) orang jepun mesti tunjuk pada objek untuk confirmkan sesuatu. contoh: jika saya tanyakan jam pukul berapa, mereka akan tunjukkan pada jarum jam yang dia cakap. kalau pukul 8, nombor 8 la yang dia tunjuk. tu sebab bila saya berdiri belakang pemandu ketapi, tiap2 kali dia berjumpa lampu isyarat dan selekoh, dia akan tunjuk pada objek tersebut menandakan dia akan melalui tempat tersebut pada sekian sekian masa.

4) orang kata orang jepun ni menepati waktu. untuk ketapi, saya rasa orang UK lagi tepat pada waktunya. mungkin sebab ramai orang nak bunuh diri buatkan keretapi asyik tergendala. oh, angin kuat juga. pasal kerja saya tak sure. tapi rasanya, kena punctual.

5) johnnys boys takdelah terkenal sangat di Jepun. yang suka pun cuma budak-budak remaja belasan tahun. kalau saya ke kedai buku, takde pun orang lepak di bahagian majalah remaja. semuanya sama ada lepak di bahagian manga ataupun majalah dewasa dan profesional. sampaikan saya nak beli majalah yang ada muka kame pun saya malu. MALU ok!

6) sepanjang masa saya commute dari chiba ke tokyo (ye, saya duduk di chiba) - saya boleh tahu kat stesen mana yang ramai lelaki kachak. kachak di sini mcm level pelakon movie jepun. bukan jambu mcm budak-budak johnnys. yang kachak pakai trench coat pergi keje. woah, buat saya doki-doki ok? ni yang saya bersemangat nak belajar jepun dan mengurat lelaki sana.

7) jika perempuan tokyo suka mekap tebal, lelaki tokyo kebanyakannya tidak gentleman. kalau ikut standard UK, mmg diorang fail. anda boleh tengok gelagat mereka di dalam tren. 1001 kerenah. nampak mak berdiri sambil pegang budak pun tanak kasi duduk. nampak orang tua pun buat derk aje. tapi adelah satu dua kes saya tengok yang baik. tu pun saya rasa sama ada pernah travel ke luar ataupun belajar di luar.

8) baru saya tahu sejarah novel keitai. di dalam tren adalah dilarang sama sekali bercakap dengan kuat dan bersembang di dalam telefon. dianggap sangat kurang ajar. lazimnya mereka akan melayari internet di keitai mereka. ambil contoh perjalanan dari chiba ke tokyo mengambil masa 50 minit paling cepat (saya pernah duduk di dalam tren selama 3 jam sebab angin kuat) - keitai adalah teman sejati anda. dan saya rasa, duduk dalam train aje boleh beri ilham untuk mereka cerita melalui keitai. tapi saya rasa semuanya yang jiwa-jiwa.

9) orang jepun sangatlah particular membuat kerja. kalau bahagian art saya tak kesah. tapi bila nak bungkus barang pun amik masa 10 minit, nak check-in beg pun kena 15 minit untuk seorang passenger, ini boleh mendatangkan amarah.

10) iklan-iklan di jepun sangat best dan lawak. kalau saya rasa iklan di uk best, ini dua kali best dan entertaining. saya tak kesah kalau ada byk iklan sepanjang program tv. sedikit pun tidak membosankan.

kalau ada lagi, saya akan tambah. betullah kata orang, jepun adalah planet alien. lain dari yang lain.

oh, ye. saya sudah selesai photo-blogging di flickr. check it out!

Tuesday, 6 April 2010

omatase.shimashita.

maaf kepada yang memberi memberi email tapi tak berbalas.
kepada yang buzz! di YM! tapi saya diam aje.
kepada yang tegur saya tapi saya buat derk.
kepada yang text saya tapi tiada jawapan.

saya keluar mencari diri sendiri.
keluar ke alam alien.
ke alam mata sepet yang buat-buat macam ada dua lapis bulu mata.

saya sibuk berdating.
saya sempat keluar makan dengan satoshi, lepak karaoke dengan arashi, makan takoyaki dengan miura, shopping dengan takukimu, dan last sekali candle light dinner dengan kame kesayangan saya.

nantikan kemunculan gambar-gambar di flickr ataupun di blog ini.
kalau saya tak jetlag, saya up cepat2 ok?

*omataseshimashita (sorry to keep you waiting)





Saturday, 3 April 2010

MissCC tak sehat, tu aje.

Photobucket