Saturday, 26 February 2011

Photobucket seronok dapat jumpa encik S!!! (she's smiling from ear to ear!)

dorky encik S! XD

Wednesday, 23 February 2011

spooky.

Photobucket separuh penat, separuh mandom. hepi? tarak.

orang kata, kalau encik SV takde kat ofis, silalah ponteng atau bermalasan buat keje.
saya kata, kalau encik SV xdelah, saya kena buat keje lagi rajen - so bila dia balik leh update banyak gila keje. dan saya tak tertekan pun kalau SV xde. sbb dia suka sgt kacau hidup saya kat ofis. grrrr...

so, semalam saya pun dalam malas2 pun buat juga la keje. sampailah malam bila masa pintu belakang hospital berkunci.

sampai aje umah, tengok encik SamDong dalam cerita DreamHigh, tapi tak abih satu part pun saya dah terlelap. dalam hati, tidur ajelah dulu, kang nak bangun solat isha'

saya buka lagu kat itunes sbb senang sket nak terjaga. kang terbabas sampai kol 8 pagi cane?

tiba-tiba saya dibuai mimpi, saya terdengar ada suara (macam suara saya) bisik kat telinga saya...

'bangun! bangun! kata nak solat isha'?'

saya terjaga dan pandang keliling. lagu ungu berkumandang. oh! baru pukul 1.30 pagi. saya lepak2 dalam duvet jap dan tertidur balik.

pastu saya mimpi cik hudie hud beli kamera baru yang rupanya bentuknya mcm iphone. haha! tapi pakai 35mm filem. apekah?

then, ade orang bisik lagi kat telinga saya 'bangunlah, kata nak solat isha'?'

kali ni saya buat2 tak sedar. tiba2 azan subuh kedengaran. kuat.

saya rasa masa tu menyesal gila. pengajarannya adalah - sila solat sebelum tidur ye cik Amal. dan sila tutup itunes tu. dan barulah pergi tido.

oh, semenjak saya makan coQ10 ni, saya dah kurang rasa penat. selalunya kalau kol 7 pergi sekolah balik kol 9 - esoknya sure saya meroyan tanak pergi sekolah sebab penat. tapi dengan mengambil ubat ini, lepas balik kol 9 malam pun, saya tidur kol 12 tgh malam juga. walaupun tidur dah berkurang (kedut2 dah nampak dah ni tanda kurang tidur) - tapi saya dah tak meroyan sangat dah.

bagus2.

tidur kena cukup.
rehat kena cukup.
hiburan kena cukup.
solat pun kenalah cukup jugak kan?

oh buat (subconcious mind) cik amal saya yg suka 'temankan' saya bila2 tengah malam tu... dah! jangan dtg lagi malam nanti. aku luku kang pale hang karang...

oh! dah 2 minggu dah tak jumpa/tanya kabar encik S. saya bagilah email kat beliau. tetttttttttt... beliau tak balas. hahaha! adakah beliau takut sbb saya tanya pasal thesis beliau lantas pabila beliau menerima msg saya terus beliau membuka laptop dan mulakan menulis?

mari kita nantikan ;) tak, saya tak terasa sgt pun (...lah sangat!)

Sunday, 20 February 2011

homesick

Photobucket

saya


mahu


pulang

ke

malaysia!!!!!!!!

Wednesday, 9 February 2011

mandomness.

1) missCC melayan lagu anuar zain 'kuberjanji kerna cinta' - saya blame cik I sbb perkenalkan saya pada lagu ni. saya jatuh hati dgn lagu ni sampaikan saya kata kat Cik I, balik nanti saya nak mengurat pakcik Abang Shahrul (Anuar Bin Zain). Tunggu saya ye Abang Shah?



2) missCC sedang mengalami withdrawal syndrome. Itu yang cik wanis kata. Saya sejak dua tiga hari ni saya rasa sunyi sangat. supaya tak kasi rasa sunyi tu membaluti perasaan, saya buat keje teruk2. tak cukup tidur pastu emo. pastu buat comfort eating. ha! bagus! naik lagi 2kilo. sila pergi skipping skang!

3) missCC nak pergi gym. tiap kali lalu sekolah aje, ramai gila orang guna gym. orang beratur panjang. kensel pi membazir duit. baik saya lari keliling rumah. jimat duit saya.

4) missCC rindu encik S. terlalu rindu. sampai budak lab lain lalu depan saya pun saya ingatkan itu encik S. benci perasaan ini. i love hate you Mr. SR!

5) missCC sokmo terhidu bau perfume encik S sejak dua menjak dia takde ni. Saya nak pergi cari perfume dia skang juga di Debenhams!

6) missCC bila rindu suka tengok bunga yang encik S kasi masa hari last dia di sekolah. Nah! amiklah bunga dengan cokelat ni. pembalut ade tanda love *raburabu* tengah2 bunga carnation ade sekuntum bunga mawar merah dan something yg berbentuk LOVE. Anda bakal buat saya angau 40 hari 40 malam encik SR!



7) missCC berterima kasih kepada Cik I kerana sudi meminjamkan macbook beliau ketika lappy saya sedang tenat. takpe, dugaan baru sket je tu.

8) missCC rasa mcm nak nanges sekarang. tiba-tiba nak gi telefon encik SR skang gak pastu cakap...


SAYA

SUKA

AWAK!!!

:((

(apekah perasaan ini? gila lah! saya cuma ada beberapa bulan aje kat sini sebelum pulang ke Malaysia. anda rasa perasaan ini berbaloikah untuk ke sekian beberapa bulan itu?)

takpe. balik Malaysia nanti adalah Abang Shah menanti. Insha'Allah.