Tuesday, 30 November 2010

encik.S.

Photobucket penat menolak kereta stuck dalam snow


encik S ini adalah salah seorang students saya di lab.
dia byk gila cakap tapi blur at times.
senang pick-up kalau2 saya ajar yang tak jelas dia akan tanya sampai betul2 dapat jawapan.

dia pernah pergi Vietnam buat ape ntah.
bercuti agaknya.
naseb baik bila saya tanya tahu Malaysia tak kat mana, dia kata tahu. kalau tak, nak gak ketuk kepala dia. Takkan Vietnam tahu, Malaysia tatau kot?

dia ni so into charity. buat kebajikan sana-sini.
baguslah orangnya. dah lah tinggi, suh capai siling lab pun takyah jengket.
bila tanya tinggi dia bape, malu2 pula.
haish, geget karang.

saya tahu dia anak orang kaya.
pertamanya dia membawa kereta ke sekolah (tataulah kereta apa).
dia pakai baju berjenama dan kasut berjenama juga.
oh aritu saya ternampak brand seluar kecik dia juga. jenama CK. hahaha. bukan saya nak tengok, TERtengok!

aritu dia pakai cermin mata bingkai tebal warna hitam. alamak, di saat saya pun ade cermin mata mcm tu juga. ape ikut2 orang ni?

tadi, dia terbawak sekeping bil elektrik.
bukan bawah nama dia, bawah nama abah dia.
Professor bla bla (nama terpaksa dirahsiakan).
saya rasa nak google aje nama abah dia tapi kang kantoi pula.

pastu masa borak-borak tadi dia kata abah dia professor in cardiology.
kalau kat Malaysia gaji at least mesti 20-30K.
kan saya dh kata dia anak orang kaya! hahaha (mata duitan kah?)
abah dia suka buat kebajikan. patutlah anak dia pun sama.

dia cerita keluarga dia besar.
kalau waktu kerismas, diorang sewa dewan besar utk lunch sama2.
saya tanya berapa besar, dia kata 8 rows mcm dalam filem orang2 inggeris itu.
gila **** besar family dia.

tadi dia buat saya doki2.
saya ajar dia dgn sorang lagi students buat satu protokol baru.
oleh kerana godzilla takde arini saya pun mcm lepak2 aje dengan diorang.
rajen gila diorang sedangkan sepatutnya arini dengan semalam sepatutnya sekolah cuti.
maybe diorang ingat saya rajen jugak kot so diorang terpaksa gak datang.

S cerita kawan-kawan yg buat lab lain ada yg dah siap dan kebanyakannya lepak aje.
dia kata tak aci lah, jeles dgn kawan2 yg rilek aje tu.
saya kata, saya pun ade kawan2 mcm tu. takpelah, rezeki orang lain2 kan?
dia pun pk positif katanya kalau buat keje byk mcm ni, dia dpt byk ilmu pengetahuan.
baguslah dah pk mcm tu.

tadi S tanya saya soalan pelik.
'dah ade bf?' hahaha saya pun harap dia tanya soklan tu.

tak. tak.

dia tanya 'ko rasa berapa lama snow ni akan kekal mcm ni?'
i was like ' u asked the wrong person. you shouldve known better'
haih, S ni kan. kalau depan saya suka tanya soklan yg tak masuk akal. dan suka pandang muka saya pastu buat-buat blur.

saya tak makan oranglah!

S ni suka makan cokelat dan buah.
bila-bila saya bawak bento mesti dia jeles. haha!
saya bet dia tak reti masak.

oh tadi S buat saya doki-doki.
bila saya tengah ajar dia buat praktikal, dia duk belakang saya - sangat rapat saya boleh dengar dia bernafas.
pastu saya tengok dia buat keje (dengan niat dia takdelah buat salah) - dia manja2 plak dengan saya.

doshio? doshiooooo?

tadi dia banyak gila buat silap dalam eksperimen.
dia salah taruk chemical la. dia salah kira lah.
jatuhkan baranglah.

pastu asyik cakap sorry.

bila pukul 5 dia still buat salah dan cakap sori, saya pun cakap - S, awak balikla. dah gelap dah ni. dia pun angguk sedih. hekeleh, nak saya pujuk dengan gula2 ke?

dia cakap dia dah tua. (hekeleh umo baru 22)
dia cakap waktu snow budak2 sekolah bolehlah main snowman ke, snow fight ke, dia kena gi library buat keje. hahaha.

tualah sangat.

ah! saya selalu berdoa adelah perangsang utk saya untuk pergi ke sekolah hari2. alhamdulillah, Allah bagi gak saya merasa bestnya pergi ke sekolah.

walaupun this is just a fling. or crush. atau apa2 label kamu mahu letak.

tapi saya seronok dia ade di situ.

terima kasih encik S ;)

Sunday, 28 November 2010

sabishii.mo.kanashii.mo.






cuaca sejuk sangat.
kereta stranded tepi jalan.
bas takde.
sekolah jauh.
kerja sekolah tak siap.

encik abah dah balik.

siyes malas gila nak buat ape2.

drama secret garden dah abih tengok, lamanya nak tunggu another weekend! ;(

Saturday, 27 November 2010

lagu.rasmi.saya.

Photobucket mellow dan stress ;(


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

bila saya dengar lagu ni dalam drama Secret Garden, saya tiba2 rindu zaman gaduh-gaduh dengan orang yang pernah saya sayang.

bila saya tengok pasangan ni gaduh-gaduh (love-hate relationship), saya rindu zaman saya bercinta.

saya nak nanges. saya nak rasa balik rasa gaduh-pujuk-gaduh balik. rasa itu walaupun perit tapi saya rasa rindu.

at least masa tu si dia boleh buat saya menanges. boleh saya tersenyum. boleh memberi harapan. boleh beri saya semangat untuk apa-apa saja.

bila saya tengok hero pandang heroin dari jauh, dia macam boleh baca apa yang heroin tu fikir. dia selam dalam-dalam.

saya tahu ni hanyalah sebuah drama aje. tapi kenapa saya boleh relate benda-benda ni dengan diri saya ni? kenapa drama ni suka buat saya doki-doki ni?

BTW, episod 5 Secret Garden buat saya gelak bahak2 sambil guling-guling. dan buat saya sedih. boleh sentuh2 hati saya. boleh buat saya lupakan mamat KIM NAM GIL yang kuat nanges tu. haish.

(kalau dgr lagu ni sambil tengok salju turun mesti syahdu - uwaaaa!! nak boifren! suami!!!)

oh, ni gambar terkini from Aberdeen! snow teballl!! saya nak main sledge!!! :(


credit to cik hudie_hud

Tuesday, 23 November 2010

secret garden

dialog tak bleh blah dari secret garden (tapi saya kyaaa! gak)

hero: sejak bila ko jadi cantek ni? tahun lepas? semalam? makin cantik aku tengok ko.
heroin: *sulk*
hero: ala, saya main-main aje.
heroin : sepak si hero. opsss... 'saya main-main juga'

****

hero: ko kata orang kaya kuat berkira, bagi balik 5,000 won baki ko pinjam duit aku.
heroin: aku ada 3000 won aje, nanti aku bagi baki lain.
hero: ko ingat aku datang jumpa ko ni semata-mata nak tunggu baki 2000 won aje ke? bayar semuanya sekarang gak!
heroin: pedulik ape aku, tunggulah bila aku kuarkan duit nanti!!

****
heroin: hekeleh, nak suh aku bayar baki 2000 won sampai nak jumpa tempat yang ada class macam ni.
hero: ape yang terlilit kat leher ko tu? (heroin pakai neckerchief) - tekak ko berdarah ke?
heroin: (buat-buat bukak neckerchief sambil tahan malu)

****
heroin : kenapa ko suka ikut aku, suka-suki aje menempek kat sini? ko SUKA aku eh?
hero: hekeleh tolong sket. ko sket pun bukan taste aku. kalau nak ikutkan senarai anak orang kaya yang nak kawen dgn aku, kumpul-kumpul leh sampai tinggi satu bangunan. ko apa ade?
heroin: abih, apa ko buat kat sini?
hero: soklan tu ko kena tanya diri ko. apa yg ko dah buat kat aku sampai aku duk teringat kat ko siang malam? aku dah jadi macam orang gila dah ni. ko buat aku GILA! aku gila kat ko!
heroin: apa salah aku?

****
hero: ko biasa buat ape dengan laki?
heroin: aku biasa sangat buat mcm-mcm dgn laki. selalunya ramai lelaki. selalu aku buat kat bilik hotel, outdoor pun selalu. orang selalu bayar mahal kalau outdoor. tapi diorang suka buat dalam kereta.
hero: erkkk? kereta? tak cramp ke dalam keta tu?
heroin: laki kan suka fast and furious (missCC dah gelak gila ni). lagi sempit lagi diorang suka.

hero: erkkk?

heroin: eh jap. jap. kita tengah cakap pasal ape ni?

(nota: heroin adalah seorang stuntwoman)
****

heroin: asal ko masuk jail?
hero: sebab, mungkin aku bersalah sebab mencuri hati seseorang?

hahaha! cheesy tak bleh blah!!!

SECRET GARDEN
, mostly recommended! XD

Sunday, 21 November 2010

bungee.jump.



missCC is looking for her significant half for an adventurous jump!!

Friday, 19 November 2010

cer(ita).pen(dek).

Photobucket mabuk-mabuk ayam (pernah tgk ayam mabuk?)

kisah satu.

S masuk ofis saya bagi salam. eh, dia kaper takkan nak bagi salam pula.
S tanya soklan, saya jawab. mata dia asyik melilau aje. pandang apa ntah.
pastu tiba2 dia cakap 'payung ko ke ni? cantek!'

saya pun mcm 'errrk?'

kisah dua.

S masuk lagi opis, nak tanya soklan lagi. saya jawab lagi. mata dia melilau lagi.
pastu S tanya 'eh ko makan ape tu?'
saya kata nasi goreng.

S kata... 'sedapnya. ko masak sendiri?'

saya jawab aah tapi dalam nada aneh. nak kongsi satu bento dengan saya ke? haha!

kisah tiga.

beberapa minggu lepas, saya belajar bahasa jepun guna buku teks. saya baca perbualan dengan nada yang hanya saya saja boleh dengar. S kat luar ofis saya.

S masuk ofis, nak say bye bye. dia tanya - belajar bahasa jepun ke?
saya kata yela, nanti saya nak gi jepun tak reti cakap jepun susah pula.

hari ni - dia pakai baju YOKOHAMA besar-besar kat t-shirt dia.

(hekeleh)

kisah empat.

tengah borak2 interpret results tiba2 godzilla tanya pada saya. 'kita nak christening kan band novel yang awak dapat ni... tu dalam kristian. oh lupa pulak ko muslim. kalau muslim panggil ape?

eyh? kami takde christening2 ni. saya malaslah nak cakap kalau baby baru keluar kita kena azankan kat telinga. but i dun think itu maksud dia.

tapi dia insist gak tanya muslim mesti ada buat jugak. saya cakaplah errr? takde?
co-SV saya rasa saya mcm offended dgn soklan godzilla pastu dia kata 'apa kata kita namakan band baru ini dengan nombor?'

haha! ni siapa yang terasa neyh?

kisah lima.

saya kena present poster dengan oral di conference kat University of Durham. Dah beli tiket. Cari hotel dapat pula family room. siapa nak join saya jalan2 kat Durham? Saya tatau Durham besar mana dan lawa mana tapi tiba2 saya rasa sabishii... takde sape nak dating dengan saya ke?
(cik I, i think i'll pass la ur challenge tu...)

kisah enam.

dah nak wiken. arini kuar Harry Potter. S tak ajak pulak saya gi tgk Harry Potter. haha! tak bleh blah. siapa2 mahu tonton HP dengan saya? ataupun mahu lawan Just Dance dengan saya malam ni?

Tuesday, 9 November 2010

cakap.banyak.tak.guna.

1) bangun2 pagi masih emo. rasa badan semua tak sedap. emo sebab mcm menanggung saket yang sangat perit.
2) cek cek tekak ada satu benjolan kecil.
3) cek suis stress. MAKIN BESAR.
4) cek perut. bloated.
5) cek makcik jerawat. banyaknya!

6) tengah hari baru tahu kena gantung bendera jepun. haha!

7) saya beli oven baru sebab konon nak bake red velvet cupcakes. bila buat-buat dan bakar turn out batter tu masin sgt. tak sempat nak bakar semuanya. takpe, lepas ni cuba lagi.
8) plan buat macaroon esokla ye? saya penat.
9) oh lepas tu saya buat bende alah ni.







Monday, 8 November 2010

the.unfortunate.events.

1) malam semalam tak lena tidur. bunyi angin kat luar sungguh menakutkan.
2) bangun pagi tadi dah lewat. pukul 9 baru nak keluar rumah.
3) singgah pejabat pos mahu ambil barang. pakcik belakang kaunter entah pergi mana. takde sape nak layan. sian saya dibuli mcm tu sekali.
4) sampai sekolah, parking dah penuh. jauh, dekat semua habis. saya park kat kawasan rumah orang. papan tanda kata maksimum parking 2 jam aje. (alah, hari mendung, diorang gi round juga ke?)
5) sibuk buat keje sampai lupa nak alihkan kereta. balik2 dapat surat saman. baguslah!harga malas saya 30paun.
6) sepatutnya saya singgah tesco mahu membeli game Just Dance 2. oleh kerana saya dapat surat saman, saya terus balik majuk tak mau buat ape2. marah diri sendirilah tu. (harga game tu pun tak sampai 30paun ;( )
7) sejuk2 macam ni, terus tekak rasa perit. sebab sejuk sangat atau sebab minum air limau nipis?
8) oh, malam ni saya tak mahu buat apa2. saya nak duduk bawah duvet - menanges. hahaha! tak bleh blah.

Sunday, 7 November 2010

cerita.bergambar.

1) hari ini sangat sejuk.
2) bangun-bangun pagi nampak rumput di luar rumah sudah beku.
3) matahari pula bersinar dengan hebat.
4) maka, kami (saya dan cik I) ke carboot sejak cik I nak pi beli meja study beliau.
5) dapat meja study cik I dengan harga 2 paun aje. tapi sayang belum sampai ke boot keta. tiles atas meja beliau itu jatuh pecah.
6) terpaksa pergi beli gam kayu berharga 2 paun. maka, 'harga' meja itu adalah 4 paun. haha!
7) oleh kerana saya lapa lepas shopping, balik rumah kejap masak express dan makan.
8) lepas solat zohor fetch cik lam untuk fotografi di luar.
9) lepas golek2, sepak2, baring2 atas daun, kami pun beredar ke st andrews.
10) beli one tub eskrem Jannetta balik ke residen cik I.
11) lepas maghrib dinner pula di Bella Italia. lepak-lepak makan makanan Itali.
12) pastu sambung lepak di kedai kopi, borak2 sampai lebam.
13) pulang ke residen cik I untuk gam serpihan tiles atas meja yang dibeli di carboot tadi.
14) balik rumah dan pindah alih gambar2 shooting petang tadi.

ini hasilnya ;)

daun-daun dah gugur. warna kuning, cantek ;)

'autumn in my heart' :P

sorang minah jiwang, sorang minah daun :))

model katalog edisi musim luruh

self-shoot versi sopan

self-shoot versi riang ria

versi sepakan maut dari cik lam

versi lompatan hyper missCC
versi mengalihkan daun menggunakan kuasa saikik. haha!

versi himpunan beg cap miu miu edisi musim sejuk (dapatkan di pasaran!)


versi cik lam menggerakkan daun menggunakan kuasa mata!

versi jiwang (ahem)


dokter datang mengubat orang saket.

dokter cek cek kat mana yang rasa sakit.

'daijoubu, sket aje ni, kena bedah ni. sat saya pakai glove dulu, see you in OR'

feveret hari ini: cast a spell! cast a spell!

Friday, 5 November 2010

bonfire!

1) yeay! sudah jumaat!
2) boleh lepak2 dengan kawan2 bujang.
3) sambil makan2, borak2, tengok movie.
4) boleh tengok bunga api dari rumah saya juga!
5) menu arini: (hehe) - tapi takleh lawan orang aberdeen makan macaroon!

*nota: oh, saya amat terharu dengan makcik cleaner yang pusing satu dept tolong tanyakan sape ada paracetamol/ibuprofen bila dia tahu saya pening kepala dan jalan terhuyung-hayang kat lab tadi. haih. makcik! i lap you!

Wednesday, 3 November 2010

jatuh.

Photobucket rasa-rasa tak sedap badan.

ola. ola.
lama sungguh saya tak update cerita saya lepas tukar layout blog ni.
saya memanjang aje busy.
busy dengan keje. busy dengan dorama (mcm saya ni penulis skrip dorama aje). busy dengan kawan-kawan.

hari ni saya rasa relaks sket sbb saya ke sekolah half day.
pertama kali saya ke sekolah dan pulang separuh hari dengan memberitahu godzilla.
selalunya saya akan blah mcm tu aje.

saya sudah rasa tak sehat.
dah dua hari dah rasa badan mcm malas aje.
sebab dua hari lepas hujan yang sangat lebat di malam hari.
dahla saya tak bawak payung. saya lapik kepala (tudung) dengan plastik tesco aje.
pastu pandai gila bila balik tak mandi.
pastu tak makan panadol.
pastu tido lewat.

pastu keesokkannya ramai gila kat sekolah yang bersin sana-sini.
cakap dengan saya, bersin. batuk2.
saya kalau boleh nak duduk dalam bebola plastik yang sangat giant yang sebarang germs tak boleh masuk.
hahaha! jooms! bak kata nina-chan.

anyway, semalam ade seorang cleaner baru masuk kat lab saya.
dia pakai tudung ikat belakang macam makcik2 cleaner kat mesia tu.
dia dari jauh dah senyum2 dengan saya.
saya pun senyum la balik. kang orang kata sombong pula.
pastu masuk aje toilet terjumpa dia lagi.
pastu dia tgur saya "anak ni dari Malaysia ke?"

uwahhh! kagum saya dia tak pandai cakap bahasa melayu.
hahaha! mestilah dia cakap orang putih.
dia kata muka saya ada rupa orang melayu. pakai tudung takde lilit2, selempang segala bagai.
mestilah kan, takkan orang arab pula?
pastu dia katalah anak dia skang belajar kat Malaysia, tu sbb dia tahu.
dia citelah anak dia ada 4 org, sorang2 menjadi. ada jadi doktor, ada jadi optometrist. tengah belajar pun ada.

pastu dia tengok cincin kat jari saya. TAK ADA.
dia tanya lagi. "anak ni dah kawen ke?"
hahaha! soklan sensitip la makcik.
saya cakapla belajar pun tak habis lagi. mcm mana nak kawen. hehehe.
cara cakap tu mcm nak kenen dengan anak dia aje.
pastu dia tgk saya dalam2. then dia cakap, "anak ni sama macam anak saya nombor dua, cantik"

OMG makcik! kenapa makcik puji saya lebih-lebih ni makcik?!!

pastu makcik tu katalah dia nak gi haji next week. alhamdulillah. saya kagum dengan makcik ni. anak2 semua dah besar pun dia nak keje cleaner lagi. oh lupa. makcik ni dari Bangladesh. Duduk Dundee dah lama. sejak umur dia 18. skang umo dia 53 tahun anak-anak pun dah besar tapi still tak reti nak duduk diam.

oh kenapa saya duk cite pasal makcik ni? oh sebab makcik ni asyik batuk2 depan sayalah saya demam harini. :(