Sunday, 30 August 2009

menarik.hujung.minggu.ini.





Photobucket micha-micha futtoteru (sangat-sangat GEMUK!!!)

saya suka orang datang umah saya.
lepak umah saya.
makan-makan kat umah saya.
sebab saya suka masak untuk orang.

kalau saya duduk sorang-sorang. saya masak, saya makan satu sudu dua, pastu saya simpan sampai berkulat.
kalau ade orang datang rumah, makanan cepat habis, saya suka.

tamu kali ini adalah Cik Nunu.
saya rasa (ni saya rasalah) dia nak spend masa dengan saya sebelum dia balik Malaysia for good.
hohohoho! nak kena nanges ke NUN?
adeilah. hati saya kering skang ni.

oh, aritu Cik Nunu request Oreo Cheesecake.
saya google kat net, dan buat kek tu macam pakar kek yang jarang-jarang buat kek.
base kek masin (guna digestive biscuits rather than rich tea biscuits) dan berlemak gila.

tapi saya suka. nunu pun suka. kawan-kawan nunu pun suka.
baguslah tu.

pastu nunu nak makan roti john pula.
kali ni siap beli mince meat dari kedai halal.
orang puasa, kita kena entertain ye tak?
hehehhe.

adeilah. asik pk pasal makanan aje, mana tak gemuk?
cadangan nak menari dengan lagu-lagu Jpop dengan Kpop macam tak berhasil aje.
badan makin gemuk.
puasa pun tak membantu.
baju raya pun tak beli lagi (macam Jalan TAR tu depan umah aje nak pergi beli-beli baju kurung ni)

ah bebel banyak sgt ni.
nak tidur. mahu gemukkan lagi badan.

Saturday, 29 August 2009

mari.mari.mari.

Photobucket hari ini sangat cantik :D

alhamdulillah hujung minggu datang kembali.
masuk hari ini dah hari kelapan berpuasa ye?
setelah beberapa hari asyik kurang tidur dan kurang rehat, hari ini berjaya bangkit lewat dari yang biasa.
pola tidur pula semakin sudah stabil.
hati pun senang.
tapi oleh kerana badan disetkan untuk tidur sebanyak 4-6 jam aje sehari (berbanding 8 jam seperti biasa) hari ini badan terjaga dengan sendiri tanpa perlu dikejutkan.

saya gembira.
sebab hati saya tenang.
sebab mimpi Masaki.

hahahaha. tak bleh blah.

bila saya gembira saya makan banyak.
saya rasa juga, saya jadi gembira sebab saya makan banyak.
rasa nak makan aiskrim la, biskutlah, cokelatlah.
tu yang hormon serotonin mencanak naik tu.

hari ini saya balik kampung, insha'Allah.
nak raikan Cik Nunu nak balik Malaysia for good.
bukannya tak jumpa dia pun nanti, saja nak menggedik balik kampung walaupun hanya sebentar.
tiba-tiba rasa macam nak ajak Masaki pandu kereta BMW 5 series/Audi TT / Mercedes SLK balik kampung.
oh mungkin bukan Masaki kot yang drive. takut-takut nanti dia langgar tiang lampu pula.
(gomen ne, otousan - suamiku, minta maaf ye?)

btw - semalam masa chat dengan adik saya, tiba-tiba dia bagi pesanan dari penaja (sugar daddy):

"sila kuruskan badan. kalau tak, tiada siapa pun nak kawen. kang jadi andartu nanti"

OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!

oh sila berikan pesanan ini balik kepada penaja:

  • saya tak rasa nak kawen sekarang. tapi saya nak Masaki dengan Ryu.
  • saya peduli ape saya gemuk. bak kata Miss Lam, asal jantung boleh berdegup kira oklah tu.
  • saya tak suka jadi perempuan-perempuan kat Malaysia yang petit dan keding nak mati. Wey, KURUS TAK CANTIK TAU!
  • yang suka perempuan-perempuan kecik2 dan keding2 tu lelaki Melayu aje. saya nak kawen dengan foreigner. hohohohoho! boleh kan? still support Eastin/Tropicana kan?
  • dah dah. suh kurus lagi, saya tanak balik Malaysia. hohoranda!

Friday, 28 August 2009

iklan.

Photobucket nak MASAKI! nak MASAKI!
tak kira. tak kira gak.

saya dah fikir nama anak dah ni.

AIBA M. RYU - kalau dia lahir kat Jepun.
Kalau lahir kat Malaysia - Muhammad Ryu Masaki.

NAK MASAKI! =(


Wednesday, 26 August 2009

tanda.tanda.dia.perlu.ke.jepun.SEKARANG!

1) bila ada orang tanya pada dia apa translasi 'persilakan' ke bahasa Inggeris, dia menjawab 'DOZO'
2) bila dia pulang ke rumah, walaupun takde orang - dia akan jerit kuat-kuat 'TADAIMA!'
3) stok sup miso mesti ada dalam peti ais rumah beliau.
4) sebut maguro instead of tuna!
5) menyanyi lagu jepun semacam bahasa itu bahasa kelahiran beliau.
6) bila dia memetik butang tv di rumahnya, dia hairan 'kenapa semua orang kulit putih aje? tak mata sepet pun'
7) lagu 'radio' beliau adalah kebanyakannya lagu-lagu jepun.
8) beliau telah study nama-nama prefecture (kalau kat UK - shire; kalau kat Malaysia errr tatau?) di Jepun.
9) Beliau mengatakan pada Cik Huda - 'Kalau Sho dari kumpulan Arashi ade girl friend (baru gf pun, bukan kawen lagi) aku nak kawen, aku nak rebound' bakareyo!
10) sudah tidak kisah sunburnt sebab dia merasakan dark itu menawan. hahahaha. (ini merujuk pada MatsuJun bukan Ohchan)

*oh semalam saya bertanyakan Cik Huda - kenapa budak 5 ekor ni kurus keding aje? sekarang baru saya tahu jawapannya. Tokyo merupakan bandar paling mahal di dunia! patutlah diorang kerja bagai nak mati tapi duk kejar kupon restoren ramen aje :))

Tuesday, 25 August 2009

teka.teki.

benda yang saya rasa nak taip hari ini.

1) kalau terasa malas buat kerja, masa terdetik perkataan malas tu, sila ubah posisi kedudukan anda. kalau duduk, sila bangun. kalau baring, sila bangkit. dan terus buat kerja.

2) bangun pagi awal-awal. kerja akan mudah siap kalau macam tu. kurang tidur takpe. asal kerja siap.

3) kalau rasa stress atau demotivated, tengok cermin. sila nangis. cakap dengan diri sendiri : anda boleh buat. anda boleh buat. hypnotism yang saya belajar dari program Arash-i.

4) saya syukur sangat saya jadi seorang muslim. fundamentalist muslim. bila Ramadhan, kemusliman saya terserlah memancar dan saya berbangga dengan itu. dan saya harap kemusliman saya akan kekal sampai saya mati.

5) pelik atau tidak, saya nak Arash-i jadi muslim. tatau kenapa. dengan kafir lain tak fikir mcm tu. kita tak boleh riak dengan kafir lain walaupun kita muslim. sbb kita tatau bila kita mati kita akan jadi muslim atau tidak. kita doakan yang terbaik ye?

6) seberat-berat hati saya memikirkan segala mcm benda duniawi, saya rasa tenang. walaupun saya terpaksa korbankan masa tidur saya, saya rasa tenang. anxiety tapi tenang. ayat oxymoronic.

7) berpuluh-puluh kali saya dengar lagu Arash-i 'be with you' - berpuluh-puluh kali saya kata dengan diri saya, JANGAN MENANGIS!

8) dah itu aje. nak taip banyak-banyak saya mengantuk.

Sunday, 23 August 2009

tits.bits.



saya menangis mendengar lagu ni di IpoD saya dalam perjalanan ke TESCO.
saya tatau saya dengar kat mana lagu ni.
maka, saya tak tahu maksudnya.
bila saya balik, saya youtube lagu ni.
saya baca makna lagu ni.
saya tengok aiba masaki si cengeng tu nanges.
saya pun banjir sekali.

lagu ni saya tujukan pada keluarga saya yang selalu buat lawak berada bila-bila saya saya rasa macam nak mati jatuh.
buat sahabat-sahabat baik saya di Malaysia dan di UK.
buat yang selalu mendengar rintihan hati saya.
buat yang selalu berikan kata semangat pada saya.

arigatou.
siyes, saya faham kenapa Masaki menangis nyanyi lagu ni.
saya sayang semua orang dalam hidup saya!

Friday, 21 August 2009

perasaan dia kini sekilas seperti cuaca hari ini:

indah dengan sinaran matahari.
hujan dengan lebat.
tenang.
matahari mencuri pandang.
hujan batu.
sejuk.
tenang balik.
hujan lebat berserta hujan batu.
matahari memancar kembali.
tapi masih sejuk.

hatinya berdebar.
dia selalu minta janganlah datang hari-hari yang begini.
tapi hukum alam kata: kena bersusah-susah dahulu untuk bersenang.
kena bersedih dulu sebelum datang gembira.

dia akur.
jiwanya kacau.
mahu tahu cerita selanjutnya sila cari blog beliau yang lain.
berat sangat dia mahu bercerita tentang ini di sini.

'kirimkan salam dari syurga ye? :D

oh.puasa.sudah.ye?

Photobucket bangun pagi-pagi yang awal-awal punya pagi.
dah lama dah tak sarapan pukul 5 pagi sambil tengok mtv.
maaf kepada sesiapa yang tercari-cari missCC semalam.
dia away dari YM. hahaha!

missCC pergi sekolah harini! (sila tepuk tangan!)
pergi awal, macam biasa kalau takde orang, kerja mudah aje selesai dalam masa 2 jam.
mungkin sebab fokus kot.

neway. hari ni hari terakhir boleh makan siang.
esok puasa.
esok nak balik kampung insha'Allah.
owwh malam ni boleh terawih.
nak basuh telekung dan iron cantik-cantik :D

owh ini feveret of the day.

sila tengok klip video ni. saya teruja dengan lagu ni dengan ramainya manusia kat stage tu.
This is the largest boyband in the world!
ah lagu ni buat saya rasa bersemangat untuk lalui hari-hari sunyi saya.
hahahaha!
kalau ada disco ball dalam rumah saya, mesti saya open floor.
neway, 2.5 juta orang/kali yang tgk mende alah ni.

klik! klik! :D

oh, Ramadhan Kareem (ubah mode jadi lebih ayu sket) :P

Wednesday, 19 August 2009

mandom-ness.

Photobucket feeling refresh a bit.

malam ini terasa bahang.
dalam hati dan persekitarannya.
dia keseorangan sambil ditemani beberapa kawan angan-angan beliau.
ah jangan ditanya yang mana satu, setia sahaja mereka menemani.

dia bertanya pada diri sendiri.
apa yang dia mahu pada umurnya 26 ini?
dia rasa kosong. hollow.
terkadang dia berkata alangkah baiknya ada seseorang yang benar-benar di sisi.
tapi itu bukanlah penyelesaian yang mudah.
bukankah orang berkata mencari jawapan dengan suatu persoalan akan menambahkan masalah.
itu yang dia tahulah.

tolak tepi pengisi hati itu.
dia mahu berbuat sesuatu.
untuk seorang wanita (ye, dia sudah menjadi seorang wanita) bayanya sepatutnya hidup sudah stabil, berkahwin dan beranak satu atau dua.
dia tahu dia tak bersedia lagi untuk itu.
dia mahukan teroka lagi dunia.
tapi bukan cara ini.

dia sudah hilang semangat belajar.
setiap pagi seusai membuka mata, soalan pertama yang dia tanyakan diri sendiri.
inikah yang dia mahu?
duduk di dunia orang? bekerja dengan persekitaran yang dia sendiri tidak mesra?

bukan itu. bukan itu.
dia sudah hilang semangat belajar.
penat agaknya.
dia mahu berbuat sesuatu yang dia sendiri mesra dengan.

dia mahu menjadi seorang penyanyi.
suara yang agak-agak sumbang di sana sini masih berimpikan menjadi seorang penyanyi.
dia sudah tua mahu menjadi seorang penyanyi.
bisnes hiburan kejam.
baiklah dia duduk di makmal layan dunia lelaki angan-angannya.

tapi dia mahu menjadi penyanyi.
mahu manusia menghargai bakatnya yang bersuara sumbang-sumbing itu.
tiada siapa pun mahu menyokong.
hidupnya dikelilingi oleh orang yang agak-agak rigid.
bukan dia tidak suka, cuma dia bertanya pada hidupnya sekali lagi.
adakah hidup ini untuk menjaga hidup orang lain.
hidup untuk orang lain?
dia bertanyakan ini selalu, dia kini hidup untuk siapa?
yang pastinya dia masih bernafas kerana permisi dari-Nya.
untuk siapa? itu yang dia sendiri tak pasti.
yang dia pasti, bukan untuk dia.
dia hilang dalam dirinya sendiri.

kini, dia hanya mahu terus hidup kerana 'disuruh' hidup.
dia hanya berdoa semoga hari esok masih baik untuk diri menikmatinya.


semacam bila dia menikmati kehidupan pantainya. ah tenangnya!

Tuesday, 18 August 2009

sudut.bercerita.

dulu masa saya kecik-kecik saya suka bernazar.
saya tak ingat dari umur berapa tapi saya memang suka sangat bernazar.
masa sebelum peperiksaan UPSR, saya bernazar nak belanja burger pada kelas saya kalau saya dapat 4A.
Alhamdulillah saya tunaikan.

sebelum peperiksaan PMR pula saya tak ingat niat apa. mungkin belanja teman-teman rapat saya mungkin. pun saya sudah tunaikan.
bila peperiksaan SPM, saya niat nak puasa seminggu kalau dapat pangkat 1 bawah agregat 10.
Alhamdulillah saya tunaikan juga.

banyak lagi sebenarnya saya bernazar.
bila saya dapat buat PhD di UK pun saya bernazar juga.
selalunya saya bernazar kalau dapat keputusan yang besar-besar macam nilah.
saya rajin bernazar sebab masa kecil-kecil dulu ustazah kata kalau bernazar, Allah senang nak makbulkan doa kita.

maka pagi tadi saya bernazar.

semalam saya hilang kunci kereta.
saya pasti sangat kunci kereta saya hilang di tengah jalan.
sebab saya dah cek meja sekolah saya, dalam perjalanan ke kereta memang tiada.
saya call Huda.
dia suruh saya telefon mekanik, ganti semua kunci. paling tidak kena caj £200++
mana saya ada duit banyak tu. kalau ada pun, saya tanak gunakan untuk kereta.
saya joke dengan dia, dari bayar £200++ untuk kereta tu, baik saya anta scrap. beli kereta baru.
maka saya pun bising-bising jugalah.
Huda kata jangan risau - tapi saya kata saya risau sbb saya tak dpt marathon tgk wayang kalau takde kereta. bukan sebab kereta tu takde kunci what-so-ever.

dalam perjalanan balik menaiki bas, saya terjumpa Malaysian fellow.
dia kata sila repot polis.
sebab who-knows-org-jumpa-dan-curi.
saya pun buat-buat macam terkejut.
saya tak rasa orang nak curi kereta saya yang berumur 13 tahun tu.
dahlah nak bukak kereta tu pun payah.

last sekali saya call cik nunu.
encik fendi pun ada dengan dia.
diorang boleh buat lawak 'itu tandanya kena beli kereta baru malll'
so OMG la kan.

kemudian Kak M pula sajes cari garage esok pagi mana tahu ada yang tahu nak buat macam mana.
saya pun iye ajelah yang mana patut.
sebab bila masa kunci hilang tu, saya tak rasa risau sangat pun.
tapi dalam tak risau saya, saya tak mahu hilangkan £200 saya.
dalam tak risau saya juga, saya tak tidur lena malam tadi (walaupun mimpi Masaki cium pipi saya) =))

lawak aje.

anyway.

pagi tadi saya nazar, kalau saya jumpa kunci tu, saya nak puasa 1 hari sebelum puasa Ramadhan (kalau jumpa hari nilah).
maka saya pergi sekolah naik bas.
saya baru teringat di hospital ada reception.
kalau saya jadi orang yang jumpa kunci kereta tu kat mana-mana di kawasan hospital mesti saya serahkan kat reception tu.
maka, saya pun dengan langkah longlai pergilah ke situ.
kat reception banyak gila kunci.
dalam banyak-banyak kunci saya nampak club card TESCO pada kunci entah sapa punya.
tapi hati saya kata saya punya.
saya pun tanyalah makcik kat reception.

'oh, semalam ada orang bagi kat saya kunci ni'
saya amik kunci dan ucap terima kasih.
kalau takde orang mesti saya sujud syukur.
maka esok saya kena puasa.

alhamdulillah.
Allah saja nak uji saya tu.
Mungkin DIA bagi hint ' sila jangan pasang lagu ARASHI kuat-kuat kalau berjalan'
kan dah hilang kunci. hahaha!

oh ye, terima kasih Wanis sebab telefon saya bagi nasihat dan kata semangat.
oh teringat dialog Huda semalam.

'Masa nilah nak ada.....? SUAMI!'
'bang amik saya kat sini, kunci kereta hilang'
'yang letak kat mana, tu lah lain kali hilang lagi barang'

adeilah.

oh.why.

anxiety. terjaga awal pagi kemudian tak boleh tidur.
bencana datang satu per satu.
tak larat nak fikir.
cuma nak harung hari-hari seterusnya dengan semangat waja.
sila bersangka baik dengan rahmat Allah.

oh why. kokoro mata kara mawari kanjita?
(kenapa saya rasa tak sedap hati?)

saya duk terfikir awal-awal pagi ni, macam mana manusia boleh jadi kuat ye?
sebab ada escapism ke? itu kuat ke?
atau berserah sahaja hidup untuk jam seterusnya?

Ramadhan mahu dekat.
satu persediaan pun tak buat lagi.
demam masih sisa berbaki.
hati mahukan lelaki yang macam aiba masaki (:D)
kerja pun tak kuat mana.

apa yang sedang saya betul-betul fikirkan ni?

Sunday, 16 August 2009

feveret.hari.ini.

Photobucket lagu ni buat hati saya doki-doki (nervous, gembira?!)

mula-mula saya ingat lagu ni lagu korea sebab kumpulan ni orang Korea.
pastu bila tengok lirik dan dengar-dengar wording baru perasan ni lagu Jepun.

sila layan.
gomen ne, lagu dari Timur lagi.
escapism saya selepas ini lagu dari Korea pula ke?

kalau dengar lagu ni sorang-sorang mesti anda nanges.
tapi saya tak nanges lagi.
mungkin lepas dengar 45 kali rasanya.

oh. jangan cakap saya jiwang ye?
saya suka aje melodi yang sentuh-sentuh hati ni.
*in denial*



ENJOY! XD

Friday, 14 August 2009

feveret.hari.ini.



sugoiiii! terasa macam zaman-zaman minat boyband dolu-dolu.
ada sedikit hint kumpulan FIVE dan KRU sket2.
ne?ne? (kan?kan?)

bila.missCC.dengan.kamera.beliau.





angan.angan.hari.jumaat.II.

Photobucket pagi yang gelap. tekak yang sakit.

'awak masih sayang saya ye?' matanya tersenyum sambil berbicara tentang itu.
'tatau' mendatar sahaja nada suara si perempuan.
'abis, kenapa awak berada di sini, ubatkan saya?' soalan provokasi diutarakan.
'kalau mana-mana kawan yang saya kenal sakit macam ni, mesti saya ubatkan juga. saya tak pilih kasih' ah, malas mahu melayan.

'tapi kalau mana-mana kawan awak tu sakit macam saya, awak nak ubatkan mereka macam awak ubatkan saya? rapat-rapat macam ni? dengan muka sedih macam ni?' si lelaki bertanya lagi.
'aah. ada masalah negara?' kepalanya mendongak ke arah si lelaki. pandangan mereka bertemu.
'intim macam ni? macam ni?' si lelaki tersenyum lebar. killer smile.

'sudahlah, malas nak layan. awak rehat dulu, nanti saya bawakkan bubur untuk awak' si dia berlalu pergi.
'tahu awak ye makanan kegemaran saya' si lelaki cuba memujuk.
'itu makanan orang sakitlah!!!' semakin tak kuasa si dia melayan keletah orang sakit ni.

'awak, nanti tolong suapkan saya ye?' lelaki itu cuba bermanja.
'kaki awak yang sakit, bukan tangan. sila makan sendiri' dalam tak mahu melayan, si dia melayan juga.
'ok...' lelaki terus diam untuk beberapa minit.

'nah! nanti dah habis makan, letakkan mangkuk tu tepi katil. ada ubat sekali, terus makan. pastu tidur' si dia menyuakan dulang pada si lelaki.

'... ' si lelaki diam aje. buat-buat muka sedih.
si perempuan mengambil mangkuk lalu menyuapkan bubur ke mulut lelaki tersebut.
si lelaki tak mahu membuka mulutnya. merajuk agaknya.

'awak tanak makan bukan masalah saya' terus si dia meletakkan mangkuk ke atas dulang.
si lelaki memegang tangan si perempuan dan menyuakan sudu ke mulut perempuan itu.
'awak makan dulu, kesian awak penat2 untuk saya' matanya masih tersenyum.

dalam hati perempuan itu menangis. dalam kaku - dia pun tersenyum indah.

Thursday, 13 August 2009

gambar.ramai.ramai.















Gambar-gambar dari kamera Huda-Chan dan Wanis-Chan. Sugoiiii!

arashi.lagi.

saya demam. sakit tekak. rasa memang tak sehat.
tadi pergi sekolah pagi-pagi.
Mr.Godzila takde.
pastu saya tak sedap hati sebab senior saya macam nak marah saya.
esok kot baru dia nak marah. malam ni terus rasa tak sedap hati.
saya dah malas dah nak buat PhD.
betul nih. saya dah kira-kira bape duit saya kena pulangkan pada kerajaan dah ni.
saya rasa macam tak boleh pergi dah.

lagu-lagu semangat arashi pun tak membantu.
ah! kenapa rasa sangat depress ni?

oh bukan sebab saya mahu datang bulan nih.

Wednesday, 12 August 2009

mahu.baca.tentang.arashi?

semua yang MINAH ni cakap aku sokong. gilalah. bak kata seorang idol (=artis) di Jepun, disgusting gila umo-umo macam ni nak terlompat-lompat fanatik pasal Arashi ni.

*tengah rehat jap dari maraton rancangan Arashi. adeiiiilah!

subarashi.sekaii.

Photobucket for all it worths.

salam bahagia.
bertemu kita sekali lagi.
setelah lebih kurang 6 jam berehat dan 8 jam seterusnya melayan Arashi sepanjang hari ini, saya terasa mahu bercerita.

saya secara rasminya pulang ke rumah pada pukul 12 tengah malam mahu masuk hari rabu.
setelah pindah-pindahkan baju kotor, saya terus buka lappy dan sambungkan external HD saya yang sebesar 1TB itu.
sambil kemas-kemas apa yang patut, saya layan program Arashi.
saya sebenarnya penat tapi mata tak mahu tidur.
saya layan Arashi sampai pukul 1.30 pagi.

buat pengetahuan semua, saya hilang hujung minggu kerana keluar berjalan.
saya pergi ke pulau, ke pantai di sekitar utara Scotland.
misi kali ini adalah mahu pergi melihat salah satu pulau dan pantai tercantik di UK.
mahu naik keretapi Harry Potter juga.

dan dalam masa 4 hari 3 malam misi itu terlaksana juga.
kami pergi berlima-an.
kereta saya yang berumur 13 tahun itu mampu berjalan dari Dundee ke Aberdeen ke Thurso ke John'o'Groats ke Durness ke Ullapool ke Isle Of Skye ke Fort William; pulang ke Aberdeen, ke St Andrews dan destinasi terakhir - Dundee.
Semua itu merangkumi lebih kurang 760 batu.
Percaya atau tidak, saya memandu sepanjang perjalanan yang sangat mengujakan kerana berbanding dengan perjalanan terdahulu ke Selatan UK yang jauhnya sebanyak 1000 batu, perjalanan kali ini sangat berbukit bukau dan sempit. Semacam anda melalui perjalanan gua musang sepanjang perjalanan.

ada penumpang yang demam dan tak sihat sepanjang perjalanan.
saya tak salahkan mereka, kerana jika saya tidak memandu mesti saya akan muntah dan mabuk-mabuk juga.
tapi trip kali ini sangat memuaskan kerana kami telah berjumpa dengan panorama yang sangat indah. kami sudah pun ke point paling utara di UK (nota: bukan John'O'Groats yang orang selalu fikirkan), kami sudah pun melihat pantai paling cantik di UK. sampaikan orang tempatan pun tak percaya macam mana kami boleh tahu tempat terpencil sebegitu.

kami sudah pun ke Orkney Island (impian saya sejak saya jejakkan kaki ke UK) dan kami pun sudah menaiki keretapi yang melalui jambatan Harry Potter (Glenfinnan Viaduct). Jujurnya, tiada apa yang menarik pun mengenai hal itu. Saya lebih teruja kalau saya yang berdiri di kaki bukit berhadapan dengan Jambatan tersebut dan menangkap gambar keretapi tersebut. haih.

Lokasi pertama: Loch Ness

perjalanan ke Thurso

Lokasi Kedua: Dunnet Head, Northest point in UK (membelakangkan Lautan Atlantik)


Lokasi Ketiga: Orkney Island

Skara'o'Brae : Perkampungan Neolitik


Lokasi Keempat: Sandwood Beach

5: Eilean Donan Castle

Lokasi Keenam: Ullapool

Steam Train : Fort William to Mallaig


Oh ye, malam sebelum bertolak, kami pergi ke Restoren Jepun di Aberdeen. Raikan Hari Lahir Si Hudie_Hud.
Dia tak sangka saya bawakkan kek in advance dan buat surprise untuk dia.
masa dia tiup lilin ada sepasang laki bini senyum-senyum aje (masa tu tak ramai orang sebab dah pukul 11.30 - siapa nak dinner lewat-lewat macam tu?)
rupa-rupanya yang si suami pernah duduk Sabah dan si bini suka sangat masak/makan rendang.
borak-borak bermula bila Cik Hudie_Hud memberikan kek cokelat yang sedap gila tu pada diorang.
yang laki tu tanya Hud, "dari mana?"
hahahaha! Hud terus tension up! (orang Jepun maksudkan excited terlebih) kami borak-borak dan mereka pun tangkapkan gambar kami. seronoknya - fan club Arashi (saya, hud dengan wanis) memakai tshirt A.RA.SHI untuk menyokong semangat kejepunan kami.
t-shirt jepun, restoren jepun, minum teh jepun, cakap jepun, makan cara jepun. maka kami dah boleh ke Jepun ne?




Hadiah Hari Lahir Hudie_Hud, OHNO SATOSHI :))

nota kaki:
Subarashi Sekaii maksudnya Wonderful World

Friday, 7 August 2009

tanjoubi.omedetou.huda-chan!




12:34:56 7.8.9.

yatta! you're 26! semoga kekal comel sentiasa. ahaks!

Wednesday, 5 August 2009

tings.taht.mattres.

Photobucket kondisi kini: selenge.




beberapa perkara yang si penulis sedang buat/fikir/mahu fikir sejak beberapa hari lepas:
  • duit elaun dah masuk. tapi penulis berasa sangat tidak gembira kerana terpaksa membayar hutang sana sini, membayar saman (2 kali dalam masa sebulan), membayar cukai kereta yang mahal gila **** dan melabur dalam membeli sebuah DVD player yang boleh mainkan USB dan hard drive yang saiznya sebesar 1TB. ye, belum sampai sebulan, elaun sebulan beliau sudah habis.



  • beliau ke kenmore buat kali ketiga tapi masih takde rezeki bermain kayak. kali pertama, kedai dah tutup. kali kedua sebab cuaca tak cantik. kali ketiga sebab kedai mahu tutup. orang tu nak bagi satu bot tapi semua orang tak reti bawak bot. lain kali saya mungkin nak bawak beberapa orang lelaki dan pergi keliling tasik waktu malam dan pergi memancing. suki!




  • beliau juga ke oban buat kali kedua. kononnya mahu tonton sunset tapi cuaca sangat sangat sangat tak cantik. dalam hujan dan gelap mendung segala, beliau pasrah saja. beliau berasa sangat kesal kerana hari selepas itu, Scotland sangat cantik dan panas segala. Kini, kulit beliau semakin hitam macam Ohno ARASHI. bezanya hitam-hitam ohno, orang masih suka dia. beliau makin hitam, nak tengok diri sendiri pun segan :P



  • beliau masih suka ARASHI. sebab beliau membeli external hard drive sebab nak pindah masuk semua slot-slot program ARASHI. Cik Hudie_Hud berkata semuanya adalah dalam 140+40 GB. ye, kalau beliau mahu buat marathon semuanya, beliau terpaksa untuk tidak tidur dalam masa seminggu. kemudian, berkemungkinan besar beliau akan koma sebab nak qada' balik tidur selama seminggu. haih.




  • beliau malas gila mahu buat kerja sekolah. tengok kawan satu ofis yang sangat rajin pun tidak membantu semangat beliau. walaupun kelihatan seperti penulis tidak mahu update blog dan cerita, tapi sebenarnya beliau sedang bermalas-malasan. oh ye, sambil gelak-gelak tonton ARASHI.



  • setelah sekian lama, baru penulis tahu yang ARASHI adalah sebuah(?) boyband. Oh, eh? Mereka boyband ye? penulis peduli apa. penulis suka.



  • penulis juga sedang mencari-cari cerita drama dan filem yang dimainkan oleh ahli kumpulan ARASHI. Cerita MAOU aje beliau belum rasa mahu tengok. beliau mahu tonton cerita gembira-gembira saja.


  • semalam penulis mendapat sebuah gitar kapok(?) kapak dari Kak M. Penulis suka sebab gitar tersebut kecil sikit dari gitar beliau. Baru beliau sedar bahawa beliau sudah terbeli gitar untuk kegunaan profesional. Patutlah mahal. Mungkin hari ini boleh berlatih dengan lagu Namida No Nagareboshi. Ganbaremasu!



  • penulis bercadang mahu membuat sebuah buku untuk belajar bahasa jepun. sekarang ni penulis dah boleh tangkap sikit-sikit percakapan mereka. tapi kalau mereka (ARASHI) bercakap dengan nada gelak, menjerit, dengan kelajuan bullet train dsb penulis masih tak dapat faham. Mungkin kena selak lirik lagu-lagu mereka dan tonton drama mereka. Saikou-des!



  • penulis bakal tiada hujung minggu ini. beliau keluar berjalan-jalan. harap-harap cuaca cantik macam hari ini. hari ini cantik gila cuaca sampaikan kena pasang kipas dalam ofis. dan mesti muka beliau akan jadi hitam macam [you-know-who].



  • penulis sedang berkira-kira mahu membuat T-Shirt A.RA.SHI. Siapa mahu beli sila beritahu beliau. Walaupun penulis tidak kreatif, tapi beliau sedaya upaya mencilok gambar-gambar comel dari internet dan buat-buat macam reti buat design sendiri.








tak nampak design? ini gambar yang besar sikit.




  • adik beliau dah pesan satu. peminat Arashi pun dah pesan. har har har. beliau terasa semacam mempunyai kelab peminat Arashi pula.
  • beliau mahu sambung dan update entry kali ini. mungkin di rumah pula. penulis sedang main menyorok-menyorok. beliau sekarang kini di makmal komputer jauh dari makmal. sebab Mr. Godzilla selalu jenguk ofis beliau. haha! mahu lari balik ke makmal.

  • bye!
  • editto: penulis tengah tonton iklan-iklan dari Arashi. Kalau bosan, sila klik INI.

Saturday, 1 August 2009

taip.taip.

Photobucket selenge!

saya bangun awal hari ni.
saya berjaya perform solat subuh selepas tidur.
selalu kena tunggu subuh masuk baru leh tidur.
tapi saya tak larat nak tunggu malam tadi.
mata saya merah.
mata saya penat tonton Arashi (lagi?!) sejak 8 pagi hingga 11 malam non-stop.

saya cek fb.
saya rasakan fb tu bosan nak mati.
rasa nyesal main benda alah tu.
skang rasa macam nak delete pula akaun tersebut.
haih.

sekarang minda saya berkata, "kan best dapat makan nasi lemak gerak makcik depan umah dengan sambal paru"
saya rasa nak balik Malaysia pastu beli nasi lemak makcik tu dan balik terus Dundee.
oh mungkin tunggu petang sikit untuk beli nasi kerabu dan nasi lemak lauk sambal ayam dari gerai makcik kelantan.
oh mungkin tunggu hari isnin nak pergi pasar beli yong tau foo dan kebab ayam sedap.
oh sedikit popia basah juga.

saya rasa demotivated sekarang.
saya rasa nak balik cari laki dan kawen.
eh bukan bukan.
saya nak balik cari boifren aje.
saya malas nak kawen.
nak rancang kawen pun rumit, kawen itu rumit, mengandung rumit, beranak tu pun rumit.

tabik spring pada mak-mak yang ada anak belas-belas.
saya tak dapat nak bayangkan kalau saya jadi mak yang macam tu.
haih. tak kuat saya ni ye?

sejak suka pada Arashi ni (baru 2 minggu demam Arashi masih lagi panas, haih) saya rasa saya nak ubah lokasi saya buat post-doctoral nanti.
tapi fikir-fikir balik, saya lagi sukakan New Zealand sebenarnya.
saya berdoa agar adik kesayangan saya dapat belajar engineering di Jepun.
bolehlah tiap2 3 bulan skali saya gi sana (sambil duk teringat kenapa abah saya suka sgt gi UK).
dahlah tiket kapal terbang ke Jepun murah.
haih.

saya nak bercerita tentang kawan-kawan sebenarnya tapi mata saya dah penat.
bagi saya rehat kejap eh?
kejap aje :P