Sunday, 19 December 2010

super sleepy

saya dah pulang ke dundee dengan selamat.
penatnya yarabbi, sampai aje dundee terus nak masuk katel, 24 jam lepas tu pun takmau keluar dah.

saket kepala, rasa malas semua ade.
saya dah dalam mode cuti sekolah.
tolonglah bagi saya cuti dua minggu!!! :((

saya tengah packing barang-barang nak balik mesia.
tiba2 rasa stress di waktu sejuk mcm ni.
sabishii... sabishii..

oh cite secret garden makin kurang menarik.
tapi si hero makin dipandang makin kakkoii...
mcm mana ni? kata tak suka si hero? :P

saya tiba2 rindu adik saya.
dia kata keputusan PMR nak kuar dalam masa terdekat.

all the best ye?

saya rindu S juga.
tadi gi sekolah dapat nota dari dia.
i miss u. hahaha! i wish la kan!

okla, saya nak sambung guling2 dalam duvet.

siyes, saya rasa dah takmo gi sekolah dah.
tolong tempah tiket balik mesia leh tak?


Tuesday, 14 December 2010

Good Luck!


Dear Amal,

Good luck with your presentation!

S xx

Kyaaaaa! Encik S bagi saya kad Good Luck untuk presentation di Durham.
Bila datang ofis aje tgk2 kad dah ada atas meja.
bukak2 aje, ada orang ucapkan Good Luck!

bila saya ucapkan thanks kat bebudak ni, diorang pula yang malu-malu.
haha! comel aje bebudak ni.

haih, bak kata cik hudie_hud, saya kena bawak balik hadiah la mcm ni. dahlah saya sorang aje orang asia yang present kat situ.

gambare Amal-chan!

(bila sampai umah baru sedar Encik S bagi saya dua kisses!!! Kyaaaa lagi!! haih, benci tol perasaan perasan ni)

oh Encik S byk gila pesan kat saya (harini hari last diorang kat lab untuk taun ni),

ingat daku dalam doamu... hahahaha! saya harap gak dia cakap mcm tu. tapi tidak. saya harap nanti masa boxing day leh la jumpa dia masa shopping kat glasgow nanti. haha!

aitteeee!!~ jom gi Durham... ikimashouuuuu~!

Friday, 10 December 2010

cer.pen.

Photobucket anxiety

1) sepanjang hari pergi sekolah hanya betulkan poster untuk conference minggu depan. bila S tanya buat apa aje arini? saya kata buat poster. pastu saya meroyan tak sudah . asyik cakap tanak pergi Durham. dengan coolnya dia kata 'godzilla and co kan banyak bantu, u should do fine'

errr... saya lagi suka teman awak kat lab dari cakap depan ramai orang. haha! tak bleh blah.

dia tanya saya bape lama/jauh Dundee ke Durham. saya cakap saya tatau. pastu saya gelak. 3jam setengah. habis dia tanya ni naik tren kalau tren takde mcm mana (snow masih tebal di north-east England) - saya cakap awak hantar la saya. haha! kalau bab mengurat bagi la missCC!

2) terima kasih kepada Cik Hudie_Hud sebab tolong2 tengokkan poster saya. Selain Cik I, saya suka kacau Cik Hudie_Hud kalau bab poster, slides dengan statistik. Sbb dia selalu kena brain-wash dengan SV dia. so dia lagi expert dari saya wp technically saya lebih senior dari dia. Walaupun saya tahu dia tgh stress skang, dia tolong gak saya. uwaaaa! kenapa saya dapat banyak kawan-kawan baik ni? nak terharu bleh?

3) agak kelakar. tapi masa bday saya aritu saya asyik silap tulis tarikh aje. saya tataulah kena pada kamu-kamu atau tidak. tapi pada hari tersebut saya sokmo tertulis DOB saya rather than tarikh 2010. wakaru? ala, mcm terbiasa isi DOB kat boranglah. haih. sejak bila 2010 jadi tahun 1983?

ye, saya dah tua - takleh nak ngurat S!!!

4) tadi lab freezing gila. Encik S siap pakai gloves sambil menaip, pakai 2 lapis baju tebal. bayangkan sejuknya lab saya. Saya pun tak tahan sampai asyik keluar masuk ofis. Mungkin satu sebabnya takmo berdua-duaan dengan Encik S. dia bikin hati saya goyang.

5) saya dah mula anxiety. saya dah mula anxiety. saya dah mula anxiety. selalunya pukul 12 tgh malam saya dah boleh tidur, skang ni kol 4 pagi lom tentu saya boleh tidur. this will be me for next 6 months.

doshioooo?

Tuesday, 7 December 2010

mata.bertentang.mata.

Photobucket jiwang tak boleh blah.

semalam tarikh saya tambah satu hari (bagi genap satu tahun).
tido agak awal dan bangun pun agak awal.
sebab tak mahu bazirkan 24 jam saya berumur 26 tahun ni.

saya pergi sekolah agak awal juga.
buat2 keje sekali sibuk itu ini.

pastu waktu petang dah tak larat dah nak fokus.
tiba2, encik S masuk ofis.
kami borak panjang.

dia risau projek dia, saya risau saya takde boifren (dah hint banyak kali ni)
eh takkanlah dengan student saya - saya nak mengurat kan?

tapi saya bijak sket la.
depan dia saya buat mcm saya ni tak reti buat ape-ape.
bukan dalam akademik, tapi dalam hidup.

contohnya... kalau tak boleh nak amik barang tinggi sket, panggil aje dia dengan panggilan manja.
nak bukak botol ubat pun suh dia bukakkan.
haha! tak bleh blah.

bila lama borak dengan encik S, saya baru tahu dia baru berumur 21 tahun bulan lepas.
saya pun nak cakap 'today's my birthday' tapi apakan daya... saya tanak soklan selepas tu kuar dari mulut dia 'dah bape tahun dah tahun ni?'

takkan nak cakap 18 kot?

tapi saya respek la dengan umo dia 21 tapi fikiran dah matang.
dia kata dia tak puas dengan ilmu pengetahuan yg dia ada skang.
dia pun kata dia nak experience. untuk ape2 ajelah dalam hidup.

haih, masa saya umo 21 saya cuma pk nak abihkan degree aje, pastu sambung buat masters.
tak sabar nak kuar dari mesia kononnya.

iklan: terima kasih kepada cik I dan cik ahlam kerana sudi surprisekan saya dengan kek sedap dan lauk-pauk umppph!! dan sanggup berjalan sejuk (suhu minus nih) ke kafe di main campus sambil lepak2 cerita masalah hidup. nanti bila2 kita buat lagi ok? *hugs*

pagi ni saya datang sekolah pakai baju cantek.
dengan niat dah naik satu tahun kenalah jaga appearance (ceh, padahal nak ngurat encik S)

tapi sebab saya tak cukup tidur dan kesejukan yang amat tunggu bas selama 30 minit dalam suhu minus dan stokin nipis - saya sampai aje ofis terus emo.

ofis jadi senyap gila. encik S pun tak berani bersuara.

kemudian beberapa jam lepas godzilla masuk ofis tolong saya bagi buah fikiran untuk poster saya, barulah saya warm sket dan gelak2 dengan encik S.

tolonglah saya, encik S bila senyum sangat comel!

pastu bila saya berada dalam dark room sorang-sorang dia datang carik saya.
nak suh bagi pesan kat godzilla dan nak bagitahu dia akan buat apa kamis nanti.
pastu saya dengan takde mood dan mengantuk tak kata apa-apa senyum lebar dan angkat tangan tanda baibai.

serius, takde apa2 makna tersirat pun. senyum dan bai bai. ok, mungkin senyum menggoda/manja (apa2 aje tafsiran kamu).

mungkin sebab bilik itu adalah dark room encik S pun pandang mata saya dalam-dalam tanpa kata-kata.

dia angkat tangan dan peluk saya.

koser. hahaha!

dia angkat tangan - senyum lebar dan mcm nak tanak aje blah dari dark room tu.

saya dah doki2. lupdup lupdup. sampai skang nih.

setan ni kalau tak mainkan perasaan orang mmg tak sah!

Thursday, 2 December 2010

se-no-o-



keluar aje rumah berjalan ke bus stop.
jumpa makcik yg tunggu bas hari semalam.
dia kata, 'tadi makcik dengar berita kat radio, bas takde harini. sekolah pun tutup. anak baliklah rumah'

tapi saya kena pergi sekolah....

dari rumah saya ke sekolah kalau ikut jalan kereta amik masa 10 minit juga.
kalau berjalan tanpa snow ambil masa 40 minit (kalau tak berhenti)
kalau berjalan dalam se-no-o?

baik saya balik rumah.

saya tepon kawan2 tanya mahu bermain sledge kah? berbuat snowman kah?
dapat kumpul dua orang aje.
yang lain semuanya ade hal.

tapi best juga. lepas ni mana nak main lagi dah, saya kena pergi sekolah ;( hari cerah pun sekejap aje.

esok ni kalau xde bas jugak, saya kenalah menapak ke sekolah. takpela, abah saya naik basikal jauh2 nak pergi sekolah masa zaman belum merdeka dulu orait aje, takkan saya berjalan kaki dalam snow pun dah bising.

apa2pun kena niat kerana Allah.

(bukan sbb nak jumpa S esok ye?;)))