missCC sudah buang tebiat.
datang dah perangai dia ni...
kali ni setelah dia demam panas dua hari,
setelah dia deactivate FB,
setelah dia dilanda pelbagai masalah hidup yang tak penting tu,
setelah dia berada dalam keadaan stress,
dia telah...
memotong rambut beliau!!!
beliau kira-kira mahu ke hairdresser di bandar.
sambil tengok2 harga, beliau tiada duit sebanyak tu.
dah pk-pk tolak2 kiri kanan, tengok youtube segala mcm mana nak potong rambut sendiri,
akhirnya...
beliau ambil gunting, sikat nipis, getah dan sepit rambut bawa masuk ke tandas...
ZASSSSSSSSSS!
satu genggam rambut dah selamat dipotong.
rambut yang berumur 4 tahun itu.
yang baru diperm (yang sgt mahal) itu.
pastu dia trim ape2 yang patut.
konon nak jadi mcm rambut Ha Ji Won yang gorgeous tu.
tapi pendek mcm ni pun ok la...
habis setengah jam, dia pun selak2 rambut tanda puas hati.
ha! demam dah kebah dah!
esok bolehla pergi sekolah ye sayang? (iklan mi maggi)

