Friday, 31 October 2008

harapkan.tin.biskut,tin.biskut.buat.hal.

Photobucket
kini sedang fikir-fikir

dialog satu.
'orang Asia kuat berjalan' kata seorang teman di sini.
'bila cuti aje, mesti hilang' tambah seorang lagi.

dialog dua.
'maaf, tidak boleh hadir untuk meraikan hari jadimu.'
'esok aku buatkan kek ya?'

dialog tiga.
'aku kalau kahwin tak nak poyo letak-letak gambar di fs ke fb ke apa-apalah.'
'aku pun'

dialog empat.
'ingat tak, zaman nobody loves me?'
'ingat! zaman cerita korea, jepun: tengok sambil mata bengkak, jiwa-jiwa'

dialog lima.
'sayang awak.'
'sayang awak juga'

Thursday, 30 October 2008

Photobucket kini sedang menyelesaikan teka-teki

Tengah hari tadi selepas bersarapan lewat pagi aku berkira-kira mahu ke pejabat.
Mahu buat kerja, kerna aku tahu di rumah aku tidak berbuat apa-apa.

Tiba-tiba seseorang memberi sms.
Mari kita makan?

Errkkk... aku sudah kenyang.
"Tapi takpela, saya temankan akak."

Kemudian dia tanyakan satu soalan bonus.
Mahu nasi ayam?

Aku kaget. Mana dia dapatkan nasi ayam di tengah hari buta ni?
Kalau ada nasi goreng pattaya pun sedap juga.

Kemudian berjumpa di kafe.
Nampak dia menjinjing sebuah beg yg agak besar.

Dia kata pagi tadi dia masakkan nasi ayam.
Teringat pula aku.
Huhu~! Terharu pula.

Macam nasi ayam tapau RM2.50 kat kedai depan shell bangiiii....

Wahhhh, rasa mcm mahu nangis, tapi tanak nangis boleh?
Terharu! kenyang makan nasi ayam supermummy ni!

Terima kasih akak, kerana ingatkan saya.
Nanti saya masak nasi dagang, saya beri akak rasa ye? ;))

----

*oh, ye. Tahniah kepada adik saya kerana dapat sijil penghargaan di sekolah tadi. Saya tahu adik saya hebat. Tapi paling tidak boleh blah pabila dia katakan, "Pengetua tu kata asip comel". Blah la weeeiiii... *dengan nada jeles*

**oh ye. TEKA-TEKI - Dalam seekor ayam, apakah yang tidak dipanggil AYAM?

bijak.itu.seksi.

Photobucket kini sedang bermalas-malasan

cuti separuh hari. mahu belajar dari rumah.
mak ai, pagi ini sangat sejuk ya?
rasa malas pula keluar dari katil.
bagaimana kamu semua boleh jadi rajin ya?
kagum aku.

aku sudah bangun seusai subuh.
aku baca satu artikel, hari yang baik adalah hari yang dimulakan selepas subuh.
tiba-tiba semangat itu datang berkobar-kobar.

mungkin sebab sesi motivasi semalam.
berbicara dengan orang yang sangat jarang aku temukan.
memang tidak rapat, tidak pernah rapat aku rasa.
tapi dia boleh ingat bila hari lahir aku, apa personaliti aku, dan bagaimana untuk berbicara denganku.

pada aku, dia bijak.
pada aku, dia matang.
pada aku, dia superior.

dan dia sebaya denganku.
lain jantina, sebaya, dan ada tiga benda yang selalu aku cari itu?

pada aku, dia seksi.

nothing has really happened.
dia hormat aku, aku hormat dia.
dan aku bersyukur dapat berbicara dengan dia, lagi - yang mungkin tidak akan aku dapat dalam masa-masa yang terdekat ini.

kita takkan tahu akan hari-hari mendatang bukan?

dia kata aku ada wow! factor.
aku kata setiap orang pun ada benda itu.
kemudian dia buat satu statistik yang tak pernah aku fikir.
kemudian aku pula kata wow! pada dia.

dia sememangnya bijak.
dan dia sememangnya seksi.
dan dia telah katakan yang ini,

human is a his/her best when pushed to the limit
so, as long as u can contain the pressure...there's no reason to stop

Wednesday, 29 October 2008

titik.dan.titik.

Photobucket kini sedang menahan kepeningan

seorang tamu baru saja balik.
sempat juga masakkan dia apa yang patut.
tamu datang bawa rezeki, ujar Abah.
maka, kita harus memberi makanan yang lazat-lazat bukan?

musim sejuk secara rasmi sudah bermula.
makanya waktu malam akan bermula seawal 5 petang.
ya, saya sudah siap-siap mahu masuk tidur pada pukul 7 malam.
loser kan? aku tahu.

nasib baiklah seorang hamba Allah ini mahu meneman.
nasib baiklah kau ini budak undergraduate.
nasib baiklah kau ini suka berkawan dan reti berkawan.

aku sering katakan pada orang, orang-orang sini berkawan kerana mereka being mutual.
mungkin sebab kau sunyi, kau perlukan peneman.
ataupun mungkin dia pun sunyi, perlukan kau jadi teman.
atau mungkin dia juga suka-suka ambil kesempatan.
manusia, perangai macam-macam.

bukan sekali dua beberapa orang teman cuba menjadi rapat denganku.
dan bukan sekali dua juga aku cuba untuk tidak menjadi rapat.
aku tak mahu komitmen.
cukup.
aku boleh uruskan kesunyian aku.
tidak perlu keluar bersosial untuk ubat kesunyian.
tidak perlu gedik sana sini untuk perlukan perhatian.
just being mutual, cukup.

----

aku terkadang suka bercakap dengan orang yang tidak biasa dengan hal-hal teknikal.
atau dengan kata lain - orang-orang biasa.
terkadang mereka berfikir dari perspektif yang lain.
membuatkan aku berfikir, mungkin mereka lebih baik daripadaku.
mungkin kerna mereka tidak biasa, mereka lebih fikirkan hal-hal rohani.
mungkin kerna mereka sentiasa lihat hidup ini dengan cara yang mudah.
mungkin kerna mereka tidak pernah/akan memahami.

"every progress counts...no matter if its a failure or a success"
"sweet things do happen from time to time to refresh u"
"just keep doing whatever u feel necessary to make urself feel comfortable"
"u're such a grown up...dah pandai find your way around"
"u'r quite a paranoid...but that's a healthy one"

apa-apa ajela. yang penting, kamu sedang buat hati saya jadi lapang.

Terima kasih ;) kerana memberikan saya yang itu.

"i know u're one strong lady"
"so its not quite a surprise bila dpt tau ko buat phd skang"
"it suits you well"
"u're a risk taker"
"and u're good at it"

Terima kasih sekali lagi (dalam nada tergamam)

oi Encik ABCDEFGHIJKlMNOPQRSTUVWXYZ. Saya suka sembang dengan kamu ok?

anda.tahu?

Photobucket kini sedang berlagu riang

anda tahu tak?
benda apa yang berjangkit selain penyakit?

SENYUMAN ;)

Betullah kata orang, bila kita berjumpa orang yang tidak kita kenali, sembang seminit dua, hati pun jadi girang.

Kemudian, hati rasa kosong lagi.
Bersapa pula dengan tukang sapu sampah.
Borak seminit dua.
Hati jadi lapang kembali.

Kemudian lopong-lopong itu minta lagi diisi.
Beremail pula dengan kawan lama.
Yang lopong-lopong itu cuma tinggal sikit.

Berjenaka pula dengan si orang-orang tua,
Bermain-main pula dengan kanak-kanak riang.

Lapangnya dada.

Seorang rakan di makmal menjadi sukarelawan lagak supernanny.
Bagus kerjanya, mendidik masyarakat.
Hormat betul dengan semangat yang ditunjukkan.
Kenapa aku tidak jadi sebegitu ya?

Anda tahu tak?
Sebenarnya hari ini sangat indah, tapi sebenarnya hati ini tidak pernah sedar semua itu.
Bukan buta mata, tapi buta hati.

Dan ya, senyuman itulah yang terjangkit pada hati saya kini.

Untuk malam ini, saya gembira sekali.

*dan untuk miss I, terima kasih juga kerana membuatkan saya gembira. Bak kata orang, kita gembira jikalau melihat orang lain gembira, tapi apa yang lebih menggirangkan adalah apabila kita tahu kerana kitalah mereka menjadi gembira ;)

nota.untuk.kamu.

Photobucket kini sedang berehat-rehat!

kepada yang berkenaan,

tidak perlulah memerangkap saya untuk pergi lihat blog kamu, saya takkan pergi lihat benda-benda yang tak signifikan dalam hidup saya.
setakat nak letak lirik lagu, setakat nak letak 'saya rindu kamu' ataupun tiada apa nak taip hari ni, ataupun sisa-sisa sampah dari BFF kamu - itu bukan blog, itu buat diri sendiri lagha aje.
tak payah nak suruh org cari saya juga (saya tahu saya popular) sila baca ini dengan nada sarcastic
tak perlu juga bertanya itu ini kepada bekas kesayangan saya itu.

anda ekspresif, fine with me.
anda gedik, fine with me.
anda terlalu menyibuk, totally fine with me.

satu sahaja nasihat saya; pls act ur age ok?

heh.

*nak say hye juga ke? fine with me ;)
orang nak jiwa-jiwa, kau nak jiwa-jiwa juga.
orang nak berkawan dengan orang-orang, kau pun nak juga. menyibuk saja ke mana saja BFF kau pergi (BFF ke?)
kau tiada identiti diri ke?
atau kau memang suka mengikut orang?
again, pls act ur age.
atau kau sebenarnya menipu diri sendiri? atau tak sedar diri?

heh.

Monday, 27 October 2008

kamu.pun.mahu.juga.ya?

Photobucket kini sedang bernafas, tenang-tenang

Jam 6 petang.
Tapi serupa seperti jam 10 malam.

Sangap.
Tapi tidak mahu tidur.
Membazir pula petang (yang akalku tafsirkan malam) ini.

Mahu ke perpustakaan.
Tiada parking pula.

Diajak ke rumah oleh teman.
Sedap pula rasa berkelubung selimut merah.

Mahu masak untuk makan malam.
Tiada pula bahan penting, ayam.

Eh, udang adalah; dan kerang juga.
Buat kuey teow goreng pun sedap juga.

Ah! kena kisar cili merah.
aku baru aja kemas dapur jangan kasi kecah.

Panaskan air.
Konon berbuat teh susu.

Lihat-lihat buka almari.
Nampak sepeket kuning jalur biru.

AH! ini pun jadilah.
rebus koliang, masukkan telur.
Oh! tadi ada udang!
Masukkan juga.

nikmatnya makanan orang malas ya?
kamu pun mahu juga?
meh saya suap, meh?

Jangan sedih-sedih.
Nanti saya urut belakang kamu ya?
Biar lembut urat saraf senyummu kembali.

Sudah, mari makan?

Sunday, 26 October 2008

Photobucket kini sedang kepala pusing

Fakta general knowledge yang aku tidak belajar dari WIKIPEDIA, GOOGLE ataupun mana-mana search engine di internet.

1) Jam dianjakkan ke hadapan selama sejam dan lambat sejam hanya pada pukul 2 pagi dan pada hari Ahad di hujung bulan April dan Oktober, respectively.

Aku dapat tahu dari: masa aku berjalan kaki penat mencari di manakah Greenwich. Patah kaki woooo naik bukit yang letaknya jam Greenwich dan garisan GMT.

2) ASBO adalah akronim bagi Anti Social Behaviour Order. Bukan Disorder. Order. Maksudnya ianya adalah satu enakmen untuk klasifikasi jenayah juvenil.

Aku dapat tahu dari: teka-teka sendiri. Bila orang menanyakan aku (macamlah aku ni kamus bergerak) apakah maksud ASBO.

3) Cerita thriller SAW adalah nama pendek bagi penjenayah yang famous, iaitu JIGSAW. kerana setiap kali mangsanya mati, akan ada tanda jigsaw pada badan mereka.

Aku dapat tahu dari: cerita SAW V, boleh?

4) Untuk menyebarkan jangkitan virus, kita tidak perlu berdiri atau duduk sebilik dengan orang yang mengalami simptom jangkitan virus. Contoh: virus influenza. Cukup hanya passing by dengan orang yang tiada simptom langsung. Jika nasib anda antibodi tidak kuat, anda akan terjangkit dalam masa tidak sampai satu jam.

Aku dapat tahu dari: IKLAN DETTOL, di UK, dan cerita BIG BANG THEORY

5) yang ini aku kurang tahu, dan aku yakin kalau aku GOOGLE pun tak akan dapat jawapan yang tepat. Zaman Dinasour adalah selari dengan zaman ADAM atau sebelumnya? Fikiran aku katakan, selari. Sebab? Tentu kau sendiri boleh fikirkan?

Aku dapat tahu dari: bertanyakan Ustazah yang senantiasa berhujah melalui Quran dan Sains. Coolness!

6) Harga tiket kapal terbang pada awal pagi adalah sangat mahal berbanding yang di penghujung hari. Kerana, jika penerbangan awal pagi terlewat, ianya akan menganjakkan jadual penerbangan yang seterusnya. Yang menjadi mangsa? Penumpang-penumpang penerbangan yang paling akhir buat hari tersebut.

Aku dapat tahu dari: Pilotlah! eh silap, kawan kepada pilot :)


7) Harga tiket di dalam sesebuah penerbangan dikira melalui teori kebarangkalian. Jika anda seorang ahli ilmuwan matematik, anda akan tahu masa yang paling sesuai untuk membeli tiket kapal terbang. Bukan semestinya awal tahu? Jika anda yang paling terakhir membeli tiket, anda dapat untungkan 80-90% daripada tambang tiket penuh - jika anda pandai mengira.

Aku dapat tahu dari: Pensyarah Pengenalan kepada Perniagaan. dan juga seorang budak India yang suka sangat bercakap dengan aku pasal bab-bab berjalan-jalan ni.

Nanti kalau ada lagi, aku update ok?

----

*Hidup ini lebih ringkas tanpa IT bukan? Fenomena anak muda sekarang - Facebook. Lawak benar, siap menjemput Tokdet ke facebook? Siap ada buku Facebook (diorg gelar FB) for dummies. Ke mmg FB ini untuk dummies sebenarnya? Heh. Tahu tidak asal usul FB? Sila google ya? Aku tak masuk benda-benda macam ni. Maka, aku tidak perlu tahu :)

** Jangan marah, nanti kena jual! :D

Saturday, 25 October 2008

Photobucket kini sedang tersenyum

seorang sahabat memberi text kepadaku semalam.
aku baru sahaja dengar voicemail dari kau, ah! romantiknya kau.
kalau kau seorang laki, dah lama aku pinang engkau.
aku terharu tahu?

aku mcm pelik.
bila masa aku bagi voicemail kat dia?
dia kata voicemail itu ada lagu I'm Yours, nyanyian si Jason Mraz.
pastu ada bunyi aku nyanyi-nyanyi sebagai latar.
panjang voicemail itu adalah sepanjang lagu tersebut.

huh? bila masa aku terbagi voicemail itu?
mungkin masa tengah memandu.
hmmm... apapun dia kata dia terharu, ok?

ni bukan kali pertama perempuan cakap macam tu kat aku.
ada juga yang kata kalau dia ada anak lelaki, nak jadikan aku menantu (apakah?)
tapi kebanyakannya nak jadikan aku boifren mereka sebab aku boleh diharap, dan romantik (wtf?!)

teringat seorang sahabat itu suka sangat pegang tangan aku bila berjalan.
apa sedap sangatkah tangan aku ini?
ataupun dia kempunan kasih sayang seorang lelaki...
hahaha! bunyi mcm kami ini lesbo aje kan?

eyh, aku ni lurus orangnya.
dengan siapa lagi mahu ditumpahkan kasih sayang jikalau tidak pada sahabat bukan?
haih,ada-ada saja sahabat-sahabat aku ini, pelbagai ragam pula.
rindu kalian~

----

*tadi aku mimpi aku pergi ke majlis perkahwinan kawan sekolah rendah. sempat juga dodoikan seorang budak yang comel. haaaiii, anak sapa lah ni ye?

lawak.terkawal.

Photobucket kini sedang pandang-pandang, dengar-dengar

tanya seorang kawan.
kau ada blog? (atau belog?!)

aku kata tiada.
dia kata tipulah.
semua orang pun ada.

aku buat-buat mcm tak faham.
dia kata kalau tak beritahu orang, mcm mana org lain nak baca?

aku kata, aku menulis untuk diri aku.
bukan untuk orang baca.
jika ada yang membaca, itu kira bonus.
tapi jika ramai sangat orang baca, aku rasa tak selesa.

lawak ye?
aku suka blog hopping.
tapi tak suka orang jengah blog aku.
eyh bukan, tak selesalah :D

oh ye, ada beberapa fakta yang aku dan kawan aku bincangkan malam tadi, yang mana kebanyakan macam aku banyak tak tahu dan masih tidak tahu iaitu:

1) bintang yang kita nampak pada waktu malam sebenarnya sudah tiada. itu kerana cahaya bergerak melintasi vakum di angkasa agak lambat dan bergerak selama beberapa ribu tahun cahaya.

2) pluto adalah bukan sebuah planet. kerana ianya tidak mencukupi syarat mengelilingi orbitnya untuk mengelilingi matahari.

3) bintang yang mati kerana kehilangan hidrogen. ye, hidrogen lebih penting daripada oksigen. atomnya lebih ringan dan lebih stabil.

4) sejarah bunian masih diperdebatkan. dan bagaimana pabila kita melihat hantu itu adalah secara mata kasar, kerana hantu tidak pernah berada betul-betul di depan mata kita.

5) aku baru tahu ada dendangan dari penjara. daripada seorang banduan yang membunuh isterinya dan teman lelaki isterinya lalu menyerah diri untuk digantung. Sila google di youtube, "lagu penjara"

6) ada banyak gay di Malaysia (khususnya di Kuala Lumpur dan Jay Bee?)

8) Macam mana nak belajar jadi seorang juruterbang. Dan bagaimana hendak bezakan antara kapal terbang buatan Airbus dan Boeing. Mentang-mentang semua orang pun berkawan dengan juruterbang sekarang, kan?

9) Beza doktor lepasan local dan lepasan luar negeri. Mutu kerja satu-satu. Macam mana puaknya doktor-doktor yg berbeza tempat ini.

10) orang-orang Sarawak memang pushy. berlagak. perasan bagus dan perasan bagus. heh, yang ni aku dah tahu lama dah. aku tahu aku mmg racist ;)

eyh? selalunya kalau entry macam ni, aku letak kat blog lagi satu. tapi hari ini nak post kat sini. Aku peduli apa? Ni blog aku, suka hatilah aku nak taip apa kan? Heh.

Friday, 24 October 2008

jom.kahwin?

Photobucket kini sedang tenang-tenang

aku baru sahaja menerima sebuah walimatul urus dari seorang sahabat baik.
yang bila masa aku tinggalkan dulu untuk ke sini, dia masih tiada siapa-siapa.

kini sebuah cerita baru mahu dimulakan.
untuk dia, aku gembira.

sebelum itu, aku mendengar cerita yang lain.
sahabat (pernah menjadi baik) sewaktu di universiti dahulu sudah berkahwin.
aih, budak lelaki yang kukenal dahulu yang berkereta iswara berwarna perak.
yang sentiasa menjadi igauan para remaja (tapi sangat blur) itu telah menjadi suami orang.

yang menariknya aku mendapat tahu cerita dari surat khabar.
yang dikirimkan oleh sahabat perjuangan dulu.
kelakar ya?
tapi untuk dia, aku gembira.

lawak saja. bukan aku tidak pernah mengajak orang berkahwin.
kononnya sudah bersedia.
tapi rupanya hati ini tidak pernah rasa terisi.
hatta dengan siapa-siapa pun.
atau mungkin jiwa ini kalut.
takut apa yang bakal menanti di seberang sungai yang panjang dan bergelora itu.

mungkin nanti bila aku sudah kuat, akan aku katakan ayat ini (lagi?!):

Jom Kahwin? :)

sejarah.itu.berulang.lagi.

Photobucket kini sedang terjaga, mencuba untuk tidur kembali.

pagi! terjaga.
tahajjud ya? insha'Allah semuanya lapang dada.
terjaga. tidak tahu jam pukul berapa.
buka laptop. oh! pukul 4 pagi ya?

roh seperti berjalan-jalan lagi.
kali ini dekat aja.
jikalau boleh selang beberapa blok rumah.
padanlah tidak penat badan hari ini.

semalam berbicara dengan orang yang aku pernah sayang.
mahu berbuat kawan kata dalam hati.
dan seperti selalunya, ianya tidak pernah menjadi.

aku teringat sebelum aku kenal dengannya.
kau mesti berhati-hati dengan dia. dia itu baik tapi...
ayat selepas tapi itu buat aku tidak keruan.

bila sahaja jumpa, aku sudah membencinya.
ala, setakat poyo begitu, pakai hip hop begitu, tiada lagak doktor.
ye, dan emosionalnya tidak bertempat.

tapi orang kata, jangan membenci - nanti jatuh cinta.
asalnya aku lihat dia tidak mempunyai kawan.
hatta kawan serumah pun tidak sebulu.
terus aku jadi kesian.

aku kata, biar aku temankan?
kau mahu apa, katakan.
aku akan buat hidupmu bahagia.

aku mahu jadi malaikat pula ya?
kepala dipijak, tapi aku masih di sana.
memberikan sekadar apa yang ada.

dan dia adalah dia.
seperti mana yang telah diceritakan dulu.
hanya baik dengan sesiapa yang dia mahu baik dengan.

tidakkah dia terfikir melalui aku, dia diterima?
tidakkah dia bersyukur melalui aku, dia hidup bahagia?
tapi dia masih hidup di dalam hidup tanpa realitinya itu.
masih berpijak di alam virtualnya itu.

apakah aku sudah menariknya supaya jangan pergi ke situ?
tapi dia adalah dia.
yang tidak boleh diubah, yang harus dibiarkan.
itu bisik teman-teman sebelum aku.

ah! bila sampai sahaja waktu begini, kukatakan pada si teman-teman.
bagaimana aku boleh jatuh pada dia ya?
teman dengan sinis berkata, kau pun kena juga ya? bukankah sudahku bilang?

mungkin dia belum lagi menjadi seorang manusia bertanggung jawab.
masih beremosi tatkala berbicara tentang teman.
dia buta dalam berkawan.
mungkin dia katakan aku sunyi, itu sahajalah temanku kini.
walaupun teman-temannya tidak pernah sesuai dengannya.

ah! kau tahu apa? ujarnya.
semua kawan-kawan aku pun kau tiada suka.
ataupun kau tidak pernah sadar akan yang itu?
buta dek kesunyianmu itu.

kau katakan kami yang di dunia realiti ini tidak ikhlas.
aku cabar kau bawa kawan-kawan virtual kau masuk ke dunia realiti.
aku mahu tengok mana yang kekal dengan kau?
untunglah aku di sini memerhati kau dari jauh.
kau tidak pernah sedar bukan?
kerna kau hanya mementingkan segalanya di dalam poket seluarmu. dan kosong hatimu.

ah! buat mati neuron berfikir tentang kau.
yang aku tahu tidak mampu menyelesaikan apa-apa.
dengan kawan-kawan imaginasimu bolehlah kau bermadah cuma.
dengan yang kami-kami ini tanggung jawabmu di mana?

apa-pun yang telah kukatakan padamu, jangan anggap sebagai kritikan.
anggaplah ia sebagai motivasi untuk maju ke hadapan.

ye, kerna kau baik - tapi....

----

*bila ramai teman-teman berceritakan masalah begini padaku, aku jawab why am i not surprised? dan kenapa mesti datang mengadu padaku?

Thursday, 23 October 2008

Nasi.dagang.gulai.darat.

Photobucket kini sedang menonton KEKASIHKU SERU. HoHoHOho.

Hari ini rasa sangat lapang dada.
Walaupun jalan terhincut-hincut di makmal tadi.
You're limping. Poor you!
hahaha! aku gelak aje.
padan muka.
nak berpeluh tidak mahu stretching.
geget karang.

perutku tiba-tiba mengidam.
eh bukan itik panggang.
bukan juga nasi goreng pattaya mahupun bihun ladna.
aku mengidam makan nasi dagang dengan gulai darat.

wahhhh! orang selalu cakap aku nih orang pantai timur sebab aku suka sangat masakan dari sana.
Saya orang Malaysia ya?
Semua pun saya suka terutamanya nasi kerabu.
Tapi oleh kerana hari itu sudah lepaskan kempunan, kali ni kita mahu cuba pula nasi dagang ya?

Nasib baiklah ramai orang terengganu di sini.
Bolehlah menuntut sebanyak yang mungkin.
Itulah untungnya belajar jauh-jauh.
Nak makan apa aja, kena belajar masak, bukan main tunjuk aja.

Selalunya aku akan rekrut adik-adik untuk jadi tukang potong/tukang kacau/tukang sembang.
Masak ramai-ramai ni bagus.
Selain beramal dapat juga turunkan ilmu pengetahuan.

Ada tetamu akan datang dari jauh.
Mungkin akan buat majlis keramaian sikit-sikit.
Tengoklah setakat mana yang termampu.
Tapi buat masa sekarang, kita makan appetiser dulu! :D


*Seronoknya mahu masak! Bak kata Supermum, cook can ease stress :)

Wednesday, 22 October 2008

tiada.tajuk.

Photobucket kini sedang menonton TV (sambil menaip blog)

semalam sempat juga lena untuk beberapa jam.
bangun sahaja langsung tidak boleh berdiri.
apatah lagi kalau berjalan.

muscle spasm. sudahku agak semalam.
kakiku betul-betul kejang malam tadi.
sudahku agak paginya akan jadi begini.

cuti satu hari! bisik hatiku.
seronok sahaja seharian di atas katil.
habis terus baca novel yang diberikan oleh sahabat (baru sahaja tahu itu karya Hlovate).

awal pagi tadi aku bangun awal.
lebih kurang 3 jam selepas lena.
rasa segar, kerna pusingan REM tidurku sudah cukup.

atau mungkin kerna mimpi tadi?
aku lihat bulan penuh di atas tasik.
besar, ya Allah. dan bersinar.


sinarnya menyinari sebuah kampung.
mulanya aku yang sedar dahulu.
kemudian aku terus berkejar ke tasik itu.

walaupun terang, sinarnya tidak menyilau.
ramai juga yang datang melihat keajaiban itu.
mana pernah lihat seolah2 bulan itu terapung-apung?

jaga sepanjang tadi langsung tidak teringat akan mimpi tadi.
pabila mahu bersedia untuk tidur, tiba-tiba ingatan itu kembali.
Aku googlelah tafsir mimpi itu, apa lagi?

habis satu fail aku jamah.
katanya tafsir berdasarkan hadis. wallahua'lam.
katanya aku akan bersusah hati.
kerna dikatakan aku telah nampak bulan itu jatuh (apakah maksudnya jatuh? jatuh tenggelam ataupun jatuh dari langit?)

entah. aku sekadar mengisi tanda tanya dalam kepalaku.
mahu percaya atau tidak, aku serahkan pada Allah.

Aku juga bacakan yang ini:

Abu Ali Hamid bin Muhammad bin Abdullah ar-Rafa`memberitahukan kepada kami, dari Muhammad ibnul-Mughirah, dari Makki bin Ibrahim, dari Hisyam bin Hasan, dari Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,
“Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak pernah dusta. Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan satu bagian dari 46 bagian kenabian. Mimpi ada tiga macam: mimpi yang baik sebagai berita gembira dari Allah ‘azza wa jalla, mimpi seorang muslim yang dialami oleh dirinya sendiri, dan mimpi sedih yang berasal dari setan. Jika salah seorang di antara kamu mengalami mimpi yang tidak disukai, janganlah menceritakannya kepada orang lain, bangunlah, kemudian shalatlah.” (Muttafaq ‘alaih)

apa-apa pun, aku berharap sinar bahagia itu akan datang juga. bukan sahaja dalam hidup tapi dalam pelbagai perkara. minta ditenangkan hati dan dimudahkan jalan serta dimurahkan rezeki. itulah yang lebih afdhal bukan?

penuh.tapi.tak.berapa.penuh.


Photobucket kini sedang melihat jari manisnya bengkak kebiruan

Malam terang. Bintang penuh.
Dapat juga aku mengenal di mana buruj pari.
Ada juga bintang yang berkelompok sendiri.
Mungkin mahu sendiri agaknya.

Aku pulang lewat malam ini.
Atau patut aku katakan awal pagi?
Jarang benar aku begini.
Alhamdulillah, kawan bergembira ada juga.
Selalunya kawan sedih aja yang ada along the way.
Hati pun mahu bergembira juga bukan?

Seronok benar aku malam semalam (sebab sekarang sudah awal pagi)
Seronok sampaikan jariku bengkak dan kakiku kejang.
Seronok sampaikan aku sampai ke rumah, penat yang bersisa kubuat tak endah.
Seronok.

Terima kasih ya Tuhan kerana gembirakan aku.
Walaupun hidupku tidak berapa menarik sejak kebelakangan ini.

Mungkin distress itu sudah pergi agaknya?
Mungkin untuk malam ini sahaja.

Senyum awak, senyum itu indah bukan?
Terima kasih sahabat, kerana menemani. =)

Monday, 20 October 2008

mari.mengira.

Photobucket kini sedang berusaha untuk tidur.

Hari Jumaat - bekerja seharian suntuk. Malamnya berbuka puasa dan menjamu sahabat datang dari jauh. Tidur lena hanya 5 jam. Yang lain? Guling-guling.

Hari Sabtu - bekerja selama 5 jam, yang lain bersosial, tonton wayang hingga pukul 2 pagi Ahad. Tidur lena hanya 3 jam. Yang lain? Guling-guling.

Hari Ahad - bersosial sepanjang hari. Tika malam, bersedia untuk tidur. Guling-guling. Hingga kini?

Masih terkebil-kebil.
Makan ubat bagi mengantuk. Checked.
Makan 2 toast wholemeal + cheese. Checked.
Air panas. Checked.
Tengok Samantha Who? Checked.
Tulis blog. Checked.

Masih tidak boleh tidur. Esok meeting. Tapi malas berbuat apa-apa.

Membuka sebuah kotak hikmat. Yang di dalamnya terdapat banyak kenangan indah. Aku mahukan itu. Aku tahu aku mahukan itu.

Tarik satu baju. Tenung dalam-dalam. Memori itu datang lagi.

Mungkin dengan memori itu aku boleh lena. Harap-harapnya.
Distress. Sila pergi jauh ok?
Kenangan. Mari datang bantuku?

Saturday, 18 October 2008

dia.datang.

Photobucket kini sedang sedikit jiwa kacau

Dia datang, spontan sahaja kata-kata seorang sahabat di sebuah majlis keramaian.
Aku buat-buat tidak dengar.
Malas mahu ambil tahu.
Tamu di hadapan harus dilayan sebaik mungkin.

Aku nampak matanya melilau juga cari aku.
Agaknya menuntut janjiku 3 hari yang lepas mungkin.
Maaf, aku lupa.
Dan yang pastinya aku tiada masa bertemu denganmu.

Aku buat-buat sibuk.
Baru kusedar pipiku jadi merah.
Darah tersirap ke muka.

Tanpa melihat aku tahu jiwanya kosong.
Mahu dibelai.
Mahu dilihat-lihat oleh orang ramai.
Dan dia masih berdiri di situ.
Buat tak tahu.

Tanpa melihat aku tahu dia sedang pandang aku bercerita.
Masih berdiri di situ.
Minta aku sapa.

Dalam hatiku berkata, Kau siapa untukku ke situ?
Kau mahu aku kembalikan senyum di hatimu lantas tinggalkan aku terkapai-kapai?
Kau mahu aku sulam kasihku padamu kembali supaya kau hidup dengan lebih sempurna?
Kau kini, siapa?

Aku tahu aku boleh kembalikan senyumnya.
Aku tahu akulah kunci hatinya untuk kembali gembira .
Aku pinta padanya jangan disebut sejarah itu di mana-mana, simpan buat diri sendiri.
Seperti budak kecil, dia mengangguk dan bermonolog sendiri.

Tapi jauh di sudut hati, hatiku rindu keadaan dulu.
Tatkala bila wajahnya muram, ku lakarkan senyum di bibirnya untuk tatapan sepanjang hari.
Jikalau boleh melompat dia tanpa henti.
Aku tahu, aku mahu.
Dan aku tahu, aku mampu.

Tapi secebis hati aku menjawab, aku tidak mampu untuk kembali kepada semua itu.
You have to be cruel to be kind
Walaupun pada diri sendiri
Walaupun pada hati sendiri

Kerna dia, yang aku tahu - hanya perlukan peneman.
Yang membuatkan elok hidupnya, elok kisah hatinya.
Aku sudah jalankan yang itu, biarlah daya aku menjadi imaginasinya.
Biar dia lebih menghargai hidupnya tanpa aku.
Bukankah dia sebenarnya sudah memilihkan yang itu, sedari dulu?

Bukan dia tidak gembira.
Aku tahu, sahabat-sahabatnya ada sahaja ke mana kakinya melangkah.
Selepas tidur, ketika makan, sebelum tidur - perempuan-perempuannya tetap di situ menemani.
Apa lagi yang dia minta?
Atau, apa lagi yang dia cuba buktikan?
Ah, lakonan dia ini tidak pernah menangkap hatiku untuk kembali padanya.
Aku bukan si bodoh yang dulu.
Aku bukan si orang-orang yang korup hatinya itu.

Dia masih berdiri di situ.
Yang dia tahu, aku akan melaluinya dan menyapanya.
Strategik betul tempat yang kau pilih itu.
Tapi hatiku lebih kenal dirimu, bukan?
Dan kau ternyata hampa atas rancanganmu itu.

Maaf ya? Bukan niat untuk berlaku tidak adil.
Kerna aku tahu kau telah gembira dengan jalan hidupmu, apapun yang telah kau pilihkan.

rewang.rewang.

Photobucket kini sedang bertafakur

pukul 5 pagi. Terjaga.
kuat betul roh aku berjalan pagi ini.
pelik.
asyik jumpakan orang-orang yang aku tidak pernah terfikirkan.
kawan-kawan sekolah rendah.
malah pakcik jaga kat sekolah pun ada.

hmmm... sebenarnya rindu si abang kacak-brutal-tapi-hati-baik yang berada di Labuan.
apalah nasib mamat tu sekarang.
nak kumpul duit untuk kahwin agaknya.
Jurutera minyak, mestilah kaya bukan?
Heh, ke situ pulak perginya.

====

Semalam selepas sahaja habis kerja di makmal, aku menelefon seorang sahabat.
Bagaikan telepati, jiwaku mengesan rohnya yang kurang tenteram itu.
Dia mengadu akan rasa isi hatinya.
Dia rasa dia tidak sanggup lagi belajar di peringkat tertinggi ini.
Bagaimana? Tanya dia.
Apa? Aku yang kau tanyakan? Aku balas.

Kau kan yang paling cool. Tidak pernah tunjukkan masalah walaupun di jiwa kau ada.
Aku senyum sendiri.
Siapalah yang faham aku ni ya?

Masalah ini serius.
Aku pernah juga fikirkan yang itu.
Mahu berhenti dan buka sahaja kafe dan bakery.
Impian sedari 14 tahun.

Tapi hidup harus terus.
Berbekalkan nasihat Abah semalam yang tidak pernah aku jangka dan aku minta, aku kena teruskan perjalanan ini.
Dan itu juga yang aku nasihatkan pada si dia.

Dan semestinya kaki ini juga harus melangkah dengan lebih kuat ya?

Friday, 17 October 2008

masih.tiada.perasaan.

Photobucket kini masih sedang merangka-rangka masa depan.

adik: Long, papa merajuk. Dia kata nape tak call, tak text dia?
aku: ala, Long busylah, dengan kerja makmalnya, dengan tidak sihatnya.

5 minit kemudian aku text Abah

'Selamat Hari Raya (sbb dah puasa Enam). Apa cerita di Kuala Lumpur?'

Abah jawab: Sini baik, kenapa dah lama tak keep in touch?

Aku: Errr, busy dgn kerjalah, pergi awal pagi, balik lewat petang. Lagipun masih tak sihat.

Sila baca lagi... (saya memindahkan blog ini ke blog saya yang lagi satu. RSVP only, kerana yang bakal dikatakan ini sangat peribadi. Jika mahukan password, sila message saya di blog yang lagi satu)

tidak.berperasaan.

Photobucket kini sedang memikirkan masa hadapan.

Jumaat pagi.
Selalunya hari-hari begini yang aku nantikan.
Tapi tidak hari ini.
Sedari masuk waktu tidur kepada waktu bangun asyik mimpi buruk.
Roh aku melalui zaman aku bersekolah dahulu.
Sempat juga roh aku membeli goreng pisang dekat gerai makcik Tijah.
Eh, aku tidak tahulah nama makcik itu. Taram ajelah.
Sempat juga bertemu seseorang yang aku tidak pernah mahu teringat pun. Ironi.
Mungkinkah ada roh yang mengikuti aku pulang lewat dari makmal semalam? Aduhai...

Bangun pagi sahaja jiwa jadi tidak tenteram.
Kenapa ya?
Semalam sudah kumaafkan semua orang sebelum tidur - petua untuk jadi gembira dan tidur lena.
Tapi mula sahaja hari ini, rasa tidak mahu maafkan orang yang pernah kutuk-kutuk belakang/tipu/fitnah dan aniaya aku.
Mungkin juga aku rasakan hidup belajar di peringkat tertinggi ini satu beban yang tidak boleh aku laksanakan.
Makin lama makin susah.

Makin tidak larat ni. Jiwa aku kosongkah?
Ataupun beban kerja menambah?

Parah, parah.
Mana mahu cari ubat ini?

Thursday, 16 October 2008

tenung.merenung.

Photobucket kini sedang berehat-rehat.

dulu waktu kecik aku suka tengok sebarisan semut pada dinding.
aku kagum. macam mana si semut boleh berjalan ikut barisan?
macam mana semut datang bila ada manisan?

tu masa kecik-kecik la...

masa aku berumur 4 tahun, Abah kata aku dah pandai baca surat khabar kuat-kuat.
Kalau abang aku pergi sekolah, aku pun nak ikut sekali.
Pastu muntah-muntah kat sekolah dia, terus tak jadi pergi dah esoknya.

Masa aku umur 6 tahun, Abah belikan aku satu set ensaiklopedia.
Masa tu aku suka sangat sistem solar.
Binatang pun aku suka.
Masa tu aku nak jadi saintis la konon.

Mula dari itu, aku sukakan ilmu pengetahuan.
Suka tengok Discovery Channel, suka baca ruangan sains.
dan aku juga sukakan puisi.

Oleh sebab itu juga, aku tahu kenapa semut berjalan dalam satu barisan.
dan sebab itu juga aku suka peningkan semut-semut tersebut.
mereka bergerak kerana pheromone, deria bau.
aku selalu akan gosok-gosok pada dinding tempat laluan semut sebelumnya supaya semut selepasnya pening-pening mencari arah.
hahaha! aku suka! hypothesis masa kecil aku sangat berjaya!

aku juga sudah katakan aku gemar sistem solar?
tapi sehingga aku berumur 21 tahun barulah aku tahu di mana letaknya bumi di bima sakti (milky way).
dan bagaimana hendak mencari buruj di langit.
dan kenapa bulan September untuk buruj Libra dan bukannya Scorpio.
Terima kasih kepada Universitiku kerana memberikan ilmu ini.

cuba teka di manakah bumi?

====

orang kata lagu yang kita tak pernah dengar, bila didengarkan terasa bagaikan virus.
lepas dah dengar sekali, kepala otak nak juga dendangkan lagu tersebut, walaupun tak tahu lirik.
aku tahu, macam virus.

lagu yang sedang bermain-main dalam kepala aku hari ini adalah.... jeng jeng jeng...

Dia adalah seorang minah Glasgow (aku tahu, aku ada semangat Scottish di sini) :P Tu sebab aku sukakan dia. Sebelum ni aku minat KT Tunstall, dan juga si lelaki yang bikin aku tunggang langgang, si Paolo Nutini. Tu tak masuk lagi Si James McAvoy. Semuanya Scottish. Aku sekarang punya crush pada seorang mamat Scottish juga. Aih, bukan-bukan aje yang aku fikirkan sekarang.

Eh, aku juga sukakan lagu ini juga. Tapi tak boleh di download di mana-mana kerana lagu ni khas untuk iklan ini sahaja. Darn~!



====

*hari-hariku semakin sibuk. baru sekarang aku rasa cuak. rasa mcm nak dapat PhD aje esok :))
doakan hari-hari yang mendatang ya? Terima Kasih :)

**dan ya, seperti yang telah kuagak, badanku lenguh-lenguh hari ini dek kerana pilates semalam. Aduhai... Bangun pagi pun terasa malas.

***Kawan-kawan makmal tahu aku berkereta ke sekolah. Siap tahu selalu parking di mana. eyh? siapa stalk aku ni? Macam mana nak lay low ni?

Wednesday, 15 October 2008

dia.buat.saya.senyum.

Photobucket kini sedang sibuk membaca, oh peningnya!

I'm gorgeous, and he's stupid.
Aku ambil dari ayat-ayat novel karya saudara hariry.
Tak, ayat pertama itu aku ubah. heh.

Sakit kepala betul hari ini.
Berpuasa sudah lengkap hari kedua.
Tidak sabar mahu menghabiskan kesemuanya.
Selepas berbuka tadi aku melihat-lihat bagaimana caranya untuk berpilates.
tiba-tiba teringat pula senaman ringan yang kami buat sebelum bermain bola jaring.
Hmm... lama benar tidak bermain. Sampai semput dada berkarat dek kerana lemak menyelaputi arteri.

Walaupun aku rasakan aku mampu untuk membayar yuran untuk ke gimnasium, tapi aku tahu aku seorang yang hangat-hangat tahi ayam. Hari ini meninggi semangat ke sana, esok lusa?
Oleh kerana aku sudah punya beberapa peralatan kecil di rumah, tidak salah jika aku belajar pilates sahaja bukan?

Aku jengah ke sebuah site yang sungguh berinformasi. Di sinilah aku belajar bagaimana mahu membuat Apple Crumbles, Banoffee Pie dan Pavlova. Pernah juga di suatu masa yang bosan aku melihat-lihat bagaimana caranya untuk survive dalam perhubungan cinta. Lawak betul.

Di sini aku belajar lebih lanjut bagaimana untuk berpilates. Tegang juga rasa otot-otot peha dan perutku. Dan habis sahaja sejam, aku rasa sungguh penat dan sakit-sakit. Mungkin esok pagi lagi sakit agaknya. Seronoknya pilates ini adalah ianya pergerakan berstruktur. Mesti selari dengan pernafasan dan postur badan. Dan tidak perlu bersusah payah. Jika tiada tikar getah untuk bersenam, gunakan sahaja sejadah yang ada :)

Berbalik kepada novel tadi. Aku rasakan novel ini bagus. Aku boleh agak si penulis adalah seorang yang jiwa-jiwa, dan nerdy. Dan bijak. Dan mahu menjadi seorang doktor. Ataupun seseorang dalam keluarganya adalah seorang doktor. Karyanya membuatkan aku teringatkan seseorang.

*senyum sendiri*

Aku mahu sambung membaca. Kepala aku sedikit pening. Sikit lagi mahu tidur. Esok berpuasa lagi insha'Allah.

Esok adalah hari yang sungguh sibuk. Moga-moga semuanya lancar.

*saya tidak kenal siapa si hariry nih, siapa dia eh?entah. Tapi wajahnya seperti seorang kawan lama. Saudara dia kot?

Tuesday, 14 October 2008

tekad.

Photobucket kini sedang mencari-cari

aku ingin berbuat sesuatu.
apa-apa aja.
mahu ke gym.
mahu membeli-belah.
mahu sewa rumah lagi besar.
mahu berjalan-jalan.
mahu potongan rambut yang baru.

tapi semuanya perlu duit.
bagaimana ya?
apa-apapun, aku sukakan perempuan ini.

comel. rasa mcm nak gigit.
aku tahu. aku suka tengok perempuan lawa.
tapi jenis yang tak seksi dan tak perasan yang dirinya lawa.
suka tengok sampai rasa macam nak makan.
nak gigit.

hmmm... tapi aku sayangkan rambut panjang-tapi-tak berapa-panjang ni.
tapi aku mahukan perubahan.
macam mana ya?

aku.pelik.

Photobucket kini sedang berempati...

aku pelik dengan anak-anak muda Melayu zaman sekarang.
aku tengok cara bersosial sudah lain.

aku terbaca seorang blog hamba Allah ini.
dia kata, untuk ubati stress, dia ke club, bersama kawan-kawannya.
tak buat apa katanya.
ala, minum air pepsi pun boleh apa di sana.

kenyataan ini juga datang daripadanya.
"orang pergi clubbing sekarang untuk bersosial, tempat di mana open-the-bottle tak seteruk di luar negara"
aku tengok gambar2 mereka di luar kelab sahaja, teruknya! ramai anak Melayu (yang pastinya 'mengaku' Islam) yang gah bergambar sana-sini.

aku sudah silap zamankah?
ke aku yang ketinggalan zaman?
jika ya, aku syukur kerana tidak melalui yang itu.

aih, kemudian mereka lepak pula di kedai-kedai mamak 24 jam.
bersembang hingga dinihari.
itu pengelak stresskah?
yang kamu cari-carikan itu?
jika ya, mungkin kamu sudah ketemu ubat anda.

aku pelik, kini ibu negaraku sudah menjadi tempat yang bukan lagi aku kenali sedari kecil dulu.
penuh dengan orang yang kononnya mahu mencari diri, mencari rezeki.
tapi berpelesaran sana sini. buat onar berduri.
bila ditanya, orang mana?
Damansara, Pee Jay (OMG?!), Sunway, Bangsar dan Hartamas.
Bangganya mereka.
Gahnya status mereka.
Buat aku mahu muntah.

Serius. aku sakit dengan semua ini.
Buat aku lagi tidak mahu kembali.

kosong.penuh.

Photobucket kini sedang merindui

sering orang bertanyakan aku, di manakah hidup yang lebih selesa?
di sini atau di sana?*

sejujurnya aku lebih suka duduk seorang diri di sini.
di sana terlalu penuh untukku.
walaupun terkadang rasa kosong di sini, tapi aku yakin aku boleh hidup.

di sini kurang stress. kerja teratur.
di sana kerja lebih beban. stress pun menambah.

di sini udara lebih bersih. tak sesak sangat.
di sana semuanya buat sakit kepala.

di sini, insha'Allah aku boleh hidup.
di sana, boleh hidup juga, tapi hati rasa kosong.

di sini pun rasa kosong juga. tiada keluarga, tiada sahabat baik.
di sana, walaupun ramai yang itu, belum tentu boleh berjumpa selalu bukan?

====

aku sebenarnya tidak mahu pulang.
mahu kerja di sini, mahu membuat dan membesarkan keluarga di sini.
walaupun aku bermula dengan diri sendiri, tiada apa-apa, aku rasa aku lebih hargai apa yang ada di sini berbanding yang di sana.
aku faham, di sana aku ada segala-galanya.
aku faham, di sana aku boleh dapat apa saja.
tapi jiwa aku terarah ke sini.

aku dah merancang hidup aku seterusnya untuk 10 tahun yang akan datang.
terpulang pada si Dia untuk menentukan.
tidak sabar menanti 10 tahun aku.
yang akan menjadikan aku lebih dewasa, insha'Allah.

usah risau, jika aku rindu kalian semua, perjalanan 13 jam merentas benua akan aku tempuh juga. Tapi sebenarnya, aku lebih suka jika kalian datang kepadaku. Akan aku tunjukkan seronoknya hidup di sini berbanding yang di sana.

ini adalah ruang tamu kegemaran aku, jika aku dapat beli sebuah apartment untuk hidup sendiri. aduhaiii... di mana boifren Swedenku?


*di sini - luar negara, di sana - tanah airku.

andai.

aku sering berdialog dengan hati sendiri.
kerana aku tahu aku sahaja yang tidak pernah bosan dgn diri.

aku selalu sahaja tanya pada diri.
andai aku boleh jadi kecil kembali apakah yang aku akan ubah untuk hidup aku dan keluarga aku.
apakah yang aku akan ubah untuk dunia ini jadi kembali aman ketika dahulu ianya dicipta.

masa kecil-kecil dulu aku selalu fikir mungkin dunia yang aman adalah syurga bagi kita sebenarnya.
kecil-kecil dah pandai fikir begitu. heh.

jawapan yang selalu aku beri pada soalan tadi.
macam mana yang telah aku lakukan sehingga hari ini, itulah yang bakal aku lakukan sekali lagi.

sebab? aku tidak boleh ubah siapa diri aku.
mungkin boleh membuat anjakan paradigma sedikit demi sedikit tapi tidak semuanya.

eh, tiba-tiba aku kepingin sesuatu. serunding kelapa nenek, daging lada hitam mama, dan prosperity burger kat McDonald tu. heh. aku laparlah.

andai kembali. andai aku diberi peluang untuk kembali ke umur yang lampau. aku minta untuk kembali ke umurku 14 tahun. kenapa? kerana pada waktu itu:

  • aku sangat rajin dan pintar, dan suka membaca
  • sangat aktif dalam sukan, and i weighed only half from i do now.
  • aku belajar bercinta. dan masih boleh belajar dengan jayanya.
  • kawan-kawan aku sangatlah baik, rapat, setia dan pandai-pandai belaka. alhamdulillah sampai sekarang masih berkawan baik dan rapat.
  • aku kembali menyanyi.
  • hampir-hampir berhijrah ke Australia tapi tiada rezeki oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
  • melihat adik-putih-gebu-yang menjadi tumpuan ramai membesar.
  • aku mula belajar untuk menjadi dewasa, dan berfikir matang sebagai seorang dewasa.
banyak lagi sebenarnya tapi tidak dapat mengingat yang seterusnya. andailah kan. hmmm...banyak pula nostalgia yang datang tatkala duduk seorang diri ni.

====

*habis dah, tadi aku baru aje tengok cerita Joe&Faridah di youtube. Walaupun cerita ni pendek aje (dan biasa-biasa saja), tapi ada dua konklusi yang hebat pasal hidup. Rasanya semua pun dah tahu kot:-

1) benda yang baik atau buruk dalam hidup bergantung kepada interperasi seseorang. Tak semestinya benda itu baik sebab kita nampak benda itu baik. Dan bukan semua benda kekal dalam dunia ni kan?

2) kebetulan yang terlalu kerap terkadang memberikan hint dalam mereka yang masih mencari arah. Then again, kena bergantung kepada interperasi individu itu sendiri, bukan?

Photobucket

Monday, 13 October 2008

saudari.ini.


dia sudah katakan segalanya.
moga kita semua dapat menjadi sepertinya.
mari sama-sama?

kredit buat si aisyah ;)

ke.jalan.yang.terang.

cahaya matahari memancar ke meja belajarku.
sedap-sedap sahaja cahaya itu.
tidak lebih tidak kurang.
sedap-sedap.

teringat sahabat ke kelas bersama-sama tahun pertama dahulu.
dia kata, jika mahu diturunkan hidayah ketika belajar, selalulah duduk di tempat yang sama setiap kali.
dan semestinya, du'a harus diselitkan sekali.
dan benarnya, dia membuat begitu.
kerap sekali. dan dia berjaya.
Alhamdulillah.

hari ini aku mulakan pada awal dinihari.
tika orang masih berselubung selimut tebal.
ada kerja yang mahu disiapkan.
dan nyatanya pengorbanan tidurku itu membuahkan hasil.

enak ya mencicah rasa berjaya yang dititiskan oleh peluh sendiri?
lebih seronok jika ia menjadi motivasi bagi diri.

apa ya cerita sahabat-sahabat rapatku di situ?
tiba-tiba teringatkan kamu, kamu dan kamu.
aih rindu ini. pergi jauh-jauh.

hidup harus terus, bukan?

Sunday, 12 October 2008

pedas.sangat.ke?

Photobucket memberi respons

Sahabat 1:
personaliti kau di luar lain, bila di telefon lain, chatting juga lain, di blog lain, di flickr juga lain.
aku mahu ikut mana satu ya?

Sahabat 2:
pedas sangat kata-kata kau ini. dari aku yang tidak ada apa-apa pun boleh terasa.

Sahabat 3:
aku tahu kau kuat. tidak perlu berbuat begini. apa signifikannya mereka pada hidup kau? buang masa tahu?

*dari mana kamu korek blog baru aku ni? Gila apa. Eh? dari blog lama aku eh? ceeehhhh...

Penerangan ringkas dari saya:
1) berblog membuatkan saya kurang stress. Saya yakin stress itu berada di mana-mana. dan saya sedang mencari escapism. berblog di blog baru membuatkan saya ketagih. Nantilah, saya cari escapism baru k?

2) my shrink kata jika berblog dapat melepaskan perasaan, i just should keep it up.

3) saya memang sangat-sangat happy di luar. Suka sahaja senyum. peramah. suka buat lawak. brutalis. (aku tahu aku tak ayu). Di mana pula saya mahu menjadi jahat? Di sinilah. Escapism ye tuan-tuan dan puan-puan.

4) akan sampai satu masa aku tinggalkan blog ini juga. tidak, aku tidak akan delete blog ini. Biarlah siapa2 yang makan cili tu rasa pijar sampai ke otak. I wont budge. Kata liberal, tapi sebenarnya dalam hati tu nak jadi Nazi. heh.

5) Aku tahu aku sarkastik. Tunggu aku tua sikit ye? Kau nak tunggu ke? Aku tak suruh pun...

**Aku tak tahu pun kat Perak ada Kota Bharu ;))

ada.apa.dengan.hati.dua.

aku ada satu soalan (atau mungkin dua, atau tiga).
semalam aku lihat-lihat di flickr tempat aku berkarya.
sambil-sambil mengemaskini gambar terbaru. (aku tahu aku takde life, heh)
aku tengok-tengok.
ada orang klik gambar lama aku yang ada gambar aku.
aku? yang tak banyak dalam flickr sendiri.
aku pelik. siapakah gerangan yang tengok aku berkali-kali itu? heh.

aku tahulah.
mungkin orang tu rasa insecure kot.
dia dulu berkata dengan gah sana sini aku kacau dia.
bercerita dengan kawan sana sini bezanya aku dengan dia.
tapi dia sebenarnya rasa cemburu.
tapi tidak pernah mengaku.

aku tiada kisah.
kau mahu lihat berulang kali, lihatlah.
kau mahu membanding, bandingkanlah.
kau mahu bercerita, ceritalah.
kau mahu menangis, menangislah.
kau mahu mengadu, mengadulah.
aku tiada kisah.

kau masih yang dulu bukan?
yang saiko. yang suka menyibuk.
walaupun orang menyampah dengan kau.
kau masih buat-buat tidak mengerti lagi?
mungkin mereka itu polite.
mungkin mereka mahu menjaga hati.
tapi bukan dengan aku.

kau gali kuburmu sendiri bukan?
sudah pergi main jauh-jauh.
di sini bukan taman permainanmu.
bukankah padangmu jauh nun di sana?
yang besarnya hanya sejengkal cuma?
mungkin kau lihat rumputku jauh lebih hijau dari yang ada.
mungkin kau mahu bergolek juga.
kau paksa, kau paksa untuk orang terima.
bukankah tempat ini untuk jemputan RSVP sahaja?
sudah kukatakan, tempatmu di sana.
di sini ruang untukmu tidak pernah ada.

heh.

aku masih tidak kisah.
kau bikin sahajalah apa saja yang kau suka.
asal kau puas hati.
bila sudah puas, bagitahu ya?
No sour grapes k?

heh.
Photobucket

ada.apa.dengan.hati.satu.

Telefon berdering.
Ah! pukul 8 pagi.
Mari bersarapan di sini? ujar seorang sahabat.
Apa? 8 pagi? Hari Ahad? Aku mamai.
Baiklah.

Sarapan yang sangat berat.
Semua pun ada. Masakan kampung, yang barat pun ada.
Ada apa keraian?

Tiada apa. Cuma mahu bersama.
Seronokkan berkumpul begini?
Tidak ramai pun.
Berapa sahaja yang masih single dan muda seperti kami ini?

Teringat aku di Malaysia.
Jika di rumah, akan ke kedai makcik jual nasi lemak.
Makcik! nasi 6, sambal lebih, semua lauk ayam ye?
Kemudian singgah di kedai membeli roti Gardenia.
Di rumah sudah ada orang hantarkan Mingguan Malaysia dan Berita Minggu.

Jika di universiti dulu, selepas subuh sudah ke kedai mamak.
Mamak! Tosei satu, teh tarik kurang manis satu! (sambil bersin bercakap BullShit)
mana ada dalam dunia ni teh tarik kurang manis? heh.
sebab itu fungsinya ada air suam satu cawan. eh lupa order ke tadi mamak? soriiiii...

Hari Ahad memang selalunya indah.
Terima kasih ya Tuhan kerana memberikan nikmat matahari kepadaku.
Nikmat kasih sayang pada yang tidak melupakan.
Nikmat rindu-rinduan.
Alhamdulillah.

*Saya rindu bangun pagi bagi morning kiss pada awak... :)
Photobucket

Saturday, 11 October 2008

sayang.tak?



itu soalan yang diajukan kepada aku tadi.
kenapalah orang suka tanyakan soalan perangkap macam ni.
kena bagitahu pada orang ke yang aku sayang?
aku cium tak cukup ke?

mana yang bagus? sini ke sana?
kau ingat aku ada 2 bini ke apa?
kenapa mahu membanding?
aku sayang dia. aku sayang kamu.
cukup.

dia kata aku punya daya magnet.
menarik orang tepat ke hati.
apa salah aku?
modal senyum sikit? modal hati jujur?

sun-nishka, gelaran terbaru aku.
oh, sahabat baik itu yang sungguh cantik dan peramah.
suka sangat panggil aku comel.
kamu cantik ok? tak terbanding dengan aku ni.

hari ini aku lapang dada.
cukup puas kasih sayang hari ini.
si dia memandangku dari jauh. aku tahu.
aku pernah hidup dengan kau bukan?
gerak hatimu dapat kubaca.
senyum tawamu dapat kukupas.
itu pun sudah buat aku puas.

malam ini juga rasa gembira.
ibu buck mainkan lagu kegemaran aku.

macam mana tahu ini?
hari jadiku lambat lagi.
ajarkan saya petikkan gitar ya?
menyanyi saya dah pandai...
terima kasih kerana membuatkan saya senyum dalam hati.
walaupun buck berikan kod gitar secara sms petang tadi.

ada-ada sahaja kamu berdua ni, lucu sungguh!
apa-apapun, terima kasih.
seronok kan dapat menceriakan hati seseorang?

nanti peluk cium lagi ya?
dan jangan tanya soalan di atas itu lagi.

aku malu.

Photobucket

*gambar di atas aku upload di sini kerana telah diminta untuk tidak ditayangkan pada umum (flickr mscheritacerithi)

tidak.biasa.

aku tidak membuka.
bila aku menulis, bercerita, lazimnya untuk tatapan aku sahaja.

ramai yang bertanya.
sudah jadi penulis tetapkah?

aku hanya menulis tika aku sedih, bila aku rasa sunyi.
tapi aku tak meminta untuk didengari.

aku tidak biasa.
orang membaca sana sini.

betullah kata seorang insan ini,
mengapa bercerita pada insan yang ingin mengambil kesempatan?

ini untuk aku.
boleh aku pergi dari sini?
sekejap sahaja ya?

betul, aku tak biasa.
Photobucket

fobia.komitmen.

padanlah aku tak berkahwin lagi pada waktu sesuai begini.
aih, aku tak kisah pun.
tak mati pun kalau tak kahwin sekarang bukan?

ada orang baca aku.
ye dia baca personaliti aku.
aku tidak minta pun.
dia nak bagi.

dia kata aku lambat dapat jodoh.
sebab aku memilih. (kau orang yang tiga ribu kot yang bercakap begitu?)
sebab aku fobia.
sebab aku tidak boleh memberikan komitmen.

dia kata lelaki rasakan inferior dengan aku.
sebab aku ada segala-galanya (alhamdulillah)
sebab aku tidak mencari lelaki bila perlukan apa-apa.
sebab aku boleh berdiri dengan sendiri.
ada masalah, aku tidak lari pada orang, aku selesaikan sendiri.

dia kata susahnya nak carikan lelaki yang sesuai personalitiku.
dia kata carilah yang tua, yang matang, yang ada segalanya.
tapi ubati dulu rasa fobia itu.

fobia apa ya?
fobia memberikan komitmen.

memang betul.
aku menolak lelaki bukan kerana aku materialistik, tapi kerna aku realistik.
aku juga bencikan lelaki yang keterlaluan anak mak, tidak boleh berdikari dengan sendiri.
aku juga bencikan lelaki yang tidak pandai berusaha mencari rezeki sendiri.
aku benci lelaki gedik.
aku benci lelaki metroseksual.
aku benci lelaki yang banyak kawan perempuan yang gedik-gedik, yang tidak tahu apa maksud kawan dan berkawan.
aku bencikan lelaki yang berfikir pakai nafsu.
sejujurnya juga aku benci anak orang kaya yang berbekalkan duit mak bapak.
ohh... tipikal anak orang kaya.

maka, apa kaitannya dengan komitmen?
aku rasa aku tahu.
aku tidak suka orang bergantung pada aku.
aku rasa rimas.
i'm a loner, always a loner.

aku tidak pandai berkongsi.
selalunya dengan yang aku sayang, aku bagi sahaja barang-barang kepunyaan aku.
tapi tidak berkongsi.
itu ke fobia komitmen?

oh bukanlah. sebenarnya aku bukan fobia komitmen. sebenarnya aku rasakan berkahwin itu satu liabiliti. orang kata berkahwin ini suatu perjudian. antara menang atau kalah di penghujung hari. tak ramai yang menang, bertimbun pula yang kalah. petanda hari kiamat sudah dekat.

mungkin banyak sangat kisah yang aku dengar membuatkan aku tidak percaya pada lelaki. bukan semua, tapi kebanyakannya. tapi kenapa para suami kepada sahabat-sahabat baik aku semuanya elok-elok sahaja. jumpakan di mana ye mereka ini? aku pun mahu satu juga. heh.

entahlah, aku masih belum berjumpa yang sesuai. i deserve someone who deserves me. dan aku tidak mencari cinta. cinta pada aku hanya pelekat perasaan. tapi dalam perkahwinan bukan cinta yang diperjuangkan. ianya adalah kepercayaan dan tanggungjawab. dan mungkin sedikit kasih sayang.

kat mana ye nak cari?
Photobucket

lakonan.semata.

dalam dunia ni aku kira manusia ni ada bermacam jenis dan ragam.
lapang dadaku kerana asyik ketemu orang yang baik-baik.
jika orang itu kurang baik, di depan aku mereka secara automatis akan jadi yang sopan-sopan. ehem. hormat kata mereka. baguslah.
bukan nak kata aku baik, tapi aku perasan jika aku berjumpa dengan mamat rempit di tepi jalan pun mereka tak sanggup nak mengurat aku.

aku tahu aku tidak cantik, tapi bukan itu maksud aku.

orang kata bertudung litup itu pengelak maksiat.
tapi kenapa orang bertudung yang banyak buat maksiat?
itu kata kau.
jika kau kata alasan untuk tidak bertudung itu sebagai lesen untuk berbuat maksiat, kau salah.

kata seorang sahabat kepadaku (dan dia ini seorang lelaki yang baik-baik),
ceteknya ilmu pengetahuan orang yang mengatakan begini.

"ah! perempuan itu nama saja pakai tudung. alih-alih buat maksiat juga. tengok aku ni. tak pakai tudung, lebih baik dari perempuan bertudung itu"

isi-isi yang hendak disampaikan oleh sahabat itu adalah:-

1) pakai tudung adalah wajib. tiada kena mengena dengan perangai. buat yang wajib. insha'Allah yang lain ikut sama.

2) jika pakai tudung, tapi perangai tidak elok. kaji pemakaian diri. bermuhasabah. pakai tudung kerana apa? nampak cantik? ataupun ramai orang suka dan katakan cantik? padahal pakai baju ketat, kain terbelah, selempang tudung nampak dada yang besar itu?

3) tanya diri sendiri. kenapa pakai tudung? iye, menutup aurat. kenapa yang lain tidak ditutup? perbuatan itu melambangkan sifat hati.

4) ada juga yang kata, saya baik, tak buat maksiat - cuma tak pakai tudung saja. Apa beza wanita yang bertudung manis, bertudung dedah, dan tidak bertudung? AURAT. NIAT dan seterusnya PERBUATAN.

----

Aku tak paham kenapa orang selalu inginkan pandangan orang lain.

AKU cantik. pandanglah aku. pujilah aku.
AKU kaya. lihatlah baju, kasut, aksesori mewahku.


hipokritkah mereka ini? Kalau dahulu sewaktu menitip zaman dewasa aku sering mempersoalkan hal ini bersama-sama sahabat. Apakah yang mereka mahu ya? pandangan dunia ini penting sangat ya?

aku tidak cemburu. aku lagi bertepuk tangan jika ketemu orang yang sebegini. hatiku pandai melihat-lihat orang. orang kata first impression penting, itu aku setuju.

aih, kebanyakan sahabat baikku semua membuat first impression yang kurang enak terhadap aku. Mungkin kerna aku bukan tipikal gadis-gadis tepi jalan yang berbaju seksi, gedik sana sini, yang bersolek, yang mencari lelaki murahan (tepi jalan juga) - dan berkawan di sana-sini tanpa kenal erti sempadan perhubungan.

dan aku juga setuju dengan peluang yang kedua selepas perjumpaan yang pertama. kebanyakan mereka mula berbaik denganku bermula dengan ayat ini... "tidak sangka ya kamu ini...."
dan kami terus menjadi sahabat baik sehingga kini.

soalan ini diajukan kepadaku. bagaimana untuk tahu sama ada orang itu lay low dalam hidupnya?

senang sahaja:
1) lihat perilaku. Narcissistic kah dia? Jika semuanya asyik berkaitan dengan dia sahaja, mungkin dia kurang kasih sayang dan mahukan orang melihat dirinya.

2) lihat perilaku. Selalunya dia akan diam, bukan memulaukan diri. bercakap jika perlu, mendengar bila diperlukan. Bukankah Rasulullah (pbuh) sudah mengajarkan yang ini?

3) lihat perilaku. jika anda mahu berekspresi, do it in a good manner. tak perlu gedik sana sini tunjukkan yang anda itu mempunyai sesuatu yang murah. Percayalah, anda hanya dapat gelak ketawa di belakang tabir. Anda tidak pernah tahu kan?

4) lihat perilaku. selalu berlaku jujur dengan diri sendiri. tidak perlu bercerita secara berlebihan. wasatiah itu penjamin kebahagiaan hidup.

----

aku adalah seorang pemikir hidup yang masih mencari ilmu.
kerna aku sedar ilmu di dada masih lopong sana sini.
berjumpa sahabat-sahabat, bertukar pendapat, dan berbahas itu sudah jadi hobi aku.
selain itu, aku hanya tiap kali pun berniat memasang telinga untuk mendengar dan mengunci mulut untuk ucapkan benda-benda yang baik sahaja.
Niat sajalah, emosi entah ke mana.
Ke lakonan semata?

----

Aku suka mengutarakan pendapatku dengan lantang. Out loud. Tanpa tapis.
Selalunya dengan orang yang aku tak berkenan ataupun tak suka, ataupun jika orang itu suka berlakon. Orang kata aku muka kering. muka tiada perasaan. Jika aku benci, aku katakan benci, out loud. tanpa tapis.
Ada yang tak suka, ada yang suka. Aku biasa saja. Aku rasa manusia bodoh mcm itu perlu diajar. Terkadang selalu juga ditegur oleh yang tua, supaya jangan terlalu beremosi. Entah, hati ini benci pada orang yang tidak pernah jujur dengan hidupnya. Siapakah yang mahu ditipunya ya?

atau... itu sekadar lakonan untuk terus hidup diterima?
supaya ramai kawan, dan tidak berseorangan?
aku tak sanggup untuk hidup tanpa maruah sebegitu.
aku hidup kerana prinsip aku.
bukan untuk dipandang-pandang, dilihat-lihat.

maaf. entri ini sangat berat untuk diriku.aku tahu. abaikan sahaja yang ini.
Photobucket

Friday, 10 October 2008

sangap.maksudnya.mengantuk.

aku kerja tidak berhenti dari awal pagi.
robot pun tahu nak berehat kalau macam ni.
mesin pun tahu nak panas kalau dibiarkan begini.

hari ini tidur pun berapa jam saja yang lena.
mimpi yang bukan-bukan.
boleh pulak masuk anak pakcik karuppiah dalam mimpi aku, apekehenya yob?

di luar rumah asyik hujan saja.
hujan rahmat kata orang.
syukur sajalah dengan apa yang datang.

ah! sarang kantuk aku sudah penuh.
duduk pusing-pusing dalam rumah sampai jenuh.

penat berdiri, duduklah pula.
tak tahu lagi mahu buat apa.

mahu buat kuih raya!
abang kata, dah raya, apa lagi dibuat kuihnya?

mahu buat rendang tok!
abih juga bil elektrik nak kena tunggu sampai pagi besok.

mahu membaca!
jurnal berlambak di atas meja untuk tatapan siapa?

ah! aku mahu tido la lahabau.
kejut aku malam sikit ye intan payung puteri Mindanao?

Photobucket

Thursday, 9 October 2008

silap.pasang.niat.

semalam seorang kenalan bertanyakan sinis pada aku.
"jika kau tahu semua benda, kenapa kau bertanyakan soalan pada aku?"
"walhal kau tahu jawapannya?"

aku kaget. jika aku tahu semua benda, aku tak masuk universiti.
aku tak payah belajar. aku buka aje home business. jadi consultant ke apa.
apa gila ke ayat dia tu?

aku tahu dia tak puas hati dengan aku.
aku pun tak tahu kenapa.
mungkin dengan orang macam ni, aku kena tunjuk muka kurang tahu.
ataupun buat-buat tak tahu.
tapi aku tahu aku bukan yang itu.
aku betulkan apa yang salah, aku meminta ilmu mana yang tak sudah.

----

aku blog hopping bila-bila aku tak ada kerja/tak rasa nak buat kerja.
kebanyakan blog akan mengutarakan rasa yang tak terluahkan dek rasa di hati.
aku paham. sebab itu memang fungsi blog. menyatakan apa yang tak terkata di bibir.
mungkin mahukan orang membaca, sebagai penawar tekanan di jiwa.

abaikan isu-isu yang berat. mungkin mereka blogger tegar.
tapi aku pelik, isu yang dipolemikkan macam tak berkesudahan.
ok, anda boleh meluahkan rasa tidak puas hati anda pada sesuatu benda.
tapi untuk mendapatkan rating pembaca dan mengejar komen yang ntah apa-apa?
itu aku rasa tidak perlu.

entah, mungkin aku je kot yang tak normal.

jika anda mahukan komen berjela-jela, pergi jadi wartawan.
kalau anda pandai menulislah kan.
dapat perhatian orang, dapat duit juga.

tapi jika anda ingin jadi sarkastik,
mungkin anda boleh luahkan dalam blog anda.
itu blog anda, peduli apa aku?

aku memang tak normal

----

Photobucket
kalau aku normal, aku sudah tidak istimewa lagi kan? heh.
aku tahu, aku sarkastik. peduli apa aku?

Wednesday, 8 October 2008

kembali.ke.pangkal.jalan.itu.

aku bosan, aku belek2 fail lama.
banyak betul kenangan masa lalu.
tak sanggup nak hapus satu-satu.
yang di hati, di jiwa, di akalku apa lagi.

kelakar ya?
tika dulu, di mana ada dia ada aku.
jika keluar mesti bertema baju yang sama.
bukan berjanji pun dengan dia.
bukan ada apa pun dengan dia.

kelakar kan?
tika dulu, handphone pun mesti bentuk yang sama.
bukan ada apa pun dengan dia.
bukan berjanji pun dengan dia.

masih kelakarnya.
sekarang bila di luar kami masih bertema baju yang sama.
handphone jenis yang sama.
kebetulan?
kerana aku telah jauh daripada dia.
telah tiada apa-apa.

kebetulan agaknya.

bila aku katakan dia aku, aku dia.
dia katakan bukan.

kebetulan agaknya.

bila aku marah, dia diam.
bila dia marah, aku lagi emo. dia diam lagi.

dan aku dengan dia masih tiada apa-apa.

itu di atas pentas dunia.
dalam hati siapa yang tahu?
bak kata seorang sahabat.
"hanya kau sahaja yang tahu baiknya dia pada engkau, padannya jiwanya pada engkau"

ah! kebetulan sahaja.

jika semua benda dalam dunia ini kebetulan, maka tiada namanya Qada' dan Qadar bukan?

Yang pasrah (dan masih sunyi)...
Photobucket

rasa.sunyi.ini membunuh.

Setiap hari aku yakin sebagai manusia, kita belajar sesuatu yang baru.
Sama ada sedar atau tidak, kita akan dapat ilmu itu.
Tidak kisahlah, ilmu apa pun.
Tapi selalunya kita sering belajar tentang ilmu untuk hidup.

Orang kata, jika hari ini lebih baik dari semalam, anda beruntung.
Jika tidak, anda adalah seorang yang rugi.

Hari ini aku rasakan jiwaku tidak tenteram.
Tidak mahu lepaskan pada siapa.
Bukan persoalan tiada siapa untuk diluahkan.
Soalnya untuk apa ianya dipersoalkan.

Petanda distress?
Kau yakin itukah distress?
Yang sudah ditunjukkan berulang kali di belakang akalku?
Yang bermain baling batu-sembunyi tangan itu?

Sakit, hatiku sakit - buat hari ini.
Aku bukannya mahu ayat penyedap.
Mahupun ayat api-api.

Aku cuma mahu hidup bahagia.
Susah benarkah untuk yang itu?

Jika sahabatku datang kepadaku dengan emosi berbangkit.
Aku katakan sabar, jangan mengungkit.
Jika aku di tempatnya, bolehkah aku tidak membangkit dan mengungkit?

Aku mahu jadi gila.
Eh bukan, aku rasa aku menghampiri fasa menjadi gila.

Bukan sekali, bukan dua kali.
Distress itu sering menyelinap, senyap-senyap.

Ya Tuhan, akukah yang meminta yang ini?
Atau ini perlu aku jalani untuk ke jalan bahagia itu?

Bummer. Aku buntu. Dan aku sunyi.

Semoga esok adalah hari yang bahagia.
Dengan izin-Nya.

Photobucket

hari.ini.hari.rabu.

kalau di sekolah, Rabu mesti half-day
sebab ada aktiviti ko-ko.
tapi kat sinilah. kat Malaysia aku tatau.

semalam aku mimpi.
aku masuk pertandingan menyanyi.
aku berjaya masuk top ten.
wow! sedap ke suara aku?
jap2... aku nak test suara aku...
la. la. la. la. la...
eh tak sedap pun.
apa makna mimpi semalam?
heh.

hari ini hari rabu.
tetiba ada sahabat text aku ajak lunch sekali.
aku tak pergi sekolah. malas.
petang karang aku gi sekolah ok?
tengok anak-anak.
demam dah kebah, batuk je kung kang kung kang.

aku nak buat kerja.
aku dah malas lagi bermalasan.
aku tahu ini bukan aku.
aku perlukan seseorang agaknya.
yang ada di sebelah, pom pom kan untuk aku.
yang selalu menyatakan, kita harus rajin
yang selalu menyatakan, kita harus berjaya.
yang akan menyatakan, saya akan sentiasa menemanimu ke mana saja arah dituju.
aku tahu aku perlukan itu.

haiii... saya rindu kamu, really
Photobucket

Monday, 6 October 2008

sebuah.email.jujur.

Salam adik2 manis,

Projek kita dah selesai. Mudah2an usaha kita diberkati Allah.

Alhamdulillah..lain2 semua settle. Scene dalam umah ni spt asal. Living room ke kitchen.

Terima kasih banyak2 semua. That was a really really really good one. Wonderful team work! Dah congak2, guests kita around 68. Bila jumpa Lizzy semalam, she disappointedly told me kenapa tak jemput dia becos she heard "they said the Jamuan kat rumah akak was good!" Woww.. who said what? It doesn't matter. Alhamdulillah. Thanks to all. I don't have Lina's email address now but will forward this same thing.

Sorry kalau ada kekurangan on my side. Liyana @ Pengantin balik umah in cold dark wee hours. Amal dengan kurang sihatnya tido uncomfortably with tudung and Zaty stayed up after that untuk berkemas.

Jazakumullah khair to all adik2 comei ni. I can't thank you enough.

Sayang,
Kak Maziah (and Irfan)


dari kiri: Liyana, Amal, Kak Maziah, Kak Lina, Zaty

Aku buat rumah terbuka, bersama-sama sahabat-sahabat yang lain.
Nak buat sendiri, rumah kecil, dan aku tidak sihat.
Alhamdulillah that day was a blast! Kalau nak bandingkan, inilah tamu yang paling ramai pernah aku terima!
Menu agak simple,

mihun sup/soto
mee siam
mee goreng
puding roti
kuih raya

kuah kacang je takde (sbb chef dah tak sihat sangat dah)

Kini, tengah fikir mahu pulang ke kampung ataupun tidak. Nak beraya lagi katakan...