Sunday, 28 September 2008

sebelum.selepas.

Dulu bila aku inginkan teman kau datang tanpa fikir apa-apa.
Kini aku perlukan teman, kau kata, Aku mengantuk, letih bermain sukan, lame
Padahal aku tahu dengan orang lain kau akan layan tanpa fikir apa-apa.

Dulu bila aku inginkan bermanja, kau peluk aku dengan kasih sayang.
Kini, jangankan peluk, muka aku pun kau jijik mahu pandang.
Oh! berkenan dengan ayam bodoh rupanya.

Dulu bila kita bergaduh, kau datang tak kira siapa yang bersalah.
Kini, kau kata - lantaklah, kita tidur katil lain-lain.
Padahal aku tahu, kau mahu bermesra dengan orang lain.

Dulu bila aku lapar, kau datang buatkan makanan dengan kasih sayang.
Kini kau kata - dapur kan ada, masaklah apa yang ada.
Dengan orang lain, temankan saya masak ya? saya masakkan untuk awak ya? saya pandai masak (padahal, dia lupa diri siapa ajar dia masak sedap segala bagai)

Dulu bila aku mimpi buruk, kau katakan - jangan risau, mimpi sahaja tu sambil satu ciuman singgah di dahi.
Kini, kau kata - Ni mesti sebab tak basuh kaki lah : lalu pejamkan mata dan terus lena.
Padahal, kau kata (dalam hati) aku kacau kau mimpikan si ayam hodoh/bodoh itu.

Dulu, aku minta apa-apa, beratur panjang pun kau sanggup belikan.
Kini kau kata - ni apa manja-manja? aku bukan laki kau, ok?
Padahal dengan orang lain, ambil bas/flight ke mana-mana pun kau relakan.

Dulu bila aku resah, kau dendangkan aku lagu, buat aku tidur.
Kini usahkan bertelefon, sms pun jauh dari khabar.
Oh! bertelefon dan bersms dengan ayam-ayam hodoh dan bodoh yang lain rupanya.

Dulu bila ibumu mahu datang, kau pinta - mari berjumpa ibuku?
Sekarang, bila ibumu sebut pasal aku, kau kata - huh? siapa itu?
Padahal kau kenalkan dia dengan ayam hodoh itu.

Dulu bila kau jumpakan aku dengan ibumu, kau tersipu-sipu malu katakan - inilah...
Kini jangankan jejak kaki di rumah, nama pun aku pun kau dengar jijik.
Rupanya kau katakan dengan ibumu - mari saya kenalkan si ayam bodoh/hodoh ini?

Dulu kau panggil aku dengan panggilan manja. Aku suka.
Kini jangankan bersaya-awak, berI- you pula. Haktuiihhh.
Rupanya, bermwahsss dengan si ayam bodoh/hodoh rupanya.

Dengan aku - kau katakan pada orang, kawan.
Dengan si ayam bodoh/hodoh, kau katakan my precious, tak mahu mwahs mwahhs mek kah? (haktuuiii lagi)
Padanlah kau boleh hidup tanpa aku berhari-hari.

Sebelum ini kau katakan hidup saya kosong sebelum saya jumpa awak.
Kini, siap asingkan email yang datang dari si ayam hodoh/bodoh.
Tak dapat sehari, nafsu pasti memuncak tinggi.
Ah! kejap ya? saya berikan gambar lagi. Yang uncensored kejap lagi.

Dulu aku minta gambar, dia beri satu CD
Kini minta gambar, dia katakan ah! jerawat sana sini.
Padahal satu CD diberikan bersama souvenir melalui ibunya untuk si ayam hodoh/bodoh di ibu negeri sendiri.

Dulu bila aku diam, dia datang dengan senyum bersinar sampai ke dahi.
Kini bila aku diam, kau kata - oh! macam mana mahu datang, aku pun sakit di sini.
Padahal aku tahu, kau tidur hingga ke tengah hari berchatting sana sini.
Oh! sudah pastilah dengan ayam-ayam hodoh/bodoh tak terperi.

Dulu bila aku minta putus, kau pegang kakiku menangis sambil berlagu pilu.
Kini, bila aku minta putus - kau kata, ok? jika itu mahumu sambil memberi bontot kepadaku.
Rupanya kau sibuk dengan hidupmu bersama ayam-ayam bodoh/hodohmu.

Dulu, bila lapar, mahu sahaja ke Jimmy.
Kau kata, It's on me.
Kini, berkira pound bila membeli ubat gigi.
Bila aku kata belanja ya? Aku seperti tidak didengari.
Oh! berhabis duit belanja ayam-ayam lain tidak pula kau peduli?

Dulu bila aku menangis, kau peluk aku dari belakang.
Kini bila aku menangis, kau memandang tanpa perasaan. Haram peluk kata kau.
Padahal dengan ayam-ayam lain, kau peluk mesra sambil berkata - I didn't do anything.

Kini aku sudah tidak menangis lagi, tidak mencari kau lagi.
Biarkan kau lena di dalam mimpi buatan kau sendiri.
Aku sudah memberikan standing ovation untuk lakonan-lakonanmu tadi.
Walaupun 1 daripada 10 bintang diberikan oleh juri.
Sudah,kau mahu apa lagi?
Berambuslah, ayam hodoh/bodohmu sedang menanti.

*i made it by myself ;)
**di mana cincin saktiku? kau hilangkan ya?

Truly,
Photobucket

Friday, 26 September 2008

Siapakah.yang.ditipu?

Dia fikir aku bodoh.
Dia fikir aku tidak tahu rancangan hatinya.
Dia fikir aku tidak boleh membaca pergerakannya.

Senyum sahaja aku.
Selagi dunia ini berputar dua puluh empat jam sehari.
Selagi bulan itu mengelilingi bumi.
Aku tahu apa yang berlaku di sebalik semak akalmu itu.

Aku senyum. Aku senyum. Aku senyum.
Kerana orang katakan pada aku, 'Senyum itu satu sedekah.'

Sila jaga periuk apimu itu ya?
Atau mahu aku katakan takung hati jahatmu?

Aih, aku tidak kisah.
Kerana lakonan engkau bertahun dahulu dengan sekarang apa bezanya?

Jangan mencari simpati yang begini.
Kerana duniaku kau sudah campakkan ke sini.
Duniamu itu sudah kau pasakkan ke tempat yang lebih serasi.
Bukankah kau yang lebih mengerti?

Aku tidak hairan. Kau bikin sajalah projek hati dan akalmu itu. Aku masih tidak hairan.

Selamat Berjaya.

*Senyum sendiri*

Photobucket

Rumahku.Syurgaku.

(Rasa macam di hotel tak?) Minus keluarga Paddington saya
dan lampu porno itu, saya rasa seperti berada
di penthouse idaman saya.


Aku rasa ceria pagi ini.
Entah kenapa, seperti ada sinar baru.
Habis sahaja bersahur aku mengemas.
Di dapur, di bilik.

Aku rasa segar.
Mahu berbaring tapi katil terlalu indah untuk dicemar.
Bercadang untuk ke tempat kerja awal pagi.
Senang cari parking kerja pun cepat habis.

Hari yang indah, walaupun matahari belum pun memancar.
Sudah berkira-kira mahu buat sesuatu minggu ini.
Sedang berharap sesuatu yang indah minggu ini.
Harap segalanya mengikut hajat hati.

Selamat bercuti kepada semua.
Nanti kita jumpa lagi ya?

Photobucket

Mimpi.Buruk.

Mata berpandangan. Nafas kedengaran deras.
Tiada dialog yang dilemparkan. Diam.
Si perempuan berlalu pergi. Terpaksa.
"Awak, saya sakit..." bisik si lelaki.
"Sakit makan ubat" mendatar saja balasannya.

Hatinya pun sakit juga.
Tidak tertanggung oleh kenangan silam.
Yang itu yang ini.
Dia tak keruan.

Membelakangi si lelaki.
Hatinya mahu saja membelai manja.
Tapi jasadnya tidak ke mana.
Diam di situ, senyap seribu bahasa.

"Awak..." sayu sahaja suara itu.
"Hmmm..." hatinya cair kembali. Lupa kisah dahulu.

Jangan pandang matanya. Jangan pandang matanya.

Keadaan menjadi sunyi kembali. Tiada apa yang diperkatakan.

"Saya pergi dulu..." longlai sahaja langkah perempuan itu tanpa menoleh.

Dan hati si lelaki meruntun lagi... Tiada apa yang terkeluar dari peti suaranya.
Atau mungkin egonya sudah mengunci si peti hikmat itu?
Dia melihat si perempuan pergi dengan ekor matanya.

"Aku minta maaf ya? Hatiku sering mendoakanmu..."
Ah! sama sahaja kedua-dua hati ini berbicara.
Jasad-jasad itu yang bodoh tidak mahu mengerti.

Ego. Pergi mampus!

*0301 - Terjaga dari lena. Tidak senang duduk. Jiwa mahu berkarya. Ah! 3 jam sahaja rehatku untuk hari ini?

Photobucket

Thursday, 25 September 2008

bulu.mata.di.pipi.kiri.

Aku ketawa dalam mimpi tadi.
Aku tahu kerana bila terjaga aku masih ketawa.
Menakutkan.
Eh taklah, ia sepatutnya menjadi sesuatu bahan yang menggelikan.
Lawak sungguh badut itu.
(nak gelak lagi...)

Aaahhh... sudah lama aku tidak ketawa begitu kuat.
Tipulah tu, aku ketawa sentiasa dalam hati.
Dan bila bersama-sama kawan-kawan juga.
(tapi nape aku rasa sunyi?)

errr, satu soalan untuk aku.
kenapa bila orang kata jangan diganggu, mesti semua orang mahu mengganggu?
kenapa bila anda mahukan seseorang di sisi, anda akhirnya akan rasakan diri ini selalu keseorangan?
mungkin kerana anda tak akan dapat apa yang anda minta kerana anda tidak tahu apa yang diminta
(soalan senang saja tu)

ada seorang sahabat datang meminta maaf sempena raya mahu dekat ini.
wahhh... dia tak buat salah apa-apa pun dengan aku.
ni yang aku malas nak minta maaf balik ni.
tapi kena buat juga la kan?
(mcm tak ikhlas aje) :P

oh! sahabat-sahabat dah merancang mahu raya ke sana sini.
konvoi saje tidak lagi.
lepas itu, nak merancang ke sana ke mari menghabiskan duit biasiswa.
mcm aku tak tahu.
kali ini, aku mahu jadi ekor, penat mahu merancang apa-apa.
(tapi driver dan co-driver sila beri pada saya ye?)

aku sudah penat.
minggu ini sudah mahu habis.
aku sudah berkira-kira untuk berhari raya.
walaupun tiada baju raya dan kuih raya dan duit raya, aku mahu beraya juga.
(silap-silap dapat raya di Malaysia, yahooo!)

*bestnya dapat raya di Malaysia... angan-angan

Photobucket

Cikgu.Niktat.





tengah-tengah belek album gambar lama, tetiba terjumpa satu fail yang ada gambar si nik, teman rapat. Takdelah gambar yang menarik, sekadar berkongsi waktu di webcam sahaja. Masa tu tiada mic mahu berbicara, terus nik tulis di atas kertas! HaHa! Lawak aje. Cikgu, cikgu, ada pelajar di belakang kamukah itu? =P

Hai, rindu kamu. Terima kasih di atas kiriman serunding ya? Kamu sudah kering ya?

Mood Raya sudah datang! Saya suka! Saya suka! Langsir baru dah tukar? Kuih raya sudah dibakar/dibeli? Stok ayam sudah disimpan? Sukanya! Tatau kenapa...

*saya mahu senyum dalam tidur saya*

Photobucket

Wednesday, 24 September 2008

di.mana.kamu?

Deringan berbunyi tidakku angkat.
Sudah dua hari beriktikaf sahaja di rumah.
Kakak-kakak dan adik-adik bertanya, "di mana si comel itu?"
Aku ada sahaja di sini, tidak mahu diganggu.

Nanti adalah yang mengetuk pintu rumah.
Memberi sekadar apa yang ada.
Masih ingat lagi kalian kepadaku ya?
Jangan risau, aku sihat-sihat sahaja di sini.

Aduhai, sungguh besarnya kasih sayang kalian kepadaku.
Jika mahu dibalas, memang tidak cukup.
Terima kasih kerana selalu mengambil berat.

Teringat pula rakan-rakan semakmal.
Jika tidak datang ke makmal sehari, esoknya mesti dipeluk.
'Anda sihatkah?'
Aku senyum pucat.
Tapi hatiku berbunga pabila terasa dikasihi.

Itulah kasih sayang yang Allah telah berikan padaku.
Aku sangkakan aku hilang semua kasih sayang itu.
Tapi Allah gantikan dengan kasih sayang yang lebih besar.
Dan yang paling penting, mereka tidak akan pernah tinggalkan aku.

Terima kasih ya? Nanti kita peluk-peluk kasih lagi.
Tunggu, biar aku baik dahulu.

Photobucket

Tuesday, 23 September 2008

tanda.ingatan.

Terima kasih sahabat.
Kasih sayangmu akan kukenang selalu.
Aduh, rasa lapang hati ini pabila memiliki kasih sayangmu.
Kenang daku ya?Aku rindu kamu juga.

Saturday, 20 September 2008

rekahan.di.pintu.merah.jambu

aku bukan kenal kau satu saat.
aku tahu kau lembut tapi kali ini kau mesti kuat.

buat apa kau mengimbau memori lama?
kau fikir dia akan buat yang sama?

aih, bodoh betul akalku ini.
mengarahkan perkara yang bukan-bukan.

untuk kau,
kau buat aku nangis sebentar tadi.
aku tipu.
aku bilang aku tidak nangis.
tapi menitik juga mengiringi kata-kata hikmat itu.

dada kiri aku sendat.
tapi akalku masih ligat.
walaupun jasadku masih tersekat.
sakit, aku bilang.
....onset kah? itu yang aku dengar, yang lain hilang tengah jalan.

apa? aku tidak dengar.
masih boleh bernafas?
kau fikir aku bercakap guna apa? guna tangan?

dada kiri sendat.
mataku tertancap di rekahan itu.
memori lagi.

bodoh! kau harus kuat.
jika aku percaya mengapa tidak engkau?
ambillah kekuatan ini untuk kau hadam.
biar takut semua memori itu datang kembali kepadamu.

rekahan itu dan kisah-kisahnya.
aku sayu.

dada kiri aku sudah kurang sendat.
mungkin kata-katanya jadi penawar.
kau baik, kau celik.
ayat-ayat kau memang yang terbaik.
kau berbicara bagi separuh hatiku yang lumpuh, yang bisu.

aku teliti mendengar.

kau baik, kau celik.
betul kata kau, kau kenal aku bukan sekejap.
terkadang aku perlukan orang untuk ingatkan aku yang itu.
kerna aku sudah lupa di mana jasadku, di mana akalku.

yang penting, di mana hatiku.

kau tolong carikan, pulangkan secepat mungkin ya?
supaya dada kiri aku tidak sendat lagi.

Friday, 19 September 2008

mari.kejar.bulan.


Selamat datang, kampungku.
Aku rindu padamu. Rindu jalan itu. Rindu saat itu.

Di situ tempat aku mengenal diri.
Di situ tempat aku jatuh dan belajar berdiri.

Malam ini bulan terang.
Tidak bulat tapi cahayanya terang.

Aku ke pantai, bermonolog indah.
Sambil melihat bulan itu berbicara padaku.

Sihatkah engkau?
Mana senyum dan gelak tawa kau yang dulu?

Aku bilang, itu sudah ditelan dek bayu laut.
yang kerjanya datang pergi.

Bukan ombakkah yang jahat?
Disuruh ke sana ke mari saban hari?

Aku senyum sendiri.
Bulan membalas senyum tidak terperi.

Malam ini indah ya?
Seakan meraikan kepulanganku?

Kasihmu sahaja sudah dirasai berpuluh batunya.
Tidakkah kau tidak sedar yang itu?

Aku lapang hati.
Nanti aku datang lagi.

Ingat janji kita ya?
Aku rindu sama kamu.

yang.teristimewa.


mari kita rayakan hari ini.
yang hangat hanya kerna senyummu itu.
kau mengimbaukan kenangan silam.
balik ke memori manis.
aku tatap kau, aku cium kau.
ah! mulus saja kulitmu itu, suci sahaja hatimu itu.
kutatangmu kejap ke dadaku.
"kaulah yang paling aku sayang" bisikku ke telingamu.
kau senyum sambil tertidur.
cepat sahaja aku rapat denganmu.
aku lihat kau dari jauh, melalui lubang hidungmu, melalui retinamu.
kau bernafas dengan cara aku bernafas.
kau melihat dengan cara aku melihat.
sejuk hati.

kini kau jauh, tapi kau masih dalam hati.
walaupun nafas kita tidak sama, pandangan kita berbeda.
aku tahu hati kita masih satu.
kau sudah ada jalan kau sendiri.
dan aku perlahan-lahan membiarkan kau pergi, mencari haluan sendiri.

pernah aku menangis melihat kau bertatih
pernah aku menangis melihat kau cuba berbicara perih
kini air mata jatuh lagi.
kau sudah menitip dewasa.
dan aku tidak mampu untuk melihatkan yang itu.
aku sudah tidak sanggup.
sebab aku takut aku akan kehilanganmu.

selamat memilih persimpanganmu sayang.
jangan lupakan yang di sini.
yang selalu titipkan doanya ke mana langkahmu pergi.

Untuk yang teristimewa, Selamat Hari Lahir buatmu.

19 September 2008

satu.jam.delapan.minit.

kepada sahabat.
aku taipkan ini hanya untuk kau.
terima kasih kerana berada di sini.
terima kasih kerana yakinkan aku.
aku kuat, masih kuat.
kau percaya. cuma aku yang alpa.
adanya kau di situ buat aku tersenyum megah.
mungkin itu alasannya.
mungkin aku jatuh minta kau sentuh.
mungkin aku lupa kasih sayangmu.
mungkin aku tenggelam dek rasa cinta yang telah membunuhku.
dugaan aku remeh, kata kau.
aku dengar sambil angguk lemah.
kau penguatku. kau semangatku.
mari pegang tanganku, kita jalan seiringan?
peluk aku, cium aku, mimpi aku.
aku perlukan kau.
terima kasih.

Thursday, 18 September 2008

dua.lapis.bayang.bayang.

iktikaf.
di sebelahku duduk yang muda. sebelah lagi yang tua.
mahu berbicara? kata yang tua.
aku senyum. tapi aku tidak mengangguk.
dia faham reaksi aku.

iktikaf.
yang muda minta perhatian. aku memberi, tapi tak sepenuhnya.
aku hadiahkan dia sesuatu dari poket ajaibku. dia senyap. dia pandang aku dalam.
dia cium aku - ini pesta kasih sayangkah?

iktikaf.
aku harapkan satu keajaiban berlaku. bersama hujan turun aku berteleku lalu meminta pada yang satu.
aku lihat bayang-bayangku. ada dua. mana datangnya lagi satu? ataupun itu salah mataku?
itu sebabnya orang tua-tua panggil itu bayang dan bayang. kau tak mengerti?

cuba kau iktikaf, dan lihat bayang-bayangmu sendiri.

si.ayam.berbulu.emas.

Perempuan itu datang kepadaku lantas memelukku erat.
kemas. sampai sesak nafas.
dia cium pipi aku.
satu. dua. tiga.
ada perasaan di situ.
dia pandang aku. aku tak berkedip.
apa?
aku rindu kau. kau sihat?
aihh? semalam baru saja bergomol dengan engkau di pentas itu. rindu lagi?
dia senyum lebar. aku suka.

perempuan lain. tiba-tiba pelukku dari belakang. cium pipiku, lama.
terpana. aku senyum aja.
sihat? senyuman bermakna.
suka pipi kamu. suka lihat kamu. tidak jemu.
aku malu.

seorang perempuan lain. tepuk belakang. luruh jantung aku.
kau nampak muram. kau senyum, tapi muram. masalah jiwakah?
aku mahu saja menjerit:

"aku baru sahaja membaling batuan kepada sebiji halkum. tiada apa dosa. dengan izin Allah, batu itu berkecai lalu terkena tulang rusukku yang bengkok. sakit. aku mahu sahaja menangis tapi tak jumpakan air mata"

mari, kita jamah kasih sayang yang ada? perempuan ini makhluknya pelik. dia tahu dia pelik tapi mahu sahaja jadi begitu. jangan risau. syifa' itu datang dari segenap nafas peparumu, lalu masuk ke akalmu untuk mengajar jiwamu berubat.

selawat banyak-banyak. muka jadi riang.

jiwaku senyum kembali. sakit? ada sikit, tapi bisa diubati.

aku.salin.aku.ubah.jadi.aku.

Hati kau terdetik. Terkadang terhenti.
Langkah kau tidak bernafas. Tapi kau masih boleh berkedip.
Kau berjalan dan berjalan dan berjalan.
Kau rasa kau sudah penuh.
Sebab kau fikir sudah jumpa jigsawmu.
Kau fikir sampai ke mati pun kau takkan berjumpa yang muat.
Tapi kau selinap masuk dengan rasa padat.Rasa puas.
Kau jalan dan jalan dan jalan lagi.
Kau fikir kau sudah penuh.
Kemudian, kau rasa satu persatu rasa itu gugur dari hati.
Kau tanya diri, inikah yang aku cari? perlukah aku berhenti?
Mana dia? Mana dia?

Jangan kau hilang dari mataku. Jangan kau pergi terlalu jauh.
Sebab aku tidak mahu kembali ke pemikiran asalku - mati sia-sia.
Kerna aku tahu, nikmatnya rasa berdua.

pagi.itu.tenang.



0555 : Hirup udara segar. Pagi-pagi.

Burung menyapaku, arnab liar minta bermain-main. Aku buat tak peduli.
Mana matahari? Malu dengan akukah?

Aku langkah kaki. Pergi ke arah hidupku kini.
Sepi.
Aku yang minta sendiri.
Perlu pergi.

Seorang budak perempuan menyandang beg yang sarat.
Kesian, kecil-kecil mahu menyara hidup sendiri.
Tabik hormat, sedang yang lain masih diulit mimpi.

Tak sampai lagi, jalan ini.
Jalan yang aku pilih, aku harus lalui.

Gila! Akalku kata.
Pergi! Jerit separuh yang lain.

Masih tak sampai lagi?
Sudah sampailah hati. Apa lagi?

Aku berdiri, di situ - sepi.
Aku fikir-fikir. Fikir-fikir lagi.

Jam nam setengah aku pergi, jauh dari jalan tadi.

Puas, buat hari ini.

darah.muda.

aku dicabar. panas.

hatiku kata - mari, kita lawan?
akalku balas - modal apa yang ada? untung atau rugi?
jiwaku sambut - tak baik, kau harus diam.

lantaklah. dunia kau, kau punyalah.
jangan buang tahi dalam periuk orang.
jika kau mahu pergi mati, matilah dengan aman.
jangan kau cari aku lagi.

sebab pada aku engkau sudah mati.

aku.petik.

bila kau pandang aku, kau katakan itu sayang.
bila kau ramas aku, kau katakan itu cinta.
bila kau cium aku, kau katakan itu kasih.

kita kongsi? kau pinta.
aku beri, kerna aku pemurah.
atau aku murah?
atau kerna kau membayar mahal untukku?
pastinya kau bayar yang mahal sekali, untuk kenangan itu.
sehinggakan akalmu asyik berzikiran namaku di setiap pemikiranmu.

tertancapkah perasaanmu kini?
yang kau katakan sayang, cinta dan kasih?
yang aku mengertikan sebagai nafsu semata?
tapi aku juga tahu yang satu. pandangan itu.
itu bukan nafsu. itu cinta.

pandangan jiwa.

dialog.hati.satu.



Pelayan: Salamun Alaik, mahu melihat-lihat menu?
Aku: Menu apa sahaja yang ada?

Pelayan: Lihat sahajalah, semuanya pun inshallah ada, mengikut kesesuaian.
Aku: Aku tidak mahu apa-apa, cukup apa yang telah disajikan padaku.

Pelayan: Tidak mahu merasa yang lebih nikmatkah, yang lebih bagus?
Aku: Aku bersyukur dengan apa yang ada, alhamdulillah

Pelayan: Walaupun yang bakal saya tunjukkan ini berganda bagus dari apa yang saudari ada?
Aku: Aku tetap bersyukur dengan apa yang ada, tidak mahu meminta lebih.

Pelayan: Boleh ditanya kenapa?
Aku: Kerana sang dia telah memetik pohon kasihku, dia telah menjentik senyuman dari lurah hatiku, dia telah menganyam pandangan sayangku, dialah yang pertama membuat aku seperti yang aku sekarang. Aku tidak mahu meminta lebih.

Pelayan: Walaupun anda perlu beratur menunggu si dia? Dan terpaksa menunggu lama?
Aku: Aku berharap pada rezeki Allah, Dia yang menentukan segala-Nya

Pelayan: Tidak mahu berusaha untuk yang lain?
Aku: Jasad aku masih belum menerima, roh aku masih berzikiran namanya.

Pelayan: ...walaupun dia tidak lagi memetik, menjentik dan menganyam hidupmu?
Aku: Ya, kerana dia yang aku percaya telah membuat hidup aku hampir sempurna.

Pelayan: Mahu ditawarkan seseorang yang lebih bagus dari itu?
Aku: Kau begitu bersemangat sekali ya? Apakah kau yakin orang itu mampu memadam rasa kasihku pada pilihanku?

Pelayan: Itu tugas saya, menyarankan yang terbaik untuk yang terbaik
Aku: Terima kasih, aku tetap berpegang pada yang telah menyentuh aku

Pelayan: Tidak menyesal kerana menolakkan yang ini?
Aku: Jika sesal yang kau katakan, pasti Allah hampa dengan setiap ketenangan yang aku tunjukkan dalam setiap dugaan yang telah diberikan oleh-Nya

Pelayan: Pastikah tidak mahu yang lain?
Aku: Hatiku hanya untuknya, jiwaku terukir namanya, rinduku berkait bebenang hidupnya, dan senyumku pasti yang amat manis hanya untuknya.

Pelayan: Jika saya berikan seseorang yang persis sepertinya, cuma lebih kasih dan sayangnya, mahu?
Aku: Aku tetap berpegang pada pendirianku

Pelayan: Saya yakin lelaki yang saya cadangkan ini mampu membahagiakanmu, membuatkan hidupmu amat sempurna
Aku: Aku syukur dengan kasih sayang yang telah ada

Pelayan: Anda yakin dia mampu bahagiakanmu untuk masa hadapan?
Aku: Aku berserah pada Allah untuk menentukan, itu luar kawalan aku.

Pelayan: Tapi anda ditawarkan lelaki yang lebih baik daripada yang ada sekarang, anda betul tidak menyesal?
Aku: Ya, aku takkan sesali keputusanku. Itu semua ketentuan dari-Nya

Pelayan: Apa kata jika saya hilangkan memori yang ada, saya tawarkan orang yang baru bersama memori yang baru?
Aku: Tidak mahu, apa yang berlaku dahulu - itulah aku sekarang. Aku sangat berterima kasih pada lelaki itu.

Pelayan: Mengapa mahu berkeras? Sedangkan anda tahu lelaki itu sudah pergi?
Aku: Kasih sayang yang pernah dicurahkan olehnya hidup selamanya dalam hati, membawa aku ke penghidupan yang seterusnya. Mahukah aku meminta lebih?

Pelayan: Ya, anda telah diberikan peluang ini, gunakanlah.
Aku: Selagi umurku masih panjang, akan ku pintal kenangan itu menjadi kekuatan aku untuk hidup dengan lebih kuat.

Pelayan: Anda perlukan lelaki, fahamkah?
Aku: Aku perlukan dia, faham kan?

Pelayan: Saya akan datang lagi memberikan peluang itu. Sehingga anda berubah fikiran.
Aku: Demi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, aku masih berpegang pada pendirianku. Aku tidak boleh memberikan kasih sayang aku kepada lelaki lain melainkan si dia.

Pelayan: Jika itu katamu, saya turutkan sahaja. Jumpa lagi.
Aku: Insha'Allah

Wednesday, 17 September 2008

ini.blog.itu.goblok.

sang momok sedang berlari riang.
dia katakan 'aku bahagia, mahu melompat denganku?'
di tangannya ada pelangi, yang dia rekakan : 'datang selepas hujan'
ataupun kau simbah air di permukaan yang panas itu berterusan?

dia kata dia bahagia, aku apa ada?
aku senyum sinis. duka itu hidup aku. bahagia itu mungkin engkau punya.
tak apa, lompatlah engkau sekuat hati
jeritlah pada sang dunia yang tak pernah kesah akan kewujudanmu
kau fikir kau sudah sarat, kerna kau fikir aku kosong?

ah! modal fikir kau sahaja apa validnya?
aku tak kesah.
sebab kau momok.
sebab kau ortodoks moden.

dan engkau goblok. tak paham?
GO.BLOG.