Wednesday, 31 December 2008

+.+

orang kata bila mahu lelapkan mata, sila tamatkan segala perkara yang berada di sekeliling anda.
jangan biarkan ia datang mengganggu anda tika tidur.
jangan biarkan ia menjadi mimpi yang bukan-bukan.

aku bangun tidur.
mata bengkak.
terima kasih encik marantika kerana hiburkan saya malam tadi.
may him rest in peace.

semoga aku juga ketemu ketenangan yang kucari.
ah, mahu subuh dulu.

kenangan.

Photobucket sedang menjengah ke memory lane beliau. mahu ikut?

aku kenal dia sudah lama.
pertama: kerana dia budak nakal.
kedua: kawannya pernah cuba untuk duduk berdua denganku di hadapan padang sekolah semasa waktu rehat.
ketiga: dia berkawan dengan kawan baikku.

tapi aku buat tidak endah.
bukan kerana aku kelas atasan, dia kelas bawahan.
kerana aku pemalu orangnya.
bila berjalan ternampak lelaki pandangan mesti tunduk ke bawah.
mungkin jalan tar itu lebih kacak dari lelaki-lelaki tersebut.

aku tidak tahu dia sudah lama menyimpan perasaan itu.
lama, sangat lama.
aku tidak tahu.
mungkin kerana aku tidak perasan ataupun tidak berperasaan.

setahun berlalu.
dua tahun. tiga tahun.

tahun keempat.
orang selalu kata jika ada jodoh tidak ke mana.
orang juga berkata jika kita sukakan seseorang tanpa orang itu mengetahui, pahalanya sangat besar.

tuah dia.
rezeki aku.
kami berhubung.
aku sukakan dia kerana dia suka melawan kata-kata aku, in a decent way.
he's a wise guy.
manakan tidak, pelajar guaman - modal kata-kata bukannya suatu masalah.

aku sukakan dia kerana, dengan dia aku menjadi seorang yang suka bercakap.
tidakkah aku selalu katakan bahawasanya aku pemalu dan kurang gemar bercakap.

dalam perdebatan kami, terselit rasa rindu jika tidak 'bergaduh' walaupun sehari.
dari situ dia katakan "i saw u couple years back, tak mampu menegur takut-takut awak tak kenal saya"

aku katakan kenapa tidak menegur? kenapa tidak luahkan perasaan di hati sejak dulu.

'awak enggang, saya pipit' balas dia.
'lagipun bapak awak sangatlah garang, menjadi igauan semua lelaki yang nak dekat dengan awak'.
heh. ada kebenaran di situ.

dari suatu perbincangan ke perdebatan yang lain. aku gembira dia berada di situ. hanya bercinta di telefon. takut berjumpa, sebab takut terserempak dengan si bapak garang.

bil telefon melambung tinggi. beribu-ribu. mahu pihak dia dan pihak aku.

aku sudah mula cuak. takut kena marah. dia pun sama.

tapi, apakan daya - masing-masing mahu mencuba untuk berkasih. kami bertemu. dan keluarga menentang: kedua-duanya.

haih. baru mahu belajar bercinta ada-ada sahaja halangannya.

dia dikatakan masih budak nakal, dan aku tidak boleh menjadi calon isterinya kerana semuanya sudah menetapi calon untuk dia.

gila! keluarga makcik dia sudah sukakan aku, nenek dia lagilah! (dia cucu kesayangan nenek).

atas sebab itu, aku putus dengannya. dia enggan. sanggup menunggu, menangis pilu.

kejadian di atas berlaku banyak kali, hinggakan tidak terbilang banyaknya.

bila sudah jadi begini, sungguh sukar untuk meninggalkannya. aku biarkan sahaja. telefon aku sorokkan, aku sekat segala segi komunikasi. masa itu aku cuba untuk kuat.

suatu hari, aku dapat sebuah panggilan, daripada si dia - menerusi telefon kawanku.

dia sakit, barah otak. tenat.
aku menangis tanpa henti. hinggakan bengkak mata malu ke sekolah.
kawan baikku, Ammar menghadiahkan sebuah patung cookie monster untuk menceriakan aku. Masih kusimpan hingga kini.

Kemudian, aku diberikan berita buruk. Dia sudah pergi. Aku kesal tidak dapat bersama-samanya pada hari terakhir beliau. Kesal hingga kini.

Seorang kawan lain datang dari jauh untuk memujuk. Beberapa tahun selepas itu baru ku tahu dia pun menyimpan perasaan padaku. Ah! lelaki jika mahu, beratus batu sanggup ditempuh!

Selepas itu, aku selalu menghukum diri. Pada aku. tiada lelaki sebaik dia. Tiada lelaki sedecent dia. Tiada lelaki sekacak dia (dia persis Won Bin for god sake!). Sampaikan aku menangis tiap kali menonton cerita Autumn in My Heart tika itu.

Sehinggalah aku jumpakan seseorang. Yang sangat aku benci saat pertama jumpa. Walaupun benci tapi hatiku bergetar memandang matanya. Tidak tahu mengapa.

Sampaikan suatu hari bila aku duduk di sebelahnya di dalam kelas, aku lihat dia memakai cermin mata, ada iras-iras si arwah. Mungkin Allah mahu tunjukkan sesuatu. Senyumnya, lebih kurang sama. Lawaknya, sama. Perangainya sama. Miangnya juga sama.

Cuma bila di hadapan aku, dia jadi decent, at least cuba untuk decent. Bila dia berbicara sesuatu, ada isi pintar di dalam perbualannya. Aku sangat suka lelaki pintar, ya? Dari situ aku mula tertarik. Aku bandingkan dengan arwah. Tak sama, tak serupa. Masing-masing mempunyai personaliti masing-masing tapi perbezaan itu tidaklah begitu ketara.

Aku jatuh cinta sekali lagi. Kuasa Tuhan.

----

Memory lane berhenti setakat ini. Ada perasaan yang perlu dijaga.
Mungkin perasaan yang lebih itu untuk aku simpan.

May him rest in peace. Sayang dia selalu.

*apa yang aku buat sekarang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh arwah. dia mahukan aku belajar setinggi boleh. Insha'Allah akan aku tunaikan yang itu. =)

nyanyikan.aku.sebuah.lagu.

Photobucket sedang merintih sedih

encik marantika telah nyanyikan, "Janganlah menangis, jangan bersedih"
tiba-tiba kenangan itu datang silih berganti.
suaranya seperti penyanyi ini.
tak sama, tapi persis, sipi-sipi.

kenangan itu datang lagi.
malam-malam dia selalu nyanyikan sebuah lagu lama.
cuba menghiburkan hatiku yang rindu.
ah! lagu-lagu lama.

merdunya suaranya.
bait-bait itu seakan suatu janji.
"dia datang" bisik roh aku, bergetar.

masih ingat lagi senyumnya.
janjinya, tenungannya.

mana mahu mencari seseorang yang begitu lagi?
kenapa memberi kemudian diambil dengan rakus sekali?

janji itu diberi untuk didustai.
dia datang untuk pergi, jauh sekali.

seseorang, berikan daku seorang lagi.
yang suaranya persis Marantika.
yang senyumnya manis seperti dia.
yang jelingannya penuh dendam rindu.
yang nafasnya hanya hidup untuk aku.

aku mahukan yang itu.

malam ini sangatlah sunyi.

awak, saya dedikasikan lagu ini untuk awak.
simpankan kenangan itu ya?

saya kirimkan ia di angin lalu.

Moga ianya sampai padamu.

Tuesday, 30 December 2008

google.chrome.menjelmalah!

lappyku sudah dihantar service.
sebab sudah terkena virus trojan bongok.
kalau kat mesia, hantar ke kedai settle RM15 paling kurang.
kalau kat sini, cikai-cikai dia check pun dah 30GBP.

tak makan saman.

pastu dah 'rasa-rasa' bersih lappy tengok-tengok mende tu ada lagi.
walaupun aku hanya buka blog aku ni.

bongoks.

adik aku kata, bertukarlah kepada google chrome.
pastu delete IE.

bongok punya IE.

Sekarang Mozilla Fox aku pun dah jadi bangang.

dan aku terpaksa mencari kembali semua "favourites" yang ada dalam mozilla sebab server GC ini hanya mengimport favs daripada IE.

double bongoks!

ah! aku sudah pening kepala. tetiba iklan MacBook sale menjelma di ruang mata. Adeiii...

Belum lagi. Belum lagi. Lappy aku masih mampu bertahan lagi. Lagipun ini second problem dia sejak 3 tahun dahulu. Masih boleh dimaafkan. :P

Monday, 29 December 2008

biarkan.mereka.berbicara.indah.











soalan.

Photobucket Alhamdulillah. Misi tertunda untuk berpuasa sudah selamat dimulakan.

Sedang aku berjalan-jalan tanpa arah beberapa hari lepas, aku mula terfikir zaman aku muda-muda dulu.
Zaman bila mana mahu membeli pen sebatang pun mengambil masa 20 minit sebab nak uji pen mana yang sedap ditulis dan seterusnya membuat perbandingan harga.

Secara rasionalnya, aku akan ambil sebatang pen yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Tidak secikai pen kerajaan Malaysia dan tidak sehebat pen pilot yang cikgu-cikgu pakai sekarang ni untuk meletakkan markah kosong di atas kertas murid yang pura-pura tidak tahu menjawab.

Soalannya: Kenapa orang kaya bila membeli mesti mahu menang memakai?

Jawapan aku:

Mungkin masa kecil-kecil dulu dia miskin sampai tiada duit mahu beli pen mahal mahupun baju sekolah bercap Kamdar ataupun di Globe Silk Store (zaman aku dulu itu sudah kira mahal!). Ambil yang kakak atau abang punya. "Ala, besar sikit takpe, nanti kamu membesarlah!" pujuk mak.

Mungkin masa kelas Pendidikan Seni dulu cikgu suruh bawak pensil kaler dia cuma mampu membawa satu kotak kecik yang cuma ada 6 warna yang kena tekan-tekan supaya keluar kaler dengan lebih pekat kemudian cuma yang dapat adalah kertas yang koyak. Kawan-kawan lain? Of course Luna untuk pencil kaler, Buncho untuk krayon, cap PANDA paling cikai untuk water colour.

Mungkin juga masa masuk aje sekolah, semua orang mampu beli kasut Pallas Jazz dan Spark tapi dia hanya mampu beli kasut tidak berjenama dari pasar malam yang harganya 3 sepuluh ringgit. "Lagi dua boleh dikongsi dengan adik-adik" bilang mak.

Mungkin juga bila zaman kamera berdigital 35mm sudah dikomersialkan, dia hanya mampu membeli kamera pakai buang kerana tidak mampu untuk membeli yang mahal. Mungkin terpaksa mengikat perut berkira duit belanja untuk makan tapi masih juga tidak cukup untuk membeli kamera tersebut. Yang mampu, cuma kamera cap TECHNIKA. Konika pun jauh lagi lah! Itupun sudah berpuasa dan menahan makan ikan keras di dewan selera selama 6 bulan.

Mungkin juga bila zaman mahu melaram, bedal aje baju abang atau kakak dan cuba menjadi kreatif dengan meletakkan renda di hujung kain ataupun buang pesak baju kurung untuk menjadikan helaian itu lain dari yang lain. Kreatiflah konon masa itu. Bila hal make-up pula, curi-curi untuk pakai lipstick mak padahal satu batu mak dah boleh nampak sambil bebel-bebel, "karang mak beli yang baru" padahal dia beli yang kat pasar malam jenama Mebelin dan kaler oren.

Mungkin bila kawan-kawan mahu beriadah ke Genting Highlands ataupun ke Pulau Pinang tidak berkesempatan untuk ikut serta sebab mak ayah tak mampu nak bayar RM15 waktu itu sebab nak belikan ikan untuk seminggu. Hampa lagi.

Mungkin atas sebab-sebab di atas, "orang kaya" ini cuba untuk belajar dengan lebih tekun dengan harapan bila dia kaya nanti, anak-anak beliau tidak perlu untuk menanggung rasa perit yang beliau alami semasa zaman kecilnya dulu. Dan kerana itulah, dia cuba untuk menang memakai kerana padanya, "dulu aku tak pernah rasa se"best" begini"

Oh ye, oleh kerana ramai sangat dah bising tak boleh tinggalkan pesanan di sini, aku dengan besar hatinya akan meletakkan ruangan komen untuk beberapa ketika.

Sila gunakan kemudahan ini dengan sebaiknya.

Terima kasih! :D

Sunday, 28 December 2008

untuk.anda.

Photobucket sedang berasa serba salah kerana bershopping bagaikan orang hilang akal

lengang aje bandar hari ini.
mungkin semua pun mahu berehat.
ataupun cuaca makin jadi makin sejuk.
mungkin semua orang pun tiada duit mahu berbelanja.

oleh itu, aku mampu untuk membeli belah dengan perasaan yang gembira, eh tenang.
tengok adik kacak belakang kaunter pun takdelah stress sangat.

ala, aku pun tak tahu kenapa semua orang nak tunggu 26 hari bulan.
padahal semua baju yang aku tengok, ada aje sampai ari ini.
bukan tak luak, cuma stok mereka banyak.

dan (ehem) aku baru sahaja merembat dua pasang kot dengan harga yang berpatutan.
dan bakal membuatkan aku jadi lebih comel dari yang biasa.
(sambil menjeling adikku yang tak tahu kawan aku duk puji dia masih comel walaupun dah besar lebar)

dan bila aku cakap aku comel, aku katakan comel yang adorable, bukan comel chubby.

kot itu padan dengan kasut hogmanay aku.
adoiyai! aku sudah mengalami sindrom label-melabel pakaian!

oh ye, ade sedikit pesanan daripada penaja:

1) Dr TAD, terima kasih di atas sesi pesanan anda. sesi itu FOC kan? ;)) Kau memang tahu sahaja melemparkan ayat-ayat yang ingin aku dengar. Aku suka!
2) Aku envy kau sebab kau kaya sambil boleh beli MacBook baru. Aku ni pun baru berkira-kira bila nak puasa ataupun ikat perut nak beli benda alah tu.
3) Aku baru tahu rangkaian APPLE tiada virus, pada tahun ini.
4) Mubarak! Mubarak! Salam Maal Hijriah. Selalu ada Cik Huda tolong fwdkan doa akhir tahun dengan awal tahun. Tapi tahun ni dia unavail untuk aku. *sigh*
5) Siapa mahu dating dengan aku? Tawaran dibuka sehingga 31 hari bulan. Yang luar dari UK, toksah mimpi. Korang boleh claim rain check korang lain kali.

Saturday, 27 December 2008

aku.kaget.

Photobucket tidur. jaga. tidur. jaga.

badan penat.
tapi akalku cukup ligat.
macam-macam benda yang masuk dan keluar dari pemikiranku.

kaunselor kata - sediakan satu buku di sisi.
tuliskan sahaja apa yang mahu.

masalahnya aku tak mahu.
selesa menaip agaknya :P

baru bukakan Utusan.com
lama juga tak berkunjung.
saya kurang membaca berita-berita dari Malaysia.
dan tiada pun orang-orang Malaysia mahu berborak mengenai Malaysia.
Bosan, aku tahu.

Aku baru tahu kisah liputan perkahwinan Mawi-Ekin.
Aku baru tahu mengenai kisah artis-artis lain di Malaysia.
Bosan, tapi aku baca juga.

Aku jarang berhubung dengan sahabat-sahabat baik aku di Malaysia.
Yang di sini pun jarang.
Semua pun sibuk dengan hal hidup masing-masing.
Aku faham.

Terkini - aku baru dapat tahu sekeping gambar di Friendster sahabat baik.
Sebentuk cincin.
Apa? Berita mengejut lagi?
Apa sudah jadi ni?

----

Aku mempunyai sebuah laporan, sebuah presentasi dan lay-out kerja untuk tahun keduaku yang bakal due beberapa hari lagi :( .
Tak mahu buat. Malas sekarang ni. Musim cuti agaknya.

"Jangan malas" nasihat Encik N.
Abih kau tu? Bila mahu balik ke sini.
Sokong aku, plis?

Oh kisah encik N.
Dia selalu kata aku suka mempunyai ramai sahabat lelaki daripada perempuan.

Aku bangkang.
Manede.
Tiada.
Betul.
Aku tak tipu.

Abih, kau nak aku kata apa lagi?

Ye, ye. Bila dalam keramaian aku suka lepak dengan yang lelaki daripada yang perempuan.
Aku tahu orang selalu pandang-pandang tapi aku peduli apa.

Aku hidup bukan untuk entertain orang lain, paham?

Aku rasakan bergaul dengan lelaki minda aku akan jadi lebih terbuka.
Mungkin aku rasa sebab aku tak pernah rasa hidup dengan perempuan.
Jika ya pun, I tend to be like a man.

Sebab dah terbiasa.

Tapi itu tidak membenarkan apa yang disebutkan oleh Encik N.

Saya mempunyai lebih ramai kawan perempuan sebenarnya. Sukati kamulah mahu percaya atau tidak.

Heh.

Aku nak sambung baca surat khabar yang lain. Kerja penting? Aku nanti paksa Encik N temankan aku stay-up di lab. Nanti-nantilah!

Terima kasih (in advance)!

*Oh, ye! tadi aku sambung shopping lagi. Dapat kasut Hogmanay yang sgt cantik dan murah!

tahniah!

Photobucket kini sedang menahan sakit kaki yang kekejangan. Sodium pls?

bangun awal pagi.
janji mahu bangun pukul 5 pagi.
tapi terjaga sesudah Subuh.

Ah! awal lagi ni, bisik hati.
Rupanya hanya cuaca gelap yang melindungi bilik ini.

Periksa telefon bimbit, mana tahu rakyat Aberdeen sudah sampai ke Dundee.
Tiada pun.

Cuma si adik Irf dan ibunya awal-awal lagi sudah "mengejutkan" aku tidur.
Ha!Ha! Siapa yang tidak tahu pasal aku?
Kuat berbelanja!

Destinasi pertama ke gedung-semua-orang-pun-mahu-pergi!
NEXT!
Ye, jenama ini di UK semacam jenama MNG, GUESS, ZARA di Malaysia.
Mahal, dan bila sale pun masih lagi mahal.

Tapi aku pergi juga. Dah memang tradisi Boxing Day pagi-pagi.
Rupanya kedai itu antara yang berbuka pukul 6 pagi.
Yang lain? Couldn't be bothered - 10 pagi yang paling lewat.

Busan sudah berbelanja di tempat sendiri, adik mengajak ke Designer Outlet.
Taklah jauh mana, satu jam memandu.
Mungkin di situ jenama Next lebih murah.
Mungkin jenama NIKE harganya jatuh.
Tak lupa juga kedai-kedai CK dan Armani.
Oh ye, Fat Face dan Levis juga.

Kelakar juga, orang Aberdeen turun ke Dundee membeli belah.
Orang Dundee turun ke Livingston membeli belah.
"o fb" bak kata Cik Nunu (aku kirakan - "oh! fabulous!")

Sempat singgah dulu ke masjid Edinburgh untuk menikmati nasi pilau masjid yang sedap.
Sempat juga tunggu mereka bersolat jumaat di sana.

Sampai sahaja di Livingston, misi dimulakan.
Mungkin hari sudah makin petang, tak ramai orang.
Mungkin semua orang sudah kering poket mereka.

Tapi kami? A whole boot just to ourselves.
GILA!

Memang! bila waktu Boxing Day, kami akan jadi tak tentu hala!
Habis sahaja pulang dari outlet itu, Abahku kata:

"Tahniah! Anda adalah antara yang sudah berbelanja 5b GBP hanya untuk hari ini!"

Maka kami telah menyelamatkan kedai-kedai yang mungkin akan bankrupt sikit masa lagi.
Dan aku mengalami kekejangan otot di paha, lengan dan "tabung" haji.

Jangan tanya aku sudah berbelanja berapa. Diamkan aje. heh.

*pagi tadi selepas subuh, secara sinis Abah berkata "Mahu shopping lagi?" ;))

Thursday, 25 December 2008

getting.together.

manusia Melayu yang masih ada di Aberdeen

Align Centreyang istimewa - begedil si burhan & co.

menu potluck - tema makanan Siam

dia.macam.kau.

Photobucket tengah sibuk memasak pun sempat update blog

seorang kawan buzz! aku dari jauh.
taklah jauh mana, dia duduk Fukuoka aje.

"aku tengah nonton Grey's Anatomy ni. Suka tengok Dr. Erica. Senyumannya macam kau"

Aku bukan peminat cerita itu. Maka aku pun Google imej perempuan itu.

Cehhh... Si lesbian ini rupanya (eh? kata tak tengok?)

Aku dengar-dengarlah dari orang bercerita, serius aku tak tengok cerita ni.

Aku tilik2 karakter Dr Erica, memang betul - dia macam aku / aku macam dia.

Penegas, muka sangat garang - tapi bila tersenyum, itu yang budak jepun 'angau' kat aku tu :))

Encik B, dah... dah... aku tahu kamu sekadar memuji.

"Jangan fikir akukan mencinta, ku hanya kagumi, hanya memuji"

Terima kasih. Anda sedang buat saya tersenyum :)

wei.tidurlah!

hate to admit it, but i miss you.

Encik N, sila pulang ke gagang.

Aku tiada Partner In Crime nak buat onar di sini.

Oh ye, Congrats di atas keputusan posting anda.

Cik I, sila pulang juga. Entah kenapa rindukan anda. Mari kita catkan bandar ini dengan darah cat merah.

Ah! Aku mahu bersemangat pula mahu belajar.

Semangat! Ke marilah!

shakit.pinggang.

Photobucket kini sedang berusaha untuk, tidur.

Hari ini Hari KerisMas.
Tapi suhu di luar baru 5 darjah Celcius.

Tak sejuk pun.
Tak rasa nak kerismas pun.

Aku tak boleh tidur.
Banyak benda yang aku fikirkan.
Hal dunia. Hal dunia. Hal dunia.

Macam dah takde benda lain nak difikirkan.

Ada seseorang yang pernah menjadi signifikan dalam hidup aku menyatakan bahawa - dia sudah muak dan jelak dengan sikap sarkastik aku.

Pelik, kan? Bila orang kata kita begitu tapi dia tak tahu sebenarnya kita lagi tak tahan dengan sikap dia yang teruk itu.

Untuk orang yang berkenaan, saya hanya memperlakukan apa yang anda lakukan pada saya. Konsep timbal balik, pernah dengar di kelas ekonomi dahulu?

Oh anda tidak ambil kelas itu ya?
Padanlah punya emosi yang tak sudah-sudah.
Tak faham bahasa rupanya.
Ataupun kurang ilmu pengetahuan agaknya.

Ada beberapa perkara yang buatkan aku masih tidak boleh lelapkan mata.
Selalunya letak aja kepala mesti lelap.
Kecuali dalam kereta, tak tahulah kenapa.

Salah satu perkaranya aku sudah luahkan kepada Dr. TAD.
Tapi masih tiada jawapan.
Mungkin beliau on-call tolong beranakkan anak orang.
Mungkin juga beliau sedang bermandi-manda di PCB (aku tahu, sekarang musim tengkujuh)

Antara perkara lain adalah aspek lain dalam hidup.
Aku rasakan hidup aku sekarang sama aja sementelaah waktu musim sejuk ini.
Cuma puncak hormon aje yang naik tinggi mendadak.
Yang lain, semacam rasa mahu tak mahu hidup pun ada.

Ish, cakap yang bukan-bukan.

Eleh, korang senanglah.
Ada sistem sokongan di sekeliling.

Kalau stress aje, telefon sesiapa luahkan perasaan.
Kalau stress aje, ada suami nak tumpang bahu/peluk.
Kalau stress aje, balik aje rumah mak/ayah.
Kalau stress aje, buat bodoh aje.

Aku tak macam tu walaupun aku tahu sistem itu ada melingkari hidup aku.

Aku cuma mahu seorang manusia aja dalam sistem aku. Yang aku tak pernah nampak siapa dia. Dalam mimpi pun aku tak kenal siapa dia. Muka dia selalu nampak kabur. Misterius betul.

Aku cakap dengan adik aku, aku angan-angan nak balak rambut blonde tinggi 6 kaki dan pandai masak dan mengemas serta sangat matang. tapi aku pakai tudung. dan golongan (rambut blonde tinggi 6 kaki dan pandai masak dan mengemas serta sangat matang) ini sangatlah rasa pelik dengan golongan yang pakai tudung pastu tak pantis kening, tak pakai foundation dan lipstick mahupun lip balm, tak minum arak (walaupun hanyalah mulled wine) dan tak pergi parti-parti liarBBQ.

Habis macam mana? Mahu aku tackle yang 'beragama'?
Ye, aku percayakan Jesus. Tapi sebagai Nabi, bukan sebagai Tuhan. Baru kejap tadi aku menonton cerita lawak bodoh si Russell Brand, dia pun kata - even budak-budak pun cakapkan yang ini, "mcm mana Mary (Maryam) boleh mengandungkan Jesus (Isa), sedangkan Joseph (Yusuf, ayah saudara Maryam) tak pernah buat seks dengan Mary?"

D'uh~!

Tetapi harapan aku tetap ada. Aku yakin anak mata anak aku akan berwarna Hazel juga. Rambut mereka mesti berwarna Brunette. Aku mahu percayakan yang itu.

Lelaki Melayu. Saya tidak pernah yakin pada kaum ini untuk saya jadikan lelaki pilihan saya. Sehingga mereka dapat buktikan yang mereka mempunyai gaya-mutu-keunggulan ciri-ciri yang diidamkan.

Oh ye, aku quote ayat-ayat mak orang - lelaki ni secara generalnya memang akan fikirkan perempuan lain walaupun ada seorang perempuan aje dalam hidup dia. Mereka hanya perlu flirt sahaja untuk kembalikan rasa zaman muda mereka. Tapi masalahnya, ramai sangat perempuan sekarang mencari lelaki beristeri dan berharta. Dan perempuan-perempuan species begini lazimnya badan bergetah, aset merata. Manalah jantan-jantan miang/gatal tak suka?

Ah! Satu lagi masalah dunia yang tidak akan pernah selesai.

Baik jadi bujang dari merana dapat laki macam ni. Macam tu, masalah selesai ke?

*btw - aku npk byk gila ubat citalopram kat chemist. rasa mcm mahu mintak satu kotak. korang rasa diorang kasi ke?
**tgh cari lelaki yang hatinya bentuk mcm ni, satu batu pun boleh nampak ;)) tapi untuk saya ajelah...

Wednesday, 24 December 2008

my.first.everything.

Photobucket kini sedang membunuh masa (masa, cepatlah kau berlalu)

nota: ini bukanlah sebuah tag. ini juga bukanlah seperti dalam buku The Diary of Vampire Wannabe. bukan. bukan. Dan saya tidaklah perasan femes seperti artis-artis di luar sana.

nota lagi: Entri kali ini sungguh membosankan. Ye, saya sangat bosan.

Judulnya bertajuk: Saat Pertama Saya.
Sila klik untuk besarkan gambar ini dan untuk membacanya. Oh ye, Farah - sila buat-buat tak tahu bila bacakan yang ini :P

encik.jean.paul.gaultier.

Photobucket sedang menahan sakit kepala

bangun pagi tadi dengan tak basuh muka, tak gosok gigi dan mandi (of cos la kan) aku ke General Practice terdekat untuk mencari prescription ubat. Bukan untuk aku, untuk Abah aku. Doktor-doktor kat sini yang aku kenal ada siapa aje, takleh nak pergi mintak signature diorang. Heh.

Pastu, alang-alang dah keluar untuk membeli ubat, kami pergilah ke bandar untuk membeli belah. Ramainya umat manusia yang mahu membeli belah sehari sebelum Xmas! Ada juga kedai-kedai yang sudah membuat jualan Pre-Boxing. Suka? Tak, saya tiada duit yang banyak sekarang nih.

Kemudian, adik aku pulak mintak aku masakkan turkey sebab dua tahun lepas aku dan geng kuat makan masakkan turkey masa dia datang lawat aku kat sini. Manalah nak cari turkey yang kecik dan halal? Kemudian kami beli whole chicken aje sebagai ganti si turkey.

Di rumah saja, aku cuba berlagak gaya Si Jamie O. Kalau boleh masa masak tu aku nak buat commentary sekali, cuma aku ni jenis tak banyak cakap. Dan aku bukan jenis lidah terpeleot macam Si J.O. heh.

Pakcik J.O. selalu masak guna oven. Aku masak guna grill. Lagi mudah aku rasa.

Habis aje "Xmas lunch" dengan keluarga, kami pun lepaklah depan TV dan lappy. Knowing esok kedai tutup dan tak sabar nak tunggu Boxing Day, kami pun rasa mati dah mati kutu. Aku sampai siap tangkap gambar pastu terus upload kat Flickr. Serius, tak boleh blah.

Lunch for three. eh? tak tak, dua orang aje. habis seekor ayam! eheck!

Ni pun dah kira bosan habis. Aku sekarang tengah gilakan lagu "Love Me Tender" yang dibunyikan oleh Music Box JPG aku. Serius, rasa macam menghayun-hayunkan pala otak aku sampai pening. Tak cukup dengan itu, aku cari lagu original dendangan Elvis Presley kat youtube. Tak sedap (dan rasa seperti mahu nangis). Dengarkan Si David Archuletta nyanyi, pun tak sedap.

Aku nak gak digitalised lagu dalam music box ni.

Apa yang aku buat, aku rakamkan lagu tu guna PDA aku. Then pindahkan masuk dalam lappy terus aku uploadkan di imeem.

PUAS HATI.

Sila klik lagu ini jika mahu tidur. Aku tahu aku akan lakukan malam ini.


Love Me Tender.amr - Elvis Presley

*Cettt, aku upload satu minet pat puluh saat, dia keluarkan pat puluh saat aje. Mana belen satu minet aku?

Tuesday, 23 December 2008

perhatian!

Photobucket kepalanya sedang bengang. bukan, bukan marah. cuma bengang.ngang.ngang...

saya mempunyai beberapa makluman untuk diwar-warkan:

1) buat gadis bertudung krim di bawah, sila hubungi saya. saya rindu kamu. (bukan aunty ye?)


2) buat gadis-gadis yang bersiap sedia mahu berjalan2 UK, sila berhati-hati di jalan raya. oh ye, dan sila enjoy!

3) buat keluarga-keluarga yang bertungkus-lumus untuk ekspedisi ke Barat Scotland, hati-hati juga ye?

4) Selamat berhari raya omputih ;)

5) Selamat bershopping sakan! :D

hazelin.snow.

Photobucket sedang melayan emosi yang bukan-bukan.

aku dah balik!
eyh? ada aku kata aku gi mana-mana ke?;))

rupa-rupanya ulat internet (merujuk kepada aku) pun boleh hidup kalau tak ada internet di sekeliling.

baidewei, aku telah menghilangkan diri sekejap kerana naik gunung, masuk tasik, turun gunung, main salji dan sewaktu dengannya.

di samping itu, aku mula re-develop hobi masa kecik-kecik dulu - MEMBACA. Buku yang aku looking forward sekarang adalah THE BOOK THIEF. Cerita kanak-kanak tak berapa riang, tapi mengagumkan.

misi aku yang akan datang adalah untuk merantau seorang-seorang, sambil membawa travel journal aku; elektronik dan hard copy.

tidak boleh berbicara panjang, ada soal hati yang perlu dijaga.

DR TAD, hati-hati. khidmat anda diperlukan di blog kita berdua (hachooom!)

*Anda sakit ke?;))

Tuesday, 16 December 2008

cik.bridget.jones.

Photobucket kini sedang nonton sekuel Bridget Jones.

Aku tak pernah suka tengok cerita rom-com (hachooom! - buat-buat bersin)
Aku lebih suka nonton cerita thriller lagi sebenarnya.

Pagi tadi aku terbaca kat surat khabar di sini.
Ada satu artikel menyatakan cerita Bridget Jones adalah suatu penipuan romantis yang memberikan harapan palsu kepada semua species perempuan di atas muka bumi ini.
... yang mana perkara-perkara itu tidaklah berlaku seperti apa yang berlaku di dalam filem tersebut.
Ala, semacam korang tgk cerita tamil padayapppa ataupun cerita hindustan orang menari pusing2, golek2 atas bukit, realistik ke tu?

Lepas tu, aku buat tak endah ajelah.
Tengok-tengok malam ni diorang tayangkan balik cerita tu.
Mungkin nak respons pada artikel tersebut, tak tahulah.

Tapi bila tengokkan balik,
Bila 'Si Bridget' ni naikkan berat badan dia, dan orang kaya jatuh cinta pada dia, korang rasa logik ke?
Yang mana, perempuan sekarang semua mahu menjaga badan (seboleh2nya tak mahu makan karbohidrat - nak makan lean protein aje)
Yang mana, lelaki-lelaki (kaya atau tidak kaya) hanya melihat pada perempuan-perempuan yang seksi yang kurus aje ke? (oh ye, kawan lelaki aku kata, tak - lelaki tidak memandang rupa. eheck)

Kalau korang kata perempuan Scottish, oklah - badan mereka berisi sikit kalau nak bandingkan dengan perempuan dari England. (Rate Hypertension di Scotland adalah yang paling tinggi di dunia, tahu?)
Kalau korang kata perempuan Greece, aku fahamlah - perempuan berisi dikatakan seksi di sana.

Itulah, aku tidak pernah percaya kepada percintaan, perkahwinan dan manisnya madu dalam berkasih sayang.

Yang aku selalu jumpakan, satu minit bercinta - 10 tahun merana.
Yang aku jangkakan, satu pihak pasti akan tidak jujur, tak kiralah mana-mana laki ke perempuan.

(Bullshite) Tipulah kalau korang kata bercinta tu best-best sahaja.
(Bullshite) Tipulah kalau korang kata pakwe korang caring gila, sanggup berkorban apa sahaja.

Aku takkan percaya. Paling tidak, mesti ada silap faham atau saat-saat tidak jujur.
Aku bukan datang dari planet Marikh ataupun Bintang Kejora (Venus).

... dan sejujurnya aku sedang berputus harap dengan species lelaki yang tipikalnya begitu.

Aku sebenarnya tak berapa nak faham kenapa aku menaip benda ini. Selalunya kalau aku nonton cerita begini dengan kawan-kawan, soalan yang aku akan tanyakan adalah:

Kenapa lelaki suka sangat berlaku tidak adil dan tidak jujur?
Kenapa perempuan kuat cemburu?
Kenapa lelaki dan perempuan tidak boleh duduk berbincang?
Kenapa lelaki suka mengelakkan konfrotasi?
Kenapa perempuan kerap beremosi bila berkonfrotasi?

Hahaha! Walaupun aku sudah tahu satu-satu jawapannya, aku masih ingin bertanyakan seorang seorang. Dan aku masih menantikan suatu jawapan yang buatkan aku terdiam.

Oh ye, walaupun aku sangat sarkastik di dalam cerita perhubungan lelaki perempuan ini, aku rasakan pasti ada seseorang yang sanggup membangkang kata-kata aku dan membuatkan aku jatuh sayang kembali. ;)

Ah! Cerita Cik Bridget sudah tamat. Ada pula cerita Pretty Woman. Errr, apa yang sudah (atau akan) berlaku pada malam ini?

saya.emo.sebab.saya.sakit.gigi.

Photobucket kini sedang menahan sakit... gigi :((

terjaga tidur aje tadi sedar TV masih terbuka, semua sudah tidur.
macam data dalam komputer yang sudah terjadual, tangan aku secara automatis mengambil mana-mana makanan yang ada di atas meja.

ye, sekarang sudah malam, dan saya masih mahu makan.

sejak dua menjak ni, rasa sangat sangat sakit gigi sebab asyik kena paksa makan daging. apa yang sedap sangat makan daging pun aku tak tahu. yang aku tahu, kalau aku overdose makan mende alah ni, darah aku cepat naik - bukan terma perubatan bagi hypertension tapi terma bagi hidup - cepat meradang. benda ni aku dah sedar sejak kecil lagi. tapi degil, nak makan daging jugak.

dan sekarang aku rasa seperti mahu meradang dengan seseorang. errrr?

oh ye, misscomot telah tag saya di dalam blog beliau. Errrr, maaf awal-awal ye? Saya tak buat tag kerana:-

1) Saya pemalas.
2) Saya tidak mahu terlalu banyak bercakap tentang diri saya (eh? abih, selama ni?)
3) Saya tidak tahu saya suka apa dan tak suka apa. Itu sila tanyakan kepada Abah saya, adik saya, kawan-kawan rapat saya. Dan mungkin seseorang. Mungkin dia lebih faham. :)
4) Jika saya buat tag tersebut, saya masih tak paham diri saya. Ye, saya sangat misterius orangnya. Dalam satu masa saya boleh jadi orang yang sangat baik dan profesional, dan dalam masa yang sama saya boleh jadi seorang psychotic yang boleh buat hidup orang lain merana.
5) Oh, saya sedang membuat tag andakah? :))

Mungkin dalam masa yang akan datang saya akan jadi lebih terbuka dan boleh bersuka-ria. Mungkin, mungkin ;)) Apa-apapun terima kasih kerana mengingati diri ini :)

*Baidewei, korang pernah tak terfikir, malam ini korang berborak panjang dengan seseorang, dan bila esoknya korang mendapat perkhabaran bahawa orang itu meninggal? spooky kan?

post.birthday.celebration.

Cupcakes yang berharga 0.99p
Ye, aku tahu - murah.
Peduli hape aku 'kek' aku murah ke mahal.

:D

none.

Photobucket kini sedang sober. separuh sedar.

aku agak emo.
aku tahu sebab aku pening tengok rumah agak bersepah.
aku tahu bila rasa macam nak baling barang semua.

ni dah duduk sekejap makan ubat update flickr rasa lega sikit.
tak lama lagi ni aku tidolah ni.

owh abah aku suh aku pilih kek.
oleh kerana aku tak makan sangat kek, aku pilih cupcakes instead.

tadi penat bangun awal pagi ke makmal untuk jadi Cik Kris Kringle.
Pastu pandu jauh ke Falkirk untuk melihat teknologi Archimedes.
Tapi bila pergi tak rasa hebat mana pun.



hari-hari makin mandom pula rasanya.
Pukul 3 dah rasa mcm kol 9 malam.
malam malam+lunch pun pukul 4.30 petang.

aku cuba update bebila yang termampu.
sebab lepas ni, aku dah tak boleh main-main dah.
fokus.fokus.

"nak buat kerja, nak buat kerja."



*oh baidewei, aku dah rasa burger prosperity. my verdict? kurang umppph... agaknya burger tu rasa sedap apabila dinikmati dalam cuaca yang panas dan lembap, pastu dimakan sekali dengan extra pepper, dengan sos cili tekan-tekan, dengan air sprite nenas, dan CURLY FRIES!

Cettt, kena balik nih!

Monday, 15 December 2008

pengumuman.

Photobucket ingin mengucapkan:

1) Selamat Ulangtahun pertama pada Cik Puan Farah dan Dr Adam. Tak sangka dah setahun ye?
2) Terima kasih yang mengucapkan Happy Belated Birthday secara peribadi (kerana di sini tiada ruangan komen ataupun C-Box) samada di blog mereka, di YM, terus ke text, hadiah kiriman berupa jeruk sedap dsb. Terima kasih.
3) Terima kasih pada Abah saya kerana mahu membelikan kek tapi saya tidak mahu. lagipun siapa yang mahu makan kek tersebut? Lainlah kalau kek aiskrim dari Janetta's. Ishhhh...




Itu sahaja. Terima kasih sekali lagi ;)

dia.kata.saya.suka.lagu.itu.

Photobucket kini sedang menikmati twisties, perisa kari

cik bendaaneh ada membebel tentang kesukaan lagu seseorang.
yang mana sesebuah lagu itu kedengaran sedap (atau nyaman?) jika ianya berkaitan dengan peristiwa-peristiwa di dalam hidup ko.

bila aku fikir-fikir balik, mungkin benar apa yang dikata.

tapi siapa mahu explain bila masa aku berumur 5 tahun, aku sukakan lagu Kau Kunci Cintaku dendangan Ramlah Ram?

Ataupun lagu Izinku Berundur dendangan Slam masa aku berumur 13 tahun?

Ataupun lagu Ibnor Reza bila aku berdarjah dulu?

Bila aku mainkan lagu di dalam kereta sewaktu memandu, mungkin mood aku yang memilih jenis apa lagu yang perlu didengarkan.

Tapi....

Kebanyakannya lagu putus cinta (atau kau nak kata putus kasih atau ditinggalkan?)

Ada kena mengena ke tu?

Ti-ya-da. Teda.

Genre aku masa umur 5 tahun dulu dan 25 tahun sekarang - SAMA.

Tiada kena mengena dengan peristiwa hidup aku. Tak sama dan tak serupa.

Memang benar kata cik bendaaneh, manusia ini makhluknya misterius. Makin ramai ketemu, makin misterius jadinya. tapi tentang lagu kegemaran itu?

Hmmm... kau fikir-fikirkanlah sendiri.

*Oh baideweii, aku cukup benci bila orang kata "I'm an ecclectic person who listens to a broad genre - from rap to zapin, from hip hop to inang"

hey.hey. aku tahu kamu suka dengar satu genre sahaja. Yang lain? Setakat kena sogok dengan radio-friendly.

Hahaha! Kamu loser!

:D

Sunday, 14 December 2008

penat.

Photobucket errrr...

pemberitahuan:

1) lampu porno saya sudah tiada :((
2) perut penuh dengan makanan Melayu asli.
3) burger prosperity masih belum dimakan (sebab kenyang sangat makan nasi)

















4)tanak blog panjang-panjang sebab asyik kena kutuk dengan ADIK (elo.elo. jangan klik url ni boleh x?)

Saturday, 13 December 2008

senyum.lebar.

Photobucket kejap lagi mahu off ini laptop.

saya penat.
mahu update sedikit sahaja.
malam ni finale X-Factor.

nanti saya upload lagu best ok?
o, baidewei - burger prosperity masuk freezer.
esok baru mahu makan.
*widey-smiley*

Align Centre

Ye, di UK tiada Twisties :D

dan.hari.ini.tiba.jua.

Photobucket kini sedang menguap-nguap minta disorongkan bantal *yawn*

ahhh! sudah mahu akhir tahun.
duit dalam poket sudah mahu kering.
garu sana garu sini.
adoiii, apa yang aku sudah beli selama ni?

tahun lepas pun begitu juga.
kalahkan mak ayah orang lain yang beranak 10.
duit keluar macam air aje.

salahkan diri sendiri.
siapa suruh beli hadiah mahal-mahal untuk diri sendiri?
siapa suruh beli gajet-gajet canggih bila waktu macam ni?
siapa suruh berbelanja macam orang ada 10 anak dan belanja lelaki?

aku terima duit semacam orang lain terima duit juga.
cuma - aku ada maintenance yang sangat tinggi untuk dijaga.
duduk mesti mahu seorang, tak suka politik rumah tangga.
kereta suatu kemestian, kalau tidak, itu bukan aku zaman berzaman.
ruangan kabinet rumah dan dapur mesti berisi setiap masa, suatu kemestian.

itu sebab kenapa aku tidak pulang ke Malaysia.
sebab aku selalu pokai.

alhamdulillah setakat ni aku tak pernah menelefon Abah mintakan duit poket lebih.
alhamdulillah setakat ni aku tidak pernah sesak nafas mahu hidup.

kerana aku tahu siapa aku, dan bagaimana mahu hidup seperti aku.

tapi kisah semalam buat aku terfikir-fikir, sampai bila aku mahu jadi begini?
ini belum lagi bersuami, beranak pinak satu lori (kalau boleh, dan kalau mampu)

semalam sahaja aku berbelanja di Tesco enam puluh pound.
ye! aku tak tahu aku beli apa. Barang makanan untuk tiga orang untuk satu minggu lebih.

dan hari semalamnya, aku telah membeli satu botol perfume EDP Coco Chanel yang aku selalu mahu sepanjang zaman. Yang hanya mak-mak datin (dan tingkat teratas dari mereka) sahaja mampu pakai. oh dan set hadiah Jean Paul Gaultier yang aku pernah hadiahkan pada mak aku dulu.

dan hari ini, aku harus ke kedai fotografi mengambil gajet terbaru kamera aku, yang sudah aku idamkan sejak aku mendapat kamera Nikon D60 musim panas yang lalu.

Untuk sedapkan hati, aku berazam tdak mahu membeli-belah pada waktu Boxing Day. Ye, kawan-kawan. Aku BERAZAM tidak mahu. Tak tahulah azam akhir tahun aku ni pasti berjaya atau tidak.

Elaun yang akan datang hanya akan masuk ke dalam akaun pada penghujung Januari 2009. Sanggupkah aku makan megi dan berpilates selama 1 jam ataupun berpuasa bukan sahaja kerana mahukan pahala tapi sebenarnya duit tiada?

Syshhhhh.. jangan bilang sama adik aku. Karang dia report sama abah aku. Kes naya! (except adik aku baca blog aku hari-hari, ape kes?)

oh baidewei (quote perkataan boombastik daripada adik aku) - hari ini saya dapat makan burger Prosperity imported dari Malaysia! Weeee~! Siapakah yang sangat bermurah hati (dan sayang aku gila-gila) sampai sanggup seludupkan burger tersebut?

Mari kita nantikan.

Setelah habiskan separuh dari elaun aku untuk semua benda yang di atas dan melihat kehadiran burger tersebut.....

Perghhhhh hadiah hari jadi yang paling bermakna!

Friday, 12 December 2008

iklan.

Photobucket kini sedang menunggu Maghrib, cepatlah Maghrib.

Anda suka mendengar lagu?
Anda suka mendengar ala-ala Jazz?
Hey! Cam'on bukan Jason Mraz, saya dah tak suka dia, dia dah overrated sekarang.

Suka lagu yang agak2 mellow?
Suka dengar UK Top 40?
Suka dengar lagu-lagu Unplugged?

Aku tahu banyak lagu-lagu ni DR TAD suka gila.
Ok, taklah gila, tapi ini memang genre kau rasanya.

OK, sila pergi ke www.mininova.org dan taipkan "BBC Radio 1 Live Lounge Vol. 3"
Dah download sila peram berbulan-bulan.
Pastu bukak folder tu.
Macam aku ni, baru perasan aku pernah download album ni.
Suka gila!
Pastu sila downloadkan ke dalam iPhone ataupun iPod Touch anda.
Tiada?
Sila burn CD dan mainkan di dalam kereta.

Perghhhh... terapi jiwa.