1) harap-harap saya tak tertidur selepas menaipkan perkara-perkara di bawah ini.
2) kerna sekarang sudah pukul satu pagi (p.ramlee suruh jangan tunggu pukul 3 pagi, dia suruh tidur terus)
3) malam-malam macam ni saya duduk diam-diam sambil dengar lagu-lagu di ipod.
4) si tijah (ipod saya) asyik main lagu mellow. dan lagu melayu. memang, dia tahu saya mandom.
5) saya dah sakit sejak seminggu yang lepas. sakit itu sakit ini. dalam luar toksah cakaplah. sakit aje memanjang.
6) kadang-kadang rasa kalau hidup pun 'sakit' kalau mati pun sakit jugak ke? biasalah kalau sakit selalu pk nak mati aje. tapi tak mati pun. Allah nak bagi hapus itu dosa-dosa mungkin.
7) saya sedar saya stress. tapi tak boleh nak define stress sebab ape. ok, pertamanya saya sunyi. saya nak peneman. ok, Allah berikan saya peneman. pastu bila dia dah pergi, saya rasa dua kali ganda sunyi dari sebelumnya. dan bila-bila saya punya teman, saya masih rasa sunyi. kenapakah?
8) saya sudah penat mahu belajar. kenapa? sebab saya sudah tidak minat. saya buat kerana tanggungjawab. tapi saya masih tak minat. dah nak habis belajar pun masih tak minat. mahu pupuk bagaimana lagi?
9) saya sudah muntah duduk di UK. saya tahu bila saya di Malaysia saya pasti rindukan UK tapi buat masa sekarang, SAYA MAHU KELUAR DARI NEGARA INI!
10) saya buat kerja teruk-teruk kat sekolah, saya SAKIT. saya tak buat kerja kat sekolah pun saya SAKIT. abih, saya nak buat ape? buat TATAU? adoi kepala sakit.
11) motivasi saya dah negatif dah ni. saya cuba buat escapism tengok narimiya hiroki tapi takleh nak up sangat motivasi yang dah sedia jatuh ni.
12) last time saya jadi mcm ni, saya sambil separuh hati dan nanges-nanges buat juga tanggungjawab saya. dan selalunya berjaya. dan sekarang ni saya mahu cari titik permulaan nak pecut sampai takde daya. sikit aje lagi. sikit aje lagi.
ok, minda saya dah penat. esok kena sekolah, tapi kerja tak siap lagi.
dan dada saya makin sakit. petanda stress meningkat.
perlu saya tidur atau biarkan rasa dada tu doki-doki?
saya ambil point nombor 12. sebab in the end, saya takkan mati dari perjuangan ini.