Thursday, 22 July 2010

uikkk.

Photobucket tiada rasa.

pagi itu saya ke sekolah seperti biasa.
bangkit tidur, sediakan bekal untuk tengah hari nanti dan terus ke sekolah.
keluar sahaja rumah sudah perasan pokok-pokok di depan tangga sudah hilang.

hmm.. biarkan aje, jawab hati.

pulang dari sekolah cuba-cuba buka pintu, KUNCI.
pandang tingkap rumah orang sebelah - KOSONG.

patutlah sejak kebelakangan ni tiada bunyi dari sebelah.
rupanya mereka sudah pergi.
mungkin sudah sambut kehadiran ahli keluarga baru, maka rumah pun perlu bertukar menjadi baru juga.
baguslah, saya tak larat nak mendengar suara yang menyakitkan hati waktu malam-malam.
nak tidur! susukan saya! tukar lampin saya!
haih, belum masanya untuk saya lagi.

pintu terkunci.
saya cuba membuka dengan kunci yang ada - GAGAL.
saya cuba hubungi org itu ini sana sini - masih GAGAL.
saya fikir-fikir mahu terus tidur di sekolah aje.
di tangan ada daging mentah.
jikalau di sekolah ada dapur kan bagus, cuma tinggal takde katil kosong ajelah untuk saya.

saya penat, saya lapar.
akhirnya jiran belakang rumah menyahut.
masih cuba untuk dapatkan kunci tapi masih GAGAL.

saya penat, saya lapar.
dan saya rasa mahu tidur.
oleh kerana jiran mahu keluar tonton wayang, saya ikutkan aje.
entah kenapa, saya rasa mahu tidur di kerusi empuk itu, sambil-sambil bersila.
pelik, saya tahu.

tapi, sampai sahaja di sana, saya lebih tumpukan pada skrin.
bukan sebab si leonardo yang hensem itu, tapi mungkin sbb saya rasa cerita di hadapan saya lebih seronok dilihat daripada melelapkan mata.
akhirnya, saya berjaga sepanjang tempoh penayangan.

saya pulang ke rumah jiran.
saya penat, saya lapar.
di tangan saya ada daging burger.
saya mahu makan tapi saya mahu tidur.
takpela, makan aje lah, lagipun jiran tak marah.

jiran suruh buat macam rumah sendiri.
masak-masak itu bagi saya sudah biasa.
tarik periuk mana yang patut, masak ajelah.

lepas makan sambil tonton tv, saya (disuruh) buat-buat ruang tamu seperti rumah saya sendiri.
saya golek ke kiri, golek ke kanan.
masih tak boleh tidur.
tempat baru agaknya.

bila sudah pagi, saya perasan badan saya sakit.
bukan kerna lantai keras atau apa, saya perasan badan saya terjaga 20 kali golek ke kiri dan ke kanan. mimpi yang bukan2 pulak tu.

bila pagi, saya mencari kunci.
nasib baik agen baik beri satu set terus.

bila hilang satu masalah, satu lagi masalah datang.
kereta saya pula rosak.
haih, hidup saya memang selalu susah berbanding senang.
mungkin sebab bila2 saya senang saya lupa Tuhan.
mungkinlah.

seharian saya tidak ke sekolah. tak tahu kenapa tapi tidak punya dayaa berbuat apa-apa.
mana entah perginya Amal yang super rajin itu.

jap lagi saya datang balik, nak pergi cari si Amal rajin tu.
woi balik woi, hari dah senja!