Friday, 19 November 2010

cer(ita).pen(dek).

Photobucket mabuk-mabuk ayam (pernah tgk ayam mabuk?)

kisah satu.

S masuk ofis saya bagi salam. eh, dia kaper takkan nak bagi salam pula.
S tanya soklan, saya jawab. mata dia asyik melilau aje. pandang apa ntah.
pastu tiba2 dia cakap 'payung ko ke ni? cantek!'

saya pun mcm 'errrk?'

kisah dua.

S masuk lagi opis, nak tanya soklan lagi. saya jawab lagi. mata dia melilau lagi.
pastu S tanya 'eh ko makan ape tu?'
saya kata nasi goreng.

S kata... 'sedapnya. ko masak sendiri?'

saya jawab aah tapi dalam nada aneh. nak kongsi satu bento dengan saya ke? haha!

kisah tiga.

beberapa minggu lepas, saya belajar bahasa jepun guna buku teks. saya baca perbualan dengan nada yang hanya saya saja boleh dengar. S kat luar ofis saya.

S masuk ofis, nak say bye bye. dia tanya - belajar bahasa jepun ke?
saya kata yela, nanti saya nak gi jepun tak reti cakap jepun susah pula.

hari ni - dia pakai baju YOKOHAMA besar-besar kat t-shirt dia.

(hekeleh)

kisah empat.

tengah borak2 interpret results tiba2 godzilla tanya pada saya. 'kita nak christening kan band novel yang awak dapat ni... tu dalam kristian. oh lupa pulak ko muslim. kalau muslim panggil ape?

eyh? kami takde christening2 ni. saya malaslah nak cakap kalau baby baru keluar kita kena azankan kat telinga. but i dun think itu maksud dia.

tapi dia insist gak tanya muslim mesti ada buat jugak. saya cakaplah errr? takde?
co-SV saya rasa saya mcm offended dgn soklan godzilla pastu dia kata 'apa kata kita namakan band baru ini dengan nombor?'

haha! ni siapa yang terasa neyh?

kisah lima.

saya kena present poster dengan oral di conference kat University of Durham. Dah beli tiket. Cari hotel dapat pula family room. siapa nak join saya jalan2 kat Durham? Saya tatau Durham besar mana dan lawa mana tapi tiba2 saya rasa sabishii... takde sape nak dating dengan saya ke?
(cik I, i think i'll pass la ur challenge tu...)

kisah enam.

dah nak wiken. arini kuar Harry Potter. S tak ajak pulak saya gi tgk Harry Potter. haha! tak bleh blah. siapa2 mahu tonton HP dengan saya? ataupun mahu lawan Just Dance dengan saya malam ni?