Showing posts with label rindu.. Show all posts
Showing posts with label rindu.. Show all posts

Thursday, 21 July 2011

pulang.

Photobucket mode: mahu pulang ke malaysia

1) kepenatan
missCC sedang risau dengan keadaan emosi beliau. beliau dah kata. no multitasking. skang dia penat/pening. rumah 80% sudah dikemas. insha'Allah beberapa hari nanti boleh dipulangkan kunci. regim senaman dan diet? ade lagi seminggu sebelum mulakan crash diet semasa Ramadhan. anda boleh lakukan missCC!

2) ketinggalan
missCC tak tahu. bukan beliau ignorant. dia menggelarkan diri beliau matsugu onna (perghh, bahasa jepun beliau masih belum rusty lagi) bermaksud, perempuan yg lurus bendul. hahahaha! bila mahu pulang ke malaysia ni dia baru tahu kawan baik beliau yang seorang tu sudah beranak. yang lagi sorang tu nak beranak. semuanya dah ada anak! haha! serius, beliau tidak tahu (ape istilah kawan baiknya?). rasa terkilan? tiada. mungkin beliau berasa gembira kerana beliau rasakan sudah tibanya beliau menyertai golongan sebegitu, ok - mungkin dalam masa 5 tahun lagi? beliau mahu merantau lagi. misi mencari lelaki idaman masih belum ketemu. sila cuba lagi.

3) hati kering
bayangkan anda hanya punya sekeping hati. 1/8 sudah diberikan kepada encik A. 1/8 kepada encik B. 3/8 (lebih sikit) pada encik Z. apa lagi yg tinggal untuk beliau sedekah pada lelaki idaman beliau yang masih dalam bayang2 beliau itu? (oh! fling(s) tidak dikira ye kawan2). mungkin beliau boleh mencuba lagi. sila ogle dengan penuh prihatin ye? let's ogling!

4) rumah cantik
saya mahukan rumah 2 tingkat. ada hidden wardrobe. ada shower idaman seperti di penthouse bertatahkan marmar biru di brussels. tapi lokasi baru di cheras. kalau boleh nak berjiran dengan abang nua. hari2 boleh kirim lauk kat abang nua.

5) sipadan
mahu kumpul duit ke sipadan. sambil ambil lesen diving. kalaulah duit itu tidak habis untuk pusing2 korea selatan. kalaulah abang nua boleh bawak saya ke sipadan FOC (kata dah bagi lauk ari2?)

6) baru
pulang ini, missCC akan mulakan hidup baru. harap2nya permulaan hidup ini baik2 hendaknya. benda pertama nak buat, lepak. esoknya - lepak lagi. haih - hidup dengan lepak-lepak adalah satu nikmat.

7) sub.konkusi.
saya mahu berkata dengan diri saya. tolonglah missCC. jika anda mahu mencari seseorang, cari yang baik2 ok? mark the words - baik2! kenapa nak cari orang yang dah banyak buat onar? kerana cinta? kerana sayang? why not let the man loves you instead? by the man i mean a true gentleman. bukan cari perempuan mcm tukar baju bila sale2 hujung musim ye? note that ye missCC?

Monday, 20 June 2011

rumbles at heart

months ago, i was watching the most influential artist-couple in Korea. they are in fame for their contributions towards society albeit their acting/singing skills. perhaps their adorable children steal some of the attentions. one thing that made them prominent is when the wife said this 'having a 5-year-experience living with him, whenever he is next to me - my heart flutters'

jaw dropping!

this morning, albeit the sores on my body (due to the sudden excess exercise), i remember that feeling; doki-doki/dugeun-dugeun/thump thump/lub dup lub dup.

i thought i have lost it. like happily losing it, but sadly it never went away.

i remember after a long hiatus, he made me breakfast in the kitchen. i just let him do all his job and we're having a meal like a stranger. it felt weird but OK. i couldn't see him in the eyes even i had almost feelings out of him - at least there were traces of memories but i kindly ignored them away.

but i noticed after that moment, my heart rumbled as crazy as it could. and i (think i) fell in love with him again.

along with high tides and long winding road, we were apart again. this time for true as i swear myself never to see him again.

albeit new life he leads (yet it took me unfrivolously long time to get over him by saying I'm happy he's happy), we were in contact without i finish saying ...he's happy.

i thought i've moved on. i thought we've ended. i thought he heads a bigger family and make me saying with a big smile; 'yeah! he's happy'

yet we are, meeting at the adjoining point in our life to think where this will end. it might not yet resume but i don't want this to end either.

a small voice saying this to me - let's put this to a dead end where we have to get back on our life and let us not to cross-path. that'll be better.

on the other hands, let your heart flutters without knowing what lies ahead.

as for now, let the flow lead me the way.

Saturday, 26 February 2011

Photobucket seronok dapat jumpa encik S!!! (she's smiling from ear to ear!)

dorky encik S! XD

Wednesday, 23 February 2011

spooky.

Photobucket separuh penat, separuh mandom. hepi? tarak.

orang kata, kalau encik SV takde kat ofis, silalah ponteng atau bermalasan buat keje.
saya kata, kalau encik SV xdelah, saya kena buat keje lagi rajen - so bila dia balik leh update banyak gila keje. dan saya tak tertekan pun kalau SV xde. sbb dia suka sgt kacau hidup saya kat ofis. grrrr...

so, semalam saya pun dalam malas2 pun buat juga la keje. sampailah malam bila masa pintu belakang hospital berkunci.

sampai aje umah, tengok encik SamDong dalam cerita DreamHigh, tapi tak abih satu part pun saya dah terlelap. dalam hati, tidur ajelah dulu, kang nak bangun solat isha'

saya buka lagu kat itunes sbb senang sket nak terjaga. kang terbabas sampai kol 8 pagi cane?

tiba-tiba saya dibuai mimpi, saya terdengar ada suara (macam suara saya) bisik kat telinga saya...

'bangun! bangun! kata nak solat isha'?'

saya terjaga dan pandang keliling. lagu ungu berkumandang. oh! baru pukul 1.30 pagi. saya lepak2 dalam duvet jap dan tertidur balik.

pastu saya mimpi cik hudie hud beli kamera baru yang rupanya bentuknya mcm iphone. haha! tapi pakai 35mm filem. apekah?

then, ade orang bisik lagi kat telinga saya 'bangunlah, kata nak solat isha'?'

kali ni saya buat2 tak sedar. tiba2 azan subuh kedengaran. kuat.

saya rasa masa tu menyesal gila. pengajarannya adalah - sila solat sebelum tidur ye cik Amal. dan sila tutup itunes tu. dan barulah pergi tido.

oh, semenjak saya makan coQ10 ni, saya dah kurang rasa penat. selalunya kalau kol 7 pergi sekolah balik kol 9 - esoknya sure saya meroyan tanak pergi sekolah sebab penat. tapi dengan mengambil ubat ini, lepas balik kol 9 malam pun, saya tidur kol 12 tgh malam juga. walaupun tidur dah berkurang (kedut2 dah nampak dah ni tanda kurang tidur) - tapi saya dah tak meroyan sangat dah.

bagus2.

tidur kena cukup.
rehat kena cukup.
hiburan kena cukup.
solat pun kenalah cukup jugak kan?

oh buat (subconcious mind) cik amal saya yg suka 'temankan' saya bila2 tengah malam tu... dah! jangan dtg lagi malam nanti. aku luku kang pale hang karang...

oh! dah 2 minggu dah tak jumpa/tanya kabar encik S. saya bagilah email kat beliau. tetttttttttt... beliau tak balas. hahaha! adakah beliau takut sbb saya tanya pasal thesis beliau lantas pabila beliau menerima msg saya terus beliau membuka laptop dan mulakan menulis?

mari kita nantikan ;) tak, saya tak terasa sgt pun (...lah sangat!)

Sunday, 20 February 2011

homesick

Photobucket

saya


mahu


pulang

ke

malaysia!!!!!!!!

Tuesday, 14 December 2010

Good Luck!


Dear Amal,

Good luck with your presentation!

S xx

Kyaaaaa! Encik S bagi saya kad Good Luck untuk presentation di Durham.
Bila datang ofis aje tgk2 kad dah ada atas meja.
bukak2 aje, ada orang ucapkan Good Luck!

bila saya ucapkan thanks kat bebudak ni, diorang pula yang malu-malu.
haha! comel aje bebudak ni.

haih, bak kata cik hudie_hud, saya kena bawak balik hadiah la mcm ni. dahlah saya sorang aje orang asia yang present kat situ.

gambare Amal-chan!

(bila sampai umah baru sedar Encik S bagi saya dua kisses!!! Kyaaaa lagi!! haih, benci tol perasaan perasan ni)

oh Encik S byk gila pesan kat saya (harini hari last diorang kat lab untuk taun ni),

ingat daku dalam doamu... hahahaha! saya harap gak dia cakap mcm tu. tapi tidak. saya harap nanti masa boxing day leh la jumpa dia masa shopping kat glasgow nanti. haha!

aitteeee!!~ jom gi Durham... ikimashouuuuu~!

Friday, 10 December 2010

cer.pen.

Photobucket anxiety

1) sepanjang hari pergi sekolah hanya betulkan poster untuk conference minggu depan. bila S tanya buat apa aje arini? saya kata buat poster. pastu saya meroyan tak sudah . asyik cakap tanak pergi Durham. dengan coolnya dia kata 'godzilla and co kan banyak bantu, u should do fine'

errr... saya lagi suka teman awak kat lab dari cakap depan ramai orang. haha! tak bleh blah.

dia tanya saya bape lama/jauh Dundee ke Durham. saya cakap saya tatau. pastu saya gelak. 3jam setengah. habis dia tanya ni naik tren kalau tren takde mcm mana (snow masih tebal di north-east England) - saya cakap awak hantar la saya. haha! kalau bab mengurat bagi la missCC!

2) terima kasih kepada Cik Hudie_Hud sebab tolong2 tengokkan poster saya. Selain Cik I, saya suka kacau Cik Hudie_Hud kalau bab poster, slides dengan statistik. Sbb dia selalu kena brain-wash dengan SV dia. so dia lagi expert dari saya wp technically saya lebih senior dari dia. Walaupun saya tahu dia tgh stress skang, dia tolong gak saya. uwaaaa! kenapa saya dapat banyak kawan-kawan baik ni? nak terharu bleh?

3) agak kelakar. tapi masa bday saya aritu saya asyik silap tulis tarikh aje. saya tataulah kena pada kamu-kamu atau tidak. tapi pada hari tersebut saya sokmo tertulis DOB saya rather than tarikh 2010. wakaru? ala, mcm terbiasa isi DOB kat boranglah. haih. sejak bila 2010 jadi tahun 1983?

ye, saya dah tua - takleh nak ngurat S!!!

4) tadi lab freezing gila. Encik S siap pakai gloves sambil menaip, pakai 2 lapis baju tebal. bayangkan sejuknya lab saya. Saya pun tak tahan sampai asyik keluar masuk ofis. Mungkin satu sebabnya takmo berdua-duaan dengan Encik S. dia bikin hati saya goyang.

5) saya dah mula anxiety. saya dah mula anxiety. saya dah mula anxiety. selalunya pukul 12 tgh malam saya dah boleh tidur, skang ni kol 4 pagi lom tentu saya boleh tidur. this will be me for next 6 months.

doshioooo?

Tuesday, 7 December 2010

mata.bertentang.mata.

Photobucket jiwang tak boleh blah.

semalam tarikh saya tambah satu hari (bagi genap satu tahun).
tido agak awal dan bangun pun agak awal.
sebab tak mahu bazirkan 24 jam saya berumur 26 tahun ni.

saya pergi sekolah agak awal juga.
buat2 keje sekali sibuk itu ini.

pastu waktu petang dah tak larat dah nak fokus.
tiba2, encik S masuk ofis.
kami borak panjang.

dia risau projek dia, saya risau saya takde boifren (dah hint banyak kali ni)
eh takkanlah dengan student saya - saya nak mengurat kan?

tapi saya bijak sket la.
depan dia saya buat mcm saya ni tak reti buat ape-ape.
bukan dalam akademik, tapi dalam hidup.

contohnya... kalau tak boleh nak amik barang tinggi sket, panggil aje dia dengan panggilan manja.
nak bukak botol ubat pun suh dia bukakkan.
haha! tak bleh blah.

bila lama borak dengan encik S, saya baru tahu dia baru berumur 21 tahun bulan lepas.
saya pun nak cakap 'today's my birthday' tapi apakan daya... saya tanak soklan selepas tu kuar dari mulut dia 'dah bape tahun dah tahun ni?'

takkan nak cakap 18 kot?

tapi saya respek la dengan umo dia 21 tapi fikiran dah matang.
dia kata dia tak puas dengan ilmu pengetahuan yg dia ada skang.
dia pun kata dia nak experience. untuk ape2 ajelah dalam hidup.

haih, masa saya umo 21 saya cuma pk nak abihkan degree aje, pastu sambung buat masters.
tak sabar nak kuar dari mesia kononnya.

iklan: terima kasih kepada cik I dan cik ahlam kerana sudi surprisekan saya dengan kek sedap dan lauk-pauk umppph!! dan sanggup berjalan sejuk (suhu minus nih) ke kafe di main campus sambil lepak2 cerita masalah hidup. nanti bila2 kita buat lagi ok? *hugs*

pagi ni saya datang sekolah pakai baju cantek.
dengan niat dah naik satu tahun kenalah jaga appearance (ceh, padahal nak ngurat encik S)

tapi sebab saya tak cukup tidur dan kesejukan yang amat tunggu bas selama 30 minit dalam suhu minus dan stokin nipis - saya sampai aje ofis terus emo.

ofis jadi senyap gila. encik S pun tak berani bersuara.

kemudian beberapa jam lepas godzilla masuk ofis tolong saya bagi buah fikiran untuk poster saya, barulah saya warm sket dan gelak2 dengan encik S.

tolonglah saya, encik S bila senyum sangat comel!

pastu bila saya berada dalam dark room sorang-sorang dia datang carik saya.
nak suh bagi pesan kat godzilla dan nak bagitahu dia akan buat apa kamis nanti.
pastu saya dengan takde mood dan mengantuk tak kata apa-apa senyum lebar dan angkat tangan tanda baibai.

serius, takde apa2 makna tersirat pun. senyum dan bai bai. ok, mungkin senyum menggoda/manja (apa2 aje tafsiran kamu).

mungkin sebab bilik itu adalah dark room encik S pun pandang mata saya dalam-dalam tanpa kata-kata.

dia angkat tangan dan peluk saya.

koser. hahaha!

dia angkat tangan - senyum lebar dan mcm nak tanak aje blah dari dark room tu.

saya dah doki2. lupdup lupdup. sampai skang nih.

setan ni kalau tak mainkan perasaan orang mmg tak sah!

Saturday, 27 November 2010

lagu.rasmi.saya.

Photobucket mellow dan stress ;(


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

bila saya dengar lagu ni dalam drama Secret Garden, saya tiba2 rindu zaman gaduh-gaduh dengan orang yang pernah saya sayang.

bila saya tengok pasangan ni gaduh-gaduh (love-hate relationship), saya rindu zaman saya bercinta.

saya nak nanges. saya nak rasa balik rasa gaduh-pujuk-gaduh balik. rasa itu walaupun perit tapi saya rasa rindu.

at least masa tu si dia boleh buat saya menanges. boleh saya tersenyum. boleh memberi harapan. boleh beri saya semangat untuk apa-apa saja.

bila saya tengok hero pandang heroin dari jauh, dia macam boleh baca apa yang heroin tu fikir. dia selam dalam-dalam.

saya tahu ni hanyalah sebuah drama aje. tapi kenapa saya boleh relate benda-benda ni dengan diri saya ni? kenapa drama ni suka buat saya doki-doki ni?

BTW, episod 5 Secret Garden buat saya gelak bahak2 sambil guling-guling. dan buat saya sedih. boleh sentuh2 hati saya. boleh buat saya lupakan mamat KIM NAM GIL yang kuat nanges tu. haish.

(kalau dgr lagu ni sambil tengok salju turun mesti syahdu - uwaaaa!! nak boifren! suami!!!)

oh, ni gambar terkini from Aberdeen! snow teballl!! saya nak main sledge!!! :(


credit to cik hudie_hud

Thursday, 21 October 2010

edisi kamis malam jumaat II

baju sudah siap dilipat.
walaupun rasa tak sehat siang tadi, lepas solat maghrib dan isha' terus rasa segar sket.
sebab ramai kawan-kawan online.
leh layan mana-mana yang patut.

dah masak untuk bento esok, dah makan, dah pekena cafe latte rasa mcm tak boleh tidur pula.
kemas-kemas sket rumah yang dah tak mcm rumah dah ni.
rumah kecik macam ni takleh nak diurus ada hati nak pindah rumah yang lagi besar.
haih.

saya kena kutuk dengan Cik Hudie_hud pasal wardrobe saya.
dia kata ada dalam koleksi baju-baju saya tu ada yang saya tak pernah pakai.
*uhuk-uhuk*
mana ada.
kalau gi sekolah takkan nak pakai baju glitter-glitter? baju seksi2 (haha!)
saya ada beberapa kategori baju-baju dalam lemari saya.

baju nak masuk tidur ada satu compartment (last-last tidur dgn baju yang bawak gi lab)
baju untuk every season: aki, fuyu, haru, natsu. tu dah bape compartment dah.
baju untuk duduk dalam rumah sahaja.
baju untuk majlis formal.
baju untuk majlis sopan-sopan.
baju untuk majlis yang sopan pondan-pondan.
baju untuk bebila saya naik 5 kilo.
baju untuk bebila saya turun 5 kilo.

kalau kira mcm tu, 2 lemari pun tak pernah cukup! *uhuk2*

****

oh tadi masa saya entertain bebudak honours, saya duk khusyuk sangat sampaikan saya terlupa nak solat zohor. bila islamic finder kuar kat PC saya, saya tepuk dahi. S tanya saya kenapa. saya kata saya lupa nak sembahyang. dia pelik. mesti dia kata hati "errr... pray?"

oh! mereka ni nama aje ada kawan Malaysian/Arab/Asian. aku luku kang. dah terang-teranglah saya pakai tudung maknanya saya muslim. dan saya perlu sembahyang. bila saya cakap saya kena sembahyang 5 kali sehari dia buat lagi muka terkejut. pastu dia tanya lagi... "do you have to pray like in specific time?"

YES, my dearr~~!!!

pastu dia tanya lagi... "can't you just make it up the prayer?"

nak cakap NO tapi saya cakap kalau lupa bolehlah ganti. kalau sahaja-sahaja, it's a sin.

seronok gak duk bercerita pasal ISLAM kat orang yang tatau apa2. so bila diorang tanya tu lebih kepada rasa ingin tahu, bukan cynical ke provokasi ke.

ada gak yang tak bape sensitif. ada sekali waktu winter, diorang hidang mulled wine pastu bagi kat saya. saya kata saya tak minum wine. nak tahu orang tu jawab ape... "oh this is just mulled one"

errr... saya TAK minum arak la bongokkkks!

****

oh tiba-tiba saya teringat seseorang. bila time kamis malam jumaat mesti teringat kat dia. rasa nak seypak diri sendiri sebab ingat pada orang yang belum tentu ingatkan diri kita, neee?!

edisi kamis malam jumaat

Photobucket tak centre.

saya pulang ke sekolah agak awal harini.
sebab harini saya temankan bebudak honours sepanjang hari sampai bila nak buat keje saya - saya jadi sangat sangat sangat penat.
saya pun balik dengan xde mood dan kesihatan.

saya call cik wanis, tanya dia buat apa.
dia kata tengah shopping pinggan mangkuk seorang diri.
hehe, nak gak shopping except takde duit cash yang sangat banyak.

pagi tadi saya mimpi jiran belakang rumah saya bake cheesecake.
nampak menyelerakan. saya tak suka sangat cheesecake.
menggemukkan. memuakkan (konon nak rhyme)

so, saya nak pergi carilah cheesecake kat tesco.
ada blueberry cheesecake, chocolate cheesecake, NY cheesecake.
yarabbi! peningnya kepala.

sekali, masa tengok-tengok, ada satu kotak yang saya pernah kenal.

O
M
G

kek ni yang saya makan masa balik mesia aritu. lepas buka puasa dgn sahur mesti makan. siyes, kek ni tak manis. ingatkan kek ni dah mahal kalau jual kat mesia. tengok-tengok, sama aje harga kalau convert pun.

tapi saya apa kisah, kalau kat mesia kena lalu tol RM1.10 semata-mata nak gi IKEA pi beli mende alah tu. bayar parking lagi. minyak lagi.
ni lalu kat tesco on the way balik rumah, belilah bape banyak pun.

saya suka kek ni sebab ia mengingatkan saya pada kek prague yang dibeli oleh kedutaan Malaysia di Vienna. masa tu saya tengah sedih2 semua barang2 saya hilang. pegawai duta kat situ comfortkan saya dengan menyuakan kek ni. sangat sedap sampai ke saat ni saya masih ingat rasanya. natsukashiiii~!!!

anyway, untuk tatapan adik saya yang tengah rindu kat saya tu... nah amik gambar ni. gambar takleh makan. kang ajak miss mummy gi IKEA gi beli eh? ataupun dtglah sini teman saya! :D

Thursday, 5 August 2010

bogoshipo.kim nam gil.sshiii...



saya menangis.
bukan sebab ending BAD GUY mcm hagham sedih.
tapi sebab saya dah rindukan Kim Nam Gil.
mana nak tunggu dia keluar dari service lagi 2 tahun?

walaupun dia dah masuk service dah 2 minggu lebih, baru sekarang saya nak terasa kehilangan beliau. rasa rindu mcm first time nak berpisah dari kekasih. sama sakit mcm break-up.

ok, mcm exaggerate tapi hakikatnya saya dah rindukan lakonan beliau.
kalau anugerah filem tahun ni tak menang kat mamat ni, saya nak baling telur busuk kat akademi perfileman korea selatan. muahahaha!

walaupun ending cerita ni rushing abih; tak banyak sangat drama, stret to the point tapi lakonan KNG tetap tak tergugat. kalau sedih, bab nanges bagilah kat mamat ni. siap ada satu scene tu mata dia merah aje. rasanya back-to-back kena buat scene menanges kot. kalau orang kata laki menanges nampak mcm sissy, dia ni menanges nampak masih kelakian. (komen bias tak bleh blah)

ok, skang kalau tanya saya nak laki mcm mana?

saya nak jawab laki mcm Gun-Wook (nama watak KNG) campur perangai gila-gila KNG. Kalau betul-betul tengok drama ni, tengok mcm mana dia (Gun-Wook) jatuh cinta/sayang pada Moon Jae In walaupun dia ni seorang lelaki yang penuh dendam. haih, bikin hati saya doki-doki.

tadi baru aje saya bermonolog sendiri:

'i will only marry a guy who can see me through uncoolness, the untidiness, the baka-ness, and imperfections of me.... and if only i could show him all that'

doki-doki datang lagi! tee hee!

dorama

cerita bad guy sudah mahu habis.
nak blame kerajaan korea selatan sebab panggil si hero berkhidmat untuk negara.
kalau tak, mesti saya looking fwd hari rabu dan kamis tiap-tiap minggu.
oh, official OST untuk drama ni dah keluar sepenuhnya. habis dah 5 part saya download.
buat-buat kerja mesti buka blog ni sbb senang nak stream auto main dengar aje.
ni lah pertama kali saya dengar lagu OST drama yang sangat banyak dan semuanya sedap-sedap. masuk ke dalam hati gitu....

cerita coffee house pun dah habis.
dah takde sape nak gelak dengan saya bila-bila muram dan murung.
takde sape nak nanges sekali dengan saya bila-bila saya rasa sunyi.

besarnya impak drama dalam hidup saya (ceh macam diari seorang surirumah tangga aje)

sekarang saya looking forward drama-drama jepun pula.
dan mungkin drama korea baru - cite buat2 roti ni. tu pun tengok in the middle sebab lama nak tunggu cerita bad guy nak keluar. skali tersangkut sebab hero comel sangat. eheh. mcm lawak aje si hero seorang pengemis tapi gigi dan kulit dia lagi lawa dari saya. kata 2 hari tak makan tapi gigi mcm gi dentist hari-hari. haha!

drama aje yang boleh buat saya lupa skejap tentang mahu balik malaysia.
skang ni saya bebetul homesick.
wp saya tahu balik mesia taklah happy sgt tapi mesia is the most interesting place that i'd wanna be now.

Friday, 14 May 2010

lalang.

saya rasa saya ni orang yang senang sangat dipengaruhi.
kalaulah orang iklan tahu mana-mana orang macam saya ni, mesti diorang lagi nak buat iklan banyak-banyak.

saya banyak membeli barang-barang sebab suka tengok orang.
saya baru aje beli kasut crocs dengan tidbits sebab tgk haruma miura beli crocs.
saya beli transmitter untuk off-flash photography sbb tengok gambar mira sangat cantik di flickr beliau. tu pun naseb baik tak buat mini studio kat umah.
saya beliau kamera vintage tahun 50-60an di ebay sebab teruja tengok encik mahadi dengan koleksi kamera beliau.
saya borong hi-heels di internet sebab tengok seorang model yang saya dah tak ingat nama pakai dengan canteknya.
saya masak sedap-sedap sebab tengok kat dorama atau filem jepun/korea semuanya makanan sedap-sedap. tu belum tengok cite Adnan Sempit lagi. kang asyik nak makan ala mamak aje.
saya beli headphone sebab teruja tengok headphone Cik Zaty dan labmate beliau.
saya beli penyangkut kot warna puteh sebab nampak seorang minah jepun ni hiaskan penyangkut yang sama dalam umah kecik beliau. cantek ;)
saya bukak blog jepun sebab Narimiya Hiroki pun bukak blog yang sama.

omg - saya rasa saya ni dah jadi mangsa iklan. betapa besarnya kehendak dan nafsu saya sejak dua menjak ni.

adakah saya boleh diselamatkan?

Sunday, 11 April 2010

perasaan.saya.kini.

perasaan saya hanya boleh ditafsirkan melalui melodi ini.
oh, ini antara penyanyi Jepun yang saya terus suka bila dengar hanya satu saat.

terima kasih kerana memahami perasaan saya kini.

Friday, 9 April 2010

errrk.saya.rindu.jepun.

saya pergi kedai pak mat tadi (supermarket jual barang2 asia)
nampak mochi,
nampak sos takoyaki,
nampak beras sushi,
nampak unagi.

tiba-tiba air mata mengalir.

balik aje ke sekolah saya google internship nak sambung training kat Jepun.

nak tunggu adik saya belajar ke jepun lambat lagi.
maka, sayalah kena pergi belajar dulu.

walaupun mood saya sekarang lagging dan malas buat kerja sekolah, saya doakan cepatlah saya abih buat PhD dan boleh sambung buat intership di Tokyo.

doakan saya ye?

Saturday, 13 February 2010

love♥.love♥.love♥.

Photobucket rasa macam nak makan dan golek-golek atas taman.

hari ini sangat indah.
sebab ada matahari memancar-mancar.
sebab saya rajin pergi sekolah dan masih di sekolah.
sebab saya dapat bersosial lagi setelah lima hari duduk sorang, tengok wayang sorang, buat kerja sorang, semualah sorang-sorang.

tadi saya masakkan sushi untuk kak me.
konon nak bagi bekal untuk beliau di heathrow nanti.
sekali bila datang aje, tengok-tengok ramai lagi orang bagi bekal.
hak hak hak.

pastu kak me pesan recycle baju-baju yang dia tak mahu ke charity shop.
satu kotak besar jugaklah.
lepas dah bye bye kak me kat bawah umah, kitorang pun tengok-tengoklah baju kat dalam kotak tu.
semuanya cantik-cantik ok?
rasa sayang nak bagi charity sebab charity jual sehelai baju for 4-8 quids.

credits: kak lin dengan hp nokia e71 nya itu.

oleh kerana sayang nak bagi kat charity, kitorang amik separuh kotak untuk bawak balik.
the rest bagilah kat charity.
kitorang pilih2 baju kat tepi jalan aje.
omputih tengok pun macam kitorang jumpa kotak tepi jalan pastu kecoh2 gi amik hak orang :))

walaupun terasa loser duduk dalam lab setengah hari, tapi saya rasa pengorbanan saya berbaloi.
lagi seronok rasanya buat kerja kat lab tanpa orang lalu lalang lihat anda buat apa.
oleh kerna itu saya rasa saya perlu gi celebrate tonton wayang.
yeay! PIC is in town.
lama gila tak jumpa dia.
dia pun tiap2 kali wiken mesti bagi text macam ni 'kat lab lagi?'
nak ajak jalan-jalan lah tu.

(gediks) :P

oh ye, ada iklan (asyik iklan aje sejak dua menjak ni). kepada cik-u-know-who (tak mainlah cik ABCDEFG), saya tak pernah marah pada anda. saya cuma nak space aje. saya rindu anda juga. saya sebenarnya mahu buat cold turkey tak mahu bersosial dalam waktu-waktu persekolahan. harap-harap anda pun rajen-rajen juga. jangan risau, saya manalah ada nak marah-marah orang. saya bukan godzilla ye kawan-kawan. :D oh btw cara anda bagi mesej cute-cute tu dah ada orang pernah buat kat saya. awak mengingatkan saya pada orang itu. nak salahkan siapa? dare ga? dare ga?

Monday, 30 November 2009

eid.mubarak.





maaf saya hilang.
MIA.
saya beraya di Aberdeen, kampung saya.
sebabnya kawan-kawan saya buka rumah.
masak-masak.
ramai juga warga Aberdeen buka rumah.

dah lama tak jumpa kawan-kawan.
kawan baru, kawan lama, kawan rapat.

hari raya best.
tak sejuk, matahari memancar indah.
tapi nak bukak atap keta rasa pelik pulak sebab angin masih sejuk.

haih.
minggu depan ilang lagi.
ada projek baik punya.
nantikan edisi khas minggu depan.

Dundee makin sejuk.
insha'Allah salji akan datang dalam beberapa hari lagi.
kena sediakan but, baju tebal-tebal.
kulit dah makin kering, kena mula pakai losyen.

sudah mahu disember sudah.
saya tak mahu tua. tak mahu!

oh selamat hari lahir kepada sahabat saya, Doktor Nani.
saya tahu anda mungkin tidak membaca, tapi saya masih ingat bday kamu.
kerja leklok dan selamat menjadi isteri dan ibu yang berjaya!

haih, semua orang dah tua ni.
dah nak abih tahun 2009 dah ni.

oh ni 'hadiah hari jadi' saya.
hadiah in advance! :))

Wednesday, 9 September 2009

ciknunu.so.long.farewell.

Photobucket buat surprise pada cik nunu!
walaupun PIC ajak kuar, dia tetap mahu pandu berpuluh-puluh batu untuk menghantar ciknunu!
berbuka di epot adalah sangat meriah!




saya sedang berblog di kampung saya.
saya tak tidur dah nak dekat 24 jam ni.
saya dahlah nak kena pandu balik ke sekolah ni.
harap-harap saya tak tertidur di tengah jalan.

ah! saya dah takde semangat mahu ke sekolah.
otak saya asyik fikir Malaysia, Malaysia aje.

nak balik!

Sunday, 6 September 2009

enaunsmen.

Photobucket mahu Cik Nunu mendengar lagu mellow pilihan saya kali ini.

Cik Nunu sila dengar lagu kat sebelah tu.
bila saya dengar lagu ni, saya tiba-tiba rasa sedih Cik Nunu nak balik.
walaupun, saya tahu kita akan berjumpa lagi, tapi memikirkan betapa baiknya dia dengan saya (dan kawan-kawan yang lain) buat saya sedih.

bape banyak titis air mata yang keluar,
bape banyak bahak-bahak ketawa yang dihabiskan,
bape banyak perasaan terasa/merasa/dirasakan (macam ayat pelik aje) dah diekspreskan.

saya rapat dengan dia sejak bulan april 2006.
kami rapat lepas main-main di playground belakang rumah kami.
masa tu kononnya nak pergi jogging la.
tapi end up main buai.

Align Centre

haih.
macam-macam jadi selepas itu.
ade yang manis, ada yang pahit nak telan.
tapi alhamdulillah, dia masih di situ menemani.

dia seorang kawan yang baik.
saya pernah quote ayat dia 'aku anggap semua orang kawan baik aku'
gembira-gembira dia, saya tahu bila dia sedih, bila dia suka kat orang tu.
lawak-lawak dia, saya tahu bila malam-malam mesti dia rasa kosong.
walaupun Aberdeen jauh berpuluh-puluh batu dari rumah saya, tapi saya selalu anggap rumah dia macam sebelah rumah saya.

we're gonna miss you dear.
takde Cik Nunu, Aberdeen dah tak happening macam dulu.
sapa nak masakkan saya ayam masak merah lagi?
nasi lemak?

;( kena baca nukilan ni sambil dengar lagu kat sebelah atas kanan tu.
Cik Nunu, hidup baik-baik.
semoga hidup di Malaysia lebih tenang dan bahagia, insha'Allah.

dan semoga anda berjumpa dengan seseorang yang boleh menjaga anda sebaiknya.

kita jumpa lagi, insha'Allah.
jalan baik-baik.

[oh, balik kang pakai baju cantik-cantik, senang nak mengurat pengiran ;)]