lama gila tak update kat sinisekarang pukul 3 pagi.
jangan tanya saya kenapa saya tak tidur lagi.
harini saja saya dah minum 2 tin red bull dan co-q10. sekarang saya sedang menghirup kopi panas pula.
kepala saya dah pening.
tapi saya kena usaha buat kerja.
sekarang saya takde masa nak sakit, takde masa nak fikir masalah orang lain.
sebab saya hanya nampak satu benda yang paling penting dalam hidup saya - habiskan PhD saya.
sementelaah saya hilang sebulan lebih ni, saya pergi ke Germany untuk bentang projek saya.
pengalaman di sana boleh la tahan best. tak sangka dah sebulan dah saya tak tidur malam risau2 nak present. Thanks Cik I sbb temankan saya wp dia pergi dgn hati lega, saya pergi dengan hati gundah gulana. haha!
Kemudian, pulang sahaja ke UK saya bertapa di Aberdeen sambil menyiapkan submission jurnal saya. Balik-balik godzilla suh buat kerja dalam lab. hmmm... sabar aje lah.
Sekarang ni saya sedang multi-task buat kerja di lab sambil menaip thesis waktu malam. Nasib baik library tutup pukul 2.30 pagi, mmg saya gunakan sebaik mungkin lah. Rutin ni insha'Allah akan berjalan sampai akhir May. Nanti dah cuti summer, library pun tutup seperti biasa. Maka, saya tak boleh nak stay back. Mungkin saya akan stay di lab pula. Dah summer taklah takut sangat walaupun ada sekali masa pukul 12 tgh malam ada 3 orang abang polis ronda dalam lab saya. Diorang terkejut saya pun terkejut. Haha!
Bercakap tentang stay back, aritu ade sorang budak sebelah lab saya tanya saya, 'mcm mana ko leh dtg awal ke lab? aku cuba gak dtg awal, tgk2 ko dtg lagi awal. Aku cuba gak stay lewat - tapi ko stay lagi lewat. Aku cuba gak dtg weekend, ko tetap ada kat lab. Pastu tiap kali aku nampak ko buat keje kat lab, ko asyik senyum aje, tak stress pun. kalau ko nak tau, ko lah sumber inspirasi kitorang kat sini' haha! lawak la budak ni buat confession mcm tu kan. Adakah diorang tahu yang orang Asian ni semuanya kiasu? Oh! maybe lah saya sorang aje Asian kat lab so diorang tatau. Tapi saya pelik, diorang tau tak saya ni pemalas orgnya? Kalau saya rajin, by this time saya dah viva kot! Ok, rajin bukanlah the only key for doing PhD. naseb pun kena play part gak. SV pun kena play part gak. Tapi yang paling penting, diri sendiri. Kalau malas nak gi lab - ingat results nak dtg bergolek? Kalau malas baca buku, ingat thesis tu leh tulis sendiri? Dahlah nak menulis style diorang sgt mencabar. Kau baca 10 review pun belum tentu leh dapat tulis summary yang elok. So, usaha mesti lebih - kalau orang sini spend masa 6 bulan untuk menulis, saya mahu buat dalam masa 3 bulan sahaja. With double amount of time ahead from them. Sebab dalam diam saya pun kiasu juga! haha! tapi lepas confession budak tu, mmg saya perasan lah semua budak2 PhD/masters bawah saya mmg akan dtg awal/balik lambat/dtg waktu weekend. haha! adekah saya jadi benchmark diorang? ataupun diorang kena warn dgn SV diorang... 'kalau amal leh dtg waktu wiken, asal korang takleh kalau amal leh datang kol 6 pagi, asal korg takleh?' omg! saya rasa bersalah pada diorang... sumimasen deshita!!!
Oh ye! Barang2 rumah dah ship separuh. Cuma yang tinggal baju2 nak pakai waktu summer, dan barang2 makan yang boleh tahan lagi setahun. Pastu ada hati nak beli TV 50 inci dgn Xbox 360. Sebab nak main kinect kat TV 50 inci tu. haha! tak bleh blah. fokus amal! fokus!
Rumah macam tongkang pecah. Dah tak larat dah nak masak, nak kemas umah, nak lipat baju. Semua tu dah bukan prioriti. Ni nak mandi pun fikir 2,3 kali - punyalah malas nak capai kualiti dalam hidup. Kalau saya dah boleh tumbuh jambang, jambang saya dah sampai ke dada dah sbb malas nak cukur. Sekarang semuanya malas. Naseb saya ni single. Kalau saya laki, saya pun tanak couple dgn perempuan mcm saya ni. Haih...!
Sakura is everywhere. Petanda spring sudah mari. Tapi cuaca masih sejuk walaupun org sini kata dah warm dah ni. Saya pun tak paham. Warm mendenya kalau still kena pakai baju 2,3 lapis? Update boleh tengok di flickr saya ;)
Saya punya plan mahu hiking bulan June. Lepas abih pening segalanya. Tapi oleh kerana saya makan q10 dan berat badan saya naik disebabkan itu, saya tak rasa saya boleh turun dari panjat gunung dengan selamatnya. haha! tapi saya tanak pk lagi. Yang penting sekarang - siapkan thesis!!!!!! XD
I'm looking fwd nak balik msia. mesia mesia mesia! I wanna go home!