Friday, 7 October 2011

and.so.goes.the.heart.

dah dua hari keluar dari rumah dan bershopping.
cik amal kalau bershopping - tu tandanya beliau sudah garu tapak tangan kanan (selalu orang kata tangan kiri) - atau mungkin beliau sudah bosan duduk di rumah atau mungkin beliau stress.

dua hari keluar shopping - dua hari terserempak dengan encik F.
hari pertama (yakni semalam) - beliau jeritkan nama saya di tengah keramaian. saya terlampau excited lalu memeluk beliau (sila rujuk entri sebelum ni 'i need a man') - saya pun terkejut dengan telatah saya - nasib baik dia berlagak cool sahaja. borak2 kejap pastu sambung shopping.

dan malam tadi saya mimpikan beliau - haha!

dan tengah hari td saya keluarlah sekejap tengok2kan sale di bandar.
baru sahaja keluar dari tempat parking, terjumpa encik F lagi.
omigod!
saya baru aje teringatkan beliau particularly - supaya bila saya pergi shopping janganlah terjumpa lagi dengan beliau.
tiba2 terjumpa sekali lagi, di dua tempat yang berlainan. are u kidding me encik takdir?
dahlah dulu terserempak dgn beliau di edinburgh. di midvalley pun terjumpa jugak... haih... apekah maksud semua ini? dunia ini kecil aje rupanya :D

dah, saya tobat tanak gi shopping dah. silalah duduk rumah sampai lebam! XD