padanlah aku tak berkahwin lagi pada waktu sesuai begini.
aih, aku tak kisah pun.
tak mati pun kalau tak kahwin sekarang bukan?
ada orang baca aku.
ye dia baca personaliti aku.
aku tidak minta pun.
dia nak bagi.
dia kata aku lambat dapat jodoh.
sebab aku memilih.
(kau orang yang tiga ribu kot yang bercakap begitu?)sebab aku fobia.
sebab aku tidak boleh memberikan komitmen.
dia kata lelaki rasakan inferior dengan aku.
sebab aku ada segala-galanya
(alhamdulillah)sebab aku tidak mencari lelaki bila perlukan apa-apa.
sebab aku boleh berdiri dengan sendiri.
ada masalah, aku tidak lari pada orang, aku selesaikan sendiri.
dia kata susahnya nak carikan lelaki yang sesuai personalitiku.
dia kata carilah yang tua, yang matang, yang ada segalanya.
tapi ubati dulu rasa fobia itu.
fobia apa ya?
fobia memberikan komitmen.
memang betul.
aku menolak lelaki bukan kerana aku materialistik, tapi kerna aku
realistik.aku juga bencikan lelaki yang
keterlaluan anak mak, tidak boleh berdikari dengan sendiri.
aku juga bencikan lelaki yang
tidak pandai berusaha mencari rezeki sendiri.
aku benci lelaki
gedik.
aku benci lelaki
metroseksual.
aku benci lelaki yang
banyak kawan perempuan yang gedik-gedik, yang tidak tahu apa maksud kawan dan berkawan.
aku bencikan lelaki yang
berfikir pakai nafsu.sejujurnya juga aku benci
anak orang kaya yang berbekalkan duit mak bapak.
ohh... tipikal anak orang kaya.
maka, apa kaitannya dengan komitmen?
aku rasa aku tahu.
aku tidak suka orang bergantung pada aku.
aku rasa rimas.
i'm a loner, always a loner.aku tidak pandai berkongsi.
selalunya dengan yang aku sayang, aku bagi sahaja barang-barang kepunyaan aku.
tapi tidak berkongsi.
itu ke fobia komitmen?
oh bukanlah. sebenarnya aku bukan fobia komitmen. sebenarnya aku rasakan berkahwin itu satu liabiliti. orang kata berkahwin ini suatu perjudian. antara menang atau kalah di penghujung hari. tak ramai yang menang, bertimbun pula yang kalah. petanda hari kiamat sudah dekat.
mungkin banyak sangat kisah yang aku dengar membuatkan aku tidak percaya pada lelaki. bukan semua, tapi kebanyakannya. tapi kenapa para suami kepada sahabat-sahabat baik aku semuanya elok-elok sahaja. jumpakan di mana ye mereka ini? aku pun mahu satu juga. heh.
entahlah, aku masih belum berjumpa yang sesuai.
i deserve someone who deserves me. dan aku tidak mencari cinta. cinta pada aku hanya pelekat perasaan. tapi dalam perkahwinan bukan cinta yang diperjuangkan. ianya adalah kepercayaan dan tanggungjawab. dan mungkin sedikit kasih sayang.
kat mana ye nak cari?