Saturday, 3 January 2009

adakah?

Photobucket masih tiada mood untuk membuat kerja sekolah.

aku selalu fikir, seronok tak kalau kerja jadi usher?
boleh tengok wayang free.

fikir juga, seronok tak jadi artis?
dapat baju free. sponsor itu ini. pakai baju lawa-lawa.

mungkin lebih seronok kalau jadi surirumah tangga.
macam mak aku. rilek aje dia.

ataupun kerja bagaikan tiada malam atau siang.
life - tiada.
duit - tak terkira.

seronokkah juga berkahwin usia muda?
nak lepaskan nafsu pagi petang siang malam pun boleh.
masalahnya, larat ke nak buat for another 20 years?

seronokkah juga membujang sampai jumpakan orang yang sesuai?
tunggukan rezeki murah, hidup lebih stabil?

seronok tak pula bercinta?
walaupun lebih pahit dari madu, yang aku nampak.

just go with the flow, orang kata.

angguk jelah.

hari.ini.sangat.indah.

aku memandu di tepi pantai.
sendiri.
hari ini matahari gah menyinar.
terasa hangat walaupun dalam kesejukan.

sepanjang perjalanan ditemani oleh lagu-lagu lama.
dan memori lama datang kembali.
satu, satu. tersusun lengkap.

ah! pelangi pula mencuri pandang.
tenangkan hati yang lara ini.

lara tapi tenang.
sungguh ironi bukan?

sejak.bila.aku.peduli.kata.orang?

Dr TAD, anda sedang membuat saya rasa terkejut. (ini pernyataan yang sopan)

Aku kenal manusia itu.
Dia katakan benda yang sama seperti yang manusia lain katakan pada aku??
(sila rujuk entri sebelum ini)

No wonder Dr Sumaiya dengan aku boleh get along.
Antara percaya atau tidak kami pernah dinner berdua di sebuah restoran yang eksklusif dan tiada orang.
Pelik?
Bak kata kau, kami eccentric.
Dia Bonnie dan aku Clyde.

Tapi aku masih tidak percaya si gadis kecil dan comel itu telah berkata yang itu.

*gasp*

Friday, 2 January 2009

oi!oi!

Photobucket kini di dalam mode tenang

sebelum aku berjumpa encik rajin, aku mahu berblog seketika.

aku berbual dengan kawan baik aku.
face to face.
jangan risau, dia adalah seorang perempuan.

dalam borak punya borak sambil tengok TV dan bercerita kisah hidup sebagai seorang pelajar yang agak sedih ni, tiba-tiba dia berkata sesuatu pada aku

"u ni lain dari lain ye?"

aku seperti kaget. apa maksudnya dia ni?

"tengok u dressing up, serius lain dari orang lain. and it's obvious"

aku tanak fikir2 yang buruk,
"So you were saying that I'm a freak?"

"no, no. u lain yang special. bukan freak. i realised u ni anti-stream. u tak suka jadi mcm orang-orang lain. dat's what i figured"

aku buat-buat tak paham. sebenarnya aku paham. tapi saja-saja nak suruh dia explain lagi.

dia tunjuk-tunjuk kat kot aku, beg aku, baju aku.

"See? You are different"

"In a good or bad way ?" provokasi melampau.

"It's a compliment. U kalau duduk dalam keramaian senang gila nak nampak u. Dat what i said, it's obvious"

Is it? Aku bilang sama dia aku tak suka jadi cliche. Aku tak suka please orang juga. Entah kenapa orang boleh senang dengan aku. Aku ada kuasa magis kot agaknya?

Dan yang paling penting - aku bukannya seorang yang inginkan perhatian. Bila si dia katakan begitu, aku kaget. Orang memandang rupanya.

Patutlah, aku lupa baca doa hilang diri. Itu sebab orang memandang. Kena bukak balik kitab-kitab lama ni.

Ok, encik rajin sudah memanggil. Mahu pergi buat kerja.

Berusaha! :D

Thursday, 1 January 2009

sedang.sungguh.sungguh.

berita terkejut  
bil telefon melambung tinggi. ye, having close friends is very harmful, indeed.

berita sedih 
tiada siapa mahu buat lawak di dalam rumah bila bangun pagi dan tidur. boleh jadi gila, aku tahu.

berita gementar
mahu berpresentasi. bukan itu yang aku gentarkan. apapun aku tidak buat lagi.

berita terkejut lagi 
sudah tahun 2009. Aku masih ingin biasakan untuknya. Kerana aku menghitung hidup mengikut bulan, bukannya tahun.

berita rindu
rindukan close friends dan their warmth. tapi part bil telefon tinggi aku tidak mahu. 

berita sedih 
duit tinggal sikit. Plan A - berpuasa (ada yang masih belum berbayar!) dan habiskan semua dry food di rumah (stok untuk setahun!)

berita yang agak-agak sedih 
hidup kena terus. berbekalkan semangat dan azam yang tinggi. Jangan malas-malas ye?

berita hangat
Fendi baru sahaja katakan beg aku classy gila! Tengok oranglah weeiii! (ok, ini bukan berita hangat, tapi Fendi yang cakap kot?)

ok, anda tak suka slang 'kot' - maka? nak kena masukkan azam not-to-do ke?

Maybe kut. Heh.