Thursday, 21 October 2010

aduan.semasa.

Photobucket rasa mcm pening-pening lalat.

simptom-simptom:

1) cepat rasa lapa. kalau lapa tu rasa macam nak makan orang aje.
2) rasa nak terkucil aje selalu. sehari kalau tak cukup masuk tandas 10 kali tak sah!
3) hari ni kemuncaklah. rasa pening-pening. jalan pun dah tak betul. nak konsentret pun payah. kepala kalau boleh sama ada nak letak atas meja, dinding pun boleh. memang tak boleh berdiri lama-lama.
4) cepat haus. rasa nak minum airrrrr aje. selalu tak macam ni pun.

saya salahkan cupcakes sedap + cho amaaai cik hudie_hud. saya rasa kandungan gula dalam badan saya rasa dah meningkat naik. obes! obes! haha!

patutkah saya pergi berjumpa GP?

;(

bangun pagi terasa mcm ada sesuatu yg besar kat bibir belah dalam. masa gosok gigi tengok-tengok suis stress saya makin membesar. hampir sama besar dgn kuku saya.

bonjela tak membantu. air panas tu tak menyurutkan. tidur saya pun dah kurang 8 jam. keje makin bertambah. pastu bila tido mimpi yang bukan-bukan. menakutkan.

yosh, dh kol 8 pagi, kena pergi sekolah!

Wednesday, 20 October 2010

malam-malam kat sekolah

tengah sambil-sambil buat keje di sekolah saya tonton drama korea Dr. Champ.
haih.
haih.
haih.

hati doki-doki lagi.

saya suka tengok muka laki bila-bila dia suka kat seorang perempuan. pastu tak reti-reti nak confess. pastu bagi-bagi hint. pastu perempuan tu buat-buat tak paham.

laki tu setia aje kat sebelah. setia aje pandang muka perempuan tu. perempuan tu duk bebel-bebel masalah hidup dia. laki tu pun ada masalah gak, tapi dia tak kesah asalkan dapat duduk sebelah perempuan tu jadilah.

hati saya lompat2 tengok scene ni - http://www.dramacrazy.net/korean-drama/dr-champ-episode-7/

haih, dahlah badan sasa. lengan tu otot kental2. tinggi macam galah. pastu suka kat perempuan clumsy-clumsy. laki kalau suka jadilah hero ke saviour ke. kalau tak suka, hmmm... layankan je lahhhh....

cuba bayangkan..

bila awak present data dah cantik dah, pastu nak cuba eksperimen baru yang makan masa 3 hari 3 malam, pastu towards the end of the process, semua protein awak hilang...

apa awak rasa?

apa awak nak buat?

nak balik tidur?

nak buat bodoh?

nak nanges?

nak sambung buat keje lain?

nak hentak kepala kat dinding?

ke nak ulang eksperimen?

**siapa nak temankan saya sampai tengah malam nanti?** haih, kalau ada boifren teman kat lab kat best. okla, hasben. adik! jom teman saya kat lab?

Tuesday, 19 October 2010

be.with.you.

Photobucket mellow di malam yang beku.

pulang dari sekolah tadi dah gelap sangat.
nampak bulan hampir mahu penuh sambil ditemani bintang yang bersinar. mungkin itu adalah planet marikh.
malam ni sejuk yang amat.
dalam berita pun kata malam ni memang akan mula ke suhu beku.
minta-mintalah esok cermin kereta tak berkaca-kaca ais.
saya dahlah tak beli de-icer lagi. haih.

harini hari saya sangat bagus.
mungkin sebab saya sempat sarapan sebelum pergi sekolah.
buka mata aje nampak dorama baru diupload.
apa lagi, sambil sarapan sambil tonton dorama.
pemandangan yang sungguh jarang dilihat masa-masa hari sekolah missCC.

pergi-pergi sekolah terasa mcm nama diseru.
bukak email (punyalah payah nak bukak email selalu), tengok2 godzilla kata dia tak sehat.
yeslah! bolehlah tgk FB tanpa risau dijenguk oleh beliau. LoL!

oh tadi saya ditegur oleh seorang Malaysian.
dia singgah lab saya nak jumpa seorang Professor ni.
dia tegur saya sbb dia nak bagi barang kat Prof tersebut.
pastu dia senyum lebar dia tanya saya "malaysia keee?"
haruslaaahh! hahaha! tetiba pagi ni jadi hyper sekejap :))

harini hari saya spend masa dengan adik-adik honours saya.
kagum saya bila2 masuk aje yang si laki (yang saya suka tu) dengan semangatnya cakap apa yang mereka mahu buat tgh hari tu.
selalunya saya akan beritahu mahu berbuat apa dan apa.
harini tanpa disuruh mereka dah tahu nak buat apa.
baguslah, saya pun banyak keje lain nak buat.

sedang saya berbuat sahaja kerja saya, ada aje bebudak ni panggil saya.
itu tak reti ini tak reti.
haih. bila saya tengok diorang buat keje diorang halau pula suh sambung keje saya.
konon tanak susahkanlah.

tapi in the end of the day, satu hape yang diorang buat semua tak jadi.
saya gelak aje lah.
budak laki tu (saya panggil S) buat joke "science hates us today"
saya bantai gelak lagi.
S kata dia risau sebab bila saya suh dia buat keje dalam lab, ada aje dia buat salah.
hahaha! nak suh saya comfortkan ke?
dahlah suka sangat tentang mata saya (tak baik ok?)

ala saya kata, biasalah tu. saya ajar diorang tak masuk pun lagi 3 minggu.
saya buat PhD masa mula-mula dulu 6 bulan pun belum tentu pandai.
kalau nak banding saya dengan dia mmglah saya lagi nampak terer dan rilek aje.
dah mana ada dia pernah tengok saya nanges2, stress dulu bila saya tak dapat results bagus.
tu nasib baik dapat mentor mcm saya.
buatnya dapat si godzilla tu, mesti akan menanges dan mogok takmo datang sekolah!

saya paling suka tentang si S ni bila dia nak tanya soklan kat saya, dia mesti pandang mata saya, pastu pause kejap.
saya tanya kenapa, dia mcm lost kejap. nak kata nak susun ayat dalam english, tu bahasa ibunda dia. nak kata dia blur, nampak mcm mode buat research dia mcm makin bagus. takkanlah budak medic tak pandai nak pick-up kot? (oh, si S ni amik one-year out of medic, nak pengalaman katanya)

selalunya saya akan senyum satu round atau gelak 4 round ataupun cuba teka apa yang dia nak tanya. omg, encik S, awak buat saya nak datang sekolah tiap2 hari! hahaha! Allah makbulkan doa saya juga ye?

oh, harini saya masak dinner! sebab semalam sempat berbuat groceries sket dan ada semangat sket nak masak. sambil masak sambil dengar lagu Arashi. sian jiran saya terpaksa dengar saya melalak bahasa yang dia tak paham. lol! oh bercerita tentang jiran saya, dia seorang india. ni mmg indian, india. gila skema ok? nampak sangat dia bosan sebab saya rasa saya tak dgr ape-ape dari sebelah kecuali bunyi dia berdengkur. takde TV, takde dia melalak atau apa2. lagi satu. tiap kali dia keluar masuk mesti kunci pintu depan yang menghubungkan rumah kami. cane encik posmen nak kem barang kat saya?haih... saya pernah jumpa dia sekali tapi tak sempat nak tegur. dia pun mcm tak peramah aje. kalau kenal2, leh lah nak bagi kari ke, kari ke, kari ke...? (lol! saya pun tak makan kari sgt!)

oh adik, saya rindu pipi kamu lagi. saya tengok gambar awak kat rumah ni. haih, dah besar panjang anak adik saya ni. bagi saya sorang adik yang comel mcm awak boleh? sila kawen skang bagi saya anak sedara!!! lol! (adeke umo 15 tahun dah gatal nak awek, nak kawen muda - seypak kang!) ok, i know you're just kidding!

ok, kenapa saya taip post ni? oh! sebab saya nak post lagu Arashi "BE WITH YOU". kawan-kawan saya, kalau awak-awak dengar lagu ni kat mana-mana, ingatkan saya ye? saya pun nak nanges mcm aiba masaki gak. nak sayang kawan-kawan mcm si jun. nak jadi kakkoi mcm sho-san. nak sore lemak berkrim macam ohno-san. nak jadi cheeky mcm si nino.

YASASHI ARASHI!

ni yang rasa nak gi Rotterdam nak say hi! kat si Masaki ni. Nak jumpa Aiba Masaki!!!! XD