mahu tenang-tenang sahaja.detik satu
pernah tak masa kecik-kecik dulu kau balik kampung dalam keramaian berdiri seorang perempuan yang cukup sofistikated memakai baju kebaya bergaya sakan tetapi tiada sesiapa berdiri sebelahnya?
bila makcik-makcik bertanya bila nak kahwin?
dia jawab - takde siapa yang mahu.
padahal dia baru sahaja pulang dari luar negara.
detik dua
pernah tak kau nampak sepasang couple dalam keramaian tak pegang tangan tak tangkap gambar muncung2 bibir (yang konon nampak lawa tapi sebenarnya nampak macam paruh burung belatuk tak cukup sifat) jalan pun kalau boleh sejengkal jauh apatah lagi mahu meletakkan gambar berdua-dua di laman web?
apa pandangan kau?
eh silap soalan - apa kau rasa pandangan masyarakat?
kawan aje kot?
yang duk pegang tangan tangkap gambar muncung2 bibir (yang konon nampak lawa tapi sebenarnya nampak macam paruh burung belatuk tak cukup sifat) jalan pun kalau boleh peluk sakan dan mahu sahaja meletakkan gambar berdua-dua di laman web sambil berkata "love u forever"
ini orang kata - wahhhh, couple diorang ni.
orang-orang macam ni buat aku mahu muntah.
detik ketiga
pernah tak kau mendengar cerita orang berceritakan perihal kesusahannya berulang kali sambil kata "hidup aku memang dajal" sambil meratapi hidup yang malang.
kemudian kau dalam hati pun berkata "dugaan hidup aku lagi sukar, aku tak pernah bercerita pun"
mungkin kau rasa baik dan dia mengada-ngada.
ataupun mungkin dia manusia pelik dan kau manusia biasa.
ataupun itu semua biasa-biasa sahaja.
aku pening.
detik keempat
pernah tak kau menipu orang tentang hidup kau yang malang tapi sebenarnya tak berapa malang cuma kau sahaja nak simpati orang. kemudian selepas itu hidup kau betul-betul jadi malang. kau terkesima kemudian kau duduk diam sambil berkata "ini mungkin salah aku" tapi in denial kau kata "hidup ini sungguh tidak adil"
detik kelima
orang kata jangan membenci sesuatu yang kita tidak lakukan ataupun atas sedar tidak akan lakukan.
sebab siapa tahu, kita mungkin akan jadi seperti orang itu - yang bezanya orang itu mungkin sudah bertaubat dan kamu masih lagi bergelumang dengan dosa.
bak kata encik kahuna - hidup itu seperti roda, lama-lama guna akan pancit. tapi takkanlah pancit kalau kau asyik lalu kat jalan penuh lubang dan tak pernah isi tiub tayar, bukan?
arghhh! kepala otak asyik ligat berpusing sahaja pagi-pagi buta ni.