mulakan hari baru dengan senyuman!- dari mula aku buka komputer dari awal pagi sampai ke malam masih tiada apa yang sempat ditaip.
- dundee bersalji tebal hari ini. tapi tak sempat main sledge pun.
- oleh kerana dundee tak menjangkakan kelebatan salji pada hari ini, garam tidak ditabur di tengah jalan.
- banyak kereta menggelongsor ke kiri ke kanan.
- aku pergi sekolah naik bus.
- bus pun lambat setengah jam.
- sampai makmal tengok dari tirai kamar salji makin lebat.
- tapi hari ini aku banyak gila keje mahu buat.
- sampai sekarang (17:53) aku masih terkandas di makmal.
- tapi sempat juga berbuat snowman sendiri.

- aku namakan dia: Zachary.
- aku sedang berkira-kira mahu balik ke rumah mengambil kereta ataupun tidak.
- kemudian sambung buat kerja di makmal.

- semalam rasmikan kek cheese perisa cokelat.
- tak manis, tak berlemak.
- oh ye, ramai gila yang balik awal hari ini kerana salji.
- ingatkan kalau malam ni ada kederat mahu menonton wayang.
- atau mungkin tidur sahaja.