separuh penat, separuh mandom. hepi? tarak.orang kata, kalau encik SV takde kat ofis, silalah ponteng atau bermalasan buat keje.
saya kata, kalau encik SV xdelah, saya kena buat keje lagi rajen - so bila dia balik leh update banyak gila keje. dan saya tak tertekan pun kalau SV xde. sbb dia suka sgt kacau hidup saya kat ofis. grrrr...
so, semalam saya pun dalam malas2 pun buat juga la keje. sampailah malam bila masa pintu belakang hospital berkunci.
sampai aje umah, tengok encik SamDong dalam cerita DreamHigh, tapi tak abih satu part pun saya dah terlelap. dalam hati, tidur ajelah dulu, kang nak bangun solat isha'
saya buka lagu kat itunes sbb senang sket nak terjaga. kang terbabas sampai kol 8 pagi cane?
tiba-tiba saya dibuai mimpi, saya terdengar ada suara (macam suara saya) bisik kat telinga saya...
'bangun! bangun! kata nak solat isha'?'
saya terjaga dan pandang keliling. lagu ungu berkumandang. oh! baru pukul 1.30 pagi. saya lepak2 dalam duvet jap dan tertidur balik.
pastu saya mimpi cik hudie hud beli kamera baru yang rupanya bentuknya mcm iphone. haha! tapi pakai 35mm filem. apekah?
then, ade orang bisik lagi kat telinga saya 'bangunlah, kata nak solat isha'?'
kali ni saya buat2 tak sedar. tiba2 azan subuh kedengaran. kuat.
saya rasa masa tu menyesal gila. pengajarannya adalah - sila solat sebelum tidur ye cik Amal. dan sila tutup itunes tu. dan barulah pergi tido.
oh, semenjak saya makan coQ10 ni, saya dah kurang rasa penat. selalunya kalau kol 7 pergi sekolah balik kol 9 - esoknya sure saya meroyan tanak pergi sekolah sebab penat. tapi dengan mengambil ubat ini, lepas balik kol 9 malam pun, saya tidur kol 12 tgh malam juga. walaupun tidur dah berkurang (kedut2 dah nampak dah ni tanda kurang tidur) - tapi saya dah tak meroyan sangat dah.
bagus2.
tidur kena cukup.
rehat kena cukup.
hiburan kena cukup.
solat pun kenalah cukup jugak kan?
oh buat (subconcious mind) cik amal saya yg suka 'temankan' saya bila2 tengah malam tu... dah! jangan dtg lagi malam nanti. aku luku kang pale hang karang...
oh! dah 2 minggu dah tak jumpa/tanya kabar encik S. saya bagilah email kat beliau. tetttttttttt... beliau tak balas. hahaha! adakah beliau takut sbb saya tanya pasal thesis beliau lantas pabila beliau menerima msg saya terus beliau membuka laptop dan mulakan menulis?
mari kita nantikan ;) tak, saya tak terasa sgt pun (...lah sangat!)