Thursday, 4 August 2011

mesia 2.0

Photobucket jetlag!

tiap kali balik mesti macam ni.

tiap kali balik mesti macam ni.

rasa kosong. rasa tak mahu buat ape2.

4 tahun yg lepas, agak parah gaklah aku layan jetlag dua bulan setgh tanpa buat ape2. bangun anta adik pergi sekolah, balik tido, bangun balik amik adik kat sekolah.

terasa loser gila.

lepas 4 tahun, perasaan tu masih sama. masih jetlag, masih anta dan beramik adik. maka hati ini rasa kosong sgt.

saya rasa nak kacau org lain, tapi orang lain sibuk keje. tapi kalau saya keluar pun dah rasa macam nak terus balik umah. traffic jam, panas, ramai manusia - tak setenang Dundee.

duit pula keluar mcm air. tiba2 terasa mcm tanggung anak 14. masih ni la rasa nak main lari2 lagi.

bila kat malaysia, masalah sgt banyak... tapi nak tanak kena settlekan secepat mungkin, sebab masalah akan keep on coming.

stress di Malaysia mestilah tak sama dgn stress kat UK sebab stress kat sini macam lagi teruk. haha!

setakat ni, saya masih belum makan McD, KFC dan apa2lah makanan fast food. mungkin sebab tak sempat atau takde selera ataupun diet? haha!

aritu pergi jalan TAR, jumpa Nabil Raja Lawak, oh dia ni manusia biasa aje. takdelah nau spesel pun manusia ini. pastu tgk fesyen tudung byk gila. pastu mulut ringan aje suh sorg akak jual tudung ni buat tutorial memakai tudung di khalayak org ramai. haha!

saya rasa sgt under dress bila di Malaysia. pakai shirt bodoh dgn jeans pun dh ok. kalau kat UK, nk berZARA, MNG la, NEXT la. saya rasa sungguh low-self esteem bila tgk ramai perempuan2 lain pakai baju lawa2, tudung mengelip2. tapi bak kata makcik saya, org2 mcm tu slalunya duit dlm poket tak banyak nak ade, selalu org2 yg under dress ni la yg pakai keta mewah (hahahaha!) tak bleh blah ok makcik saya ni.

saya rasa barang-barang kat Malaysia sebijik harga kat UK bila convert currency. bezanya, gaji kita takde pulak nak convert? cehhhhh....

saya tgh layan jetlag dgn hati yg lara. (mode sedih) tak sabar nak pulang ke UK balik...