mode: mahu pulang ke malaysia1) kepenatan
missCC sedang risau dengan keadaan emosi beliau. beliau dah kata. no multitasking. skang dia penat/pening. rumah 80% sudah dikemas. insha'Allah beberapa hari nanti boleh dipulangkan kunci. regim senaman dan diet? ade lagi seminggu sebelum mulakan crash diet semasa Ramadhan. anda boleh lakukan missCC!
2) ketinggalan
missCC tak tahu. bukan beliau ignorant. dia menggelarkan diri beliau matsugu onna (perghh, bahasa jepun beliau masih belum rusty lagi) bermaksud, perempuan yg lurus bendul. hahahaha! bila mahu pulang ke malaysia ni dia baru tahu kawan baik beliau yang seorang tu sudah beranak. yang lagi sorang tu nak beranak. semuanya dah ada anak! haha! serius, beliau tidak tahu (ape istilah kawan baiknya?). rasa terkilan? tiada. mungkin beliau berasa gembira kerana beliau rasakan sudah tibanya beliau menyertai golongan sebegitu, ok - mungkin dalam masa 5 tahun lagi? beliau mahu merantau lagi. misi mencari lelaki idaman masih belum ketemu. sila cuba lagi.
3) hati kering
bayangkan anda hanya punya sekeping hati. 1/8 sudah diberikan kepada encik A. 1/8 kepada encik B. 3/8 (lebih sikit) pada encik Z. apa lagi yg tinggal untuk beliau sedekah pada lelaki idaman beliau yang masih dalam bayang2 beliau itu? (oh! fling(s) tidak dikira ye kawan2). mungkin beliau boleh mencuba lagi. sila ogle dengan penuh prihatin ye? let's ogling!
4) rumah cantik
saya mahukan rumah 2 tingkat. ada hidden wardrobe. ada shower idaman seperti di penthouse bertatahkan marmar biru di brussels. tapi lokasi baru di cheras. kalau boleh nak berjiran dengan abang nua. hari2 boleh kirim lauk kat abang nua.
5) sipadan
mahu kumpul duit ke sipadan. sambil ambil lesen diving. kalaulah duit itu tidak habis untuk pusing2 korea selatan. kalaulah abang nua boleh bawak saya ke sipadan FOC (kata dah bagi lauk ari2?)
6) baru
pulang ini, missCC akan mulakan hidup baru. harap2nya permulaan hidup ini baik2 hendaknya. benda pertama nak buat, lepak. esoknya - lepak lagi. haih - hidup dengan lepak-lepak adalah satu nikmat.
7) sub.konkusi.
saya mahu berkata dengan diri saya. tolonglah missCC. jika anda mahu mencari seseorang, cari yang baik2 ok? mark the words - baik2! kenapa nak cari orang yang dah banyak buat onar? kerana cinta? kerana sayang? why not let the man loves you instead? by the man i mean a true gentleman. bukan cari perempuan mcm tukar baju bila sale2 hujung musim ye? note that ye missCC?