Thursday, 6 November 2008

dia.yang.kata.

Photobucket kini sedang mengalami simptom-simptom hypoglaemic

tepuk tangan sikit.
saya gembira dengan perjalanan hidup saya hari ini.
walaupun tak cukup makan, dehydrated, dan kehilangan zat besi yang berlebihan, saya tetap boleh berdiri dengan kuat.

balik rumah.
benda pertama mahu dicari adalah makanan.
teringat cerita How I Met Your Mother, kisah si Robyn tak dapat makan cheeseburger.
lalu saya pun order burger dalam perjalanan balik.

errr... hajat nak taip lagi, tapi lapa - nak makan.
"I'm so hungry that I could eat a cow!"
teringat ayat ni sama-sama dikeluarkan oleh seseorang.
haha!

makan dulu! later~!

pagi.yang.gelap.

Photobucket kini sedang menaip dari atas katil

terjaga awal. petanda awal distress. aku tahu.
mahu pergi kerja awal. mahu sibukkan diri. malas mahu fikir hal-hal dunia.

pagi-pagi dah dengar lagu seperti mahu menari ini.
rasa hati jadi nak lompat-lompat.
kalau dulu-dulu nak pergi kerja mesti menyanyi satu pusingan atau dua untuk dapatkan mood.
mesti keta sebelah pandang dan berkata "apoo gilo ko minaah ni?"

hari saya rasa gembira.
kerana saya telah melenyapkan seseorang dari kamus manusia yang pernah saya kenal.
saya rasa sedap. lapang dada.
saya rasa macam tak distress.
saya rasa macam mahu lompat.

pagi ini pagi yang hyper, saya suka!
woaaah! woahhh!
yeay! yeay!
i'm so going to download this song!

darn! aku mahu jadi sore serak-serak basah mcm ni bleh?
cool gila!

*semoga hari ini adalah hari yang indah juga bagi awak, awak, awak, awak, awak, awak, awak (ala! 'awak' tinggal sikit aje dalam poket kecil ini)
**ayo, rindu cik farah laaaaahhhh!
***oh, mokde - toksah paham post kali ni, terima kasih kerana menjengah hari-hari. Kalah Utusan! :D
****aku terbau ralph lauren yang dalam tube merah tu, yg skang hanya jual 10 pound tu. sedap la plak bau tu. kena beli ni.
*****sebagai tanda merayakan kehilangan seorang manusia loser pagi ni, aku akan bershopping. yeay!

Wednesday, 5 November 2008

saya.suka.awak.bila.awak...



Photobucket kini sedang melihat-lihat bunga api

Habis tengok How I Met Your Mother Season 4, dari episod 1-6.
Mcm mana aku terlepas season terbaru ni?
6 minggu aku lewat.

Malam tadi ada persembahan bunga api.
Kawan-kawan mengajak tapi malas nak pergi.
Sejuk.

Ala, tengok depan rumah pun best apa.
Nasib baik park tu depan rumah.
Dapat jugalah tangkap gambar apa yang patut.

Lepas tu, mengajak si akak comel dua beranak datang rumah makan dessert.
Borak-borak, catch up apa yang tertinggal.
Tu belum anak-anak bujang datang lepak lagi.
Haha! Aku rasa mcm dah tua.

Oklah, mahu berehat-rehat.
Esok ada banyak kerja mahu dilakukan.
Chin up people!
Sayang kamu, kamu, kamu, kamu, kamu, kamu, kamu (tak cukup 'kamu' dalam poket nih)

p/s: sila on kan speaker anda. lagu ini sungguh sedap! :D

I Like You So Much Better When Youre Naked - Ida Maria

Tuesday, 4 November 2008

kenapa.saya.suka.rumah.saya?

Photobucket kini sedang kekenyangan, burppp~!

buat sesiapa yang membaca, saya kini berada di Dundee, United Kingdom.
Jangan sebut Dan-di, sila sebut Dunn-Dey
Ini bukan tempat kelahiran Crocodile Dundee mahupun ada buaya di sini.
Ti-ya-da, te-da.

mesti orang pelik, kenapa saya pilih Dundee.
kenapa tak pilih Aberdeen kampung halaman saya.
Oh, ye! saya pernah hidup di Aberdeen selama hampir dua tahun ya?

Kenapa saya suka 'rumah' saya?

1) Saya mahu pengalaman baru. Saya rasakan hidup di takuk yang sama tiap kali tidak mencabar minda dan semangat saya. Saya mahukan lebih. Saya tahu ada orang yang susah nak tinggalkan kawan-kawan ataupun comfort zone mereka, tapi itu bukan saya.

2) Saya sukakan perasaan bermula dari bawah. Walau sepandai mana pun anda, jangan lupa ada yang lebih bijak dari anda. Saya suka rasa mahu menangis kerana tidak tahu apa-apa. Saya juga kepingin rasa berkawan dengan orang yang tidak tahu apa-apa. A fresh start.

3) Di sini, semuanya murah. M-U-R-A-H. Semacam anda ke Kelantan dan bandingkan harga nasi kerabu di sana dengan di Kuala Lumpur. Bagaimana? Bandingkan harga tanah di Perlis dengan harga tanah di Bangsar. Bandingkan sewa rumah di Melaka dengan yang di Damansara? Jimat duit.

4) Hospital tempat saya bekerja betul-betul menghadap laut. L-A-U-T. Kalau rasa stress, sila arahkan pandangan anda pada laut yang luas terbentang itu. Mesti lapang dada.

5) Di makmal tempat saya bekerja tidak racist. Dan pagi-pagi mesti ada orang ucapkan Selamat Pagi daripada Good Morning atau Hiya! atau yang sewaktu dengannya. Dan Malaysia dipanggil Malaya (up sket semangat patriotism oka racism)

6) Dundee mempunyai populasi masyarakat Islam yang antara terbesar di Scotland. Mana nak cari satu tempat kecil yang ada 3 masjid yang besar? Edinburgh pun tak macam tu.

7) Masyarakat Melayu di sini tidak ramai. Jika saya katakan tidak ramai, semua pun kenal sesama sendiri. Tidak perlu berpuak-puak, tidak perlu ada politikus kecil-sedang-besar. Dan tidak perlu memasak banyak jika ada keramaian.

8) Dundee ada satu puncak tinggi yang nampak seantero bandar. Dundee Law namanya. Tak perlu daki tinggi-tinggi. Naik kereta pun boleh.

9) Harga minyak paling rendah di seluruh Scotland. Lagi rendah dari Aberdeen, bandar minyak. Kenapa? Jangan tanya. Sebab kami cool. =D

10) Oh ye, sebelum lupa. Kami ada Zara, Aberdeen mana ada. =)) Tempat yang seronok bershopping adalah di Dundee. Semua pun ada.

Saya bersyukur dicampakkan/tercampak/mencampakkan diri ke sini. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan?

*ya, dan hari ini saya gembira ;)
**updated at 8pm: baru balik dari Borders dan lepak di Starbucks. Oh ye, kat Aberdeen pun takde Borders :))

Monday, 3 November 2008

Photobucketkini sedang lepak-lepak minam tey

aku dapat satu ayat baeeek punya dari seorang sahabat baik yang berbunyi begini:

"i luv u though ur luv was not me.i told myself not to cry when i saw u happy.i luv u & never asked u to luv me to.i luv u coz i really do.and even if u can't luv me to.i'm still here damn in luv with u.."

aku bukan jiwa-jiwa macam ni. maaf.

ayat terakhir dia kata "mari mencari jodoh"

errr.... apakah? semua orang sekarang sudah kalut ke? bila hidup seorang, bayar duit kereta, minyak, makan, minum guna duit sendiri dah jadi kesah loser ke?

atau, bak kata Mr. L, manusia ni hanya pandai mengikut perasaan aje. 90% emosi, 10% nafsu. abis mana akal?

ahhh! aku malas nak fikir benda remeh temeh ni.

aku ada hal dunia nak kasi setel.

fin.