Tuesday, 4 November 2008

kenapa.saya.suka.rumah.saya?

Photobucket kini sedang kekenyangan, burppp~!

buat sesiapa yang membaca, saya kini berada di Dundee, United Kingdom.
Jangan sebut Dan-di, sila sebut Dunn-Dey
Ini bukan tempat kelahiran Crocodile Dundee mahupun ada buaya di sini.
Ti-ya-da, te-da.

mesti orang pelik, kenapa saya pilih Dundee.
kenapa tak pilih Aberdeen kampung halaman saya.
Oh, ye! saya pernah hidup di Aberdeen selama hampir dua tahun ya?

Kenapa saya suka 'rumah' saya?

1) Saya mahu pengalaman baru. Saya rasakan hidup di takuk yang sama tiap kali tidak mencabar minda dan semangat saya. Saya mahukan lebih. Saya tahu ada orang yang susah nak tinggalkan kawan-kawan ataupun comfort zone mereka, tapi itu bukan saya.

2) Saya sukakan perasaan bermula dari bawah. Walau sepandai mana pun anda, jangan lupa ada yang lebih bijak dari anda. Saya suka rasa mahu menangis kerana tidak tahu apa-apa. Saya juga kepingin rasa berkawan dengan orang yang tidak tahu apa-apa. A fresh start.

3) Di sini, semuanya murah. M-U-R-A-H. Semacam anda ke Kelantan dan bandingkan harga nasi kerabu di sana dengan di Kuala Lumpur. Bagaimana? Bandingkan harga tanah di Perlis dengan harga tanah di Bangsar. Bandingkan sewa rumah di Melaka dengan yang di Damansara? Jimat duit.

4) Hospital tempat saya bekerja betul-betul menghadap laut. L-A-U-T. Kalau rasa stress, sila arahkan pandangan anda pada laut yang luas terbentang itu. Mesti lapang dada.

5) Di makmal tempat saya bekerja tidak racist. Dan pagi-pagi mesti ada orang ucapkan Selamat Pagi daripada Good Morning atau Hiya! atau yang sewaktu dengannya. Dan Malaysia dipanggil Malaya (up sket semangat patriotism oka racism)

6) Dundee mempunyai populasi masyarakat Islam yang antara terbesar di Scotland. Mana nak cari satu tempat kecil yang ada 3 masjid yang besar? Edinburgh pun tak macam tu.

7) Masyarakat Melayu di sini tidak ramai. Jika saya katakan tidak ramai, semua pun kenal sesama sendiri. Tidak perlu berpuak-puak, tidak perlu ada politikus kecil-sedang-besar. Dan tidak perlu memasak banyak jika ada keramaian.

8) Dundee ada satu puncak tinggi yang nampak seantero bandar. Dundee Law namanya. Tak perlu daki tinggi-tinggi. Naik kereta pun boleh.

9) Harga minyak paling rendah di seluruh Scotland. Lagi rendah dari Aberdeen, bandar minyak. Kenapa? Jangan tanya. Sebab kami cool. =D

10) Oh ye, sebelum lupa. Kami ada Zara, Aberdeen mana ada. =)) Tempat yang seronok bershopping adalah di Dundee. Semua pun ada.

Saya bersyukur dicampakkan/tercampak/mencampakkan diri ke sini. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya bukan?

*ya, dan hari ini saya gembira ;)
**updated at 8pm: baru balik dari Borders dan lepak di Starbucks. Oh ye, kat Aberdeen pun takde Borders :))