Sunday, 9 November 2008

Jom.Reminisce!

Photobucket kini sedang membelek-belek album lama

cepat betul masa berlalu.
yang suatu masa dulu sangat bersuka-ria bersama teman-teman.
dengan sahabat baik.
rindu, sapa kata tak rindu kan?

selongkar semula album lama.
yang jarang benar disentuh sejak 3 tahun dulu.
kagum juga dengan diri sendiri pada zaman dulu.
zaman muda-mudi. zaman gelak ketawa.

mari kita belek gambar-gambar itu?
tapi jangan terkejut ya? gambar ini nampak saja lama.
tapi cerita-cerita itu telah berlaku sejak tiga tahun yang lalu.
tak lama mana pun.

1) Ini meja study saya ketika Tahun Akhir Di UKM. Nampak kemas? Heh. Tapi malas belajar. :P



2) Ini zaman saya suka tonton teater. Ye, saya bukan kaki wayang. Saya kaki teater.


3)Saya suka beriadah. Katakan saja air terjun, hutan belantara yang saya tak pergi. Abis hitam muka.
bersama kawan baik saya, Alvin
bersama jiran belakang rumah, Cikgu Nana
terselit masuk dengan geng-geng major lain. haha!

4) Suka lepak di Pizza Hut, McD dan KFC bersama rakan taulan.
Bersama Sya dan Bulat

5) Suka sahaja berkumpul bersama-sama sahabat sekelas.


6) Selalu lepak dengan tiga orang sahabat baik saya: Wani, Nik dan Iera. Selalu kalau lepak mesti sampai 3, 4 jam. Order mesti teh tarik dengan wajib, air suam. Makanan, selalunya kuey teow goreng la. Kalau elaun masuk, makan mewah sket - makan Bento kat Restoren Jepun yang asli.


7) Suka sangat melancong sambil menghabiskan duit Abah. Haha! Takpe, takpe. Lepas ni Abah pula habiskan duit anak ok?


8) Saya bebas berkawan dengan sesiapa saja yang saya suka. Walaupun pernah menimbulkan masalah besar di kawasan Universiti. Saya tahu, saya rebellious. Haha!


Bersama dengan beberapa rakan baik saya. Saya tahu, saya kawan baik semua orang. Haha!

9) Eyh, pernah tak saya cerita saya kurus dulu? Ye, saya mcm budak 15 tahun kan? Sekarang pun awet muda what? Hahahaha!
Baju feveret kesayangan saya.
Ada lagak seorang saintis tak? Cool tak?

10) Ada lagi edisi seperti ini akan muncul lagi dalam masa-masa yang terdekat. Untuk yang belum kenali saya, anggaplah ini seperti melihat buku biografi Siti Nurhaliza (zaman dia pakai baju kebaya gi main hoki dan bola jaring) hahaha! Untuk yang sudah mengenali, indahkan zaman itu? Bagi musuh saya, tengoklah puas-puas, nak download pun boleh. Nak buat kutukan pun boleh (padahal anda jeles pada saya, saya tahu) :D

Enjoy ya! Saya tahu saya enjoy!

ku.enggan.

Photobucket kini sedang menari-nari, dalam hati :)

baru pulang dari bandar.
habis banyak juga duit kulaburkan ke sana sini.
escapism rasanya.
patutlah rasa lapang dada.
duniawi betul.

sempat juga lepaskan rindu di kedai makcik Piah.
eh bukanlah, McDonald.
lama rasanya tak makan. memang lama.
minggu ini saja food regime lari habis.
kompleks karbohidrat merata-rata di sana sini.
tapi takpe, kita compensate lain hari.


makanan feveret, tapi jarang gila dapat makan :D

saya tiba-tiba mempunyai sebuah akal gila.
saya mahu ke suatu tempat.
saya rasa seperti cari escapism baru.
selain membeli baju zara ataupun kasut trafaluc ataupun membeli wideangle lens ataupun tops dari CK ataupun membeli baju lagak mak datin.
yang saya kirakan idea ini lebih murah, lebih brrrrilliant dan buat dada saya lapang dengan lebih lama.

*hehe* sengih si shin chan.
karang sambung cite kat blog lagi satu :)

sejuk.hati.

Photobucket kini sedang bermalas-malasan

sejuk. macam mahu turun salju, tapi tidak.
sejuk. dalam hati.
sejuk. minda tidak berfungsi.
sejuk. sahabatku menemui kisah bahagianya.

lara hati.
lara. kerana jiwa kosong.
lara. kerana tiada mengisi lopong-lopong hati.
lara. kerana tiada yang menemani.

apa kisah hati?
yang prioritinya sering dibelakangkan?
yang asyik menjerit minta perhatian.

aku terasa mahu lontarkan diri ke dalam laut biru.
yang hangat, tidak seperti di puncak gunung dilitupi salju.
mahu berbicara sama-sama gelombang.
mahu berenang dengan penuh lagak seperti si ikan lumba-lumba.

jika ikut hati, mahu saja jadi si siamang.
bukan dia malas, tapi ditakdirkan bermalas-malasan.
aduhai. siapa kata jadi manusia senang ya?

*jangan mengeluh, tak baik.
**saya mahu gula-gula(1). siapa mahu beri?

----

1)gula-gula = kasih sayang
2)gula-gula = temberang
3)gula-gula = secret affair
4)gula-gula = sweets and candies!

Saturday, 8 November 2008

mimpi.sedih.

Photobucket kini sedang menonton Gilmore Girls, 5 episodes in a row

(digging in) strawberry-double-(ice)-cream. home made.
with a touch of custard on top of it. heaven.

pagi ni bila saya bangun saya nampak senyuman seorang budak kecil.
she's standing beside my bed, and cheerfully saying "Good Morning Ummi!"
with a little ribbon acts like a scrunchie.
and a hint of smile from the heaven.

mata hazel, sepet mcm Suri.
rambut pendek, pipi gebu. putih.

----

semalam tak tahu kenapa rasa penat sangat. physical and emotion.
mungkin sebab ada 2.5lb terikat pada both ankles diseret sepanjang hari.
mungkin sebab penat menonton (bukan mendengar) syarahan perdana dari seorang saintis yang pertama mengenal apoptosis.
mungkin sebab aku sepatutnya tersenyum dalam hati, tapi tidak.
mungkin sebab that workloads, tapi tidak.
entah.

----

pagi yang muram, seakan tahu perasaanku kini.
hajat di hati mahu ke puncak bukit awal pagi selepas subuh.
seorang diri, melihat matahari tersenyum di balik laut.
mungkin bumi ini rata, horizontal.
ah, perasaan saja.

tiada matahari hari ini.
tiada senyum untuk hari ini.

*updated: matahari memancar sejurus sahaja aku mengeluh sepi. terik, memancar dan menyinari hati ini.
terima kasih kerana memahami. =)

Thursday, 6 November 2008

saya.sudah.tua.

Photobucket kini sedang tenang-tenang

tengah baring-baring tadi, aku teringat lirik lagu ni:

"Tanjong Katong airnya biru, tempat mandi nak dara muda..."

teringat kalau pagi-pagi Abah selalu menyanyi lagu ni.
haih, rindulah.
seriyes nih, rindu.

aku ada dapat sebuah email. forwarded email.
aih, budak-budak ni mmg tak paham bahasa ye?
jangan forward email-email kat aku, aku kurang gemar.

tapi malam ni, aku baca jugalah sebuah email ni.
email nasihat, bukan gosip ya?
yang peliknya, email itu ditujukan khas untuk aku.

alo! cik! mentang-mentang saya ni tak kawen lagi, cik bagi email mcm tu ya?
cik nak saya kawen cepat-cepat ya?
cik buat mcm tu, lagi saya tak nak kawen tahu?

isi email: anda dah tua. bawak-bawaklah berkahwin.

heh.