kini sedang bermalas-malasansejuk. macam mahu turun salju, tapi tidak.
sejuk. dalam hati.
sejuk. minda tidak berfungsi.
sejuk. sahabatku menemui kisah bahagianya.
lara hati.
lara. kerana jiwa kosong.
lara. kerana tiada mengisi lopong-lopong hati.
lara. kerana tiada yang menemani.
apa kisah hati?
yang prioritinya sering dibelakangkan?
yang asyik menjerit minta perhatian.
aku terasa mahu lontarkan diri ke dalam laut biru.
yang hangat, tidak seperti di puncak gunung dilitupi salju.
mahu berbicara sama-sama gelombang.
mahu berenang dengan penuh lagak seperti si ikan lumba-lumba.
jika ikut hati, mahu saja jadi si siamang.
bukan dia malas, tapi ditakdirkan bermalas-malasan.
aduhai. siapa kata jadi manusia senang ya?
*jangan mengeluh, tak baik.
**saya mahu gula-gula(1). siapa mahu beri?
----
1)gula-gula = kasih sayang
2)gula-gula = temberang
3)gula-gula = secret affair
4)gula-gula = sweets and candies!