Wednesday, 12 November 2008

Selamat.Hari.Lahir.

Photobucket kini sedang sakit belakang. wuwuwuwuwu~!

misscheritacerithi ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada sahabat baik beliau: Dr Hazwani di atas ulangtahun kelahirannya yang ke-15 (+10) tahun. Semoga anda maintain comel dan comel dan comel. Saya buat cupcake untuk kamu tau! Tapi saya je lah yang boleh makan :D


terima kasih kerana sudi menjadi sahabat baik saya! :D
sayang kamu selalu!

*Sorry cupcake express! first timer katakan! lagipun memang tak kreatif pun! :))
**Happy Birthday to Irfan juga! Sorry! Kita memang tak tahu nak hias cupcakes mcm mane! Hahaha!! Nasib baiklah kamu comel.
***cupcakes ini dibuat dari scratch dari cake ke icing dalam masa satu jam! :D



Tuesday, 11 November 2008

sweet.pea.bukan.sweet.pee.*

Photobucket kini sedang kepenatan mengemas rumah

ok. pertama.
saya telah menelefon seseorang dan bercakap macam tak ingat dunia.
jika dikira berapa kali putus talian, dan bersambung balik - adalah dekat-dekat 3 jam berbual.
aku tak selalu mcm ni - DR TAD, saya sedang jujur nih.

dalam masa 3 jam tersebut, dia telah meneman daripada berjalan pulang dari pejabat, ke pasaraya TESCO, pandu pulang ke rumah, dan menemani masak, makan dan kemas rumah.

daripada mahu beli sahaja Quarter Pounder terus memasak nasi.
daripada mahu beli sahaja cupcake, kepada membuat sendiri kek sendiri.
dia juga di situ menemani.

dari satu kisah kepada satu kisah.
tak tahu kenapa aku kisah.
kenapa aku jadi begini.

tapi, terima kasih kerana menemani.
akan kuingat kisah-kisah begini.

Buat Cikgu Biologi kesayangan saya.
Tabahkan hati ye?
Saya sayang kamu.
Oh ye, ini makanan yang saya makan tadi.
Kalaulah anda boleh bau makanan itu melalui telefon kan?
saje nak bagi jeles.



*nasiputihsaladikankeringsambaljawasambalterungtelurgoreng*
s-e-d-a-p-n-y-a!! weeee~!

----

*sweet pee itu bukan kencing manis ye? Budak-budak sekolah sekarang memang lawaklah. Sabar ye Cikgu Biologi? Jangan jadi Biol sudeeeyh!

Monday, 10 November 2008

demmit.

Photobucket

ms cheritacerithi sedih tiket konsert stereophonics sudah sold out! Di Glasgow mahupun Aberdeen! macam mana nak pamper diri sendiri nih?

kena.gelak.

Photobucket kini sedang TAB (kali kedua buat hari ini)


lokasi: common room, level 4
time: 3pm, lepak2 minum kopi

----

‘kau selalu pergi gym?’
Tak, kenapa?

*gelak*

‘kau haritu ada beli stepper kan? Kau pakai tak?’
Tak, kenapa? Kau nak guna ke?

*gelak*

Tapi aku ada ankle weight – sambil menarik hujung seluar jeansku
‘Kau bawak pergi mana, kau berlari ke, berjalan ke’

Aku bawak berjalan, pe lak tak bawak jalan…

'Kau berjalan dari rumah ke hospital ke?' *dengan nada tak percaya*
Tak, aku jalan dari ofis ke lab.

*bantai gelak kow kow*

Cipet punya member. Aku taulah kau ada gym membership, basikal cool dan suka lari marathon.

Aku tahulah aku malas berlari/berjalan. Janganlah gelak.

*azam : mahu guna stepper di rumah dan berpilates.

Sorry mates, aku tak leh join korg pergi gym ok? Bukan aku takleh, tapi aku tak nak. heh.

tak.lut.puji.

Photobucket kini sedang TAB (take a break)

'anda bukan ekspresif
tapi anda bijak berkata-kata
susah untuk tafsirkan apa di hati anda
kerana anda tidak pernah meluahkan apa yang minda'

aku tak tahu ini pujian ataupun suatu kritikan.

masih ingat lagi sewaktu tahun 5.
Guru Disiplin yang sangat garang membuka penyertaan menjadi seorang pengawas.
dengan nada yang sangat bengis dia bertanya pada kelas aku:
SIAPA BERANI NAK JADI PENGAWAS?!

aku berdiri. takut, tapi berdiri juga.
(menjadi seorang pengawas di sekolah adalah suatu yang cool tahu?)

sewaktu temuduga pengawas, one to one dia bertanya dengan nada yang perlahan:
'kenapa awak nak jadi pengawas?'
aku senyap. tapi minda aku ligat meluahkan idea. cuma tak terkeluarkan di anak tekak. berhenti di situ.
'saya tanya lagi ye? kenapa awak nak jadi pengawas?'
aku senyap lagi. sunyi sepi. muka jadi merah.
'takpela, awak boleh pergi.'

terus, aku tak dapat jadi pengawas. sebab tak reti bercakap cikgu tu garang sangatlah.
terus lepas tu, aku jadi pengawas perpustakaan.
sebab aku rajin membaca, dan aku masih tidak reti bercakap.

sampai ke tua (ye, saya sudah tua),
aku masih tidak tahu bagaimana hendak bercakap.
bagaimana mahu berkonfrontasi dengan bijak.
tapi boleh menaip dengan baik.
diari sudah penuh diconteng untuk luahkan perasaan.
mungkin aku perlukan therapist.
mungkin aku perlu berdepan dengan konflik diri.

untuk Miss I, terima kasih kerana pujian itu. Pandai juga anda membaca saya ye?