kini sedang TAB (take a break)'anda bukan ekspresif
tapi anda bijak berkata-kata
susah untuk tafsirkan apa di hati anda
kerana anda tidak pernah meluahkan apa yang minda'
aku tak tahu ini pujian ataupun suatu kritikan.
masih ingat lagi sewaktu tahun 5.
Guru Disiplin yang sangat garang membuka penyertaan menjadi seorang pengawas.
dengan nada yang sangat bengis dia bertanya pada kelas aku:
SIAPA BERANI NAK JADI PENGAWAS?!
aku berdiri. takut, tapi berdiri juga.
(menjadi seorang pengawas di sekolah adalah suatu yang cool tahu?)
sewaktu temuduga pengawas, one to one dia bertanya dengan nada yang perlahan:
'kenapa awak nak jadi pengawas?'
aku senyap. tapi minda aku ligat meluahkan idea. cuma tak terkeluarkan di anak tekak. berhenti di situ.
'saya tanya lagi ye? kenapa awak nak jadi pengawas?'
aku senyap lagi. sunyi sepi. muka jadi merah.
'takpela, awak boleh pergi.'
terus, aku tak dapat jadi pengawas. sebab
terus lepas tu, aku jadi pengawas perpustakaan.
sebab aku rajin membaca, dan aku masih tidak reti bercakap.
sampai ke tua (ye, saya sudah tua),
aku masih tidak tahu bagaimana hendak bercakap.
bagaimana mahu berkonfrontasi dengan bijak.
tapi boleh menaip dengan baik.
diari sudah penuh diconteng untuk luahkan perasaan.
mungkin aku perlukan therapist.
mungkin aku perlu berdepan dengan konflik diri.
untuk Miss I, terima kasih kerana pujian itu. Pandai juga anda membaca saya ye?