Saturday, 15 November 2008

abang.nabhan.



sukanya dia.
cengeng tapi comel.
anak sulung tapi manja.
abang nabhan. abang nabhan.

ais.krim.soda.

Photobucket kini sedang berkelubung, berbaju kelawar kesayangan saya

Tahukah anda tentang 80/20 rules?

Yang mana hanya 20% dari lemari anda adalah baju yang anda suka dan akan pakai tiap kali?
Cuma 20% daripada folder di PC anda kerap dibuka?
Hanya 20% kawan-kawan anda di Friendster/Facebook/Myspace/Bebo/Mail List anda adalah yang sering berhubung/rapat?
20% dari senarai Messenger anda adalah mereka yang anda selalu borak dengan?

The rest? To the bin.

Maka, aku nak buang 80% baju dalam lemari aku (atau jual ke carboot atau derma kebajikan)
80% files akan diarchive dan diletakkan di HD
80% kawan-kawan aku akan diignorekan.
80% senarai kawan-kawan aku akan didelete secepat mungkin.

Drastik? Aku tahu.

Ini bukan aku.

babel.eh.bebel.

Photobucket kini sedang bersarapan sambil nonton GG! weee~!

Semalam hari yang sangat panjang bagi aku.
Keras dan penuh buku harian aku.
Penat badan sampai pagi ni tak habis lagi.

Semalam aku ke kelas Generic Skills untuk PG.
Berbicara bagaimana untuk prioritise (Dr TAD, aku rasa kau kena pergi kelas yang ini)
Satu laporan penuh akan menyusul kejap lagi.

Oh selepas kelas, Supermummy ajak makan kat hospital.
Penat berkejar dari main campus ke spital pula.
Tengok-tengok dia bungkuskan nasi lemak!


wahhhhhhhhhhhh.... (tengahngangamulutsambilairliurjatuhmeleleh)

kemudian buat kerja macam tak ingat dunia.
dah malam baru ingat nak balik.
ada pula sahabat mahu aku datang ke rumah.
masakkan mee hailam.
ada kek gula hangus. ada mihun.
sedapnyaaaaaa!

sebenarnya aku malas nak masak dah sekarang.
selalu cakap dengan orang nak rasa air tangan orang lain.
malas. bosan.
kalau ada kat malaysia kan senang.
hari-hari beli je nasi kerabu, nasi lemak sambal lebih kat gerai depan taman.
haaiii...

oh ye, MaX PayNe baru keluar di UK.
nak pergi nonton. tengoklah, dengan beberapa orang bodyguard.
weekend nak enjoy!

later, GG tengah back to back! :D

Thursday, 13 November 2008

Ngapppp.

Photobucket kini sedang sangap, mahu satu cawan white hot chocolate boleh?

ahhhhhhhhhhh!
ahhhhhhhhhhhhh!
ahhhhhhhhhhhhhhh!

*long pause*

aku nak cuti!
aku mahu cuti!

*long pause*
----
aku ada 2 DVD cerita menarik yang harus ditonton.
aku ada 2 cerita yang sudah didownload.
aku ada siri HIMYM untuk didownload.
aku masih tertunggu Sabtu nak marathon Gilmore Girls.
aku masih ada data analysis nak kena siapkan.
aku ada satu rancangan mahu berjumpa kawan sekolahku di Glasgow.

semua nak buat. tapi sekarang rasa nak duduk diam.

nak baring. tak mahu fikir apa-apa.

and here it comes, the photo which explains how geylong i am at the moment.

aku tak pernah tahu pandangan atas (pelan) office aku sangat cantik.
Terkadang kita kerap pandang ke hadapan sampaikan lupa siapa/apa di sekeliling kita.


Siapa kata Ignorance is Bliss? BS!

the.ice.tea.

Photobucket kini sedang bermalas-malasan

'You're a Jerk!' mahu sahaja aku jerit dari lubuk hati.
Tapi nada yang terkeluarkan dari peti suaraku, monoton.

Dia baru kukenal.
Tiba-tiba bercerita sesuatu denganku.
'Aku mahu putus dengan perempuan itu'

Aku senyap. Tak tahu respons bagaimana.
Aku baru kenal aja dia, perempuan itu apatah lagi.
Dia tanya pendapat aku.

Aku diam. Aku katakan tiada komen.
Dia tidak puas hati. Dia kata aku pendam.
Aku kata suka hati.

Dia mahukan pendapat jujur.
Aku diam lagi. Tidak tahu bagaimana mahu susun ayat.
Dia diam. Sambil menunggu jawapan.

Akhir sekali aku serah kalah.
Aku katakan dia dayus.
Aku katakan dia lelaki jahat.
Pada aku, perempuan itu tiada salah.

Dan akhirnya, aku kata juga.
Untuk aku tidak 'bias' itu susah.
Dan kalau dia tidak sayang, jangan susahkan perempuan itu lagi.

Dunia ini kejam. Aku tahu dan kau pun tahu.
Sama-sama senyap ok?