Thursday, 13 November 2008

the.ice.tea.

Photobucket kini sedang bermalas-malasan

'You're a Jerk!' mahu sahaja aku jerit dari lubuk hati.
Tapi nada yang terkeluarkan dari peti suaraku, monoton.

Dia baru kukenal.
Tiba-tiba bercerita sesuatu denganku.
'Aku mahu putus dengan perempuan itu'

Aku senyap. Tak tahu respons bagaimana.
Aku baru kenal aja dia, perempuan itu apatah lagi.
Dia tanya pendapat aku.

Aku diam. Aku katakan tiada komen.
Dia tidak puas hati. Dia kata aku pendam.
Aku kata suka hati.

Dia mahukan pendapat jujur.
Aku diam lagi. Tidak tahu bagaimana mahu susun ayat.
Dia diam. Sambil menunggu jawapan.

Akhir sekali aku serah kalah.
Aku katakan dia dayus.
Aku katakan dia lelaki jahat.
Pada aku, perempuan itu tiada salah.

Dan akhirnya, aku kata juga.
Untuk aku tidak 'bias' itu susah.
Dan kalau dia tidak sayang, jangan susahkan perempuan itu lagi.

Dunia ini kejam. Aku tahu dan kau pun tahu.
Sama-sama senyap ok?