Monday, 1 December 2008

mama.bosan.

Photobucket baru sahaja habis bergosip selama sejam setengah, boleh?

Situasi 1
Dr. S: Ni kenapa muka ko pucat sangat, semalam hung over ye?

Sambil semua mengarah kepada member sebelah aku sambil giggle.

Dr. W: Abih ko pun pucat juga, takkan hung over jugak kot?

Semua tiba-tiba mengarah pada aku.

Dr. S: Ni kes kurang darah ;))

----

Situasi 2
J: Eh, minggu ni b'day ko kan?
Aku: Manede, sapa pandai-pandai bagitau nih.

J: Ala, aku tahu, ko jgn nak tipu. Aku nak buat kek untuk ko ni.
Aku: Eyh, suka hati ko jek cakap minggu ni bday aku. Tapi nak buat kek boleh juga. :D

----

Situasi 3
N: Aku rasa si A suka kat aku.
Aku: Tapi dia lagi tua daripada ko. Macam tak logik aje. Dia even lagi tua dari aku.
N: Aku berkawan aje dengan dia.
Aku: Kenapa lelaki suka sangat kawan dengan perempuan yang lebih tua tapi perasan muda?
N: Ataupun kau nak kata kenapa perempuan lebih tua lebih suka berkawan dengan lelaki lebih muda dari diorang?
Aku: Apa-apa je lah.
N: Entah, mungkin diorang perasan muda kot.
Aku: Sejak bila pulak kau pandai berkawan dengan "Mama Bosan" ni?
N: Kau Mama Bosan ke?
Aku: CHILAKE!

----

Situasi 4
Aku: Maaflah kalau aku sexist. Aku tahu aku agak sexist.
N: Ko kan anti-lelaki.
Aku: Kalau aku anti-lelaki, aku takkan borak dengan ko kot.
N: Aku aje pilihan ko yang ada.
Aku: Perasan!

----

Situasi 5
Aku: Instinct aku kuat tau.
N: Ko ingat instinct ko aje kuat? Aku? tak kuat?
Aku: Apa aje yang kuat yang ada pada ko?
N: At least aku tahu yang ko ni mama bosan. :))

----
Situasi 6
Aku: Kenapa jantan-jantan melayan aje setiap perempuan yang suka kat diorang eh?
N: Eh, aku tak. aku tak.
Aku: Ko jantan ke?

Ok, aku dah makin melalut dah ni. Memang tengah geylong nih. Tengah dalam mode bengang sebab PC di lab aku almost crash sebab antivirus2009 tu. Nasib baik aku ada back-up. Nasib baik aku dah secure lappy aku.

Sunday, 30 November 2008

Selamat Hari Lahir!

Photobucket is sipping a hot plain green tea

1) Selamat Hari Lahir buat sahabat baik saya - Rosnani Samsudin :)
2) Dia sahabat baik sejak kami berumur 13 tahun.
3) Kami menjadi rapat sebab dia seorang yang genius dan rajin.
4) Saya suka berkawan dengan dia sebab dapat tiru kerja rumah dia mempunyai ciri-ciri yang diidamkan oleh saya: baik dan alim.
5) Dia banyak membantu saya dari segi rohani dan fizikal.
6) Dia netball buddy saya. Saya main defence, dia main bahagian wing. Dia adalah wing-woman saya!
7) Saya suka lepak di rumahnya (walaupun keluarga dia suka pindah randah)
8) Bila kami berpisah ke MRSM, kami akan berutus surat paling tidak 2 minggu sekali.
9) Bila habis sahaja SPM, saya mahu belajar satu kolej dengan dia, tapi tak ada course yang saya mahu. Untuk itu, saya selalu lawat dia di ladang kelapa sawit itu :))
10) Selepas dia fly, saya berjanji saya akan pergi pada dia.
11) Saya dapat belajar dekat dengan dia 3 tahun kemudian.
12) Saya sempat lawat dia.
13) Dia pun sempat lawat saya juga, twice.
14) Dia selalu memberi tazkirah pada saya. Dan saya suka buat-buat tak mahu dengar.
15) Dia seorang yang mempunyai azam yang kuat. Dan agak persistent. Yang ini NO COMMENT.
16) Dia pernah minta tolong saya usyarkan seorang lelaki yang melamar dia untuk menjadi isterinya. Bila dia istikharah, saya interview lelaki itu - tak sampai sebulan, saya berikan lampu hijau kepadanya. Alhamdulillah, sudah berkahwin mereka itu.
17) Kini, dia pula mahu bekerja dekat dengan saya. Alhamdulillah, kami bakal bekerja sebumbung.
18) Suami dia kawan sekolah kami :)
19) Oh, ye. Dia sudah bergelar Doktor sekarang.
20) Terima kasih ya? Terima kasih di atas semuanya.

Selamat Hari Lahir ke-25 sekali lagi :) Semoga semuanya baik-baik sahaja, insha'Allah.



*Wahai Doktor, tunggu saya balik ya? Boleh kita pergi lunch sama-sama ;))

versi.rindu.malaysia.

Photobucket tengah angan-angan



Sahabat baik aku baru aje Nikah + Sanding sekali harung semalam.
Tak sempat nak call dia (takut dia busy) apatah lagi nak datang.
Sedih jugalah sebab dia adalah rekod pertama aku yang aku tak hadir.

Bila kawan-kawan aku tanya kenapa tak datang (du'h lagi mahu tanya ka?)
Aku bilang sapa suh kawen masa aku duduk jauh-jauh.
Padan muka korang aku tak dapat datang.

Tapi aku sempat seloroh.
Karang aku kahwin, aku akan make sure semua best friends aku sedari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, UKM, Aberdeen, Dundee, kawan-kawan diorang, family diorang pun kalau boleh aku nak jemput.
tapi nak buat kenduri kawin kecil-kecil dan eksklusif

Oh sejak beberapa hari ni aku rindu Malaysia.
Tiap kali chat dengan adik, mesti tanya dia: Hari ni makan nasi lemak Kelantan tak?
ataupun tanya dia: Prosperity Burger dah keluar ke?
ataupun: Mana ikan ceng-ceng saya?

wahhhhhhhh, rindunya gerai makanan di Malaysia.




Ingat lagi masa aku mula kerja dulu.
Zaman bila aku kaya kejap.
Zaman bila aku main belanja-belanja orang makan aje kejenya.
Zaman bila aku ke salon ataupun spa main tunjuk-tunjuk aje mahu rawatan apa.
Zaman bila aku sudah mampu beli baju berjenama yang tak pernah hingin nak beli.
Zaman bila pakai pandu kereta besar sahaja ke mana sebab tak pernah kisah duit minyak.
Zaman bila bosan aje, pergi Raub memancing sampai gelap muka tapi puas hati sebab dapat banyak ikan dan boleh pergi makan ikan ceng-ceng.
Zaman bila cuti aje, pergi ajak kawan-kawan naik Fraser Hill, lepak-lepak sampai muntah.
Zaman bila musim buah aje, pegi aje kebun Abah mintak aje buah apa yang ada.
Zaman kalau boleh seminggu sekali mesti kena pow belanja sushi dan tengok wayang.
Zaman bila lapar aje, mesti lepak dengan adik-adik kat gerai mamak ke, gerai orang masak tomyam sedap.
Zaman bila rindu nenek aje, kena paksa balik kampung seorang diri dan nenek mesti masak walaupun dia penat.


Adoiyaiii!
Saya mahu balik!

*walaupun harga tiket Airasia dikatakan murah, aku tak hingin nak beli.

Terima Kasih.

Saturday, 29 November 2008

Oh.So,Random.

Photobucket Turk? Men? Kistan?

Edisi kali ini saya paparkan gambar yang tidak terpilih/terlepas pandang untuk diletakkan di Flickr saya.

(Oh, So Random!) tapi bukan semua tau!


Inilah teman-teman aku bila aku datang lepak di Aberdeen.
Terasa macam watak dalam Tiga Dara Pingitan dalam Majalah Gila-Gila boleh?


This is my baby, D60.
Sayang sangat kat dia sampai tak bawak beg lain dah,
tapi mesti bawak yang ini ke mana-mana.


Ini Hanis, rupanya dia ini adalah bekas roomate best friend aku.
What a small world, after all.


Ini adalah Kak Najah,
akak yang rajin sangat buat usrah di rumahnya
yang mana hidangan terhaibatnya adalah Nasi Kerabu *drool*


Bersama Aisyah, single yang paling kaya di Dundee.
Seronok bila teman dia pandu kereta 5 series baru dia.
Really down-to-earth gal.
Saya suka kereta sikap dia itu.


Riuh di Ceilidh.
Setelah dipujuk berpuluh kali, aku gagah juga pergi.
Aku pujuk member-member aku pergi gak.
Ramai juga yang join.
Aku paling takleh lupa bila band Ceilidh tu gig lagu "All Summer Long" by Kid ROCK.
SUKA!


Bermain Squash dengan Dr. Iftida.
Dia sekarang di Glasgow.
Kena cari pengganti nih.
Adeiii...


Ramah mesra.
Suka gambar ni sebab expression muka sorang-sorang, lain-lain. Haha!


Di pantai.
Masa tu tiba-tiba hari cerah jadi mendung.
Konon nak jadi cool lepak ajelah kat pantai.
Sekali air hujan sangatlah tajam menikam.
Topi koboi Abah pun tak membantu. Heh.


BBQ di depan rumah. Seronok. Girls Only.
Aku siap membakar pakai PJ dan scrubs lagi :))

*Aku masih mencari gambar-gambar yang menarik. Nanti kalau-kalau ada lagi aku upload ok?

numb.

Photobucket ....

mixed feelings.
nak kata sedih tak.
nak kata gembira pun tak.
nak kata lapang dada pun tak.
nak kata dada sendat pun tak.

tapi perut penuh jugalah. heh.

oh ye, adik aku kata ini post yang ke-98!
pandai awak ye?
aku sebenarnya ada beberapa drafts untuk tatapan sendiri.
itu yang jadi ke-seratus tu.

hari ini aku tak produktif langsung.
lepas subuh aja mengadap laptop tengok cerita korea.
kepala dok ingat nak cuti aje.
patutnya pergi ke ofis kejap.

Awal pagi seorang kawan telefon.
Teman shopping katanya.
Aku tak nak, alasan aku dah membeli belah masa hari Khamis haritu.
Nanti aku membeli belah lagi, naya karang.

Member lagi seorang lagi dashyat.
Lepas Zohor ajak ke Glasgow.
Aku tak mahu.
Sebab aku tahu sepanjang minggu ini foggy.
Sebab aku yang nak kena pandu, aku tak mahu penat sangat hanya kerana nak drive.
Lagipun apa aku nak buat kat Glasgow?
Shopping lagi?
(Makan Nandos halal bolehlah!)

Esok di Edinburgh ada Open Day.
Yang mana untuk masuk ke semua tempat bersejarah tidak dikenakan bayaran.
Rasa macam mahu pergi.
Tapi sekali lagi aku tak mahu pandu penat-penat.
Takpelah. Lain kali ada lagi aku pergi.

Aku rasa aku sedang numb.
Keras sana sini.
Rasa kalau toreh kulit aku tak keluar darah kot.

Kawan aku baru call.
Dia kata Glasgow sangat haibat!
Ada GIG! (darn!)
Tapi takpe, ada rezeki kita gi tengok lagi.

Aku kini tak sabar mahu cuti.
Tinggal 2 minggu lagi.
Yeay!
*ClapClap*