tengah angan-anganSahabat baik aku baru aje Nikah + Sanding sekali harung semalam.
Tak sempat nak call dia (takut dia busy) apatah lagi nak datang.
Sedih jugalah sebab dia adalah rekod pertama aku yang aku tak hadir.
Bila kawan-kawan aku tanya kenapa tak datang (du'h lagi mahu tanya ka?)
Aku bilang sapa suh kawen masa aku duduk jauh-jauh.
Padan muka korang aku tak dapat datang.
Tapi aku sempat seloroh.
Karang aku kahwin, aku akan make sure semua best friends aku sedari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, UKM, Aberdeen, Dundee, kawan-kawan diorang, family diorang pun kalau boleh aku nak jemput.
Oh sejak beberapa hari ni aku rindu Malaysia.
Tiap kali chat dengan adik, mesti tanya dia: Hari ni makan nasi lemak Kelantan tak?
ataupun tanya dia: Prosperity Burger dah keluar ke?
ataupun: Mana ikan ceng-ceng saya?
wahhhhhhhh, rindunya gerai makanan di Malaysia.
Ingat lagi masa aku mula kerja dulu.
Zaman bila aku kaya kejap.
Zaman bila aku main belanja-belanja orang makan aje kejenya.
Zaman bila aku ke salon ataupun spa main tunjuk-tunjuk aje mahu rawatan apa.
Zaman bila aku sudah mampu beli baju berjenama yang tak pernah hingin nak beli.
Zaman bila pakai pandu
Zaman bila bosan aje, pergi Raub memancing sampai gelap muka tapi puas hati sebab dapat banyak ikan dan boleh pergi makan ikan ceng-ceng.
Zaman bila cuti aje, pergi ajak kawan-kawan naik Fraser Hill, lepak-lepak sampai muntah.
Zaman bila musim buah aje, pegi aje kebun Abah mintak aje buah apa yang ada.
Zaman kalau boleh seminggu sekali mesti kena pow belanja sushi dan tengok wayang.
Zaman bila lapar aje, mesti lepak dengan adik-adik kat gerai mamak ke, gerai orang masak tomyam sedap.
Zaman bila rindu nenek aje,
Adoiyaiii!
Saya mahu balik!
*walaupun harga tiket Airasia dikatakan murah, aku tak hingin nak beli.
Terima Kasih.
