Friday, 5 December 2008

hari.sebelum.esok.

Photobucket sedang kekenyangan


The Leftover, kek buatan J. Thanks Dear ;)

Bangun pagi tadi awal.
Lena betul tidur aku sejak dua menjak ni.

Satu text message masuk.
J suruh aku datang ofis cepat sikit.
Tengah kecoh-kecoh amendelah nak suh aku datang awal.
Rupanya dia buat kek untuk Birthday aku.

Habis ditariknya semua untuk ke kafe dalam hospital.
Pastu pakat ramai2 nyanyi dalam ramai-ramai orang.
Haih saya sukalah malulah.

Habis sahaja borak,
pergi cari member-member yang lain untuk kongsi kek.
Orang sini makan kek satu potong aje.
Kalau sua kat adik aku, satu kek tu aje dah untuk dia [sorry ye, mmg saja nak kutuk pun :))]

Aku join secret santa.
Ko kena pick satu nama pastu belikan hadiah untuk minah/mamat tu.
Bodoh betul orang yg organise tu.
Dia tak lipat nama tu elok-elok.
Oleh kerana aku antara yang last amik nama tu, aku leh pilih sapa yang aku suka.
Lantas aku nampak nama J.
Oleh kerana J pun nak blah dari ofis, aku rasa aku nak belikan hadiah yang mahal sikit.

Aku keluar awal sket dari ofis hari ini.
Rasa macam mahu duduk rumah.
Kemudian nampak seseorang online.
Ucapkan dia SELAMAT HARI LAHIR.
*blush*
dan tiba-tiba dia balas "Happy Birthday to you too"

Lama dah tak berhubung dengan dia.
Tak sangka dia masih ingat.
Dia selalu kata dia tak pernah ingat tarikh lahir orang termasuk diri sendiri.
Tiba-tiba terharu.
Hmmm... harap-harap dia bahagia ;)

Oh ye, terima kasih juga kepada Dr Hazwani yang tiba-tiba kata dia sayang kat aku.

*saya ada projek baru pula mahu buat ;)

Thursday, 4 December 2008

cerita.hati.hari.ini.

Photobucket macam dah tak ade kerja mahu buat

hari ini tidak berapa sejuk.
salji yang tebal menjadi semakin nipis dan keras.
licin berjalan.
silap pakai kasut mahu berbuat lagak si akrobat.



pagi ini ada satu bungkusan besar datang menjelma di hadapan rumah.
weeee~! hadiah untuk diri sendiri sudah datang.
Abah selalu kata jangan berharap hadiah daripada orang.
jika ada duit sendiri, puaskan hati.


Cuba teka apa isi di dalamnya?
Kalau betul aku bagi 60 sen (sebab tak adil bagi yang dah tahu)

Malas betul hari ini.
Pergi ke kelas pun boleh menguap-nguap lagi.
Dah balik rumah duduk tengok TV.
Apa kerajaan bagi duit boleh duduk-duduk sesuka hati?

Ah, ni versi merepek yang entah ke berapa entah ni.
Ye, betul aku stress.
Maka?
Nak bagi citalopram kat aku ke?
bunyi ubat pun dah macam bahasa tamil.
tak mahu aku.
hmmpph.

bebelism.

Photobucket sedang berblog di bebelism.

Wednesday, 3 December 2008

reaksi.







Photobucket tak sedap badan, tak sedap hati

semalam salju turun lagi.
lebat pula tahun ni ye?
aku seloroh dengan member aku, ni welcoming aku datanglah ni.
tiga tahun lepas pun macam ni juga.

semalam sangat berpuas hati dengan diri sendiri kerana masa banyak terisi.
dari pergi ke kelasnya, ke makmalnya, ke perpustakaan lagi.
itu belum kira misi pergi mencari sledge di seluruh bandar.
ataupun peephole untuk gajet kamera terbaru.

penat.

dalam kepala otak aku sekarang hanya mahu cuti.cuti.cuti.
haih.
aku tak laratlah belajar.
sapa boleh tolong aku belajar?
mesti mamat-mamat yang kacak aje tau.
kalau perempuan, aku hilang minat sikit.
hahaha!

dah, dah. aku dah geylong dah ni.
toksah layan.

*btw cik nunu, saya mahu tengok blog kamu. PERIOD.
**aku ada projek menarik nak buat hari ini. hehehe...

Monday, 1 December 2008

mama.bosan.

Photobucket baru sahaja habis bergosip selama sejam setengah, boleh?

Situasi 1
Dr. S: Ni kenapa muka ko pucat sangat, semalam hung over ye?

Sambil semua mengarah kepada member sebelah aku sambil giggle.

Dr. W: Abih ko pun pucat juga, takkan hung over jugak kot?

Semua tiba-tiba mengarah pada aku.

Dr. S: Ni kes kurang darah ;))

----

Situasi 2
J: Eh, minggu ni b'day ko kan?
Aku: Manede, sapa pandai-pandai bagitau nih.

J: Ala, aku tahu, ko jgn nak tipu. Aku nak buat kek untuk ko ni.
Aku: Eyh, suka hati ko jek cakap minggu ni bday aku. Tapi nak buat kek boleh juga. :D

----

Situasi 3
N: Aku rasa si A suka kat aku.
Aku: Tapi dia lagi tua daripada ko. Macam tak logik aje. Dia even lagi tua dari aku.
N: Aku berkawan aje dengan dia.
Aku: Kenapa lelaki suka sangat kawan dengan perempuan yang lebih tua tapi perasan muda?
N: Ataupun kau nak kata kenapa perempuan lebih tua lebih suka berkawan dengan lelaki lebih muda dari diorang?
Aku: Apa-apa je lah.
N: Entah, mungkin diorang perasan muda kot.
Aku: Sejak bila pulak kau pandai berkawan dengan "Mama Bosan" ni?
N: Kau Mama Bosan ke?
Aku: CHILAKE!

----

Situasi 4
Aku: Maaflah kalau aku sexist. Aku tahu aku agak sexist.
N: Ko kan anti-lelaki.
Aku: Kalau aku anti-lelaki, aku takkan borak dengan ko kot.
N: Aku aje pilihan ko yang ada.
Aku: Perasan!

----

Situasi 5
Aku: Instinct aku kuat tau.
N: Ko ingat instinct ko aje kuat? Aku? tak kuat?
Aku: Apa aje yang kuat yang ada pada ko?
N: At least aku tahu yang ko ni mama bosan. :))

----
Situasi 6
Aku: Kenapa jantan-jantan melayan aje setiap perempuan yang suka kat diorang eh?
N: Eh, aku tak. aku tak.
Aku: Ko jantan ke?

Ok, aku dah makin melalut dah ni. Memang tengah geylong nih. Tengah dalam mode bengang sebab PC di lab aku almost crash sebab antivirus2009 tu. Nasib baik aku ada back-up. Nasib baik aku dah secure lappy aku.