Thursday, 4 December 2008

cerita.hati.hari.ini.

Photobucket macam dah tak ade kerja mahu buat

hari ini tidak berapa sejuk.
salji yang tebal menjadi semakin nipis dan keras.
licin berjalan.
silap pakai kasut mahu berbuat lagak si akrobat.



pagi ini ada satu bungkusan besar datang menjelma di hadapan rumah.
weeee~! hadiah untuk diri sendiri sudah datang.
Abah selalu kata jangan berharap hadiah daripada orang.
jika ada duit sendiri, puaskan hati.


Cuba teka apa isi di dalamnya?
Kalau betul aku bagi 60 sen (sebab tak adil bagi yang dah tahu)

Malas betul hari ini.
Pergi ke kelas pun boleh menguap-nguap lagi.
Dah balik rumah duduk tengok TV.
Apa kerajaan bagi duit boleh duduk-duduk sesuka hati?

Ah, ni versi merepek yang entah ke berapa entah ni.
Ye, betul aku stress.
Maka?
Nak bagi citalopram kat aku ke?
bunyi ubat pun dah macam bahasa tamil.
tak mahu aku.
hmmpph.