Thursday, 11 December 2008

kesah.bedah.

Photobucket kini sedang mengalami simptom: hypersensivity of light

aku pening.
sudah habiskan satu kotak cokelat After Eight.
Hyperglysaemic.
Bila aku dengar suara dari TV aku pening.
bila aku bukak lampu porno, aku pening.
tak bukak lampu pun pening.
aku tengok bilik bersepah, aku pening.
aku tengok pinggan tak berbasuh di sinki, aku pening.

tapi malas nak buat apa-apa.

aku selalu bagitahu diri sendiri, bila aku procrastinate, masa tulah aku kena lebih rajin.
aku tahu, oxymoronic - tapi at least aku cuba.

aku sudah ubah kedudukan katil supaya nampak bilik lagi luas.
aku re-detangled semua wayar-wayar yang ada. sakit kepala nengok.
aku tukar duvet cover supaya jadi lebih ceria.
aku cuba membelakangi lampu, sakit kepala.
oh ye, aku sudah telan dua biji Actifast, berserta selawat, insha'Allah.
aku sudah minum air teh hijau 4 uncang hari ini. semoga aku tak sakit kepala lagi.

banyak benda aku nak setel kat rumah ni.
bila aku stress aje aku rasa nak re-arrange barang-barang dlm umah.
mungkin hobi mak aku tu dah turun kat aku.
aku bukan seorang pengemas.
aku lagi suka masak dari mengemas.
mungkin untuk bakal suami aku nanti aku kena cari yang suka mengemas dan bonus - suka masak.
susah tu.

dalam mengemas-mengemas aku rasa nak buang semua barang, pastu nak beli baru.
nafas baru.
heh. aku tahu bazir aje.

adeeeiii, kena lipat baju.
arghhhh! laundry tak buat lagi.
dapur tak kemas lagi.
nanti bila aku dah kahwin aku nak laki aku buat semua benda tu.
pastu beranak ramai-ramai biar anak-anak aku aje yang buat.
NO ORANG GAJI.
aku nak jadi mem besar dalam rumah.
har har har.

dah. dah. aku dah mengarut terlebih nih.
aku nak sambung kemas rumah.

adoii sakit kepala lagi!

makang.budok!

Photobucket kini sangat sangat mengantuk!

terjaga awal hari ini.
rasa mcm orang seru-seru aje.
cehhhh macam kekasihku seru la plak.

walaupun dah pukul 8.30 pagi, tapi hari sangatlah gelap.
ni yang rasa malas nak gi sekolah awal-awal.

semalam aku dapat dua lagi hadiah untuk post-birthday celebration:


Yang ini, cik sabun buku yang harganya mahal nak mampus


dengan yang ini, set GPS yang boleh digunakan hatta di Malaysia sekalipun.
ni lagilah mahal nak mampus

gegegegege... semalam adik aku cakap burger Prosperity di McDonald sudah pun berada di pasaran. Oleh kerana aku jeles kat kawan-kawan aku yang semua pakat balik Malaysia, aku pun berangan-angan nak buat burger itu sendiri. Ala, letak black pepper sauce je pun!

Tengok! Pagi-pagi dah drool tengok gambar kat blog orang :((

Kalau aku jadi buat karang, aku upload gambar kat sini ok?

Ok, mahu buat sarapan! Oh tidak, arini aku bangun awal dan bersarapan? SUNGGUH LUAR BIASA! :D

Tuesday, 9 December 2008

caught.in.the.act.

Photobucket masih lepak-lepak di ofis

aku browse flickr aku dan member-member seflickr aku.
pastu ternampak gambar ni:


Ini adalah gambar dari filem. Cap TESCO. Tapi kamera Nikon SLR (cool tak?)
Cantik juga. Gambar ini diambil setelah meluncur dari atas bukit ke bawah dengan sledge. Seronok! Terima kasih Kak M ;)

Rasa happy sikit tadi setelah rasa sedih-sedih tadi.
Mana taknya, tadi makan sedap.
Ada Farewell Party kat Jabatan.
Ada seorang Research Fellow tu siap buat pastri Vegie sebab dia tahu aku tak makan daging cap ASDA/TESCO dan sewaktu dengannya.

Untuk itu juga, aku stay back lambat sikit hari ini.
Mari kita countdown lagi, lagi 3 hari! :D
*ClapClap*

BERSEMANGAT!

to.think.alike.

Photobucket kini sedang pening kepala.

Siapa kata buat PhD senang?
Siapa kata nak berfikir macam budak PhD itu mudah?
Siapa kata ramai sangat yang nak belajar PhD?

bullshite! tipu betul orang-orang yang cakap tu.

Kalau kamu mahu tahu, penat tau buat-buat macam pandai ni.
Penat tau nak ikut aje orang-orang yang pandai ni.

Di ofis aku ni aje, ada aje yang lebih muda dari aku belajar PhD.
Survive aje dia.
Walaupun kedengaran masa dia 1st year pun teruk dia nangis-nangis.
Aku pun kekadang nak rasa gak nangis-nangis ni tapi tak terkeluar air mata.
Kenapalah orang suka sangat nak buat PhD ni?
Dahlah hantar jauh-jauh (dah semua suruh pergi UK, pergi jelah!)
Pastu kalau sedih dan mood swing tak ke susah nak fly balik Mesia?

Inilah kiranya orang kata, belajar kerana dipaksa.
Belajar pabila tiada hati.

Hajat di hati nak balik Mesia, buka aja ladang ke kebun ke.
Nak jadi petani berjayalah kononnya.

Tapi fikir-fikir balik, dalam dunia ni mana ada benda yang mudah?
Siti Nurhaliza nak jadi jutawan pun kena bertatih dulu tahu?
Tapi at least dia bertatih buat benda yang dia suka.
Aku? Aku?

Aku tahu bunyi ni macam tak ikhlas.
Walaupun belajar peringkat ini sebahagian daripada impian aku masa aku muda dulu, tapi aku tak sangka dugaannya boleh jadi tak tertanggung macam yang ini.

Mungkin sebab aku terlebih ignorant, kot?
Orang kata stress ini kekadang menjadi pemangkin untuk berjaya.
Kekadang boleh jadi penjahanam hidup juga kalau terlalu melayan.
Tapi apa-apa pun aku rasa hidup mesti terus.

Aku rasa macam ada satu buku yang bertajuk "How to live - for dummies" :))
Ada ke? Kalau ade, aku tanak beli.
Buang duit aje.

Monday, 8 December 2008

Eidul-Adha

Photobucket sedang melihat kepulan asap dari mug berwarna putih :)

Sebelum apa-apa, iklan sekejap:

Kamu minat Facebook? Mari baca yang ini.

Fuhhhh, selamat. Aku rasa macam tanak dah main-main benda mcm gini. Tak secure wooo... Aku kan anak mafia terhandal di atas muka bumi ini. Mesti ada imej mahu dijaga. Heh.

----
Aku baru pulang dari bersosial. Makan-makanlah wajibnya. Banyak betul makanan yang ada. Walaupun for sure tak semeriah di kampung halaman, tapi kami gembira juga. Kami kecil tapi kami kuat (slogankah itu?)

Tema malam ini adalah pot-luck (seperti biasalah!). Baju pula sukati-ko-nak-pakai-apalah. Yang penting tutup aurat. Banyak juga makanan yang ada. Dari mi kari ke mihun goreng ke kuey teow goreng ke pizza ke nasi himpit ke nasi kunyit. Seronok!


Makanan yang ada terhidang. Yang depan sekali tu Mince Pie :)


Sebelum makan mula majlis kena baca doa dulu.


Sebelum makan, kena sesi tazkirah dulu.
Cuba tengok muka sorang-sorang busan/lapar tunggu nak makan.


Pastu sesi makan-makan (yang ni semua orang pasti ceria!)


Akhir sekali, muka-muka yang sudah kenyang dan mahu balik rumah! :D

Alhamdulillah, seronok juga malam ini. Taklah rasa sunyi seperti hari-hari sebelumnya. Yang penting, lepas ini, kena fokus dalam pelajaran.

Yang ni yang lemah sikit ni. Hehehehe....

*Oh ye, tadi terjumpa video 2 budak yang comel yang sangat aku suka. Geram. Gigit karang! (Tapi memang suka kat Balqis, tak tahu kenapa... kenapa eh? kenapa eh? Ada penjelasan tak?)