kini sedang pening kepala.Siapa kata buat PhD senang?
Siapa kata nak berfikir macam budak PhD itu mudah?
Siapa kata ramai sangat yang nak belajar PhD?
Kalau kamu mahu tahu, penat tau buat-buat macam pandai ni.
Penat tau nak ikut aje orang-orang yang pandai ni.
Di ofis aku ni aje, ada aje yang lebih muda dari aku belajar PhD.
Survive aje dia.
Walaupun kedengaran masa dia 1st year pun teruk dia nangis-nangis.
Aku pun kekadang nak rasa gak nangis-nangis ni tapi tak terkeluar air mata.
Kenapalah orang suka sangat nak buat PhD ni?
Dahlah hantar jauh-jauh (dah semua suruh pergi UK, pergi jelah!)
Pastu kalau sedih dan mood swing tak ke susah nak fly balik Mesia?
Inilah kiranya orang kata, belajar kerana dipaksa.
Belajar pabila tiada hati.
Hajat di hati nak balik Mesia, buka aja ladang ke kebun ke.
Nak jadi petani berjayalah kononnya.
Tapi fikir-fikir balik, dalam dunia ni mana ada benda yang mudah?
Siti Nurhaliza nak jadi jutawan pun kena bertatih dulu tahu?
Tapi at least dia bertatih buat benda yang dia suka.
Aku? Aku?
Aku tahu bunyi ni macam tak ikhlas.
Walaupun belajar peringkat ini sebahagian daripada impian aku masa aku muda dulu, tapi aku tak sangka dugaannya boleh jadi tak tertanggung macam yang ini.
Mungkin sebab aku terlebih ignorant, kot?
Orang kata stress ini kekadang menjadi pemangkin untuk berjaya.
Kekadang boleh jadi penjahanam hidup juga kalau terlalu melayan.
Tapi apa-apa pun aku rasa hidup mesti terus.
Aku rasa macam ada satu buku yang bertajuk "How to live - for dummies" :))
Ada ke? Kalau ade, aku tanak beli.
Buang duit aje.