- POYO
- lelaki pantai timur, esp kelantan : sebab POYO
- lelaki kedekut
- lelaki yang suka berkira
- kaki kikis
- mulut manis
- kurang bijak tapi buat-buat pandai
- cakap tak serupa bikin
- tidak bertanggungjawab
- poser
- cakap macam tahu semua benda; padahal tak tahu pun.
- egoistik
- suka pukul perempuan
- ikut point di atas: DAYUS
- suka menipu
- sukakan seseorang tapi buat-buat macam tak suka. ingat perempuan boleh baca fikiran kau?
- tidak berusaha menjadi kaya
- pemalas
- buat-buat baik tapi sebenarnya perangai sama jahat aje dengan...
- playboy
- buat-buat macam macho
- gedik
- surgeons, orthopaedics dan segala mala yang berkaitan dengan OT.
- sebab: mereka perasan mereka bagus. padahal reti slice and dice aje.
- doktor; sebab mereka gatal gila nak mati.
- artis; sebab mereka fake.
Sunday, 8 March 2009
listing.
senarai lelaki yang saya benci/kurang gemar/tak suka (tidak mengikut prioriti)
dia.kata.aku.
haih, dalam keterpaksaanaku rasa nak kawennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.... jerit hati aku.
patutlah masa dulu-dulu borak dengan budak2 yg buat medic dulu, bila stress aje diorang kata nak kawen. stress aje kata nak kawen.
masa dulu-dulu bila aku dengar diorang cakap mcm tu aku rasa nak lepuk sekor2.
napelah kawan-kawan aku yg belajar kat mesia tak ckp pun nak kawen?
skang aku rasa nak lepuk diri sendiri.
'kita kena menikmati kesunyian untuk menghargai rasa hidup berdua'
entah... itu pujuk hati aku kalau selalu angin gila rasa macam nak berlaki.
haih. mana nak cari lelaki yang boleh buat jantungku gugur?
kat mana nak cari lelaki yang selalu buat aku mahu cari gaduh?
bila rasa sunyi-sunyi macam ni lah rasa mcm mahu berangan-angan.
hari ini kawan baikku berkahwin.
sayang gila aku tak dapat tengok dia bersanding.
haih. aku tak pernah mahu meletakkan diri aku untuk memakai baju pengantin, tepek bedak 40 inci kat muka pastu pose fake ayu depan kamera.
siap kena buat gaya love la, gaya jalan dari belakang lah.
fake! fake!
ah! manusia mana dalam dunia ni tak pernah rasa fake?
kamu mahu tahu? bila-bila aku rasa nak kahwin hati aku begitu pandai membahas segala point yang perlu diingatkan kembali.
tengok, dengan diri aku pun aku sarkastik.
kalau aku kahwin sekarang, hanyalah untuk minta berteman.
nanti apa jadi pulak kat mesia?
dah bosan, cari yang lain. cerai, kahwin lain.
aku cepat bosan.
kalau aku kahwin, kalau boleh masa tu aku dah punya apa yang cukup.
kalau aku mahu cari bakal suami, dia mestilah mempunyai lebih dari apa yang aku ada.
kalau aku pandu benz, dia mesti pandu bently (contohlah)
kalau aku punya banglo, dia haruslah punya banglo dan swimming pool sekali. heh.
bukan, aku tak materialistik. aku hanya mahu mencari yang sama kufu; atau lebih.
aku mahu lelaki yang sudah tidak mahu bersuka ria dalam hidupnya.
makanya, tiada dah kisah flirting dengan perempuan lain.
harapannya, mahu berkahwin punya keluarga dan enjoy life as it is.
itu antara sebab aku tak mahu kahwin hingga sampai waktunya.
walaupun sekarang ni nafsu membuak2 mahu berkahwin.
aku rasa bukan nafsu sangat.
aku nak peneman aje sebenarnya.
haih. nampak aku kena kotakan janji aku pada diri sendiri.
by 30 mesti punya seorang anak.
anak sendiri ataupun adopted.
men come and go, anak - stay with you for at least quite a long time.
cukup cakap pasal benda ni.
aku mahu bermimpi jumpa si polan di penthouse idaman aku di pulau macronesia.
heh.
Saturday, 7 March 2009
berita.dua.minit.
kenyang dan sangap.Salam Bahagia.
1) pagi tadi dalam perjalanan ke sekolah aku tengok-tengok kereta depan aku. jiran selang satu rumah aje. side mirror dia patah. aku takdelah nak suspect apa-apa.
2) aku panaskan enjin. owner kereta depan aku pandang-pandang keta aku. aku pun pelik. kenapa?
3) aku pandang belakang kereta aku. tak de apa-apa. pandang side mirror kiri. ok aje. side mirror kanan - adoiyai! PECAH!
4) aku pun buat cool. aku drive aje ke sekolah. yang itu aku settle kemudian. tak berderai pun lagi cermin tersebut.
Sekian.
Kita berjumpa lagi berita dua minit jam berikutnya.
*Senyum kelat*
Thursday, 5 March 2009
saya.bosan.
i'm bored, pls amuse me.saya sangat tidak puas hati dengan diri saya hari ini.
dahlah malas pergi sekolah, tak takut ke dengan Mr. Godzilla?
dahlah Mr. Godzilla asyik menyumpah seranah dalam bilik dia semalam.
tapi bila keluar dari bilik, buat-buat macam cool.
kau ingat aku tak dengar kau terjerit-jerit macam orang gila?
aku binge makan sedari semalam.
1 kilo beef rib sudah habis dimakan dalam 5 siri makan sejak ianya dimasak.
sekarang aku rasa sangat bersalah.
aku pandang-pandang aje bola squash yang baru aku beli itu.
haih, saiko betul!
hari sudah makin sejuk balik.
ada sesetengah tempat dah pun snow.
di kawasan highland pun nampak juga tanda putih-putih di puncaknya.
haih, macam tak jadi aje plan berBBQ kalau terlampau sejuk.
aku dah lama gila tak menangkap gambar guna kamera DSLR aku tu.
mungkin sekarang masih sejuk, aku pun jarang gila jalan-jalan.
asyik-asyik jalan-jalan dengan orang yang poyo diri sendiri lawa.
"tangkaplah gambar aku"
kau ingat aku beli kamera mahal-mahal nak tangkap gambar kau aje ke?
aku akan tangkap kalau kau tak arah aku itu ini.
kau ingat kau sewa khidmat kamera aku 50pound sejam?
aku mahu pergi jalan-jalan.
tapi kerja banyak lagi tak siap.
aku stress (asyik benda tu aje aku cakapkan 25/8)
ranaplah plan aku nak habiskan jalan-jalan europe dalam masa 3 tahun.
duit pound jatuh, duit euro naik.
tak berbaloi jalan-jalan sekarang.
aku tengah tunggu siapa-siapa yang nak masuk rumah sebelah aku ni.
kalau dapat handsome dan pandai masak bestlah juga.
sebab nak pergi rumah sebelah langkah satu kaki aje kot?
kongsi stor yang sama, pintu yang sama.
oh hanya untuk kami berdua.
hachooom... angan-angan tahi ayam la pula.
aku sedang mencari CPU baru.
dapat bajet untuk 3 bulan ni sangatlah lari-lari anak.
habis duit baiki kereta haritu pun baru sahaja habis bayar.
ni dah masuk bayar insurans keta. lump sum pulak tu.
apa kau orang ingat aku cap duit keeeeeee?
oh ye. aku bercadang mahu membeli lesen antivirus karspersky ye kawan-kawan.
siapa mahu ikut serta sila IM aku secara private.
lagi ramai orang, lagi murah lesen tersebut.
aku rasa kalau beli yang original memang berganda murah dari kat Malaysia hatta kalau kau beli yang cetak rompak sekalipun.
kalau beli sekali 5 atau 10 lesen sekaliguslah.
lagi berita malas.
aku baru sahaja separuh jalan melipat baju yang sudah 3 minggu tercampak atas katil.
gilalah!
aku selalu perli kawan-kawan aku yang dah ada laki tapi tak reti-reti nak lipat baju bila dah kering.
rupanya aku pun 40 kali 5 juga.
nanti dah balik mesia aku nak wardrobe aku main gantung2 aje.
malas gila kot nak lipat baju.
oh tidak, apa kelas suh maid lipat baju?
for a start, ape kelas ada maid kat rumah?
aku tengah pening sekarang.
orang kata harga rumah di mesia dah jatuh.
kalau nak beli, baik beli sekarang.
aku kalau boleh nak tengok depan mata bagus atau tidak.
tapi bilanya mahu balikkkkkkkk?
nanti aku balik mesia for good aku tiada satu harta punnnnn... uwaaaaaaaaa!
bila dah bebel-bebel macam ni, aku rasa macam nak gi main squash, ke kedai dan ke sekolah.
haih, lepak makmal dengan hantulah lepas ni.
Wednesday, 4 March 2009
bila.saya.senyap.
sangap menunggu experimentasi siaporang selalu cakap aku ni judgemental.
sama ada secara sengaja atau tidaklah.
dalam keadaan marah ataupun tidak.
orang pun selalu cakap aku ni sarkastik.
ada yang tak berani nak mengacau ratu tebuan.
takut disengat.
orang selalu cakap aku sentiasa sibuk.
kalau sibuk itu adalah tidur, sibuk itu duduk di rumah sambil nonton tv, ye memang aku sibuk pun.
orang selalu cakap aku ni sombong.
sebab bila first time jumpa mesti senyap.
bukan malas nak bersembang, cuma tak berapa mesra.
orang selalu cakap aku rajin.
rajin tang mana aku pun tak tahu.
rajin bertangguh adalah.
orang selalu cakap aku panas baran.
kalau tak ikut cakap, silence treatment dalam proses rajukan.
kalau berkonfrotasi, mesti dengan nada sinis.
orang selalu cakap aku ni big boss.
sebab aku suka memberi arahan.
bukan sebab aku suka, sebab takde sapa pun nak jadi bos?
orang selalu kata aku ni spontaneous.
kalau rasa nak terbang gi alaska sekarang, terbanglah aku.
kalau rasa nak terbanglah.
orang selalu kata aku pandai masak.
entah celah mana aku terer masak pun tak tahu.
yang aku tahu, aku suka mencuba.
orang selalu kata aku suka speeding.
eh tak, sekarang dah insaf dah.
tududududtududududu :-"
orang selalu kata aku suka bergaya.
'over bergaya nak gi kedai pak mat pun'
padahal dia tak tahu aku nak gi tackle lelaki bujang hawt! :))
orang selalu kata aku suka berbelanja.
nampak sket barang murah, sapu aja.
kalau barang cantik tapi tak bape murah pun sapu jugak.
orang selalu kata aku ni kaya.
aku tak pernah kata pun.
aku mampu, bukan kaya ye!
orang selalu kata kalau aku senyap maknanya aku marah.
eh taklah, aku senyap sebab aku memang suka senyap.
bukan ego bukan marah.
orang selalu cakap aku ni banyak kawan.
best friends tak terkiralah.
tapi kenapa hidup aku selalu sunyi aje?
orang selalu cakap aku ni tegas.
tak suka senyum pulak tu.
abih kalau aku senyum banyak-banyak dan jadi biasa-biasa saja, ada orang nak ingat?