haih, dalam keterpaksaanaku rasa nak kawennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.... jerit hati aku.
patutlah masa dulu-dulu borak dengan budak2 yg buat medic dulu, bila stress aje diorang kata nak kawen. stress aje kata nak kawen.
masa dulu-dulu bila aku dengar diorang cakap mcm tu aku rasa nak lepuk sekor2.
napelah kawan-kawan aku yg belajar kat mesia tak ckp pun nak kawen?
skang aku rasa nak lepuk diri sendiri.
'kita kena menikmati kesunyian untuk menghargai rasa hidup berdua'
entah... itu pujuk hati aku kalau selalu angin gila rasa macam nak berlaki.
haih. mana nak cari lelaki yang boleh buat jantungku gugur?
kat mana nak cari lelaki yang selalu buat aku mahu cari gaduh?
bila rasa sunyi-sunyi macam ni lah rasa mcm mahu berangan-angan.
hari ini kawan baikku berkahwin.
sayang gila aku tak dapat tengok dia bersanding.
haih. aku tak pernah mahu meletakkan diri aku untuk memakai baju pengantin, tepek bedak 40 inci kat muka pastu pose fake ayu depan kamera.
siap kena buat gaya love la, gaya jalan dari belakang lah.
fake! fake!
ah! manusia mana dalam dunia ni tak pernah rasa fake?
kamu mahu tahu? bila-bila aku rasa nak kahwin hati aku begitu pandai membahas segala point yang perlu diingatkan kembali.
tengok, dengan diri aku pun aku sarkastik.
kalau aku kahwin sekarang, hanyalah untuk minta berteman.
nanti apa jadi pulak kat mesia?
dah bosan, cari yang lain. cerai, kahwin lain.
aku cepat bosan.
kalau aku kahwin, kalau boleh masa tu aku dah punya apa yang cukup.
kalau aku mahu cari bakal suami, dia mestilah mempunyai lebih dari apa yang aku ada.
kalau aku pandu benz, dia mesti pandu bently (contohlah)
kalau aku punya banglo, dia haruslah punya banglo dan swimming pool sekali. heh.
bukan, aku tak materialistik. aku hanya mahu mencari yang sama kufu; atau lebih.
aku mahu lelaki yang sudah tidak mahu bersuka ria dalam hidupnya.
makanya, tiada dah kisah flirting dengan perempuan lain.
harapannya, mahu berkahwin punya keluarga dan enjoy life as it is.
itu antara sebab aku tak mahu kahwin hingga sampai waktunya.
walaupun sekarang ni nafsu membuak2 mahu berkahwin.
aku rasa bukan nafsu sangat.
aku nak peneman aje sebenarnya.
haih. nampak aku kena kotakan janji aku pada diri sendiri.
by 30 mesti punya seorang anak.
anak sendiri ataupun adopted.
men come and go, anak - stay with you for at least quite a long time.
cukup cakap pasal benda ni.
aku mahu bermimpi jumpa si polan di penthouse idaman aku di pulau macronesia.
heh.