Tuesday, 10 March 2009

Almond.Butter.Cream.

dah malam.
aku bosan.
dengan siapa sahaja aku tidak berborak sepanjang hari.

dan aku masih lagi bosan.
buat pertama kalinya dalam tahun ni aku berborak dengan Uncle Razak.
bertanya tentang kesah kawen kawan aku di Kedah.
Cik Puan Noor Haniza Jamel dan Dr. Mahmud Shauqi Mahmud Saedon.

Aku panggil NZ dan Abg Mahmud aje.

Aku jeles.
Uncle cerita mcm best aje semuanya.
Macam semuanya pun hadir.
Dia kata majlis sederhana dan sedang-sedang.
Tapi manis.

Aku mintak gambar.
Dia pula busy dengan kerja dia di Singapore.

Aku pulak jenis tak boleh sabar.
Dahlah bosan separuh mati.
Lalu aku googlela nama kedua-dua orang kawan aku ni.

Sekali aku terjumpa gambar ini.
Wahhh... kedua mempelai...
aku dapat gambar ni dari blog kawan si NZ.
tak banyak gambar pun.
ini je lah yang aku rasa menarik.

takpe, Uncle promise nak upload gambar.
aku sabar aje lah kan.

aku super busan hari ini.
sampai aku baca blog orang yang aku tak kenal.
sampai aku bake kek ABC - Almond.Butter.Cream.

dalam 15 minit sudah siap semua.
siyes aku tak tipu.
tapi kesahnya aku dah makan satu slice aku dah rasa kenyang.
nak bagi orang sebelah, takde orang.

haih. aku bosan. aku sunyi.
cek tiket balik Malaysia kejap.

*jengjengjeng*

saya.makan.hati.


lauk makanan tengah hari saya - hati ayam masak kicap.
dua hinggit lima ploh sen aje.
beli kat gerai mak limah kat depan umah.

oh ye, saya memang makan banyak ;)

selamat.pagi.dundee!

Photobucket perutnya meragam.

aku bangun pagi awal gila hari ini.
dalam pukul 4 pagi gitu.
itu pun terjaga sebab dengar-dengar bunyi TV dan kipas laptop.
dan ada orang main buzz-buzz.
ah! lupa invi lagi.

aku fikir-fikirkan simptom IBS aku dah reda.
ye, aku baru sedar aku punyai simptom IBS (Irritable Bowel Syndrome) setelah sekian lama aku hidup.
dan seperti biasa, makanan favourite aku semuanya akan membuatkan IBS aku lagi teruk.
tu tak termasuk stress.
aku rasa aku perlukan terapi bersama DR. TAD (ko sudi ke jadi shrink aku?)

aku pergi ke makmal awal pagi.
takdelah awal sangat, dalam pukul 6 pagi.
tu pun matahari sudah mahu naik.
nampak orang tengah scrape ais di sana sini.
lihat juga anjing dan pemiliknya berjalan-jalan.
dalam sakit-sakit perut aku gagah juga pergi sekolah.

aku rasa aku tengah stress.
sebab anak-anak aku macam hidup segan mati tak mahu.
dahlah malas nak berjumpa dengan Mr. Godzilla.
dengan poster untuk oral presentation tak siap lagi.

aku stress.

tadi aku check incubator orang lain.
aku boleh agak siapa yang datang, dan siapa yang tak datang semalam.

dan untuk meeting pagi semalam, dalam 4 orang tak hadir.
ye, aku boleh tahu melalui incubator mereka.

hari ini aku mahu buat kerja dari rumah.
mahu berbuat poster sambil tonton TV.
mahu pergi main sukan seorang diri.
nasib baik bermain squash dengan dinding.

tadi aku fikir-fikir aku mahu ambil cuti 2 minggu mahu balik Malaysia.
tapi baik aku fikir-fikir cuti 2 minggu duduk rumah saja.

agaknya sebab aku terlampau homey yang buatkan aku jadi stress gini.

siapa yang boleh tolong aku hilangkan stress?

JOM JALAN-JALAN?

Monday, 9 March 2009

nasihat.untuk.diri.sendiri.

cik,
sila belajar rajin-rajin.
semua orang pun stress juga.
masalah hidup pun banyak juga.

cik,
bersyukurlah dengan apa yang cik ada.
bukankah orang lain hilang faith pada diri sendiri itu lagi teruk keadaannya?

cik,
setiap kesenangan itu mesti diselitkan dugaan.
siapa sahaja yang pernah berjaya tanpa satu pun masalah.

cik,
jadi manusia memang susah.
jadi kucing pun susah jugak.
jadi burung walaupun boleh terbang pun bila-bila masa pun boleh kena tembak juga.

cik,
kuatkan semangat cik.
jangan takut pada sesiapa termasuk ketakutan sendiri.
cik tahukan the biggest fear of yourself is your self?

cik,
jadilah orang yang baik-baik.
walaupun seluruh dunia ini berbuat jahat pada cik.
jujurlah pada diri sendiri.

cik,
jangan kahwin lagi.
belajar sayangi diri cik dahulu.
kerana suatu hari nanti, semuanya hanya untuk orang lain, sebelum cik hilang dalam diri cik sendiri.

cik,
saya sayang cik.
harapnya cik begitu juga.

itu.ini.itu.balik.

Photobucket makin gemuk. serius!

aku fikir-fikir jadi melayu ni kadang-kadang bagus kadang-kadang teruk gak.
aku pernah condemn perangai melayu ni.
melayu ni pemalas. sukakan jalan mudah, gemar ngelat. dan banyak cari alasan.
dan itu pun aku jugak.

kalau fikir-fikir balik, Britons pun begitu.
cuma mereka rajin sikitlah.
pandai tak sangat.
cuma cara mereka berfikir, kritis.

melayu ini budayanya pemalu.
itu sebab bila masuk dengan orang-orang Barat, mereka tak berapa nak ngam.
tapi pada yang boleh adapt, baguslah.

pernah sekali aku balik Malaysia, aku cuba adapt perangai orang UK dengan budaya sendiri.
ingat lagi bila aku tahankan pintu untuk orang, tiada siapa pun mahu berterima kasih.
ingat lagi bila aku ucapkan terima kasih pada adik cashier McD ataupun pasaraya The Store - masam aje lagak muka mereka.
ingat lagi bila aku berhentikan kereta kerana mahukan orang melintas jalan, aku dimarahi pemandu kereta belakang.

haih. lama-lama aku pun jadi macam mereka.