Monday, 9 March 2009

itu.ini.itu.balik.

Photobucket makin gemuk. serius!

aku fikir-fikir jadi melayu ni kadang-kadang bagus kadang-kadang teruk gak.
aku pernah condemn perangai melayu ni.
melayu ni pemalas. sukakan jalan mudah, gemar ngelat. dan banyak cari alasan.
dan itu pun aku jugak.

kalau fikir-fikir balik, Britons pun begitu.
cuma mereka rajin sikitlah.
pandai tak sangat.
cuma cara mereka berfikir, kritis.

melayu ini budayanya pemalu.
itu sebab bila masuk dengan orang-orang Barat, mereka tak berapa nak ngam.
tapi pada yang boleh adapt, baguslah.

pernah sekali aku balik Malaysia, aku cuba adapt perangai orang UK dengan budaya sendiri.
ingat lagi bila aku tahankan pintu untuk orang, tiada siapa pun mahu berterima kasih.
ingat lagi bila aku ucapkan terima kasih pada adik cashier McD ataupun pasaraya The Store - masam aje lagak muka mereka.
ingat lagi bila aku berhentikan kereta kerana mahukan orang melintas jalan, aku dimarahi pemandu kereta belakang.

haih. lama-lama aku pun jadi macam mereka.