Tuesday, 9 February 2010

hidup.macam.orang.jepun.

Photobucket is taking 5!

saya kurang tidur.
bangun aje pagi tadi terus rasa takde mood nak pergi sekolah.
tapi saya pergi sekolah juga walaupun lambat.
tengok-tengok basikal Godzilla dah ada depan lab.

yosh! semangat buat kerja!
rutin pagi-pagi sebelum buat kerja adalah periksa anak-anak.
pastu rasa tak sedap hati sebab ada orang cek anak-anak saya sebelum saya.
saya bajet godzilla.
mesti dia nak marah.

dalam risau-risau saya ambil anak-anak baru.
saya pun cakap dengan dia yang saya amik anak-anak baru.
dia diam, dia tak berkata apa-apa.
oklah tu, dia tak marah buat masa ni.

kemudian, saya pun setelkan experiment saya.
untuk hari ini sahaja saya ulang experiment yang sama sebanyak tiga kali.
satu kali experiment ambil masa 4 jam.
sekarang saya di makmal untuk buat experiment yang ketiga.

tu pun saya malas sebenarnya.
ingat nak balik sambung esok.
sekali terserempak dengan kawan satu makmal.
tanya dia, dia stay lambat ke. dia kata ye.

pastu saya duk fikir-fikir, esok meeting.
saya takde results nak bagi kat godzilla and co.
saya dengan rasa taknak kalah dengan kawan saya yang sorang tu, saya ulang experiment yang sama buat kali ketiga.
walaupun dah pukul 6.30ptg.

dalam pada saya tunggu experiment saya, saya pun berjalan satu batu mahu mengambil kereta.
tiba-tiba perut saya berbunyi.
oh, saya tak makan sejak berbuka puasa tadi.
nasib baik kunci rumah terlekat sekali dengan kunci kereta, saya pusing kereta ke rumah dan masak.

solat, masak (tak mainlah megi) dan makan dan kembali ke sekolah dalam masa satu jam.
saya nak susun results saya sebab esok Godzilla and co nak tengok.
tadi Godzilla tunjuk kat saya results saya dalam paper yang dia tulis.
oh, suka gila saya.
walaupun saya bukan first author tapi at least nama saya ada dalam paper.

tu sebab jugak kenapa saya stay lambat kat sekolah.
sebab godzilla nak tengok results yang seterusnya.
saya tak sanggup asyik kena marah aje.
walaupun saya rasa saya yang paling lembab dan pemalas dalam kumpulan saya tapi saya nak buktikan pada godzilla yang saya pun boleh buat.

walaupun stress, walaupun hidup asyik pasal kerja-kerja sekolah aje, saya pasti benda-benda ini akan berakhir.
setahun setengah aje lagi.

bertahan sikit aje lagi. setahun setengah dah tak lama dah.
pejam celik pejam celik dah 2011.

yosh! sila berusaha!

hobi.







****
sudah pukul 3.49 pagi.
kedengaran jiran sebelah rumah berdengkur.
dengar bunyi TV dari jiran bawah.
saya?
baru sahaja selesai nontonkan bambino.

rumah tak berkemas.
barangan shopping minggu lepas pun tak terbuka.
cokelat daim sudah tinggal separuh plastik.
pinggan mangkuk masih belum bercuci.

nasib baik tinggal sendiri.
takkan ada orang kisah dan kita pun tak kisahkan orang lain.
cuma rasa sedikit sunyilah.
tu sebab saya suka lari dari rumah.
mahukan ketenangan katanya.
tapi bukankah ketenangan itu sepatutnya berada di dalam rumah itu?

saya mahu jalan-jalan.
saya sudah survey tiket pulang ke Malaysia.
tatau kenapa tiba-tiba rasa mahu pulang.
homesick kah?

rasa macam dah lama tak hangout dengan sahabat baik di Malaysia.
kalau jumpa pun haritu sekali sajalah.
tiba2 terasa semua orang di Malaysia dah move on, kita aje yang tak gerak mana-mana.

oh, bercerita tentang bambino, mereka letakkan roma sebagai tempat si hero mahu bekerja.
hahaha! bercerita pasal roma itu.
saya serik tak mahu pergi.
saya rasa roma itu overrated.

cubalah bagi Guam ke, Marina Island ke, teruja juga saya mahu pergi.

saya punya impian.
mahu merantau seorang diri.
tangkap gambar banyak2.
mahu mingle dengan rakyat tempatan.

saya rasa jikalau umur saya belum lagi 30 dan masih belum berkahwin, saya mahu cuba itu sekali seumur hidup.

bukankah hidup ini hanyalah kembara dan memuaskan rasa ingin tahu dan nafsu? :)



Monday, 8 February 2010

petikan.dari.bambino.

"don't you know? everyone is the same. Everyone who works has some discouragements in their lives. Not just you. Even still everyone continues on working. That's what it means to work for a living."

"people who don't focus on the work in front of them, don't have right to talk about their dreams"


kalau.lapar.macam.naga.

Photobucket menunggu masa kelam.

saya jarang menelefon Malaysia, tanahair saya.
sebab saya malas nak update cerita-cerita sini dan cerita-cerita di sana.
skype, voice call pun semua takde.
saya kurang teknologi agaknya.

tapi, kalau saya menelefon, maknanya saya sedih.
dan super stress.
ataupun saya rindu gila babi kawan-kawan saya.

orang kata, selalunya orang akan mencari kita bila mahukan apa-apa dari kita.
pernah tak anda jumpakan kawan yang mencari tanpa jangkakan apa-apa?
sama ada mahukan nasihat, rakan sunyi, rakan gelak ketawa, kawan tumpang kereta.

dengan sahabat-sahabat saya di Malaysia saya rasa nampak semuanya macam indah aje.
mungkin indah sebab tak selalu berjumpa.
mungkin indah kerna tak selalu bermesra.

orang kata, makin rapat orang itu dengan kita, makin senang kita mahu terasa.

saya masih ingat, saya menangis sehingga bengkak mata kerna ditinggalkan.
menelefon si ayam serama itu mintakan tangisan didengari.
tak putus air mata, menelefon pula cik (puan) farah.
tak habis dengan itu, mahukan si cikgu nik pula yang berbicara.

selalunya mereka memarahi.
tapi bukan dengan cara bertanyakan kenapa jadi begitu kenapa jadi begini.
mereka menasihati.

kebenaran itu sememangnya pahit.

baru sahaja menerima mesej dari si cikgu.
dia kata dia tenang bila mendengar suara saya.
dia kata saya baik, dia katakan saya perlukan orang yang baik macam saya.

mahu sahaja saya katakan pada dia, saya bukan orang yang baik, dan sebab itu, tiada orang baik yang datang melekat pada saya.

itu sebab saya sudah tidak berhubungan dengan si ayam serama yang saya pernah rapat bagai nak gila tu. dah putus kawan agaknya. bukan dari saya. mungkin dia tak mahu berkawan dengan saya kerna saya ni bukanlah baik sangat orangnya.

****

saya tidak punya ramai kawan.
strangers selalu tak mahu berkawan dengan saya.
satu: sebab muka saya garang.
dua: sebab saya tak suka senyum.
tiga: sebab saya senyap bila pertama kali berjumpa.
empat: sebab bila saya bersuara, saya pasti bercakap dengan nada yang tidak menjaga hati orang.

tapi saya tetap saya.
saya pun pelik kenapa sampai sekarang saya masih punya kawan.
sebab saya tak hip.
sebab saya tak gila-gila.
sebab saya judgmental.

tu sebab saya pelik kenapa ramai orang kata saya punyakan kawan yang ramai?
anda punya jawapan?


Sunday, 7 February 2010

8.minit.aje.nak.taip.sebelum.kerja.bermula.

Photobucket haru.biru.

minda saya banyak melayang.
memikirkan sesuatu yang empunya diri pun tak tahu.
dia fikir inginkan sesuatu yang dia sendiri tak pasti.

dia sudah tidak boleh multi-tasking.
buat kerja sekolah, fikir masalah sendiri dll.

dia rasa dunia ini sudah sendat untuk dirinya.

kalau ikut hatinya sekarang, dia mahu terbang ke suatu pulau yang tidak ramai orang.
tinggalkan hidupnya, tanpa fikirkan apa-apa.
dia tak mahu komitmen, dia tak mahu nafsu.
dia mahu tidur bermandikan cahaya mentari di tepian lautan biru/hijau.

terkadang pada suatu ketika dia mahukan masa terhenti.
yang mana tiada manusia akan bermasalah, tiada yang berperasaan, segalanya monotonous.
dia mahu terbang ke mana sahaja rohnya mahu pergi.

tiada komitmen. tiada bebanan.

ah! mimpi dunia peter pan.
yang mustahil dikabulkan, yang serik untuk dilaksanakan.

saya adalah seorang manusia.
dan manusia itu akan sentiasa mengikut fitrah dunia sampailah dia itu mati.

ah, saje mahu merepek sebab minda beliau sudah tidak berapa rapat.

ok, 8 minit sudah abis.

fin.