Showing posts with label angan-angan. Show all posts
Showing posts with label angan-angan. Show all posts

Saturday, 15 January 2011

separuh.sakit.

1) lagu feveret sekarang: That Man, Encik S. haha! tak tak, Encik Hyun Bin. Selamat bertugas dengan pasukan Marin Korea~~ jumpa lagi 2 tahun lagi insha'Allah...


2) makanan feveret sekarang - obento. nasi mesti wajib, ye - saya super gemuk sekarang (nak blame nasi ke, blame bento cantek ke, atau blame org yang bagi saya hadiah bento itu?)

3) feveret drama sekarang - My Princess! Sila jangan kecewakan saya!

4) feveret quote saya minggu ini - *shrug* i don't know *sambil angkat kening kanan*

5) feveret manusia saya - semalam, hyun bin. pagi tadi, encik S. bangun tidur tadi, Seong Sung Hun. Ceyh... ati tak tetap susahlah nak berlaki satu aje.

6) benda yang buat saya doki-doki selama satu saat arini - bila encik S kata, Amal - are you ok? Amal, do you wanna help with something? Amal, you're so clever! hahahahaha! *tapi mood saya still tak genki*

7) cik wanis - siyes, kalau 5 hari lagi saya diam tak cakap/text/chat pape, cuba cek saya kat mental ward ok?


Monday, 3 January 2011

page.one.

happy new year 2011 everyone! azam saya tahun ini adalah:

1) bekerja lagi rajin
2) di samping encik S
3) supaya dapat balik Malaysia dengan cepat
4) keje leklok
5) beli rumah baru
6) kumpul duit banyak2
7) .... dan kawen!

ok tak plan saya selama 12 bulan yg akan datang? yatta! doakan ye? oh otsukare encik hyun bin dan ha ji won! terima kasih kerana menghiburkan saya for past few months.

Tuesday, 30 November 2010

encik.S.

Photobucket penat menolak kereta stuck dalam snow


encik S ini adalah salah seorang students saya di lab.
dia byk gila cakap tapi blur at times.
senang pick-up kalau2 saya ajar yang tak jelas dia akan tanya sampai betul2 dapat jawapan.

dia pernah pergi Vietnam buat ape ntah.
bercuti agaknya.
naseb baik bila saya tanya tahu Malaysia tak kat mana, dia kata tahu. kalau tak, nak gak ketuk kepala dia. Takkan Vietnam tahu, Malaysia tatau kot?

dia ni so into charity. buat kebajikan sana-sini.
baguslah orangnya. dah lah tinggi, suh capai siling lab pun takyah jengket.
bila tanya tinggi dia bape, malu2 pula.
haish, geget karang.

saya tahu dia anak orang kaya.
pertamanya dia membawa kereta ke sekolah (tataulah kereta apa).
dia pakai baju berjenama dan kasut berjenama juga.
oh aritu saya ternampak brand seluar kecik dia juga. jenama CK. hahaha. bukan saya nak tengok, TERtengok!

aritu dia pakai cermin mata bingkai tebal warna hitam. alamak, di saat saya pun ade cermin mata mcm tu juga. ape ikut2 orang ni?

tadi, dia terbawak sekeping bil elektrik.
bukan bawah nama dia, bawah nama abah dia.
Professor bla bla (nama terpaksa dirahsiakan).
saya rasa nak google aje nama abah dia tapi kang kantoi pula.

pastu masa borak-borak tadi dia kata abah dia professor in cardiology.
kalau kat Malaysia gaji at least mesti 20-30K.
kan saya dh kata dia anak orang kaya! hahaha (mata duitan kah?)
abah dia suka buat kebajikan. patutlah anak dia pun sama.

dia cerita keluarga dia besar.
kalau waktu kerismas, diorang sewa dewan besar utk lunch sama2.
saya tanya berapa besar, dia kata 8 rows mcm dalam filem orang2 inggeris itu.
gila **** besar family dia.

tadi dia buat saya doki2.
saya ajar dia dgn sorang lagi students buat satu protokol baru.
oleh kerana godzilla takde arini saya pun mcm lepak2 aje dengan diorang.
rajen gila diorang sedangkan sepatutnya arini dengan semalam sepatutnya sekolah cuti.
maybe diorang ingat saya rajen jugak kot so diorang terpaksa gak datang.

S cerita kawan-kawan yg buat lab lain ada yg dah siap dan kebanyakannya lepak aje.
dia kata tak aci lah, jeles dgn kawan2 yg rilek aje tu.
saya kata, saya pun ade kawan2 mcm tu. takpelah, rezeki orang lain2 kan?
dia pun pk positif katanya kalau buat keje byk mcm ni, dia dpt byk ilmu pengetahuan.
baguslah dah pk mcm tu.

tadi S tanya saya soalan pelik.
'dah ade bf?' hahaha saya pun harap dia tanya soklan tu.

tak. tak.

dia tanya 'ko rasa berapa lama snow ni akan kekal mcm ni?'
i was like ' u asked the wrong person. you shouldve known better'
haih, S ni kan. kalau depan saya suka tanya soklan yg tak masuk akal. dan suka pandang muka saya pastu buat-buat blur.

saya tak makan oranglah!

S ni suka makan cokelat dan buah.
bila-bila saya bawak bento mesti dia jeles. haha!
saya bet dia tak reti masak.

oh tadi S buat saya doki-doki.
bila saya tengah ajar dia buat praktikal, dia duk belakang saya - sangat rapat saya boleh dengar dia bernafas.
pastu saya tengok dia buat keje (dengan niat dia takdelah buat salah) - dia manja2 plak dengan saya.

doshio? doshiooooo?

tadi dia banyak gila buat silap dalam eksperimen.
dia salah taruk chemical la. dia salah kira lah.
jatuhkan baranglah.

pastu asyik cakap sorry.

bila pukul 5 dia still buat salah dan cakap sori, saya pun cakap - S, awak balikla. dah gelap dah ni. dia pun angguk sedih. hekeleh, nak saya pujuk dengan gula2 ke?

dia cakap dia dah tua. (hekeleh umo baru 22)
dia cakap waktu snow budak2 sekolah bolehlah main snowman ke, snow fight ke, dia kena gi library buat keje. hahaha.

tualah sangat.

ah! saya selalu berdoa adelah perangsang utk saya untuk pergi ke sekolah hari2. alhamdulillah, Allah bagi gak saya merasa bestnya pergi ke sekolah.

walaupun this is just a fling. or crush. atau apa2 label kamu mahu letak.

tapi saya seronok dia ade di situ.

terima kasih encik S ;)

Tuesday, 31 August 2010

yosh!

Photobucket bangun pagi-pagi duk ingat harini dah 1hb 9 dan esok leh fly balik mesia. Namun.... :(

______________________

TANAK PERGI SEKOLAH DAH ;(
______________________

Thursday, 5 August 2010

bogoshipo.kim nam gil.sshiii...



saya menangis.
bukan sebab ending BAD GUY mcm hagham sedih.
tapi sebab saya dah rindukan Kim Nam Gil.
mana nak tunggu dia keluar dari service lagi 2 tahun?

walaupun dia dah masuk service dah 2 minggu lebih, baru sekarang saya nak terasa kehilangan beliau. rasa rindu mcm first time nak berpisah dari kekasih. sama sakit mcm break-up.

ok, mcm exaggerate tapi hakikatnya saya dah rindukan lakonan beliau.
kalau anugerah filem tahun ni tak menang kat mamat ni, saya nak baling telur busuk kat akademi perfileman korea selatan. muahahaha!

walaupun ending cerita ni rushing abih; tak banyak sangat drama, stret to the point tapi lakonan KNG tetap tak tergugat. kalau sedih, bab nanges bagilah kat mamat ni. siap ada satu scene tu mata dia merah aje. rasanya back-to-back kena buat scene menanges kot. kalau orang kata laki menanges nampak mcm sissy, dia ni menanges nampak masih kelakian. (komen bias tak bleh blah)

ok, skang kalau tanya saya nak laki mcm mana?

saya nak jawab laki mcm Gun-Wook (nama watak KNG) campur perangai gila-gila KNG. Kalau betul-betul tengok drama ni, tengok mcm mana dia (Gun-Wook) jatuh cinta/sayang pada Moon Jae In walaupun dia ni seorang lelaki yang penuh dendam. haih, bikin hati saya doki-doki.

tadi baru aje saya bermonolog sendiri:

'i will only marry a guy who can see me through uncoolness, the untidiness, the baka-ness, and imperfections of me.... and if only i could show him all that'

doki-doki datang lagi! tee hee!

Wednesday, 28 July 2010

yume. (mimpi)

Photobucket tsukaretaaaaa! (penat!)

saya tatau macam mana kawan saya yg buat PhD kat Jepun boleh tahan semua benda ni.
dia pergi sekolah kol 10 pagi.
sebelum tu, rutin pagi2 breakfast sambil baca jurnal.

sampai aje sekolah buat keje.
mungkin sebab takut pada pakcik sebelah meja dia adalah salah seorang penyelia beliau maka dia buat keje rajin2.

solat pun sorok2 (rasanya)
bila-bila chat dengan dia, dia selalu kata 'kat makmal ni ramai org lagi, lagipun buchou (kira mcm bos dia) tak balik lagi.'
dan masa tu kol 10 malam.

pukul 12 tengah malam barula dia berangkat pulang.
dan rutin tu pusing2 lima hari seminggu.

saya dah cuba benda mcm tu start dari minggu lepas.
dalam hati dalam kepala asyik motivasi 'nak balik raya, nak balik raya'
tapi dah sampai hari rabu saya rasa dada rasa mcm nak meletup.
'aduh!' sambil tangan letak kat dada belah kiri mcm drama melayu bila-bila sang ayah mendengarkan berita buruk tentang anaknya.

semalam memang kemuncak penatlah.
penat sampai satu tahap tak boleh nak tidur.
penat sampai tahap badan semua dah panas.
kalau dalam kartun muka dah merah-merah macam nak meletup dah.

tapi tak meletup lagilah.

pagi tadi saya mimpi pelik.
saya mimpi beraya rumah kak maziah kat mesia.
ada bak, ada irfan main2 kat ruang tamu.

pastu tiba-tiba saya tgk diri saya, saya pakai baju kebaya cokelat.
slim ok ?! (sgt tak percaya tgk diri sendiri slim wp dalam mimpi)
pastu saya nampak seseorang, pakai baju melayu warna cokelat.
saya tak kenal nama dia, dia pandang aje saya.
badan dia sedap2. kulit kuning langsat. tinggiiii...

dia senyum kat saya.
mcm dalam keramaian tu dia seakan-akan nak menarik perhatian saya.
mcm biasa, saya buat bodoh ajelah.

tiba-tiba ada seorang kawan lama (dari MRSM ke Matrik) ajak saya beraya rumah kawan baik saya masa kat Matrik dulu. nama dia Mr. A. nama lebih kurang i aje.

tiba-tiba terkejut kenapa nak beraya rumah Mr. A?? bini dia ajak ke?
tapi dah orang ajak pergi ajelah kan?

pastu...

jejaka berbaju melayu cokelat datang pada saya.
dia senyum.
takde petah bicara.
mukanya samar2 aje.
dia nampak manis bila senyum.

dia kenal sayakah?

****
terbangun pagi tadi rasa mcm nak sambung mimpi (leh plak nak sambung2 mimpi) tapi kena pergi sekolah.

pastu dalam perjalanan ke sekolah tadi saya terjumpa seorang mamat yang tinggi mata sepet badan sedap2.

omg! tiba2 hati saya berdegup kencang.

kenapa awak tak pergi sekolah kat hospital mcm saya?
saya nak nombor telefon awak boleh?;))

Tuesday, 4 May 2010

bila.bila.dilamun.cinta

saya tengah doki-doki tengok mamat-mamat kachak drama korea/jepun.
saya rasa kalau saya jalan-jalan kat luar pun saya akan doki-doki (but in a cool manner) bila nampak mamat-mamat kachak especially yang single dan avail.

skang ni laki yang boleh menarik perhatian saya adalah:

1) muka tenang. takde excited lompat-lompat segala. buat kerja serius dan tenang. kalau hepi pun nampak tenang.
2) kidal. buat kerja tangan kiri. makan (kalau pakai sudu, chopstick pun tangan kiri). wahahaha. doki-doki.
3) umo mesti 30 ke atas. atau nampak 30-an. laki yang umo muda tapi tidur cuma 3 jam sehari sebab berlakon drama/movie mesti ada kedut-kedut sket di muka. ataupun muka penat tapi masih boleh senyum. wahahahahhaa! doki-doki lagi.
4) muka mesti ada ketegasan. atau nampak garang. orang garang hati baik wooo!
5) pakai kemeja! ni mmg takleh celen lah. nak suh dia pakai baju melayu, diorang tatau plak baju melayu tu ape. hahahaha! ni laki negara mana ni?
6) bila dia kata kat perempuan (dalam kes ni, SAYA, ahem) : haih, macam mana ni kalau saya takde? sapelah nak jaga awak? kyaaaa~!!!
7) bila dia kata kat perempuan (dalam kes ni, SAYA, ahem) : awak, saya lapa... ok, die! die!

kyaaa~!!! saya tiba-tiba nak boifren bleh? tapi kena kuruskan badan dululah (benda ni yang buat saya turn off sket) haih.

Monday, 12 April 2010

mak-nu-siya

orang selalu kata manusia ini hidup atas sebab orang lain.
sang ibu meneruskan hari-hari beliau sbb mahu melihat anak-anaknya membesar.
si ayah bangkit awal-awal pagi untuk mencari sesuap nasi untuk keluarganya.

si anak ke sekolah kerana mahu berjumpa dengan kawan-kawan.
si gf-bf mahu celik mata cepat-cepat sebab mahu melihat text/menjawab telefon dari pasangannya.

si kawan-kawan mahu terus hidup dengan gembira kerana adanya nasihat dari seseorang.
bila-bila putus harapan, mesti ada yang datang membantu.

tu sebab SELALUNYA yang bunuh diri tu sama ada takde keluarga ataupun kawan-kawan yang boleh buat perkara-perkara di atas.
tu sebab orang kata kalau duduk seorang boleh jadi gila.

****

saya pernah tanyakan benda ini pada seseorang (seseorang tu tahu-tahu la siapa ye?)

kenapa kita senantiasa looking fwd pada sesuatu yang pada angan-angan kita nampak mcm indah?

tatoeba (for example) - sekarang ni hidup kat UK rasa mcm kosong aje. hari-hari rasa nak balik Malaysia (atau Jepun, dalam kes saya) - dapat bersama-sama dengan keluarga dan kawan-kawan rapat.

tapi bila dah balik, perasaan tu tak sama dengan apa yang kita bayangkan masa kat UK. macam ada aje tak kena.

contoh kedua: hidup single selalunya akan berangan kan best kalau hidup berdua bertiga. tapi kalau dah hidup berdua bertiga rasa mcm nak hidup single balik.

rasa mcm hidup ada aje tak lengkap.
sebab tak cukup amalan ke?
ke mmg fitrah hidup manusia tu sukakan sesuatu yang fantasi?

benda mcm ni buat saya fikir fikir dan terus fikir.
betulkah saya mahu ke jepun itu sbb fantasi ataupun itu mmg takdir saya?
betulkah saya tak mahu berkahwin dalam masa terdekat adalah pilihan ataupun keperluan?

saya tak tahu.
siyes, saya tak tahu.

Saturday, 10 April 2010

arigato-gozaimashita

terima kasih pada PIC yang berjaya meracun saya ke Jepun dalam kerisauan saya makan hati dan segalanya, dan memperkenalkan kak een pada saya.
terima kasih pada kak een sebab banyak membantu saya membuat keputusan yang gila ini, dan menjadi hos yang sangat baik dan teman travel dan fotografi yang sangat membantu.
terima kasih kepada cik wanis yang menolong saya bila-bila perlu walaupun dia tatau apa kesah nak jadi sebenarnya.

saya jatuh cinta pada Jepun.
pada orang-orangnya.
pada makanannya.
pada artis-artisnya.
pada tempat menariknya.
pada CM yang menariknya.

salah satu aim saya dalam hidup saya seterusnya adalah nak hidup di Jepun dan terus hidup di Jepun. takpe Kak Me, Jepun dengan Malaysia takdelah jauh sangat pun ;)
Cik Lam kata saya mesti dapat jejaka Jepun sebagai seorang bf/suami. haha! doakan saya ye?
saya kini mahu lebih berusaha mempelajari bahasa Jepun.
at least hiragana dan katakana mesti dalam genggaman untuk persediaan keje gila seterusnya.
at least kalau orang tanyakan iru? saya leh jawab iranai balik ;)

oh, ni hasil outing fotografi dengan cik een masa peak hanami di Tokyo ;)










Friday, 9 April 2010

errrk.saya.rindu.jepun.

saya pergi kedai pak mat tadi (supermarket jual barang2 asia)
nampak mochi,
nampak sos takoyaki,
nampak beras sushi,
nampak unagi.

tiba-tiba air mata mengalir.

balik aje ke sekolah saya google internship nak sambung training kat Jepun.

nak tunggu adik saya belajar ke jepun lambat lagi.
maka, sayalah kena pergi belajar dulu.

walaupun mood saya sekarang lagging dan malas buat kerja sekolah, saya doakan cepatlah saya abih buat PhD dan boleh sambung buat intership di Tokyo.

doakan saya ye?

Tuesday, 6 April 2010

omatase.shimashita.

maaf kepada yang memberi memberi email tapi tak berbalas.
kepada yang buzz! di YM! tapi saya diam aje.
kepada yang tegur saya tapi saya buat derk.
kepada yang text saya tapi tiada jawapan.

saya keluar mencari diri sendiri.
keluar ke alam alien.
ke alam mata sepet yang buat-buat macam ada dua lapis bulu mata.

saya sibuk berdating.
saya sempat keluar makan dengan satoshi, lepak karaoke dengan arashi, makan takoyaki dengan miura, shopping dengan takukimu, dan last sekali candle light dinner dengan kame kesayangan saya.

nantikan kemunculan gambar-gambar di flickr ataupun di blog ini.
kalau saya tak jetlag, saya up cepat2 ok?

*omataseshimashita (sorry to keep you waiting)





Tuesday, 16 March 2010

nippon!

hitsumabushi versi Melayu. sebab makan dengan tempoyak. hak hak hak.
sanggup cari mangkuk nasi satu Dundee sbb nak rasa Kejepunan.
Sanggup borong eel dari kedai Pak Mat sbb nak bagi sedap hati tak dapat gi Jepun.
Pokok Cherry Blossoms kat depan sekolah belum berbunga.
Cuba kalau dah berbunga (dalam 2 minggu lagi) sure saya menanges.

hmpppph. itadakimasu!


Thursday, 11 March 2010

hitori.

Photobucket malas. malas. malas.

saya selalu fikir.
apakah resipi untuk jadi kawan baik kepada semua orang?
apakah resipi nak jaga hati semua orang dan dalam masa yang sama nak jadi selfish?
selfish dalam konteks sayang diri sendiri.

bila saya nak bagi masa saya jalankan tanggungjawab sosial, orang kata saya perlu selfish.
sebab tak semua orang boleh hargai apa yang kita nak/sedang/dah lakukan.

bila saya jadi selfish, orang kata saya sombong dan lupa diri.

saya bukanlah nak tahu sangat apa orang fikir tentang saya.
saya bukan artis nak pk orang kata apa.
tapi bak kata orang: 'kill the bird with two stones'
betul ke tu?
saya nak jadi macam tu lah.
tapi secara realiti benda tu ada ke?

saya pernah terfikir masa saya kawen nanti (kalau saya kawen la, dan by i mean kawen, bukan kawen lari, kawen paksa ataupun kawen di registry, hehehe) - kalau saya jemput 10 orang kawan baik saya, anda rasa siapa yang betul2 datang dan tolong dari A-Z dan berdiri sebelah saya nak kipaskan saya?

satu? dua? ke semuanya tidak? ke....?

teeeeeetttt... jawapan anda salah. jawapannya, nak ke amal kawen? hahahaha!

ok, dah nak lari topik sket.
harini entah apa mimpi saya rasa nak beli headphone gempak.
gempak di sini maksudnya adalah headphone yang boleh tarik perhatian orang ramai lalu berkata :

cool la minah tu, headphone dia perghhhh...

saya nak beli tapi saya selalunya membeli jika ada sesuatu menarik berlaku dalam hidup saya seperti dapat bonus ke, dah present depan orang ramai ke, gi seminar ke, dah kurus ke (hehe), result experiment bagus ke...

anyway. ini adalah wish list saya. bayangkan kalau saya pakai headphone ni pergi shibuya. lepak kat yoyogi park. hahahaha!

haih. (masih tak dapat terima kenyataan tak dapat lepak tokyo)
oh ye btw, semalam saya angan-angankan si kame sampai saya almost accident. ok, exaggeration. saya almost nak terlanggar bahu jalan. hahaha! bongoks! tak pernah dalam sejarah hidup saya sukakan artis sampai nak eksiden.

Friday, 19 February 2010

traxx.me.

  • saya dah lama tak pegang kamera. mungkin sebab waktu sejuk, tak kuar jalan-jalan maka tak ada semangat nak klik sini sana. oh, mungkin sibuk buat kerja sekolah juga.

  • pernah tak anda terfikir yang perkahwinan terancang itu bagus? ok, silap soklan. saya ubah sikit soklan tu. pernah tak anda terpandang seseorang yang berlainan jantina yang mungkin sesuai dengan orang-orang terdekat kamu? bukan kes TAD yang katakan ada seorang doktor yang mungkin saya akan suka kalau saya bertemu dengan dia. Lain, lain. Macam kita jumpa seseorang tu then kita kata dalam hati, aih, this is so amal. bolehlah kenalkan. maybe sebab rupa sama bulat ke. senyum sama ke. tak bape lawak sangat ke. DoS ke. hehe.

  • pernah tak seseorang lelaki yang anda rapat dengan tiba-tiba propose anda? anda dah kawan-kawan selalu lepak sama-sama pastu orang tu bagi *hinthint* dia takde gf segala. nak cakap macam mana? kita kawan aje?

  • 2 episod pasta dah naik. tiba-tiba rasa macam dah bosan sket. hero asyik jerit2 aje. sakit telinga aje dengar audible tinggi2 ni. pastu lawak aje ada scene kiss yang macam cium tak cium. ala, drama korea skang kan banyak *ciumcium* takde perasaan. ok, jepun juga. tapi sebab tahu hero baru aje kawen dan baru aje dapat anak dua bulan lepas, dia cuba untuk buat teknik kamera untuk dia cium si heroin. hekeleh. takut kena tidur luarlah tu.

  • setelah sepanjang minggu tak cukup tidur, malam ni saya tidur awal gila. pastu terjaga kejap sambung tengok pasta pastu dah tatau nak buat apa. tidur 5 jam pada saya adalah sangat awkward. jarang gila saya menguap 25 kali sepanjang di sekolah. lagilah jarang bila tertidur bila menunggu masa eksperimen. lagi teruk, saya boleh terlelap masa berdiri! kronik betul saya ni. makin tambah kedutlah kulit muka saya lepas ni. i wonder dokter2 yang selalu on-call ada ke yang tersenguk-senguk bila cucuk pesakit? masukkan IV ke? oh, nurse yang buatkan IV eh?;))

Tuesday, 9 February 2010

hobi.







****
sudah pukul 3.49 pagi.
kedengaran jiran sebelah rumah berdengkur.
dengar bunyi TV dari jiran bawah.
saya?
baru sahaja selesai nontonkan bambino.

rumah tak berkemas.
barangan shopping minggu lepas pun tak terbuka.
cokelat daim sudah tinggal separuh plastik.
pinggan mangkuk masih belum bercuci.

nasib baik tinggal sendiri.
takkan ada orang kisah dan kita pun tak kisahkan orang lain.
cuma rasa sedikit sunyilah.
tu sebab saya suka lari dari rumah.
mahukan ketenangan katanya.
tapi bukankah ketenangan itu sepatutnya berada di dalam rumah itu?

saya mahu jalan-jalan.
saya sudah survey tiket pulang ke Malaysia.
tatau kenapa tiba-tiba rasa mahu pulang.
homesick kah?

rasa macam dah lama tak hangout dengan sahabat baik di Malaysia.
kalau jumpa pun haritu sekali sajalah.
tiba2 terasa semua orang di Malaysia dah move on, kita aje yang tak gerak mana-mana.

oh, bercerita tentang bambino, mereka letakkan roma sebagai tempat si hero mahu bekerja.
hahaha! bercerita pasal roma itu.
saya serik tak mahu pergi.
saya rasa roma itu overrated.

cubalah bagi Guam ke, Marina Island ke, teruja juga saya mahu pergi.

saya punya impian.
mahu merantau seorang diri.
tangkap gambar banyak2.
mahu mingle dengan rakyat tempatan.

saya rasa jikalau umur saya belum lagi 30 dan masih belum berkahwin, saya mahu cuba itu sekali seumur hidup.

bukankah hidup ini hanyalah kembara dan memuaskan rasa ingin tahu dan nafsu? :)



Wednesday, 20 January 2010

rambut.perm.sangat.mengusutkan.

Photobucket tak boleh lelap mata.

dia golek kiri dia golek kanan.
tak boleh lelap.
salahkan masa tidurnya yang awal 5 jam.

minggu ini dia berasa sungguh penat.
penat emosi agaknya.
atau penat melayan hiro-kun beliau.

mata beliau asyik bergerak2 aje.
twitching omputih kata.
dia godek2 internet ini mungkin terjadi kerana stress.
mungkin juga, sbb dia makan apa pun dah tak sesedap dulu.

bila fikir2 balik, beliau mempunyai kompleks punyakan teman.
beliau tinggal seorang diri tapi bantal di katil ada 6 biji, shower foam ada 6-8 botol, shampoo 3 botol, pinggan cawan gelas mangkuk tak terkira banyaknya.

tapi bila tanya diri sendiri, dia selesa tinggal seorang-seorang.
belum rasa mahu hidup dengan orang lain.

tapi siapa mahu bebel bangun pagi dan pergi sekolah?
siapa mahu tolong masak makan malam dan gelak sama-sama sambil tonton tv?
siapa yang mahu text kata "i'm on my way home, what's for dinner?"
siapa yang nak saya katakan tadaimaaaa! bila saya pulang ke rumah?

ah! nak perm lagi rambut biar jadi lagi kusut.

Thursday, 14 January 2010

jalan.yang.tak.sudah.

Photobucket sedang kira-kira jenis-jenis laki-laki di atas muka bumi ini.

hallow. lama saya tidak berblog.
saya ok. cuma sedikit sibuk dengan keadaan sejuk macam ni.
salju dah takde.
cuma hujan-hujan aje.
keadaan pun berkabus mcm kat Cameron Highland.

dalam saya tak menulis blog, saya sebenarnya pulun tidur 12 jam bila-bila masa senggang.
kalau takde masa senggang saya pergi tonton wayang.
kalau saya ada juga masa free sket, saya masuk dalam duvet bukak cerita jepun/korea, sambil makan cokelat.

kalau dua bulan lepas saya minat hwanhee, bulan ini tahun baru ini saya minat si Hiro Mizushima. dia ni dikenali dari drama Gokusen, Hana Kimi. Drama terkini? TOKYO DOGS.
ok. ok. saya tahu dia laki orang. saya bukan nak pergi mengurat dia pun.

saya rasa saya mula jatuh dan jatuh hati pada dia bila saya tahu dia berkahwin dengan isterinya kerana nak selalu berada di sebelah isterinya.
oh isteri beliau mengalami penyakit autoimmune.
jangan tanya saya lebih. lebih. saya pun tatau macam mana nak explain.

bila saya baca punya baca saya baru tahu si Hiro ni membesar di Switzerland.
baru saya tahu kenapa dia ni charming dalam segala hal.

dulu-dulu saya pernah cakap kat seorang/dua kawan yang saya nak orang yang membesar ataupun belajar di luar negara.
sebab dia tahu budaya di luar bagaimana.
kamu-kamu pun tahu kan bagaimana tipikal lelaki Asia?
dengan egonya. dengan stigma perempuan-mesti-duduk-di-dapur?

saya kurang suka.
saya nak kalau boleh lelaki yang nak kawen dengan saya sebab dia rasa dia kena protect saya (saya ni saya duk fikir perkataan mamoru, mamoru)
saya nak dia jaga saya.
bukan untuk bila saya sakit ke apa.
through thick and thin.
through everything.

hiro pada saya tak hensem pun.
kurus keding aje.
langsung bukan type saya.
tapi semangat dan keikhlasannya buat saya terharu.

ok, artist of the month - hiro mizushima.


kya~!!!!!!!!!!

Thursday, 7 January 2010

petanda.

Photobucket macam kurang sedar.

mata terpaku pada meja di depan.
seorang ibu dan dua orang anak yang baru pulang dari sekolah.
kelihatan (bukan kedengaran) abang yang sulung mengadu-ngadu pada si ibu.
ibu tekun mendengar.
adik perempuan tenung juga, tapi renungan kosong.
si abang bercerita seperti mahu menangis.
tapi dia dah besar, mana boleh menangis depan orang ramai.
ibu mengusap-usap belakang si abang.
saya agak mesti si ibu ajak kuar for lunch (maksud lunch di sini adalah makan malam) untuk redakan perasaan gusar si abang.

(saya nak jadi ibu yang sebegitu)


****

satu novel sudah habis.
rasa ketagih pula.
pergi ke WHS.
mahu cari novel murah dan menarik.

ok, buy 1, get 1 half price.
saya amik 1 buku.
WEDLOCK - tajuknya.

saya jalan-jalan lagi.
saya amik lagi satu buku.
WIVES' RINGS - macam menarik.

sekali, Cik I menegur.
"sedar tak tajuk buku-buku yang Amal pegang tu?"

oh! sorry. dua dua buku itu saya letak balik.

alih-alih, saya ambil buku yang berharga 2 pound.

jom balik!


****

dah balik! (tadaima!)

chat dgn Cik Hudie_Hud.
"Hud, nanti kita kat Malaysia kita duk berjiran eh? Bangunan UKM dah nak bina, siap 2 tahun, kita akan kerja satu bangunan!"

Cik Hudie_Hud bagi satu link rumah condo di Cheras.
Saya klik. Saya teruja.
Saya tunjuk kat abah. dia kata cantik.

Saya nak pindah masuk.

sekarang juga.

****

ok, saya tak sabar nak balik, nak kawen nak ade anak!
(ah! perasaan bodoh aje ni)

Friday, 20 November 2009

angan.angan.hari.jumaat.IV.

Photobucket mengucapkan selamat pagi kepada semua!

missCC bertanyakan pada si kekasih hati.

'kenapa memilih saya? saya comot. saya kuat makan. saya suka nyanyi kuat-kuat. saya gelak pun bahak-bahak. takde etika perempuan melayu sejati.'

si kekasih berkata:

'awak macam watak dalam filem. awak comot. awak kuat makan. awak suka nyanyi kuat-kuat. awak gelak dengan penuh perasaan. awaklah yang saya cari'

*gulp*

Saturday, 7 November 2009

stand.by.u.

Photobucket di makmal, hari minggu.

seminit lalu saya berangan-angan.
suami saya pakai cermin mata tebal berbingkai hitam, berjenama XXX, berjaket longgar hitam suede biru hitam, berambut panjang sedikit dari biasa, berikat ke belakang, memeluk kawan beliau.

kawan lelaki.

yang saya suka dalam diam.

saya pandang kawan lelaki tersebut. dia dalam sibuk berbicara dengan sang suami melirik pada saya. matanya tersenyum.

hati saya senyum juga. tapi saya buat-buat sibuk.

dia sapa saya. saya angguk mesra. tak mahu terlalu mesra, tak mahu jadi awkward juga.

sang suami jemput makan bersama. saya masak biasa-biasa saja.

sambil makan, si kawan kata sedap! sang suami kata, carilah isteri macam tu. nak tahu si kawan cakap apa?

'yang aku nak dah kena ambil orang. nasib baik orang tu baik orangnya. kalau tak, aku rampas balik'

bila terdengar yang itu keluar dari mulut dia, saya rasa nak tersembur. minum air banyak-banyak. sang suami kata 'daijoubu desu ka?' (ok ke?)

selesai sahaja minum kopi dan borak segala, si kawan minta permisi. ada kerja rasanya mahu buat. sambil saya meneman sang suami ke pintu pagar, dia sempat melirik pada saya. saya berpaut pada lengan sang suami. tak mahu dia tahu.

malam itu saya tak boleh tidur. golek sana golek sini. tapi mata tak mahu pejam. bodohlah perasaan ini. tiba-tiba satu text masuk.

'terima kasih kerana malam ini. makanan sedap. untung 'sang suami' =)'

saya tak balas. saya rasa awkward. tapi rasa tak hormat pula jika tidak menjawab.

'terima kasih. masakan biasa-biasa saja. cepat-cepatlah cari isteri ye? boleh rasa masakan sedap-sedap lagi'

tak sampai 50 saat satu text baru masuk.

'susah tu. yang paling sedap masakan mak saya. yang kedua - awak. macam mana ni?'

ok, ini sudah pelik. saya pun tak jawab. saya ke dapur, panaskan susu. makan ubat. dan cuba untuk tidur.

saya sayang suami saya. tapi saya mungkin cinta si dia. atau itu hanyalah perasaan gila semata?

****

missCC! buat kerja boleh? jangan nak berangan-angan pagi-pagi buta ni!