Thursday, 22 July 2010

uikkk.

Photobucket tiada rasa.

pagi itu saya ke sekolah seperti biasa.
bangkit tidur, sediakan bekal untuk tengah hari nanti dan terus ke sekolah.
keluar sahaja rumah sudah perasan pokok-pokok di depan tangga sudah hilang.

hmm.. biarkan aje, jawab hati.

pulang dari sekolah cuba-cuba buka pintu, KUNCI.
pandang tingkap rumah orang sebelah - KOSONG.

patutlah sejak kebelakangan ni tiada bunyi dari sebelah.
rupanya mereka sudah pergi.
mungkin sudah sambut kehadiran ahli keluarga baru, maka rumah pun perlu bertukar menjadi baru juga.
baguslah, saya tak larat nak mendengar suara yang menyakitkan hati waktu malam-malam.
nak tidur! susukan saya! tukar lampin saya!
haih, belum masanya untuk saya lagi.

pintu terkunci.
saya cuba membuka dengan kunci yang ada - GAGAL.
saya cuba hubungi org itu ini sana sini - masih GAGAL.
saya fikir-fikir mahu terus tidur di sekolah aje.
di tangan ada daging mentah.
jikalau di sekolah ada dapur kan bagus, cuma tinggal takde katil kosong ajelah untuk saya.

saya penat, saya lapar.
akhirnya jiran belakang rumah menyahut.
masih cuba untuk dapatkan kunci tapi masih GAGAL.

saya penat, saya lapar.
dan saya rasa mahu tidur.
oleh kerana jiran mahu keluar tonton wayang, saya ikutkan aje.
entah kenapa, saya rasa mahu tidur di kerusi empuk itu, sambil-sambil bersila.
pelik, saya tahu.

tapi, sampai sahaja di sana, saya lebih tumpukan pada skrin.
bukan sebab si leonardo yang hensem itu, tapi mungkin sbb saya rasa cerita di hadapan saya lebih seronok dilihat daripada melelapkan mata.
akhirnya, saya berjaga sepanjang tempoh penayangan.

saya pulang ke rumah jiran.
saya penat, saya lapar.
di tangan saya ada daging burger.
saya mahu makan tapi saya mahu tidur.
takpela, makan aje lah, lagipun jiran tak marah.

jiran suruh buat macam rumah sendiri.
masak-masak itu bagi saya sudah biasa.
tarik periuk mana yang patut, masak ajelah.

lepas makan sambil tonton tv, saya (disuruh) buat-buat ruang tamu seperti rumah saya sendiri.
saya golek ke kiri, golek ke kanan.
masih tak boleh tidur.
tempat baru agaknya.

bila sudah pagi, saya perasan badan saya sakit.
bukan kerna lantai keras atau apa, saya perasan badan saya terjaga 20 kali golek ke kiri dan ke kanan. mimpi yang bukan2 pulak tu.

bila pagi, saya mencari kunci.
nasib baik agen baik beri satu set terus.

bila hilang satu masalah, satu lagi masalah datang.
kereta saya pula rosak.
haih, hidup saya memang selalu susah berbanding senang.
mungkin sebab bila2 saya senang saya lupa Tuhan.
mungkinlah.

seharian saya tidak ke sekolah. tak tahu kenapa tapi tidak punya dayaa berbuat apa-apa.
mana entah perginya Amal yang super rajin itu.

jap lagi saya datang balik, nak pergi cari si Amal rajin tu.
woi balik woi, hari dah senja!

Tuesday, 20 July 2010

monolog.

resah.
gelisah.

tidurnya tidak lena, asyik teringat pada si dia.

dia teringat memori lama, meniti kembali sarang pemikiran sibuknya itu.
kenapa ia datang? aku tidak mengundangnya sama sekali.

dia tidak keruan.

telefon flipnya dibuka tutup.
petanda resah bertamu di kalbu.

apa yang dia fikirkan?
ruang kosong meruntun kekusutan datang menjengah.

kakinya terus berjalan.
hidupnya perlu diteruskan.

mengapa rasa resah ini terus berkumandang?

ah, laluan memori ini terlalu manis untuk ditelan, terlalu pahit untuk dicerna.

kaki masih melangkah.

jiwa masih kacau.

jalan manakah akan membawanya pergi?
dari utara ke selatan berpusing ke timur dan ke tenggara?

dia pura-pura buta.
dia cuma melelapkan mata sambil mencuba pendengaran hatinya.
ada kamu dengar apa-apa?

ah! kalut lagi isi hati ini.
dia mendengar dengan penuh tekun.
sekejap bunyian itu nyaring. sekejap ianya menghilang jauh.
kemudian bikin bingit lagi.

ibarat molekul bergetar pada pusat gravitinya sendiri.
dia berpusing dan terus berpusing sehingga hilang arah tumpuan.

dia kebas.

bunyi itu sudah hilang.
laluan itu semakin berduri.
kakinya sudah berhenti melangkah.

dia pandang kiri dia pandang kanan.

tiada apa-apa.

karutlah! ke manakah harus aku pergi?
ke kanan tiada jalan, ke kiri penuh duri.
di depan jalan mati.
haruskah aku berundur ke belakang ke zaman gelap itu?

aku berdiri senyap-senyap.
aku menunggu peluang itu datang.

sikit aje lagi.
sikit aje lagi.

Friday, 9 July 2010

soklan.

ini mungkin kedengaran pelik tapi:

1) saya rasa jeles dengan ibu-ibu yang duduk rumah jaga anak, masak untuk keluarga. saya nak jadi mcm tu. saya tak suka bekerja. at least saya rasa hidup saya sekarang membosankan. saya rasa nak duduk rumah dan tak buat apa-apa. period.

2) saya rasa jeles dengan orang yang belajar asyik pandai aje. kalau exam dialah dapat markah tinggi. kalau buat research asyik dapat aje results. omg - saya rasa nak bunuh2 aje orang mcm tu. geram sampai mcm tu sekali.

3) saya rasa jeles dengan budak-budak yang dapat pergi sekolah, skip kelas tidur kat surau, tak payah pk esok nak buat apa sebab dah sah-sah kena pergi sekolah. tak buat kerja sekolah paling koman pun kena berdiri kat luar. balik umah - happy balik.

4) saya rasa jeles dengan orang yang buat kerja pentadbiran atau kerja yang on the desk. siyes, masalah habis lepas waktu kerja. saya suka tengok muka diorang gembira dapat tolong orang. tu kalau kat sini lah. makcik/kakak2 kat kaunter malaysia gila tak suka senyum. haih.

5) saya jeles dengan penternak/peladang yang berjaya. walaupun hidup diorang kena bangun kol 5 pagi, habis tatau kol bape, at least diorang gembira dengan apa yang mereka buat. pulangan entah2 lagi tinggi dari orangyang kerja pejabat.

6) saya jeles dengan orang bila buat kerja aje, semuanya lancar aje. mcm dah ada manual nak buat apa dan apa. senangnya hidup kalau mcm tu.

7) saya jeles dengan orang dapat bos yang baik. subhanallah, tu salah satu nikmat Allah bagi ok?

8) saya jeles dengan perempuan-perempuan yang dapat boifren, tunang, suami baik gila. supportive gila. pandai gila. kaya gila. tenang gila. setia gila. ah, gila ****

9) saya jeles dengan orang sebelah yang tak pergi kerja dan tak buat ape2 yang tahu buat anak aje. bila saya balik kerja diorang lepak2 depan umah macam takde masalah hidup. mana diorang dpt duit? dari tax dan fees yang kami kami ni bayar ke? *tak puas hati*

10) saya jeles dengan... orang-orang hidup bahagia sekarang. apa-apapun kegembiraan kamu pada hari ini, saya tanak dengar. kalau tak, saya sakit hati.

saya nak balik mesia.
siyes rasa nak balik.
tolonglah ya rabb, mudahkan jalan saya dan jalan2 orang-orang yg mohon pertolongan-MU.

Wednesday, 23 June 2010

tak.

satu minit rajen baca jurnal.
sepuluh minit malas gila nak buat apa2.
betullah orang kata, dah tua-tua ni rasa malas nak belajar.

masa malas macam ni lah cek blog semua orang tak update.
yahoo group tak update.
inbox pun suam2 aje.
facebook? semua orang asyik letak gambar tunang/kawen/ada anak. bosan.

blog narimiya pun tak update.
dia busy ke eh? *i wonder*
sebab drama spring dia sudah habis.
selalunya (selalunya la kan....) lepas shooting satu drama, dia akan kuar jalan2.
selalu mcm tu, tanak bagitahu.

heh. kalau saya kuar jalan-jalan pun manede bgtau orang.
last week dalam interview dia ada kata dia selalu kena dump.
oh - seb baik. ingatkan anda tidak stret.

reason dia kena dump?
sebab dia busy, dan sebab perempuan(-perempuan) kata dia tak real.
in a way of dia tak de aura artes bila dating kah?
saya pun tatau.

tapi pada sayalah kan.
kalau dapat jumpa orang yang kita sayang for like an hour pun ok kot.
ok, mungkin saya cakap yang ini sebab saya tak pernah dating dgn orang femes (nak ke orang2 cool tu kat saya?)
tapi kalau saya sibuk dengan kerjaya saya, saya pun couldn't be bothered nak bercinta.

bak kata TAD - bercinta tu mcm beli kereta. bayar down payment 10 ribu - tapi kena bayar bulan2. tapi bila minyak kereta takde? tayar keta kena pam seminggu sekali? kena isi minyak kasi penuh tangki? tak ke banyak masa nak kena bagi kat bende alah tu aje.

pagi tadi saya bangun saya cakap pada diri saya 'cita-cita saya nak jadi surirumah tangga yang berjaya'
maka, saya pergi sekolah baca jurnal buat2 kerja ni sbb saya nak jadi surirumah tangga yang berjaya ke?

hahaha! saya memang gila sket. bila saya cakap mende macam ni, PIC mesti akan perli - 'ko duk rumah 2 hari pun panas nak gi jalan2'

tu sebab saya kena kawen dengan artes! supaya laki saya keje kuat2, pastu saya gi jalan-jalan habiskan duit dia. hoho.

okla, dah bebel lebih2 sgt ni. jurnal banyak gila tak terbaca. skang ni rasa kalau bekerja lagi best kot dari belajar. at least kalau lepas waktu kerja ada waktu nak rehat tengok bola ke ape. kalau study ni, bawaklah otak mode study ke mana-mana. sampai tidur pun tak lena.

Monday, 21 June 2010

tiap.kali.

saya rasa saya sedang punya satu sindrom, iaitu sindrom mahu peneman.
tak tahu samada cuaca buat saya begini ataupun tekanan belajar buat saya berubah macam ni.

sindrom ni makin lama makin kuat.
saya tak boleh duduk di suatu tempat seorang diri, mesti rasa macam nak jadi gila.

tiap kali macam ni, saya cuba cari escapism baru.
menyanyilah. tidurlah. makanlah.
tapi kali ni semuanya tak berjaya.

saya macam nak jadi artis.
saya tahu semua orang akan gelak kat saya.
ok, semua orang dah gelak dah pun.

saya rasa kalau kita buat suatu benda yang kita suka, sukar mcm mana pun kita boleh enjoy buat benda tu.
saya rasa nak ditch hidup saya sekarang dan nak jadi artes.
tak kiralah artis nyanyi ke, artis pelakon ke, tapi bukan artis melukis lah.
sebab saya tak reti melukis.

haih. lepas ni, kalau ada orang suh buat benda yang saya tak suka - saya nak jerit TANAK kat orang tu.

maaf - saya bebel sebab esok hari isnin.